Anda di halaman 1dari 10

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

KUNCI SYURGA
Oleh: Abu Ayyub Muhammad Fashan Ibn Ahmad Ziadi

B agaikan sebuah pintu yang terkunci, sudah semesti untuk membukanya


memerlukan sebuah kunci untuk membuka pintu tersebut.Pernahkah kita
terbayang akan pintu-pintu syurga? Bagaimana kita hendak membuka pintu-
pintunya? Bagi yang sentiasa merindui dan mengharapkan syurga pasti akan
berusaha mencari kuncinya walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri.

Usahlah kita gundah dan gelisah kerana Rasulullah sallallhu`alaihiwasallam


sudah menunjukkan kepada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana
yang tersebut di dalam sebuah hadith:

‫ ل إله إل ال ( ملصا ) دخل النة‬: ‫من قال‬


Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh
keikhlasan,maka dia akan masuk syurga.1

Jelas kepada kita kunci syurga itu adalah kalimah tauhid2 yang sering kita
ucapkan.Namun cuba kita fikirkan adakah semudah itu untuk kita membuka
pintu syurga? Bukankah kita melihat masih ramai orang yang membuat
perkara-perkara kesyirikan, meminta kepada selain Allah, percaya kepada
dukun, pawang , bomoh, masih menyembah dan berdoa kepada kubur orang-
orang soleh dan banyak lagi perkara yang merosakkan akidah dilakukan?

1
Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban lihat Silsilah as-Shahihah 5/354

2
Banyak hadith yang menyebut tentang betapa tingginya kedudukan kalimah tauhid
ini antaranya:

ُ‫ض ُلهَا قَ ْو ُل لَا إِلَ َه إِلّا اللّ ُه وََأدْنَاهَا إِمَا َطةُ الَْأذَى عَنْ ال ّطرِيقِ وَاْلحَيَاء‬
َ ْ‫ضعٌ َوسَبْعُونَ َأ ْو بِضْعٌ َوسِتّونَ ُشعْبَ ًة فَأَف‬
ْ ِ‫الْإِيَا ُن ب‬
ِ‫شُ ْعبَ ٌة مِنْ الْإِيَان‬
Iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang atau lebih dari enam puluh cabang,
cabang yang paling tinggi adalah perkataan: ‘Laa ilaaha illallaah’, yang paling rendah
adalah menyingkirkan duri (rintangan) dari jalan dan malu adalah salah satu cabang
Iman [HR Muslim no:50] dalam Bab ِ‫ك ْونِهِ ِمنْ الْإِيَان‬
َ ‫بَاب َبيَانِ عَ َددِ شُ َعبِ الْإِيَا ِن َوأَ ْفضَ ِلهَا َوَأ ْدنَاهَا وَ َفضِيلَ ِة الْحَيَاءِ َو‬
Apakah golongan sebegini juga akan mudah sahaja membuka pintu syurga
sekaligus memasukinya? Tidak mungkin!!

Ketahuilah setiap kunci pasti ada giginya.Mana mungkin kunci yang tidak
bergigi boleh membuka sesebuah pintu.Begitu jugalah pintu bagi syurga iaitu
kalimah tauhid.Jadi pintu syurga hanya boleh dibuka oleh orang yang
memiliki kunci yang bergigi.

Imam Bukhari3 rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa


seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih4: “ Bukankah
Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu
melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi,
maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan
di bukakan untukmu”5

Lalu apakah yang dikatakan gigi bagi kunci tersebut iaitu kalimah ‫ل إله إل ال‬itu?
Ketahuilah gigi kunci kalimah tauhid tersebut ialah syarat-syarat ‫!!! ل إله إل ال‬.

3
Beliau ialah Amirul Mukminin fi al-Hadith, Abu `Abdillah Muhammad Ibn Ismail Ibn
Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Bukhari (194H-256H), Pemilik Kitab al-Jami` as-Shahih
atau lebih dikenali dengan Shahih Bukhari.

