Anda di halaman 1dari 140

Bismillah

Kepada kedua ibu bapa saya, tembakan doa dan cinta buat anda berdua.

Sokongan dan kasihmu, amatlah berharga buat diri yang ini.

Kepada adik-adik, nenek atuk, makcik pakcik dan sepupu sekalian, terima kasih atas galakan, dan sokongan yang tidak terhingga.

Kepada murabbi tercinta, Abang Irwan, Abang Hijjaz, Abang Azan, moga Allah membalas kalian dengan kebaikan, dan moga kita ketemu dalam Jannah kelak.

Kepada ikhwah-ikhwah, baik yang bergelar abang, adik mahupun pakcik, moga kita sentiasa berada dalam dakapan ukhuwah, dan saling mencintai kerna Tuhan yang Esa.

Kepada guru-guru, daripada lahirnya saya, hinggalah ke akhir hayat kelak, moga dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan, dan moga thabat dalam membina Ummah tercinta.

Kepada sahabat-sahabat, yang menyambut tika duka, dan yang mendakap tika gembira, yang senantiasa tersenyum, dan mengundang tawa,

Uhibbukum fillah,

abadan ada.

Di Syurga kelak, tempat kita berehat insyaAllah.

Dan kepada peneman hidup, dan anak-anak yang bakal tiba insyaAllah,

inilah kalam abi, kepada kamu semua.

Moga ia bermanfaat, bukan untuk kamu semata-mata, tetapi buat Ummah sekalian alam.

Jadilah Rijal-Rijal,

dan Nisa’-Nisa’,

yang nafasnya buat Ummah, dan peluhnya buat Islam.

Biarlah di Dunia ini kita kepenatan, di Syurga kelak, kita bergembiraan.

Uhibbukum fillah,

abadan abada.

- Abdullah -

“Alhamdulillah. Mantap sangat. Ana suka sangat-sangat sebab banyak karya anta dapat relate dengan diri ana. Banyak yang memang #inmyface. Ana bersyukur diberi peluang untuk membaca karya anta. Just so you know, ana tak boleh ingat when was the last time ana habis baca satu buku. Selalunya baca sekerat sahaja.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Jazakallahu khairan kathira ya akh. Boleh tak nak cakap something? Ana sayang anta, kerana Allah. Walaupun kita tak pernah berjumpa, perasaan ini seems so real.”

- Akhi Ahmad Syafiq Akbar Ali -

***

“Tipu lah kalau baca tak meleleh air mata. Tak semua orang yang baru nak ber- jalan menuju Tuhan itu jalannya indah. Buku ni sikit sebanyak bawa permaknaan sebenar nilai manusia, hamba, daie, ummah, tanggungjawab, khilafah and every- thing.

Nak dijadikan cerita, aku baca ni sambil dengar lagu instrumental. Dia punya menusuk. tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata. Sedikit seban- yak memberi guidance. Tak tahu lah nak cakap macam mana, just sebak.

Keep up the good job akhi. Because everyone of us deserves Heaven, don’t we?”

- Ukhti Nurul Amalina Zulkifli -

***

“Secara keseluruhannya bagus dan menarik sebab konsepnya santai. Tatabahasa akak tak fokus sangat sebab dari coretan blog dan fb kan. Hehe. So, kita kekalkan originality.

Sambil baca, ada part sebak. Berubah itu memang payah dan untuk tetap me- mang perlu mujahadah. Tapi ganjaran syurga itu indah.

We hear and we obey.

Not everyone has a past beautifully carved, but everyone has a beautiful future to carve, insyaAllah.

Manusia itu tidak terlepas dari dosa dan setiap kali, pegangan akak adalah Allah itu takkan pernah tinggalkan kita dan peduli siapa kita. Sebaliknya, kita yang se- lalu lupa dan jauhkan diri daripadaNya. Allah akan tunjukkan kasih sayang tanpa kita sangka-sangka kecuali kita pandang dengan mata hati.

Sayangilah orang di sekeliling kita tak kira apa pun latar belakang mereka kerana Allah itu Maha Pengasih,Allah itu Maha Penyayang. Islam itu tersebar kerana cin- tanya Rasullullah saw terhadap umatnya.

Semoga dengan pelancaran buku ini akan menyentuh hati-hati yg membacanya dan beroleh manfaat. May Allah bless. Dan moga kita semua sentiasa ditetapkan iman.”

***

Yg ikhlas,

Pendosa

Ngomelan khas daripada saya buat anda-anda, insyaAllah;

Saya mula menulis, sejak Allah gerakkan hati saya untuk mengenali Islam yang sebenar-benarnya. Tercetusnya gerakan hati saya adalah setelah 2 minggu saya kemurungan akibat kehilangan kamera tercinta. Kehilangan kamera telah banyak menganggu emosi saya, menyebabkan saya mengurung diri di dalam bilik dan menjauhkan diri daripada Dunia.

Hinggalah Allah menakdirkan gerakan Islam menang di Mesir. Keban- gkitan Rakyat Mesir telah banyak membuka mata hati saya. Kenaikan Presiden Morsi telah menghidupkan semarak juang dalam diri saya. Pada tika itu, saya telah berbaiah bahwa saya akan berjuang demi Islam hingga ke nafas saya yang terakhir selagi mana diizinkanNya.

