Anda di halaman 1dari 43

BOLA KERANJANG

PENGENALAN

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang.

Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (pencabulan).

SEJARAH PERMAINAN
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith.

Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Keduadua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permainan ciptaannya basketball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan ekperimen pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal.

Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, The Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menengah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Tiada catatan atau rekod sebenar tentang kedatangan permainan di Malaysia. Namun, ia dipercayai diperkenalkan di Malaysia pada awal abad ke-20 oleh orang-orang Inggeris. Sambutan daripada penduduk tempatan pada peringkat awal kedatangannya adalah dingin. Cuma ahli-ahli beberapa Kelas Rekreasi Cina Selangor, kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan bermainnya

Perkembangan sukan ini kelihatan dan terbukti selepas Perang Dunia Kedua.Permainan ini diperkenalkan ke sekolah- sekolah selain ke bandar-bandar. Pada awal tahun 1960-an Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Negara sering menjadi tuan rumah untuk beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia,Kejohanan Kelab-kelab Asia, Kejohanan Terbuka Malaysia dan pelbagai pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan.

Dalam Sukan SEA pasukan negara lelaki dan wanita sering memenangi pingat emas dan dalam kejohanan Asia negara telah beberapa kali menduduki tempat keempat, di belakang gergasi bola keranjang Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

PERKEMBANGAN BOLA KERANJANG

Pada peringkat awal permainan, satu pasukan mengandungi tujuh orang pemain. Kemudian bilangannya ditambah menjadi sembilan orang. Bagaimanapun, bilangan ini kemudian dikurangkan kepada lapan orang, dan akhirnya menjadi lima orang sahaja. Permainan bola keranjang sudah berkembang pesat dan digemari sejak pertama kali diperkenalkan oleh James Naismith. Salah satu perkembangannya yang lain adalah diciptakannya gerakan slam dunk atau menombok, iaitu gerakan untuk memasukkan dan melesakan bola terus ke dalam jaring yang boleh dilakukan dengan gerakan akrobatik yang memerlukan kekuatan luar biasa.

Video slam dunk

Pada tahun 1936 bola keranjang diterima sebagai acara sukan Olimpik. Pada tahun pertama kemasukkannya ini, sebanyak 21 negara mengambil bahagian. Bola keranjang wanita mula dipertandingkan di dalam sukan Olimpik pada tahun 1976.

PERATURAN PERMAINAN BOLA KERANJANG

Sejarah peraturan permainan basket diawali dari 13 aturan dasar yang ditulis sendiri oleh James Naismith. Aturan dasar tersebut adalah sebagai berikut.
Peraturan permainan bola keranjang

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA KERANJANG


1. 2. 3.

4.
5.

Terdapat enam kemahiran asas permainan bola keranjang Menghantar dan menyambut bola Menjaring Mengawal dan mengadang Strategi pertahanan Strategi serangan

1. Kemahiran Menghantar dan Menyambut


i. ii. iii. iv.

v.

Terdapat lima cara hantaran permainan bola keranjang iaitu: Hantaran aras dada Hantaran lantun Hantaran rendah Hantaran atas Hantaran hook

Hantaran aras dada digunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat. Hantaran lantun biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas-sekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan secara menolak bola kepada penerima.

Hantaran rendah atau dari bawah merupakan cara yang sesuai untuk memberi bola kepada kawan yang bergerak berhampiran dengan pemilik bola ataupun semasa pihak yang mengawal itu mengangkat tinggi tangannya unutk mengadang. Hantaran atas merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas sekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.

1)

Terdapat tiga cara menyambut bola

2)
3)

Menyambut bola secara statik pada aras pinggang, bawah aras pinggang dan di atas kepala. Menyambut bola sambil berlari Menyambut bola secara melompat

2. Kemahiran Mengelecek Bola

Mengelecek bola dalam permainan bola keranjang beerti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantunkan bola dengan sebelah tangannya. Tujuan melakukan kemahiran mengelecek semasa permainan ialah Untuk membuat jaringan dari dekat Untuk menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation)

1. 2.

Semasa permainan cara mengelecek bola bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh pemilik bola. Pada umumnya ada dua cara digunakan iaitu: Mengelecek dengan lantunan rendah Mengelecek dengan lantunan tinggi

3. Kemahiran Menjaring
1) 2) 3)

4)
5)

Terdapat lima jenis jaringan dalam permainan bola keranjang: Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan) Jaringan lompat Jaringan layang Jaringan lengkung Jaringan lemparan bebas

4. Mengawal dan Mengadang


Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur serang- balas

TEKNIK MENGAWAL

5. Strategi Pertahanan

1. 2.

Dua sistem asas yang biasa diamalkan semasa mengawal atau bertahan adalah sistem seorang kawal seorang dan sistem zon. Sistem seorang kawal seorang (one-toone defence) Sistem pertahanan zon

Gambar one-to- one defence

6. Strategi Serangan

Pasukan yang menguasai boal dengan serta-merta hendaklah bergerak dengan pantas ke jaring untuk membuat jaringan. Pergerakan bola boleh secara menghantar atau mengelecek oleh pemaib-pemain. Pemain-pemain yang menyerang hendaklah membebaskan dirinya dari kawalan supaya dapat membantu kawannya yang memiliki bola dan juga pasukannya.

Untuk menyulitkan tugas pihak pengawal, pemain-pemain yang menyerang perlu sentiasa bergerak untuk mencari ruang dan mewujudkan tempat kosong, bertukar-tukar tempat, dan bersedia memotong untuk menerima bola atau sebagai gerakeliru untuk menipu pihak lawan.

Contoh gerakeliru Melompat untuk menjaring tetapi menghantar bola kepada kawan yang lebih sedia untuk menjaring. Selepas menyambut bola, angkat bola untuk membuat hantaran tetapi tukar kepada mengelecek bola. Pemain pivot memusingkan badan dan terus menjaring.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai