Anda di halaman 1dari 14

DEFINISI PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

Mohd. Farid bin Rahmat UQP1331


SATU SENI MENYALURKAN MAKLUMAT, IDEAIDEAIDEA DAN SIKAPSIKAP-SIKAP DARI SESEORANG KEPADA SESEORANG YANG LAIN. LAIN.
(EMERY AULT DAN AGEEL)

SATU PROSES UNTUK MENGONGSIKAN SESUATU ORIENTASI TERHADAP SATU SET TANDATANDA-TANDA MAKLUMAT. MAKLUMAT.
(SCHRAMM DAN ROBERTS)

SATU PROSES PEMINDAHAN MAKLUMAT, PERASAAN, IDEA DAN FIKIRAN DARI SESEORANG INDIVIDU KEPADA INDIVIDU YANG LAIN.

DEFINISI
KOMUNIKASI IALAH PROSES PENYAMPAIAN ATAU PEMINDAHAN MESEJ DARI SEORANG KEPADA YANG LAIN IA ADALAH PROSES MEWUJUDKAN KEFAHAMAN YANG DIKONGSI BERSAMA IA ADALAH ASAS KEPADA PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
(PERHUBUNGAN ANTARA INDIVIDU DENGAN INDIVIDU YANG LAIN)

Komunikasi yang mesra bermaksud bukan sahaja ianya berkesan tetapi ianya mestilah dapat mewujudkan perasaan puashati, rasa dihargai dan keinginan untuk saling bekerjasama antara kedua pihak yang terlibat. terlibat.

PENTINGNYA KOMUNIKASI
MERANCANG MENGAWAL

JENIS KOMUNIKASI
LISAN Tulisan Perkataan BUKAN LISAN Bahasa Badan Gerak Badan Penyataan Wajah Pergerakan Mata Isyarat Diam HALANGAN KOMUNIKASI Kepercayaan Sikap Prasangka Persepsi Istilah

KOMUNIKASI
MENGARAH

MENGATUR

FUNGSI KOMUNIKASI Pemindahan Maklumat Pembelajaran Pemujukan Hiburan Sosialasi Manusia

KOMUNIKASI LISAN
Satu proses Komunikasi yang melibatkan Suara. Menitikberatkan kepada:
Nada Suara Bahasa yang digunakan Kefasihan Sebutan Kelancaran perkataan yang digunakan.

PROSES KOMUNIKASI
Pesanan

Penyampai

Penerima

Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata.

Media/ Pengantara
Komunikasi Interpersonal
Mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dll).

PROSES KOMUNIKASI
Halangan -Semantik -Emosi -Sikap -Persepsi -Jantina -nonverbal Halangan -Semantik -Emosi -Sikap -Persepsi -Jantina -nonverbal

Beberapa pergerakan anggota badan yang mampu memberi sumbangan ke arah mewujudkan suasana yang mesra ketika berinteraksi adalah seperti berikut:
Mimik muka

PENGHANTAR

MESEJ

PENERIMA

Tumpuan mata Anggukan kepala Pergerakan tangan

MAKLUMBALAS

Pergerakan anggota badan yang mampu memberi sumbangan ke arah mewujudkan suasana yang marah ketika berinteraksi:
Mimik muka

JANGAN LAKUKAN

HALANGAN Tumpuan mata Anggukan kepala Pergerakan tangan KETAWA MARAH

TIDAK MELAYAN

TAK SOPAN

SUDAH LEBIH

GERAM

TIDAK MENDENGAR AGRESIF SENTUHAN

Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi


Ada banyak sebab mengapa manusia perlu berkomunikasi. Keperluan-keperluan ini boleh dikategorikan sebagai:
Keperluan kesihatan fizikal dan mental Keperluan identiti Keperluan sosial Keperluan untuk mencapai matlamat Dapat menceriakan suasana dan mewujudkan kemesraan dikalangan rakan sekerja.

Tanpa berintraksi dan komunikasi suasana menjadi muram

Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman kerana senyuman awet muda. Mengikut kajian muka kita ada 72 otot, cuma 14 otot sahaja digunakan semasa senyum selebihnya untuk marah.