Ramai yang terdiam mendengar kisah saya ini, masakan kemenangan Mesir boleh mengubah saya?

Dan saya akan menjawab bahwa inilah susunan Allah, yang hanya difahami yang Maha Mengetahui.

Sejak daripada hari itu, saya mula mencari tarbiyyah. Saya telah meng- hubungi sahabat-sahabat yang saya tahu terlibat dalam konspirasi sorga ini. Saya telah memohon agar saya dijerat dan diikat seerat-eratnya.

Pada awalnya, pergerakan usrah saya agak perlahan. Saya agak kurang berpuas hati kerna saya ingin bergerak lebih laju. Hinggalah Allah menegur saya melalui seorang ikhwah bahwa gerakan perlulah tersusun dan kemas.

Kegopohan hanya merugikan dan jua merosakkan.

Diri kita ini ibarat air. Bagi menjernihkan ia, perlunya ia mengalir sentia- sa. Sekiranya ia bertakung, maka kotorlah ia.

Atas sebab saya masih baru dalam DnT, maka saya belum lagi membawa usrah, jadi saya tiada proses output. Tetap merasa perlunya berkongsi kemanisan Islam yang saya rasa, saya mula menulis, menulis dan menulis. Hinggalah 2,3 bulan selepas itu (saya lupa, boleh jadi 4,5 bulan kot?), saya diketemukan dengan adik-adik saya yang amat saya cintai kernaNya Alhamdulillah.

Pada awalnya saya gementar, sebab saya tak pernah melalui apa yang mereka lalui. Jadi, saya tak tau bagaimana fikrah mereka dibentuk. Mereka dis- ambut ikhwah-ikhwah tika mereka memasuki INTEC, mereka diikat hati melalui makan-makan, dan jua muayashah, dan kemudiannya mereka dibina sedikit demi sedikit.

Sejujurnya, saya yang banyak belajar daripada adik-adik saya, saya yang memerlukan mereka sangat-sangat.

Terima kasih, adik-adik, moga Allah merahmati anda semua.

Uhibbuka fillah abadan abada.

Tibalah pada hari ini, saya adalah siapa yang anda lihat sekarang. Masih seorang hambaNya yang marhaen (biasa-biasa). Yang tidak memiliki apa-apa,

melainkan risalah yang hendak disampaikan. Yang ingin mengejar hanya satu perkara iaitu redha Yang Maha Esa. Itulah yang saya ingin capai dengan penerbi- tan buku “Aku Hamasah As-Syabab. RedhaNya, hanya itu.

Saya mendoakan, agar buku ini menjadi antara faktor-faktor, yang menyebabkan ikhwah akhawat sekalian thabat di jalan yang ini. Saya jua mendo- akan, agar buku ini menjadi titik tolak bagi mereka yang sedang mencari Islam, dan jua bagi mereka yang ingin berubah.

Segala isi dalam buku ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah anugerahN- ya semata-mata. Biarlah ia hidup sendiri, tanpa dikaitkan apa sekalipun pada saya. Biarlah ia terus hidup dalam Ummah, biarpun saya kembali padaNya kelak.

Hamasah As-Syabab adalah milik Ummah.

Kerna itu, nama buku ini adalah “Aku Hamasah As-Syabab.” “Aku” itu bukannya saya dan “Aku” itu bukannya buku ini. Sebaliknya “Aku” itu adalah se- bahagian daripada diri anda-anda, saya-saya dan mereka-mereka.

“Aku” itu hidup dalam setiap satu daripada kita, memberi kita semangat untuk mengejar redhaNya, membangkitkan kita kembali untuk kembali pada jalanNya.

Itulah “Aku”.

***

InsyaAllah buku ini dihasilkan khas, untuk anda-anda yang merasakan dirinya memerlukan.

Kerna dengan adanya mahu, maka lahirnya cinta.

Dengan adanya keinginan, maka adanya rindu.

Moga ianya bermanfaat buat anda-anda dan saya dengan izinNya.

Moga Allah redha.

Isi Kandungan

Baiti Jannati

1

Kau dan Aku, Kita Sama

6

Wedding Da’iegrapher

12

Financial Freedom

16

Abang Mithali

24

Terbang Tinggi

31

Cita Cita

36

Gaza Tercinta

43

Badai Bencana

48

As-Sabr

52

Si Penakut

58

Kalimah Cintaku

61

Cinta Kami

68

Dok Pehe

75

La Tahzan

79

Daku Sayang

81

Awan yang Tersingkap

84

Kerna Percaya

88

Kak Hidayah

91

Da’ie Coolio

95

Da’ie Femes

99

Wahai Videographer

102

Dengan Islam

114

Branding Musleh

117

Angan-Angan Jenin

119

Sweet Promises

128

Siri Pengabdian Manusia

131

Inilah Aku

141

Hamba Dina

144

Rezeki vs. Gaji

147

Tag Khalifah

152

Cinta Mereka

156

Usah Bersedih

161

Nurin Tomei #1

166

Mencari Ikhlas

171

Nurin Tomei #2

177

Syahadatul Haqq

182

Daku Sayang

187

Umminya Solehah

191

Kimi No Subete

196

Tangisan Lillah

199

Kebangkitan Kedua

204

Why Gaza?

208

Himmah Luar Biasa

214

Baiti Jannati

Tika kecil dahulu, saya telah diajar, akan perihal kubur.