4
Beliau ialah Wahab Ibn Munabbih IBn Kamil al-Yamani al-Son`ani ( 34H-100H),
seoarng Tabi`in terpecaya dari Son`a Yaman.Rujuk Ruwwat at-Tahdzibain.

5
Shahih Bukhari 4/456, ُ‫بَاب مَا جَا َء فِي الْجَنَائِزِ وَمَنْ كَانَ آخِرُ كَلَا ِم ِه لَا ِإلَ َه ِإلّا اللّه‬, Maktabah Syaamilah Edisi
kedua.
Syeikh Hafiz Ibn Ahmad al-Hakami6 telah meletakkan tujuh syarat kalimah ‫ل إله‬
‫ إل ال‬di dalam kitabnya7 Syarat-syaratnya ialah:

1. ‫العلم‬ , al-`Ilmu( mengetahui)

Maksudnya adalah kita harus mengetahui maksud kalimah ‫ل إله إل ال‬


dengan sebenar-benarnya.Ertinya ialah: “ Tidak ada
Tuhan(Ilah,sesembahan) yang berhak disembah dengan benar
,melainkan Allah”.Dalilnya ialah:

Firman Allah ta`ala:

َ‫شفَاعَةَ إِلّا مَ ْن َشهِ َد بِالْحَ ّق َوهُ ْم َيعْلَمُون‬


ّ ‫ك الّذِي َن يَ ْدعُو َن مِنْ دُونِهِ ال‬
ُ ِ‫وَلَا يَمْل‬
Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak
dapat memberi syafaat; akan tetapi (orang yang dapat memberi
syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka
mengetahuinya8

6
Syeikh Hafiz b.Ahmad al-Hakami dilahirkan pada tahun 1342 hijrah.Beliau hafal al-
Quran sebelum usianya menjangkau 12 tahun, beliau seorang yang kuat hafalannya
dan menguasai pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam seperti akidah, usul fiqh, sirah
Nabawiyyah, ilmu hadith, ilmu faraidh, sastera dan ilmu-ilmu yang lain.Beliau
seorang yang wara`, pemurah, bertaqwa, dan sangat menjaga kehormatan
diri.Kebanyakan waktunya dihabiskan untuk membaca al-Quran, membaca buku dan
beliau juga terlibat dengan mengajar, mengarang dan melakukan muzakarah dan
diskusi ilmu.

Menurut al-ustaz Dr Najib, al-Syeikh sangat meminati seni khat, ketika berusia 19
tahun beliau telah diminta oleh gurunya iaitu Syeikh `Abdullah bin Muhammad al-
Qar`awi supaya menulis sebuah kitab berkaitan dengan akidah salaf
rahimahumullah.Syeikh memenuhi permintaan gurunya itu dengan menulis sebuah
kitab berkaitan akidah.
Al-Syeikh rahimahullah meninggal pada 18 Zulhijjah tahun 1377 hijrah setelah beliau
menunaikan ibadah Haji.Ketika itu beliau berusia 35 tahun.Beliau selesai
menyempurnakan penulisan kitab ini pada tahun 1365 hijrah ketika berusia 23 tahun

Bendera-Bendera Al-Sunnah Yang Berkibaran Dalam ‫أعلم السنة النشورة لعتقاد الطائفة الناجية النصورة‬7
.Menerangkan Aqidah, Ahli Al-Sunnah Wa al-Jamaah Golongan Tauladan ms 22
Penulis menghadiri talaqqi pengajian kitab ini yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz
.Dr Ahmad Najib b.Abdullah Qari hafizahullah, pada 15 April 2009

8
Az-Zukhruf 43:86
Berkata Ibn Kathir rahimahullah ketika menafsirkan ayat:

‫ح ّق َوهُمْ َيعَْلمُون‬
َ ْ‫إِلّا مَ ْن َشهِ َد بِال‬:
‫ فإنه تنفع شفاعته عنده بإذنه له‬،‫لكن من شهد بالق على بصية وعلم‬
Akan tetapi sesiapa yang mengakui yang hak(tauhid) dengan al-
Bashirah 9dan ilmu.