Keperluan Kesihatan Fizikal dan Mental


Berikut adalah masalah-masalah yang boleh dialami oleh seseorang jika mereka memilih untuk mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain (Adler, Rosenfeld & Towne, 1999):

Macam-macam cara berintraksi, pun ada

Orang yang kurang berkomunikasi menghadapi risiko koronari atau serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering berkomunikasi.

Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua atau tiga kali lebih pendek usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan dan sebagainya.

Keperluan Identiti
Kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak dalam suatu bidang kecuali ada orang lain yang menilai dan menyatakannya pada diri kita.

Keperluan Sosial
Seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan dipunyai, riadah, kawalan dan sebagainya melalui interaksinya dengan orang lain. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hiraki Keperluan Maslow.

Teori Hierarki Keinginan Manusia (Abraham Maslow)


Setiap individu akan membawa bersama-samanya minat, sikap, dan keinginan ke tempat kerja mereka.

Keperluan Untuk Mencapai Matlamat


Untuk mencapai suatu matlamat, kita perlu berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Keinginan sosial: Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta melahirkan perasaan kasih sayang.

TEORI HIEARKI MASLOW


KESEDARAN DIRI: KEBANGGAAN: KEINGINAN SOSIAL: KEINGINAN JAMINAN: KEINGINAN FISIOLOGI:

Peringkat dan Sifat Komunikasi


Komunikasi intrapersonal (komunikasi dalaman) Melibatkan seorang komunikator yang berkomunikasi dengan dirinya sendiri iaitu monolog (bicara hati).

Membantu dalam penganalisaan, penilaian tentang diri sendiri dan juga dalam membuat keputusan.

Komunikasi intrapersonal (komunikasi dalaman)

Peringkat dan Sifat Komunikasi


Komunikasi antara perseorangan (interpersonal) Komunikasi yang melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara dua hala, serentak dan mereka saling mempengaruhi.

Penting dalam menjalin dan mengekalkan hubungan, memujuk dan mempengaruhi orang lain.

Komunikasi antara perseorangan (interpersonal)

Peringkat dan Sifat Komunikasi


Komunikasi kumpulan kecil Komunikasi dua hala yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga 12 orang ahli.

Komunikasi kumpulan kecil

Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea, menyelesaikan masalah dan bantu membantu. Misalnya, dalam mesyuarat atau sesi kaunseling kelompok.

Peringkat dan Sifat Komunikasi


Komunikasi publik Komunikasi yang melibatkan seorang komunikator berkomunikasi dengan audiens yang ramai.

Biasanya bersifat sehala. Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur.

Komunikasi Publik

Peringkat dan Sifat Komunikasi


Komunikasi massa Komunikasi sehala yang melibatkan seorang komunikator dengan audiens yang sangat ramai.

Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi menyebarkan mesej seperti media cetak, elektronik, dan sebagainya.

Komunikasi publik

Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur.


Komunikasi massa didifinisikan sebagai perhubungan kepada orang ramai secara langsung.

BENTUK KOMUNIKASI
SEHALA DAN DUA HALA - ARAHAN/TAK MEMERLUKAN REAKSI/REAKSI. KOMUNIKASI MENEGAK - KE BAWAH DAN KE ATAS: ARAHAN DAN MAKLUMBALAS. MENDATAR - PENYELARASAN KERJA. GRAPEVINE - INFORMAL RAHSIA/KHABAR ANGIN.

Komunikasi massa

BENTUK KOMUNIKASI

KOMUNIKASI KE BAWAH
keatas

keatas

Mesej yang mengalir daripada pengurusan atasan kepada pegawai bawahan. Mesej tugas dan penyelenggaraan (arahan, disiplin, matlamat, perintah dan soalan).

kebawah

kebawah

mendatar

KOMUNIKASI MENEGAK
Mesej yang mengalir daripada pegawai bawahan kepada pegawai atasan. Mengemukakan soalan, mendapat maklumbalas dan cadangan.

KOMUNIKASI MENDATAR
Pertukaran mesej di kalangan orang yang mempunyai pengikut kuasa yang sama dalam organisasi.
Penyelesaian masalah, penyelarasan, penyelesaian konflik.