Di mana kubur mereka yang soleh, bakal menjadi seluas-luasnya, dan terasa indah hidup didalamnya.

Dan kubur mereka yang tidak soleh pula, bakal menjadi sesempit sempitnya, terseksa tiada kepalang didalamnya.

Saya sungguh teruja tika itu.

Saya terbayangkan tanah lapang yang menghijau, rama-rama yang berterbangan menebarkan kecantikannya, dan bunga-bunga yang mekar membunga.

Semuanya dalam kubur yang luas, kubur mereka-mereka yang soleh.

Menakjubkan bukan?

Bagaimana suatu lubang, boleh menjadi suatu taman, yang tidak terhingga indahnya.

Wahai akhi sayang, ukhti seTuhan,

inilah dia, nikmat kurniaanNya, penangan amal soleh.

***

Begitu jua, dengan perihal makan dalam talam, dan jua perihal menerima tetamu.

Talam yang diameternya tak seberapa, tetap terasa luas dan mencukupi, pabila dikongsi bersama orang-orang soleh.

Terasa bahagia, tatkala lutut-lutut berlaga, jari jemari saling menguis.

Rumah yang luasnya tidak seberapa jua, tetap terasa indah dan berbunga-bungaan, pabila dikunjungi orang-orang yang soleh.

Aku Hamasah As-Syabab

Terasa nak senyum lebar sepanjang masa, nak bawa mereka melangkah setiap inci rumah,

Aku Hamasah As-Syabab

Terasa nak senyum lebar sepanjang masa, nak bawa mereka melangkah setiap inci rumah, moga barakah limpahanNya mencurah-curah ke setiap pelusuk.

inilah dia, nikmat kurniaanNya, hanya buat mereka-mereka yang soleh.

***

Dan dengan hujah-hujah inilah, saya menjelaskan ciri-ciri rumah idaman saya.

Saya boleh beri ukuran, sebagai ciri-ciri rumah idaman saya.

5000 kaki persegi, 5 tingkat, 20 bilik, 5 ruang tamu.

Sememangnya boleh.

Tapi Islam telah mengubah pemikiran saya, alhamdulillah. kini saya sedang mencari Syurga.

Dan Syurga, sifatnya adalah tidak mampu difikirkan akal manusia, tiada batasan nikmat yang bakal dikurniakanNya.

Saya inginkan sebuah mahligai di sana kelak, mahligai yang tiada tandingan sifatnya.

Dan dengan ciri-ciri Syurga itu, maka saya bina rumah idaman saya.

Aku Hamasah As-Syabab

Rumah yang tiada batasan luasnya, rumah yang tiada penghujung kebahagiaannya.

Jika kubur mampu menjadi luas, dengan amal soleh.

Apakah sebuah rumah yang lebih luas, tiada mampu kita luaskan dengan beribu kali ganda, dengan keluarga yang soleh?

***

afiqsazlan.

2355.

30052013.

*

Usah dikejar Dunia ini, biar Dunia yang mengejar kita.

Mahalkan diri kamu-kamu, wahai Ummah!

Kau dan Aku, Kita Sama

Sedang saya duduk bersama adik-adik saya, saya bertanya pada mereka-mereka, akan perancangan hidup masing-masing.

Dan sungguh, saya tertarik dengan kesemuanya.

Adapun, seorang itu, ingin membina yayasan tersendiri.

Dan adapun, seorang itu, ingin menjadi pemimpin negerinya.

Dan ada jua, seorang itu, ingin membina empayar perniagaannya.

Tidak kurang jua,

Aku Hamasah As-Syabab

seorang itu, ingin mendedikasikan dirinya pada pembinaan Ikhwah.

***

Masing-masing daripada kita-kita, melihat diri masing-masing, berbeza-beza.

Melihat masa depan masing-masing, berlain-lain.

Adapun yang melihat, sumbangannya kepada gerabak ini, adalah melalui sumber kewangan.

Ada jua yang melihat, sumbangannya kepada gerabak ini, adalah melalui ilmunya yang melimpah-ruah.

Ada jua yang merasakan, sumbangannya kepada gerabak ini, adalah melalui kepimpinannya yang jitu.

Dan ada jua yang percaya, sumbangannya kepada gerabak ini, adalah melalui pembentukan fikrah para Du’at.

Dan ada jua yang yakin, sumbangannya kepada gerabak ini, adalah dengan menjadi Qudwah Hasanah, dalam bidang yang diceburi.

Kerna itu, manusia dikatakan seperti logam.

Pada asasnya, kita-kita adalah sama.

Kita adalah logam.

Aku Hamasah As-Syabab

“A solid material which is typically hard, shiny, malleable, fusible, and ductile, with good electrical and thermal conductivity”

***

which is typically hard

Kita kuat. Kita tabah. Kita teguh. Dan kita utuh.

malleable

Kita boleh dibentuk. Kita boleh ditarbiyyah.

fusible

Kita boleh bergabung. Kita boleh menjadi satu entiti.

and ductile

Aku Hamasah As-Syabab

Kita boleh mengalami perubahan. Kita boleh ditimpa musibah. Dan kekal utuh.

“ with good electrical and thermal conductivity”

Dan kita mampu mengalirkan, berbagai jenis aliran, pada kadar yang pelbagai, dan kepada penerima yang berbagai-bagai.

Itulah kita.

Logam.

Yang sama pada asasnya, tetapi berbeza pada fungsinya.

Jika kita faham.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Fikrah itu bagaikan bonds yang menghubungkan atom-atom dalam logam. Fikrah menjadi asas kepada amal.

Fikrah yang mantap, membuahkan Khalifah yang bergaya. Yang mampu mengalirkan ‘electricity’ (hamasah) dan ‘thermal’ (bahang jihad), kepada mereka-mereka yang diseru, dipimpin.

Dan sepertimana synapse paling banyak dicipta dalam bayi, pada tiga bulan pertama kelahiran, begitu jua synapse fikrah mutarabbi pada awal tarbiyyah mereka.

Laju atau lebih laju, hebat atau lebih hebat, bergantung pada stimulasi sang murabbi.

Aku Hamasah As-Syabab

Sentuh hati mereka dengan gelak tawa dan lepak-lepak, maka mereka akan jadi Da’ie yang hebat dalam menyentuh hati, dengan gelak tawa dan lepak-lepak.

Sebaliknya, jika kita-kita menyentuh hati mereka-mereka, dengan hamasah yang membakar dan himmah yang membara, maka mereka akan menjadi Dai’e yang hebat, menyentuh hati dengan hamasah dan himmah yang membara.

Ada bezanya.

Persoalannya, murabbi manakah anda, wahai ikhwah akhawat?

***

afiqsazlan.

2120.

21012013.

*

Ukhuwah atas dasar perjuangan, bermandikan peluh dan darah, lebih manis daripada persahabatan, bersandarkan gelak tawa dan membuang masa.

Wedding Da’iegrapher

Datang seorang taiko wedding photographer, mendekati photographer ikhwah yang masih hijau umurnya, dengan senyuman sinis terukir di wajahnya.

“Kalau cerewet sangat, nak yang tutup aurat sempurna sahaja, nak yang tudung labuh je, tak kembang la dakwah, bro. Bisnes pun tarak jalan la, haiya.”

Ikhwah tersebut hanya tersenyum, sebelum membalas,

“Alhamdulillah, Allah anugerahkan saya job wedding setiap minggu. Jadi, dalam masa setahun, saya dianugerahkan 48 job dengan kadar satu job seming- gu. Pada hemat saya, pasangan pengantin yang menutup aurat dengan sempurna takkanlah kurang daripada 48 orang, pakcik?”

“Memang la ramai tapi

“Tapi apa ya, pakcik?”

“ tak ada papelah.”

Aku Hamasah As-Syabab

“Baiklah. Cuma satu je pesan saya, pakcik. Rezeki itu milik Allah. Bukan milik Syaitan yang menggoda photographer sekalian untuk membutakan mereka untuk beranggapan jika mereka memilih hanya yang menutup aurat sempurna, periuk nasi mereka tertutup.”

“Err

sebenarnya?”

pakcik tersebut terdiam seketika sebelum bertanya, “anak ini siapa

“Saya Abdullah.”

“Abdullah bin?”

“Bukan, Abdullah. Hamba Allah.”

“Masih bolehkah pakcik bertaubat, anak?”

Wajah pakcik itu terukir kekesalan yang nyata, tangan kanannya mera- ba-raba lengan kirinya. Sebentar dia memandang mata ikhwah tersebut, sebentar lagi dia memandang ke lantai dengan mata yang sayu.

Ikhwah tersebut mendekati pakcik itu, lalu dipegang kedua tangannya. Mata mereka bertentangan, dalam usaha untuk mengikat hati masing-masing.

“Boleh, pakcik. Ianya belum terlambat. Pintu taubat masih terbuka, in- syaAllah. Jom, pakcik. Kita jadi Da’iegrapher yang melahirkan lebih ramai Da’ieg- rapher bersama ,insyaAllah.”

Anggukan bertalu-talu menyusul diikuti dengan pelukan erat dua orang lelaki yang sedang berusaha penuh gigih mengejar redha Allah.

“Pakcik taubat, Pakcik taubat. Pakcik nak berubah. Doakan pakcik,” ujar pakcik tersebut sambil teresak-esak menangis. Ikhwah tersebut berusaha sedaya upaya menenangkan beliau dan memberikan dorongan yang berterusan.

Aku Hamasah As-Syabab

“InsyaAllah, pakcik, insyaAllah. Allah itu Maha Pengampun.”

Dan dengan itu, lahirlah seorang lagi Da’iegrapher yang hebat.

Yakni pakcik Rijal.

***

afiqsazlan.

2024.

25052013.

*

“When you see that any scholar loves the world, then his scholarship is in doubt.”

- Umar al-Khattab -

Financial Freedom

Baru-baru ini, saya telah membaca buku “Rich Dad Poor Dad”, oleh Robert T. Kiyosaki.

Secara umumnya, buku tersebut menekankan pentingnya financial literature, agar manusia dapat memahami sifat-sifat wang sepenuhnya.

Dan salah satu isu yang diketengahkannya adalah, financial freedom.

Di mana, seseorang itu bebas daripada merasa perlu akan duit, dan merasa bebas daripada menjadi hamba kepada duit.

Saya berminat dengan buku tulisan Robert, kerna saya berpendapat ianya amat penting, buat para ikhwah dan akhawat.

Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini,

Aku Hamasah As-Syabab

menjadi hamba kepada duit, menolak kemungkinan pengabdian dirinya kepada Allah SWT.