Adapun dalil daripada As-Sunnah pula ialah hadith yang diriwayatkan


oleh Imam Muslim:

َ‫جّنة‬
َ ْ‫ت َو ُهوَ يَعَْلمُ َأنّهُ لَا إِلَهَ إِلّا اللّهُ َدخَ َل ال‬
َ ‫مَ ْن مَا‬
Sesiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada
Ilah(Tuhan) yang berhak disembah melainkan Allah, nescaya dia akan
masuk syurga.10

Seandainya kita mengucapkan kalimah tersebut, tanpa mengetahui


dan mengerti maknanya yang sebenar maka ucapan atau persaksian
tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya bagi kita.

2. ‫ اليقين‬, al-Yaqiin (meyakini)

Maksudnya adalah kita haruslah meyakini secara pasti kebenaran


kalimah tauhid ‫ ل إله إل ال‬tanpa keraguan dan bimbang sedikit pun.

Dalilnya ialah firman Allah ta`ala:

9
Menurut Guru penulis, Ustaz Dr Ahmad Najib hafizahullah, maksud al-Bashirah ialah
ilmu.Ibn Kathir telah menyebut dua kali perkataan ilmu, hal ini memberi maksud
beliau ingin memberi penegasan bahawa betapa pentingnya ilmu untuk memahami
kalimah tauhid.Sila rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim. Beliau – Ustaz Dr Najib- juga
menegaskan betapa pentingnya merujuk maksud al-Quran kepada Ulama` Tafsir
yang muktabar, hal ini bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam
memahami maksud dan kehendak perkataan dalam al-Quran.

10
Shahih Muslim 1/125.
‫ِإنّمَا الْ ُم ْؤمِنُونَ الّذِينَ َآ َمنُوا بِاللّ ِه وَ َرسُولِ ِه ثُمّ لَ ْم يَ ْرتَابُوا‬
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-
ragu11

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

َ‫جّنة‬
َ ْ‫َأ ْشهَدُ َأنْ لَا إِلَهَ إِلّا اللّ ُه َوَأنّي َرسُولُ اللّهِ لَا يَ ْلقَى اللّ َه ِبهِمَا َعبْ ٌد َغيْ َر شَاكّ فِيهِمَا إِلّا َدخَ َل ال‬
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(Ilah) yang berhak disembah melainkan
Allah dan aku adalah utusan Allah.Tidaklah seorang hamba bertemu dengan
Allah sambil membawa dua kalimah syahadah tersebut tanpa ragu-ragu
kecuali pasti dia akan masuk syurga.12

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam pernah memberikan sepasang


sepatunya kepada Abu Hurairah radiallahu`anhu sambil bersabda:

‫جنّة‬
َ ْ‫ستَْي ِقنًا ِبهَا قَ ْلبُهُ َفبَشّ ْر ُه بِال‬
ْ ُ‫شهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلّا اللّ ُه م‬
ْ َ‫ط ي‬
ِ ِ‫فَمَنْ َلقِيتَ مِ ْن َورَاءِ هَذَا الْحَائ‬
Sesiapa yang kamu temui di sebalik kebun ini yang mengucapkan “ La
ilaha illallah” dengan penuh keyakinan terhadapnya, maka
khabarkanlah ia akan dimasukkan ke dalam syurga.13

3. ‫ القبول‬, al-Qobulu (menerima)

Maksudnya kita harus menerima segala tuntutan ‫ ل إله إل ال‬dengan penuh


penerimaan senang hati, lisan dan perbuatan, tanpa menolak
11
Al-Hujuraat 49:15

12
Shahih Muslim 1/126
13
Shahih Muslim 1/133
sedikitpun.Kita tidak boleh sombong menolak kalimah tersebut sama
ada untuk mempelajari dan menerima tuntutannya sepertimana yang
berlaku kepada kaum musyrikin,

Firman Allah ta`ala:

‫) َوَيقُولُونَ َأئِنّا َلتَارِكُوا آَِل َهِتنَا‬35( َ‫ستَ ْكبِرُون‬


ْ َ‫إّنهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ َلهُمْ لَا إِلَهَ إِلّا اللّ ُه ي‬
36 ( ٍ‫جنُون‬
ْ َ‫(لِشَاعِ ٍر م‬
Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha
illallah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka
menyombongkan diri.

dan mereka berkata: "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan


sembahan-sembahan kami karena seorang penyair gila?"14

4. ‫النقياد‬, al-Inqiyaad ( Tunduk, menyerah atau patuh)

Maksudnya kita harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntutan ‫ل إله إل ال‬
dalam amalan-amalan dan tindak tanduk kita.

Firman Allah ta `ala:

ُ‫َوأَنِيبُوا إِلَى َرّبكُ ْم َوَأسْلِمُوا لَه‬


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-
Nya15

Firman Allah ta`ala lagi:

‫ك بِاْلعُ ْر َوةِ الْ ُوْثقَى‬


َ َ‫َومَ ْن يُسْلِ ْم وَ ْجهَهُ إِلَى اللّهِ وَ ُه َو مُحْسِنٌ َف َقدِ اسْتَمْس‬

14
As-Shaffat 37:35-36

15
Az-Zumar 39: 54
Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia
orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada buhul tali yang kukuh.16

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

‫ل يؤمن أحدكم حت يكون هواه تبعا لا جئت به‬


Tidaklah beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah kamu
menjadikan hawa nafsumu mengikuti terhadap apa yang dibawa
olehku.17

5. ‫ الصدق‬, ( Jujur dan Membenarkan)

Maksudnya kita harus jujur dalam melaksanakan tuntutan kalimah


tauhid, iaitu sesuai antara keyakinan hati dan amal perbuatan, tanpa
disertai kebohongan sedikitpun.

Firman Allah jalla wa`ala :

َ‫) وََلقَدْ َفَتنّا الّذِين‬2( َ‫ب النّاسُ َأ ْن ُيتْرَكُوا َأنْ َيقُولُوا َآ َمنّا َوهُمْ لَا ُي ْفَتنُون‬
َ ‫س‬
ِ َ‫) أَح‬1( ‫ال‬
َ‫صدَقُوا وََلَيعْلَمَنّ الْكَا ِذبِي‬
َ َ‫مِنْ َقبِْل ِهمْ فََلَيعْلَمَنّ اللّهُ الّذِين‬

Alif laam miim. # Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?.
#Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta18.

Diriwayatkan daripada Mu`az Ibn Jabal radiallahu`anhu bahawasanya


Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah bersabda;

16
Luqman 31:22

17
Hadith hasan, Riwayat Ibn Abi `Ashim dalam As-Sunnah no:14, al-Baghawi dalam
Syarhu as-Sunnah 1/213 daripada `Abdullah Ibn `Amru radiallahu`anhu.

18
Al-Ankabut 29:1-3
‫شهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلّا اللّ ُه َوأَ ّن مُحَمّدًا َرسُولُ اللّهِ صِدْقًا مِنْ َق ْلبِهِ إِلّا حَ ّرمَهُ اللّ ُه عَلَى‬
ْ َ‫مَا مِنْ أَ َح ٍد ي‬
‫النّار‬
Tidaklah seseorang itu mengucapkan “ Laa ilaha illallah” dan
Muhammad itu rasulullah dengan sebenar-benarnya dalam hatinya
melainkan Allah mengharamkan baginya api neraka.19

Maka disyaratkan kejayaan ucapan kalimah ini untuk


menyelamatkannya dari api neraka supaya mengucapkan dengan
benar di dalam hatinya.

