Anda di halaman 1dari 43

SEKOLAH RENDAH 2013

Apa itu Komunikasi?


Kamus Dewan
Menyatakan bahawa menyampaikan buah fikiran, bertukar-tukar idea atau maklumat.

Sillar (1988)

Penghantaran, penerimaan atau penukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, pertuturan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan dikomunikasikan difahami dengan jelas.
3

Takrif Komunikasi

Perkongsian makna. Proses memberikan tindakan terhadap sebarang maklumat. Mesej sebenar / mesej yang dihantar atau diterima.

Mengapa Perlu Berkomunikasi ?


Keperluan identiti diri. Keperluan sosial. Keperluan untuk mencapai matlamat.

Konsep Yang Salah Mengenai Komunikasi

Kata-kata semestinya membawa makna yang sebenar. Lebih banyak berkomunikasi selalunya lebih baik. Semua masalah boleh diselesaikan melalui komunikasi. Komunikasi adalah suatu kebolehan semulajadi.

Kemahiran komunikasi
Membentuk perhubungan beretika berasaskan kemahiran berkomunikasi yang baik serta hormat terhadap semua murid sebagai individu dan mengharapkan penghormatan diberi sebagai balasan.

Rangsangan dan Kesan


Rangsangan
pertuturan, penulisan, bunyi, perlakuan fenomena alam fizikal, bahan visual

Interpersonal

Intrapersonal

Kesan
8

Interpersonal Hubungan antara individu dengan individu

guru murid murid


Intrapersonal Hubungan antara

murid murid masyarakat

murid dengan diri sendiri ( refleksi / muhasabah diri

murid dengan bahan ( termasuk komputer dan kalkulator )


9

KOMUNIKASI SECARA MATEMATIK

Matematik satu disiplin ilmu yang unik yang mengandungi simbol,perwakilan, bentuk dan perkaitan. Komunikasi secara matematik boleh membantu murid menguasai kemahiran matematik dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik umumnya berlaku apabila murid menggunakan bahasa, istilah dan perwakilan matematik dengan betul dalam perbualan harian mereka.

PERKAITAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


MATEMATIK Bahasa matematik Perwakilan matematik Maklumat Perkaitan -simbol -rumus -gambar rajah -bentuk -graf KEHIDUPAN HARIAN Bahasa harian - rumah - padang permainan - sekolah - aktiviti luar Jual beli Pekerjaan Alam sekitar

Komunikasi Secara Matematik


Individu bertindakbalas terhadap apa yang didengar dan menggalakkannya berfikir menggunakan ilmu untuk membuat keputusan.

Proses Mendengar

Proses Membaca

Individu mengumpul maklumat, menyusun dan menghubungkaitkan idea dan konsep.

Proses Visualisasi

Individu membuat pemerhatian,menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas bahan konkrit, semi-konkrit dan simbol.

12

PROSES MENDENGAR
Murid bertindak balas terhadap apa yang didengar dan murid berfikir menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan dan tindakan.

PROSES MEMBACA
Murid dapat mengumpul maklumat, menyusun dan menghubungkaitkan idea dan konsep seterusnya menterjemahkan kepada bahasa matematik dan sebaliknya.

PROSES MEMBACA

Ayah telah membeli 2 biji durian untuk makan malam. Pakcik Hamid datang dengan membawa 3 bakul berisi 4 biji buah durian setiap bakul. Didapati dalam setiap biji durian ada 8 ulas durian yang besar dan padat isinya. Emak meletakkan ulas durian itu ke dalam mangkuk yang boleh mengisi 12 ulas dan selebihnya emak masak pengat.

15

Tulis ayat matematik. Berapa biji buah durian semuanya? Berapa mangkuk yang berisi ulas durian? Berapa ulas durian yang dimasak pengat? Kalau harga kesemua durian itu adalah RM 70, berapakah harga sebiji durian.
16

PROSES VISUALISASI
Murid membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat dan menterjemahkan ke bahasa matematik dan sebaliknya.

KAEDAH KOMUNIKASI
Proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembah secara bertulis.

Hubungan dua hala antara guru dengan murid,murid dengan murid, murid dengan bahan.

LISAN
Contoh 1. Bercerita 2. Menyoal dan menjawab soalan dengan bahasa matematik 3. Temubual berstruktur dan tidak berstruktur 4. Perbincangan 5. Pembentangan dapatan sesuatu penyelesaian masalah

BERTULIS
PERWAKILAN
Proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain.

Contoh 1. Latihan 2. Jurnal 3. Buku skrap 4. Folio 5. Porfolio 6. Projek 7. Ujian bertulis

1. 2. 3. 4. 5.