Kerna duit itu sifatnya tidak wujud, sebentar ianya berada di tangan anda, sebentar lagi ianya berada di tangan orang lain.

Sebentar ianya berada di poket, sebentar lagi ianya di dalam bank.

Yang pastinya,

ia tiada pernah kekal.

Ini sifat duit.

It flows.

And it forever shall.

***

Saya jua berminat, dengan hujah Robert,

di mana dia mengatakan bahwa ramai yang berpendapat solusi kepada masalah

kewangan adalah dengan menjana lebih banyak wang dan menjadi lebih kaya.

Dan dia berkata, itu semua hanyalah satu penipuan.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak Rm 2,000 sebulan, dan kos hidupnya sebanyak Rm 1,900 sebulan,

Aku Hamasah As-Syabab

adalah sama sahaja, dengan seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak Rm 50,000 sebulan, dan kos hidupnya sebanyak Rm 49,900 sebulan.

Kedua-duanya akan berkata pada setiap bulan, “I’m not making enough money.”

Di sini, terletaknya keanehan seorang manusia.

Dia suka mengejar sesuatu yang jauh, dan tiada penghujungnya.

Menghairankan sungguh.

***

Kerna itu, Robert menekankan kepentingan Financial Literature.

Dia menekankan kefahaman akan sifat wang, dan menjadikannya hamba kepada manusia.

Kerna wang itu, hanyalah alat.

Alat untuk kita mendapatkan, apa yang kita mahukan.

Jadi, jika anda berpendapat bahwa anda perlukan wang untuk hidup, maka dengan gaji Rm 1,000 mahupun Rm 100,000, kedua-duanya pun anda akan hidup.

Aku Hamasah As-Syabab

Matlamat anda tercapai, alhamdulillah.

Jika anda berpendapat bahwa anda perlukan wang untuk menyara anak-anak, maka dengan gaji berapa sekalipun, anda akan mampu jua.

***

Dan saya jua meminati buku-buku Robert, kerna dia memahami sepenuhnya Kitaran Robot/ Kitaran Bodoh, yang merupakan salah satu isi penting Ini Sejarah Kita (ISK).

Dia menggelarkannya Rat Race, di mana manusia bekerja untuk membolehkannya bekerja pada esok hari, manusia memperoleh duit agar dia boleh membayar hutang, yang kemudiannya akan digunakan untuk memiliki hutang yang baru.

Bagi saya, Robert memahaminya dengan bagus sekali.

Dan atas sebab itu jualah, saya mencadangkannya pada ikhwah akhawat sekalian.

Cuma, ingin saya menegaskan, pentingnya anda membaca buku tersebut, dengan fikrah Islamiyyah ya. *peace*

***

Pernah sekali, saya dan Nazirul sedang berjalan,

Aku Hamasah As-Syabab

membincangkan hala tuju Hamasah As-Syabab.

Tiba-tiba,

beliau berkata,

“Kita sebenarnya dah financial freedom dah ni.”

“Iya?”

“Tengoklah. Kita boleh buat benda yang kita suka, kita boleh gunakan logam kita untuk Islam, untuk Ummah. Kita tak merasa perlu akan duit. Allah bagi rezeki dari arah-arah yang tak disangka. Bukan ke tu financial freedom?”

Saya tersenyum.

Ah, inilah manisnya menjadi ikhwah akhawat.

Manusia berkejar-kejaran mencari financial freedom, ada yang hanya boleh capai pada umur 40, 50 tahun.

Tapi kami, belum 19 tahun pun dah capai, alhamdulillah.

Syukur padaMu, ya Razzaq.

***

Antara ayat-ayat, yang saya selalu ulang pada diri saya sendiri, agar bersabar dan meletakkan dunia di kaki, Allah di hati adalah,

“Financial Freedom kau adalah di Syurga kelak. Kat sana kau nak berjoli,

Aku Hamasah As-Syabab

kau nak melancong, kau nak bercipiki cipika, ikut suka kau la. Kau nak terbaring atas paha zaujah kau setiap masa, kau nak cubit pipi anak kau selama-lamanya, buat la. Buat masa sekarang, kau kena fokus. Duit berjuta, atau berbilion, yang kau perlukan cuma seciput. Jadi sila invest tanpa henti. Nanti dah mati, baru kau kaut semua insyaAllah.”

Anda boleh lihat, kadangkala saya akan termenung, kadangkala saya akan terdiam.

Lepas solat, kadangkala saya akan duduk lama, tanpa berbicara.

Kerna saya merasa perlu, untuk duduk diam.

Kerna dengan diam, saya merasa saya berkuasa atas nafsu saya.

Kerna dengan diam, saya dapat berfikir.

Jika mulut dan tubuh asyik memekik, bila hati kita berpeluang untuk berbicara?

Sebab telinga itu sifatnya di luar, jadi ianya lebih mudah untuk mendengar segala apa yang dihasilkan dari luar.

Dan untuk anda mendengar hati anda, anda perlu ‘mematikan’ segala apa yang berada di luar.

***

Aku Hamasah As-Syabab

Antara komen-komen menarik para pembaca sekalian, insyaAllah:

“Kita ambil yang baik dari buku Robert T. Kiyosoki. Saya pun minat buku beliau. Kerana dalam tersiratnya beliau mengatakan jangan mengharapkan reze- ki(duit) dari manusia. Buku ini juga menyarankan kita menjadi financially lit- erate dalam usaha untuk mengapai finacial freedom. Jadi seperti saudara Afiq menyebut silalah membaca dengan fikrah Isamiyyah agar tidak terpesong kepada kapitalisma.”