Prinsip-Prinsip Asas dalam Komunikasi Antara Perseorangan


Dalam memahami komunikasi antara perseoranganan, adalah penting memahami prinsip-prinsip komunikasi antara perseorangan yang berikut:

Kita tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi.


Semua orang tidak boleh tidak berkomunikasi. Maksudnya di sini ialah apa jua yang kita lakukan sama ada bercakap atau tidak, berdiam diri atau bergerak, semua ini adalah perlakuan komunikasi.

Komunikasi antara perseorangan tidak boleh ditarik balik


Oleh itu kita harus berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang lain semasa berkonflik terutamanya penggunaan kata-kata yang boleh melukai perasaan orang lain.

Terlajak perahu boleh ditarik balik tetapi terlajak kata buruk padahnya
APA KAU CAKAP, CAKAP JANGAN SEBARANG CAKAP

ADOH KAU TUMBUK AKU

Dalam komunikasi antara perseorangan terdapat banyak simbol dan mesej yang boleh diinterpretasikan dengan berbagai maksud dan situasi. Akibatnya, salah faham mungkin boleh terbit dan mencetuskan konflik.

Komunikasi antara perseorangan adalah sangat rumit


Menurut Beebe, Beebe, Redmond (1999), terdapat sekurangkurangnya enam orang yang terlibat dalam perbualan di antara dua orang komunikator iaitu:
Who you think you are (Persepsi kita tentang diri kita) Who you think the other person is (Persepsi kita tentang diri orang itu) Who you think the other person thinks you are (Persepsi kita terhadap persepsi orang itu terhadap diri kita) Who the other person thinks he or she is (Persepsi orang itu mengenai dirinya) Who the other person thinks you are (Persepsi orang itu terhadap diri kita) Who the other person thinks you think he or she is (Persepsi orang itu tentang persepsi kita terhadap dirinya)

NILAI MANUSIA YANG BERBEZA-BEZA


Masyarakat

Rakan sekerja Ibubapa keluarga Pendidikan Rakan sebaya

SILANG BUDAYA
1) Perbezaan adat dan kepercayaan. 2) Perbezaan bahasa. 3) Perbezaan prinsip dan tata karma. 4) Perbezaan latar belakang. 5) Perbezaan pendidikan 6) Perbezaan persekitaran. 7) Perbezaan etnik.

Komunikasi antara perseorangan bersifat kontekstual


Terdapat lima konteks dalam komunikasi antara perseorangan iaitu:
Konteks psikologi yang melibatkan keinginan, keperluan, nilai, personaliti, konsep kendiri dan nilai kendiri pada kedua-dua komunikator. Konteks hubungan yang melibatkan tahap kepercayaan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman mengenai diri masing-masing dalam hubungan mereka. Konteks situasi yang melibatkan persekitaran fizikal di mana kedua-dua komunikator sedang berkomunikasi. Konteks budaya yang melibatkan unsur-unsur budaya yang mempengaruhi interaksi kedua-dua komunikator.

PERSAMAAN

A C

Ciri-ciri Ekstrovert-Neurosis. Mudah Tersinggung. Gelisah. Agresif. Ghairah. Mudah Berubah. Impulsif. Optimistik. Aktif. Ciri-ciri Introvert-Neurosis. Muram. Cemas. Bimbang. Tidak Fleksibel atau rigid. Pendiam. Tidak Peramah. Tenang.

G D E
H

A M B I V E R T

Ciri-ciri Ekstrovert-Stabil. Peramah. Gemar Bercakap. Responsif. Bebas. Kepimpinan. Bersemangat. Selesa. Ciri-ciri Introvert-Stabil. Pasif. Berhati-hati. Bertimbang Rasa. Tenang. Terkawal. Jujur. Boleh Diharapkan. Tenteram.

Komunikasi antara perseorangan tidak boleh diulang semula


Oleh kerana komunikasi merupakan peristiwa, maka adalah mustahil bagi kita mengulang semula peristiwa yang sama.

Kata-kata tidak semestinya membawa makna yang sebenar.

Konsep Yang Salah Mengenai Komunikasi

Kadangkala kata-kata yang kita luahkan tidak memberikan makna yang sama dengan orang yang mendengarnya.

Lebih banyak berkomunikasi tidak selalunya lebih baik.