Konkrit Semi konkrit Simbol Situasi sebenar Bahasa

21

HUBUNGKAIT ANTARA ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

SITUASI SEBENAR (Contoh: pengalaman sebenar, simulasi) dialog, main peranan)

SEMI KONKRIT (Contoh: gambar, gambarajah, jadual, graf, carta)

KONKRIT (Contoh: benda konkrit, pembilang, blok asas, alat penyukat)

BAHASA (Lisan dan bertulis bahasa murid atau bahasa harian)

SIMBOL ( Contoh: + , , x, , = , , >, <, , , )

22

Peranan Komunikasi Dalam Matematik


Dunia Matematik perwakilan konsep, maklumat dan perkaitan seperti simbol, rumus, nombor, gambar rajah, bentuk dan graf

KOMUNIKASI
Dunia Sebenar

kehidupan harian
23

Pertimbangan Dalam Melaksanakan Komunikasi


Cara-cara melahirkan satu suasana komunikasi yang berkesan : mengenalpasti konteks yang boleh disesuaikan dengan suasana kehidupan seharian murid. Mengenalpasti minat murid Mengenalpasti Bahan Bantu Mengajar Memastikan pembelajaran yang aktif Menggerakkan kemahiran meta-kognitif Menerapkan sikap-sikap yang positif; dan Mereka (Creating) satu suasana pembelajaran yang kondusif.

Teknik Penyoalan Guru

memberi masa untuk murid berfikir mencungkil jawapan daripada murid mengalih arah soalan kepada muridmurid lain merangsang respon murid memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid

Mengapa Komunikasi Secara Matematik Penting? 1 Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan situasi matematik. Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi matematik. Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa matematik dan simbol. Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik dengan menggunakan bahasa matematik.
26

3 4

Mengapa Komunikasi Secara Matematik Penting?

5
6

Membina pemahaman yang sama tentang sesuatu idea matematik termasuk definisi.
Menyedari bahawa perwakilan, perbincangan, pembacaan, penulisan dan pengamatan matematik merupakan aspek penting dalam pembelajaran dan penggunaan matematik. Membincangkan idea-idea matematik dan membuat konjektur dan hujah yang kukuh.

27

sambungan

Mengapa Komunikasi Secara Matematik Penting? 8 Menghargai nilai dan peranan simbol matematik dalam mengembangkan idea matematik. Melahirkan idea matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang mendalam.

10 Mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada. 11 Mengungkap takrifan matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.
28

KESIMPULANNYA : KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Membantu guru menilai tahap kefahaman dan kelemahan murid. Membantu murid memproses maklumat dan pengetahuan yang diperoleh dengan lebih bermakna.

KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI SECARA MATEMATIK DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Menghubungkait bahan konkrit dan gambar rajah dengan ideaidea dan situasi matematik.

Bincangkan soalan-soalan berikut: a) Berapakah bilangan kotak-kotak segiempat sama yang ada? b) Berapakah bilangan kotak yang telah diwarnakan? c) Tuliskan bilangan kotak yang diwarnakan sebagai pecahan kepada keseluruhan. d) Sekiranya rajah mewakili 33 peratus, tuliskan konjektur tentang makna peratus. Bincangkan konjektur yang dibuat dan terangkan maksud peratus

2. Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran terhadap idea dan situasi Matematik.

Contoh :

50 000 100 5 = ?

3. Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa Matematik dan simbol. Contoh soalan :
Encik Firdaus menternak 2350 ekor itik . Dia membeli lagi 155 ekor itik. Sebulan kemudiannya dia menjual 760 ekor itik. Berapakah bilangan itik Encik Firdaus yang belum dijual?

4. Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik (Model Polya) dengan menggunakan bahasa Matematik.

Contoh :

23 000 anak benih pokok kelapa ditanam sama banyak dalam 1 000 baris. Berapakah anak benih kelapa dalam setiap baris ?

5. Membina pemahaman yang sama tentang sesuatu idea Matematik.

Contoh :
i
008

1002 x 4 =____
ii

1002 X 4 4008

+ 1002 1002 1002 + 1002 4008

iii. Pecahkan mengikut nilai tempat

2 sa X 4 = 0 pu X 4 = 0 ra X 4 = 1 ri X 4 =

ri ra pu sa 8 0 0 4

Jawapan : 4008

6. Menyedari bahawa perwakilan , perbincangan , pembacaan , penulisan dan pengamatan Matematik merupakan aspek penting dalam pembelajaran dan penggunaan Matematik.

Rajah di bawah ialah piktograf bilangan aiskrim yang dijual oleh tiga buah kedai dalam masa sehari.

Cari bilangan aiskrim yang dijual oleh ketigatiga buah kedai itu pada bulan Jun.

7. Membincangkan idea-idea Matematik dan membuat konjektur dan hujah yang kukuh.

Mak Cik Aini membeli 20 kg beras. Dia menggunakan 60% beras itu dan
daripada bakinya diberikan kepada jirannya. Berapakah dalam gram, beras yang masih ada pada Mak Cik Aini?

8. Menghargai nilai-nilai dan peranan simbol Matematik dalam mengembangkan idea Matematik.

Contoh soalan : Rina ada RM 13 045 . Dia memberikan RM 1 540 kepada Iqah. Berapakah baki wang Rina ?

9. Melahirkan idea Matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang mendalam.
Contoh :

Berikan dua nombor hasil darabnya ialah 100.

10. Mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea Matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Contoh :

Ada 5 permukaan rata , 8 tepi dan 5 bucu. Siapa saya ?

11. Mengungkap takrifan Matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.

Contoh soalan :
Rizal ada 2198 biji guli. Dia memberikan 135 biji guli kepada Firdaus. Rakannya, Ah Lee memberi 717 biji guli kepada Rizal. Berapakah bilangan guli yang Rizal ada sekarang?

SEKIAN

TERIMA KASIH

43

Anda mungkin juga menyukai