- Akhi Ammar -

“Selagi mana ilmu itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Maka ianya boleh diamalkan tanpa mengira siapa yg menerokainya, kerna semua ilmu adalah milik Allah semata-mata.”

- Akhi Baharom -

“My dad used to buy me Robert’s books for me back in school. Worth the read. He published some books for teens too, so I read that version. Rich dad poor dad for teens.”

Moga Allah redha.

***

afiqsazlan.

bergulinggulingdibawahaircond.

1151.

21052013.

*

- Ukhti Izzaty -

Pernah seorang ahli perniagaan berkata pada saya,

“Selagi mana duit tu tak masuk dalam akaun saya, selagi tu saya takkan percaya atau letak harapan yang tinggi ke atas niat seseorang yang ingin invest dalam syari- kat saya. Walau cheque sekalipun, sebab ianya boleh ditendang.”

Allah detikkan hati saya pula, Alhamdulillah,

“Selagi mana saya tak terbaring rehat di Syurga, selagi tu saya takkan berhenti bekerja demi Islam dan mengejar RedhaNya. Kerna amal yang beribu sekalipun, jika pengakhiran hidup saya ‘ditendang’, ke Neraka jualah saya.”

Abang Mithali

Blup.

Batu yang dilontar Hisham tenggelam ditelan laut itu, meninggalkan gelombang yang kian lama kian pudar dari penciptaannya.

“Aku kadang-kadang terasa dengan adik perempuan aku, Arman,” Hish- am ujar sambil menutup matanya menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa, menambah kesyahduan atmosfera yang semakin terbina.

Arman orangnya selamba, terlampau selamba sangat kadang-kadang.

Jenis yang tak hiraukan apa orang lain katakan mengenai dia dan tinda- kannya. Bagi dia, yang penting, aku buat kerja aku sungguh-sungguh, kau nak dengar, Alhamdulillah. Kau tak nak, kau tak perlu jawab dan bagi alasan kat aku, kau jawab kat tu ha, Tuhan kau tu. Settle.

Tapi pada masa yang sama, Arman seorang pendengar yang baik, dan perwatakannya yang mencuri hati ramai ikhwah,

Aku Hamasah As-Syabab

adalah ketenangannya yang bagaikan laut yang luas.

Biarpun dilontar batu yang beribu, mahupun batu yang besarnya ekar sejuta, tetap ditelan batu tersebut, dan kembali tenang.

Itulah Arman, seorang ikhwah, dan murabbi tercinta si Hisham.

“Awat? Si Alia tu duk sakitkan hati kau ke?”

Ah, takpelah. Ni salah aku je

sebenarnya. Tak pandai nak mengambil hati adik aku. Tak mentarbiyyah dengan cara yang muntij (efektif), nak bagi alasan beribu pulak. Ish.”

“Eh, tak tak. Cuma, kadang-kadang dia

Arman diam seketika, membiarkan Hisham melayan perasaannya.

Hisham ini pula, orangnya cepat kecewa.

Ada masanya, terlalu gopoh ingin melihat hasil gerak kerja ini.

Sedangkan Rasulullah SAW sendiri, tak sempat melihat Islam pada zaman kegemilangannya.

Tapi itulah ikhwah, perlunya bersabar dan teratur langkahnya, dan pada masa yang sama, perlunya rasa tergesa-gesa,

kerna mati itu datangnya bila-bila sahaja.

Aku Hamasah As-Syabab

Arman mengutip batu yang segi tiga bentuknya, diamati batu tersebut sebelum melontarnya ke laut yang luas tersebut, lantas berkata,

“Kau kena mati dulu la gamaknya.”

“Kenapa pulak?”

“Lumrah manusia. Pentingkan diri.”

“Termasuk adik aku?”

“Termasuk kita.”

“Apa maksud kau? Aku tak berapa faham,” Hisham mendekatkan dirinya pada Arman, memohon penjelasan.

“Manusia pada fitrahnya sukakan kebaikan dan keamanan, sebab Syurga adalah tempat asal kita, dan Syurga itu baik dan aman insyaAllah. Namun begitu, manusia tak suka berkorban. Tetapi, mereka tak kisah kalau orang lain yang ter- paksa berkorban, asalkan bukan dirinya. Malah, mereka menggalakkannya.”

Arman kemudiannya menyambung,

“Kau tengok Batman. Orang tahu, dia lawan orang jahat. Tapi orang tetap benci dia. Kenapa? Sebab menyebabkan mereka terpaksa sedar yang dunia mer- eka sebenarnya tak aman. Mereka lebih suka ditipu dan tak pernah sedar akan perihal tersebut. Tapi, bila Batman mati dalam The Dark Knight Rises, lepas tu barulah depa berbondongan nak angkat dia jadi hero. Barulah depa mengaku Batman tu orang yang baik. Kenapa? Sebab Batman dah mati, dah korbankan nyawanya.”

Aku Hamasah As-Syabab

“Jadi, kau nak suruh aku matilah ni?” tutur Hisham perlahan. Matanya terbeliak, memaksa otaknya menghadam maklumat yang baru sahaja diperolehn- ya.