Tindakannya itu boleh menyelamatkan suasana yang tegang. Seperti sabda Nabi Muhamad S.A.W. yang bermaksud, berdiam diri itu adalah satu kebijaksanaan tetapi tidak ramai orang mengetahuinya.

Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah


Kadangkala komunikasi yang jelas dan ikhlas juga boleh menyebabkan konflik.

Komunikasi tidak selalunya boleh mempengaruhi orang lain.


Banyak faktor-faktor lain seperti faktor emosi, kesihatan, budaya dan lain-lain perlu dipertimbangkan oleh seseorang untuk membuat keputusan setelah dipujuk ataupun diugut.

Komunikasi bukanlah suatu kebolehan semulajadi.


Ramai orang menyangka bahawa kemahiran berkomunikasi merupakan kebolehan semulajadi atau keturunan.

Hubungan antara perseorangan terbentuk secara berperingkatperingkat.


Hampir semua hubungan antara perseorangan bermula secara berperingkat-peringkat seperti berikut:
Peringkat awal dalam hubungan mengandungi dua peringkat iaitu:
Permulaan (initiation) Penerokaan (exploration)

Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan


Kemahiran berkomunikasi antara perseorangan bukanlah suatu kemahiran yang boleh didapati tanpa sebarang kefahaman, latihan dan pengalaman. Ini disebabkan komunikasi antara perseorangan melibatkan dua orang manusia yang mempunyai berbagai-bagai perlakuan yang dipengaruhi oleh faktor psikologi, sosiologi, dan juga budaya. Manusia juga mempunyai banyak pengalaman dalam hidup yang menyebabkan mereka mempunyai perlakuan komunikasi yang berbeza. Oleh itu, kefahaman, latihan dan pengalaman kita dalam kehidupan masyarakat dan budaya berbeza adalah sangat penting.

Apabila hubungan semakin intim peringkat seterusnya melibatkan peringkat:


Menggiatkan hubungan (intensifying) Mengintegrasikan hubungan (integrating) Pengikatan pengikatan (bonding)

Hubungan juga boleh merosot dan seterusnya terputus melalui beberapa peringkat berikut:
Membuat perbandingan (differentiating) Membataskan (circumscribing) Merencatkan (stagnating) Pengelakan (avoiding) Pemutusan (terminating)

Ciri-ciri Komunikator Yang Mahir


Menurut Adler dan Towne (1999), seseorang komunikator yang mahir mempunyai ciri-ciri tertentu seperti berikut:
Mempunyai berbagai perlakuan komunikasi dan tahu bila suatu perlakuan itu patut atau tidak patut digunakan dalam sebarang interaksi dengan orang lain. Misalnya, jika kita diejek oleh seorang rakan kita, maka kita boleh memberikan respons dengan berbagai cara tetapi ia haruslah bijaksana dengan mengambilkira berbagai akibat jangka pendek dan jangka panjang dalam hubungan kita dengannya.

Kebolehan memilih perlakuan komunikasi yang paling sesuai semasa berinteraksi. Mempunyai banyak perlakuan komunikasi tidak semestinya menjamin komunikasi yang berkesan jika pemilihan perlakuan atau gaya komunikasi yang dibuat tidak sesuai dengan konteks atau situasi. Pemilihan perlakuan atau gaya komunikasi harus mengambil kira konteks interaksi, matlamat interaksi dan juga segala maklumat tentang diri orang yang terlibat dalam interaksi tersebut. Misalnya, kita boleh bergurau dengan seorang rakan lama tetapi tidak mungkin dengan seseorang yang baru sahaja dikenali.

KESOPANAN DALAM BERKOMUNIKASI


Sentiasa bercakap benar. Bercakap apabila perlu dan kerana sesuatu tujuan. Bercakap dengan sopan santun, selalu tersenyum dan dengan nada yang baik. Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.

Percakapan yang jelas dan nyata. Kalau seseorang membawa kita kepada perbualan yang tidak baik, diamkanlah diri menunjukkan tidak berminat atau memberi salam dan keluar. Bila bercakap tentang Islam, bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah serta nada yang lembut.

Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan orang yang mendengar supaya mereka boleh memahami apa yang kita cakapkan. Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah dengan baik, iaitu setelah memikirkan jawapannya. Kalau soalan dikemukakan pada orang lain, jangan cuba menjawab tanpa izin.

Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan menyatakan "saya mengetahuinya", dikhuatiri ini akan menyebabkannya kecil hati. Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan umurnya, status yang berkaitan dengan kita.

Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak bergurau kerana ini akan merendahkan kredibiliti kita. Jangan menyampuk atau mengganggu perbualan orang lain tanpa kebenaran. Jangan memasang telinga mencuri dengar perbualan orang lain dan jangan membongkar rahsia sendiri atau orang lain.

Jangan mengumpat atau suka 'komplen' orang lain. Jangan mengetawakan kesilapan orang lain. Jangan bercakap besar serta jangan selalu bersumpah.

ASAS KOMUNIKASI MESRA DAN BERSOPAN


Sentiasa Kemas, Ceria dan Riang. Hindarkan perasaan yang tidak menyenangkan terhadap orang lain. Sentiasa sensitif pada mood / masalah orang lain. Jujur kepada diri sendiri. Sentiasa bersedia membantu orang lain. Menghargai orang lain.

Gunakan perkataan tepat, ringkas, lembut dan jelas. Kawal memek muka dan pergerakan diri. Buat orang rasa yakin dan boleh dipercayai. Belajar menjadi pendengar yang baik. Elak perkataan yang menyinggung perasaan. Kerap sebut nama orang yang mendengar. Simpan maklumat sulit untuk diri sendiri.

KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Menguap/ tongkat dagu Bongkok ke hadapan Menyandar ke hadapan Meletakkan/mengurut belakang leher Mengusap hidung Menanggal cermin mata Mengusap/ mengurut dagu Meletakkan kedua-dua tangan di belakang leher dan bersandar ke belakang Merenung jauh Mengecilkan mata Berpeluk tubuh Bercekak pinggang

Aktiviti
Buat pertembungan mata dengan sesiapa sahaja yang duduk di sebelah anda tanpa berkata apa-apa selama 10 saat. Kemudian tanyalah kepadanya mengenai persepsinya terhadap diri anda mengenai perlakuan tersebut. Adakah perlakuan anda itu merupakan sejenis komunikasi?

Aktiviti
Adakah anda seorang yang mahir berkomunikasi? Cuba dapatkan jawapan ini daripada orang yang mempunyai hubungan intim dengan anda dan juga pendapat daripada orang yang anda baru kenali. Analisa kedua-dua pendapat tersebut dan kenalpasti persamaan atau perbezaan mengenai pendapat mereka. Anda seharusnya bersifat terbuka untuk menerima komen daripada mereka.

Rumusan
Dalam unit ini anda telah mempelajari bahawa:
Komunikasi antara perseorangan merupakan satu elemen penting dalam kehidupan dan menjadi keperluan yang harus dipenuhi oleh manusia. Orang yang tidak atau kurang berkomunikasi boleh mendapat berbagai masalah kesihatan mental dan juga fizikal Komunikasi antara perseorangan melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara serentak dan mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain semasa berinteraksi biasanya secara bersemuka Komunikasi antara perseorangan boleh didefinisikan secara kuantitatif dan juga secara kualitatif.
Perkembangan model komunikasi antara perseorangan bermula daripada model perspektif linear, kemudian diikuti oleh perspektif interaktif dan akhir sekali perspektif transaksi. Komunikasi antara perseorangan mempunyai lima prinsip komunikasi yang penting. Ramai orang masih mempunyai konsep yang salah tentang komunikasi. Komunikasi antara perseorangan mempunyai fungsi yang penting dalam sebarang hubungan. Untuk menjadi seorang komunikator yang berkesan, kita perlu banyak belajar melalui pembacaan dan menceduk ilmu daripada komunikator-komunikator yang sangat berjaya dan cekap , selalu berlatih dan juga melalui pengalaman kita yang lepas.

Rujukan
Beebe, S. A., Beebe, S. J., and Redmond, M. V. (1999). Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn and Bacon. Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (1999). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace. Adler, R.B. & Towne N. (1999). Looking out, looking in (9th ed). Fort Woth: Harcourt Brace.

Anda mungkin juga menyukai