6. ‫( الخلص‬Ikhlas dan Murni)

Maksudnya kita harus membersihkan amalan-amalan daripada noda


syirik, riya`( ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain). Allah s.w.t
berfirman:

َ‫خِلصِيَ لَهُ الدّين‬


ْ ُ‫َومَا ُأمِرُوا إِلّا ِلَي ْعبُدُوا اللّ َه م‬
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan)
agama dengan lurus20

‫ ل إله إل ال ( ملصا ) دخل النة‬: ‫من قال‬


Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh
keikhlasan,maka dia akan masuk syurga.21

Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

ِ‫شفَاعَتِي َيوْ َم اْلقِيَا َم ِة مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلّا اللّهُ خَاِلصًا مِنْ َق ْلبِهِ َأ ْو َنفْسِه‬
َ ِ‫َأ ْسعَ ُد النّاسِ ب‬
Orang yang paling gembira(berjaya dan bahagia) menerima syafaatku ialah
22
.sesiapa yang mengucap Lailahaaillallah dengan ikhlas dari dalam hatinya

19
Shahih Bukhari 1/218

20
Al-Bayyinah 98:5

21
Shahih,HR Ahmad, Ibn Hibban lihat Silsilah as-Shahihah 5/354
7. ‫ ( المحبّة‬Mencintai)

Maksudnya kita harus mencintai kalimat Tauhid, tuntutannya, dan


mencintai orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, wala`,
setia serta kasihkan mereka sepertimana kita mengasihi diri kita
sendiri.Kita juga harus membenci segala perkara yang boleh
merosakkan tauhid itu,membenci pelaku-pelaku syirik dan perkara-
perkara yang boleh meruntuhkan tauhid.

Firman Allah ta`ala;

‫حبّ اللّ ِه وَالّذِينَ آ َمنُوا َأشَدّ ُحبّا‬


ُ ‫حبّونَهُمْ َك‬
ِ ُ‫س مَ ْن َيتّخِ ُذ مِنْ دُونِ اللّهِ َأنْدَادًا ي‬
ِ ‫َومِ َن النّا‬
ِ‫ِللّه‬
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-
tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta
kepada Allah23

Allah jalla wa`ala berfirman lagi:

ٌ‫حِبْبكُمُ اللّهُ َويَ ْغفِرْ َلكُمْ ُذنُوَبكُ ْم وَاللّهُ غَفُورٌ َرحِيم‬


ْ ُ‫حبّونَ اللّهَ فَاّتبِعُونِي ي‬
ِ ‫قُلْ إِنْ ُكْنتُمْ ُت‬

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya


Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.24

Nabi s.a.w bersabda:

22
HR Bukhari 1/174

23
Al-Baqarah[2]:165

24
Ali-Imraan [3]:31
‫ث مَنْ كُنّ فِيهِ َوجَدَ َحلَا َوةَ الْإِيَانِ َأنْ َيكُونَ اللّ ُه وَ َرسُولُهُ أَ َحبّ إِلَيْ ِه مِمّا ِسوَاهُمَا‬
ٌ ‫ثَلَا‬
‫حبّهُ إِلّا لِلّ ِه َوَأنْ يَكْ َرهَ َأنْ َيعُودَ فِي الْ ُكفْرِ كَمَا يَكْ َرهُ َأنْ ُيقْذَفَ فِي‬
ِ ُ‫ب الْمَرْءَ لَا ي‬
ّ ‫ح‬
ِ ُ‫َوأَ ْن ي‬
ِ‫النّار‬
Tiga perkara yang jika ketiga-tiganya terdapat pada sesorang, ia akan
mendapatkan kemanisan iman: 1) Allah dan RasulNya lebih dia cintai
daripada selain keduanya, 2) dia mencintai seseorang semata-mata
kerana Allah, 3) dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah
meneyelamatkannya, sepertimana dia tidak suka dicampakkan ke
dalam api neraka.25

25
HR Bukhari dan Muslim

Anda mungkin juga menyukai