Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN JEDA JARAK JAUH

Definisi Satu kaedah latihan untuk mencapai kecergasan fizikal yang

merupakan satu sistem latihan yang diselang-seli dengan kerja dan masa rehat. Latihan jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan para atlit.

Sejarah Bermula di Jerman Diperkenalkan oleh Dr Woldemar Gershler dan Hans Riendell

pada 1930 Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dicapai melalui latihan jeda. Ini telah dibuktikan oleh Annarino 1976 melalui kajiannnya yang mendapati bahawa semasa musim persediaan, atlit akan cuba untuk membina asas yang kukuh dalam usaha meningkatkan kecergasan sehingga ke musim pertandingan. Kajian telah membuktikan bahawa latihan jeda merupakan satu siri ulangan yang berintensiti tinggi dengan tempoh masa rehat tertentu dan merupakan siri yang paling baik untuk meningkatkan tahap kecergasan seseorang atlit.

Konsep Latihan
Latihan yang menyebabkan aktiviti tertentu diselang-seli

dengan waktu pulih atau waktu rehat Satu kaedah latihan bersaintifik, mengandungi larian ulangan pada jarak yang ditetapkan diselang-seli dengan waktu pulih dalam bentuk berjalan atau jogging Latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi Latihan yang khusus bagi kardiovaskular Dijalankan dalam bentuk yang berlainan dan bervariasi Komponen penting perlu berlari pantas dalam jarak beberapa kali atau ulangan Kaedah ini membolehkan tugasan yang mempunyai intensiti tinggi dilakukan tanpa rasa letih

Tujuan Latihan Jeda Dapat meningkatkan muatan maksima bagi setiap

tenaga Meningkatkan keupayaan anaerobik Meningkatkan daya tahan otot Meningkatkan kelajuan dan kepantasan Meningkatkan tahap fleksibiliti,kekuatan dan koordinasi Merangsang pembukaan saluran darah (kapilari) untuk proses pengangkutan oksigen yang lebih efisyen Meningkatkan isipadu haemoglobin yang membantu membawa oksigen kepada otot yang memerlukan Meningkatkan aktiviti enzim dalam metabolisme asid lemak

Kaedah Perlaksanaan Latihan Jeda Jarak Jauh Lazim digunakan dalam renang dan olahraga Merupakan salah satu kaedah latihan yang terbaik Sesuai bagi kebanyakan sukan seperti bola sepak, ragbi,hoki dan pemainan padang lain Contoh kadar kerja dengan masa rehat : Bagi jeda jarak jauh, kadar kerja kepada kadar rehat ialah antara 1: hingga 1 : 1 bergantung kepada jarak larian/renang atau masa kerja Masa larian = 10 minit Masa rehat = 5 minit Nisbah jeda kerja kepada jedarehat = 1 : Masa larian = 3 minit Masarehat = 3 minit Nisbah jeda kerja kepada jedarehat = 1 : 1

Ulangan cadangan ialah antara 2 hingga 3 ulangan bagi

jarak yang lebih jauh dan 3 hingga 4 ulangan bagi jarak kurang 800 meter bagi satu larian Jumlah set yang dicadangkan = jumlah ulangan Rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar turun kepada 120 denyut seminit kemudian, set kedua dimulakan

Priskripsi latihan jeda perlu mengambil kira

perkara berikut : Ulangan aktiviti Set Nisbah kerja : rehat Aktiviti jeda rehat Contoh priskripsi latihan jeda 3 x 1500 meter x 2 set / 8 minit ( 1 / ) , bermaksud : 3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit

Anda mungkin juga menyukai