Tergelak Arman dibuatnya, perutnya digenggam kuat, senak kerna tertawa tanpa batasan.

“Kau ni, Hisham. Ada-ada jelah,” Arman menyekeh kepala Hisham per-

lahan.

“Iya la! Dah tu, aku nak mintak tolong bagi pendapat macam mana nak tarbiyyah adik aku, kau pergi cerita pasal Batman mati pulak,” dengus Hisham. Tangannya disilang. Macam budak-budak, tertawa hati Arman.

“Maksud aku, kau buat saja kerja kau. Aku kenal adik kau. Dia jenis yang bila penat, dia akan cepat berkata sesuatu yang dia tak maksudkan pun. Lagi-lagi bila dia period, walaupun aku takdelah tahu dia period ke tak sebenarnya. Takkan aku nak tanya adik mutarabbi aku kot. Mahu kena pelempang 50 das” Arman berseloroh bersungguh-sungguh.

“Tahu pun kau! Bukan setakat pelempang, kick segala bagai aku bagi gak karang!”

Ketawa Arman berterusan, disambut pula oleh Hisham.

“Okay okay, cop cop. Dah, bagi aku habiskan sesi luahan hati aku.”

Arman menghembas nafas, sebelum mula berbicara.

“Kita ni bagaikan laut. Kita bagi banyak kebaikan kepada manusia. Tetapi

Aku Hamasah As-Syabab

kita terbatas pergerakan kita. Kita hanya mampu berada di kawasan yang rendah. Kawasan yang tinggi, tiadalah kita dapat memasukinya. Sama la macam ego ma- nusia. Bila egonya rendah, senanglah kita nak manjakan dia berbagai. Tapi bila ego dia tinggi, kita tak boleh nak buat banyak benda. Tapi setinggi-tinggi ego depa pun, depa tetap perlukan kita. Depa tetap akan ambil manfaat yang kita beri. Cuma, depa takkan iktiraf pengorbanan kita.”

Angin yang sejuk, mari membelai rambut si ikhwah berdua.

“Dan, akan tiba masanya, Allah takdirkan kita mati. Pada masa itulah, baru depa akan terhegeh-hegeh nak ambil segala apa yang tinggal pada kita. Pada masa itulah, baru depa akan sedar yang selama ini kita banyak berjasa pada depa. Sama macam laut, si ego tinggi tu, bila laut Allah takdirkan kering atau rosak dek minyak, barulah depa nak turun ke bawah, nak cedok air yang tinggal hanya ber- baki. Barulah reti nak turun dari kawasan yang tinggi. Barulah nak mengaku yang sebenarnya depa perlukan laut.”

Hisham mengangguk-angguk, memahami kata-kata murabbinya.

“Jadi, tak payah risau. Kita nakkan kebaikan buat depa. Dan Allah akan tunaikan permintaan kita, berdasarkan PengetahuanNya yang Maha Luas. Tugas kita hanya berusaha. Kita jadi laut. Biarpun dilontar batu yang beribu, mahupun yang berjutaan besarnya, kita tetap menelan. Sedikit demi sedikit, kita di’displace’ batu-batu tersebut dan akhirnya membolehkan kita mencapai paras yang lebih tinggi, dan memberi lebih banyak manfaat.”

“Terima kasih, Arman,” Hisham memeluk erat murabbinya. Terharu.

“Dah dah, sekarang ni pergi balik rumah. Jaga adik kau elok-elok. Nanti aku masuk minang, biar aku settlekan dia pulak lepas ni,” ujar Arman selamba.

Aku Hamasah As-Syabab

Hisham ternganga, melihat belakang susuk tubuh Arman yang mengor- ak langkah meninggalkannya, tercengang memikirkan kembali ayat murabbinya yang terakhir itu.

***

afiqsazlan.

1003.

18052013.

*

Manusia pada fitrahnya sukakan kecantikan, sebab Syurga adalah tempat asal kita.

Terbang Tinggi

Dari sehari ke sehari, saya mendapati bahwa, news feed saya semakin Islamik.

Dan begitu jua sahabat-sahabat saya di Facebook, makin lama makin ramai yang bergelar ikhwah dan akhawat.

Boleh dikatakan, kini 90% daripada apa yang saya baca dan lihat di Fb, adalah perkara-perkara yang menyenangkan dan menggembirakan hati saya ser- ta meningkatkan iman saya dengan caranya tersendiri, Alhamdulillah.

Tapi,

siapalah kita, hendak berkata ‘aku sudah beriman’, sedangkan kita belum diuji, bukan begitu wahai akhi sayang?

Situasi yang dihadapi ikhwah akhawat ini, akan saya samakan dengan sebuah istana,

yang dikelilingi gunung-ganang berapi, yang menunggu masa untuk meletus, dan memuntahkan lava dengan izinNya.

Aku Hamasah As-Syabab

Ikhwah akhawat yang bergembira di dalam istana yang dibina mereka tersendiri, mereka dihidangkan dengan perkara-perkara yang cantik, dan ditatapkan dengan santapan-santapan yang menarik.

Lama-kelamaan, mereka terasa selesa dengan keadaan tersebut, dan akhirnya mereka tidak mengendahkan, segala apa yang berlaku di luar istana mereka.

Mereka terasa malas untuk bangkit daripada kerusi mereka yang empuk, malah hendak menjenguk ke luar sekalipun menjadi suatu yang teramatlah berat bagi mereka-mereka ini.

Kadang-kala, mereka terdengar ngauman gunung-ganang berapi, yang menjanjikan kacau-bilau dan kebinasaan, bukan sahaja buat mereka-mereka yang diluar, tetapi jua mereka-mereka yang di dalam istana tersebut.

Tapi mereka tidak mengendahkannya, sangka mereka tugas mereka sudah selesai, cukuplah dengan biah (persekitaran) mereka yang soleh, cukuplah dengan ukhuwah mereka yang berbau harum, cukuplah dengan usrah (keluarga) mereka yang berbunga-bungaan.

Jika benarlah begitu, saya kira,

tiadalah Nabi Muhammad SAW dibaling dengan batu di Thaif,

Aku Hamasah As-Syabab

tiadalah Abu Bakar r.a. memerangi golongan murtad, tiadalah Umar Al-Khattab r.a. meluaskan kerajaan Islam, dan tiadalah Khalifah-khalifah yang lain berbuat segala apa yang mereka telah lakukan.

***

Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahwa, ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah, dan tinggal di pinggir bandar,

beribadah di sana.

Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a., lalu dia pun berjumpa mereka, mereka gembira dengan kedatangan beliau.

Tiba-tiba Ibu Mas’ud bertanya kepada mereka, “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”

Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.”

Lalu kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.”

-Al-Muntalaq: Abid yang Main-main -

***

Oleh itu, wahai ikhwah yang seTuhan dengan saya,

wahai Akhawat yang seagama dengan saya,

Aku Hamasah As-Syabab

keluarlah daripada ‘comfort zone’ anda-anda, luaskanlah sayap ukhuwah anda-anda, sudah tiba masanya, untuk kita berhenti bermain-main.

***

afiqsazlan.

1030.

17062013.

*

Takwa itu adalah, berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri, dengan berhati-hati.

Tiadalah diminta untuk berjalan tanpa terkena duri, tetapi cukuplah berjalan dengan berhati-hati.

Akan ada masa kita mampui lalui tanpa dilukai, akan ada jua masa kita akan terluka. Namun, kita tetap berjalan, kerana jalan ini telah kita pilih.

Badan kita mungkin calar-balar, kadangkala terasa perit, dan kadangkala terasa sakit.

Namun, kita tetap berjalan, kerna yakin, akan jalan yang dibentangkan olehNya.

Darah kita kan menitis, mengekori setiap langkah yang kita ambil, meninggalkan kesan, buat mereka yang dibelakang.

Dan kan ia berkata kepada mereka, Ayuh! Jangan risau, tiadalah engkau keseorangan, ayuh ayuh, titiskan darah engkau juga, dan biarkan ia memanggil mereka-mereka yang lain!

Tugas kita hanyalah berusaha untuk memasuki SyurgaNya, dan menarik mereka bersama dan berserah.

Kerna kamu, saya dan mereka hanyalah hamba-hambaNya.

Cita Cita

Dalam dunia ini, ramai yang bekerja demi memperoleh gaji, yang kemudiannya akan digunakan, untuk perkara-perkara berikut secara umumnya.

1) Keluarga. 2) Makanan. 3) Pakaian. 4) Tempat tinggal. 5) Kenderaan. 6) Bil. 7) Cukai.

Itu secara umumnya.

Dan perkara-perkara seperti tempat tinggal dan kenderaan, tiadalah mampu dibeli secara tunai bagi kebanyakan daripada mereka.

Kerna itu, terpaksalah mereka-mereka membuat pinjaman,

Aku Hamasah As-Syabab

yang kemudiannya membawa mereka ke dalam perangkap riba’.

Mereka-mereka terpaksa membayar, lebih kurang dua kali ganda daripada kos asal, hasil penindasan riba’.

Kejam bukan?

***

Dan kerna itu, Kami di Hamasah As-Syabab, ingin membuka sebuah hospital dakwah dan tarbiyyah.

Di mana,

ikhwah akhawat, meletakkan dakwah dan tarbiyyah, mengatasi segala-galanya.

Di mana,

angan-angan berdakwah sebagai doktor, yang telah lama diterapkan ke dalam bakal doktor,

bukan lagi sekadar basi-basian.

“Makcik, makan ubat ni ya, doa banyak-banyak pada Allah.”

“Pakcik, kita tawakal ya. Allah Maha Menyembuh.”

Tidak, ini bukan matlamat kami.

Ini dakwah cap ayam namanya.

Kami ingin hospital tersebut, menjadi pusat dakwah dan tarbiyyah.

Aku Hamasah As-Syabab

Para pesakit akan datang pada setiap minggu, bukan sahaja untuk rawatan physical, tetapi bagi menghadiri liqa’ (sesi berkumpul) yang dibawa oleh para doktor kami.

Dan pada setiap minggu, para pesakit dan doktor-doktor seluruh negara, bersama baik secara langsung mahupun live streaming, menerima taujihat (perkongsian) daripada doktor-doktor kami.

Dan pada setiap bulan, adanya daurah bagi menyelaraskan fikrah, para doktor dan jua para pesakit.

***

Kami jua ingin menggalakkan infaq, daripada semua lapisan masyarakat.

Dengan itu, hospital yang menyediakan perubatan percuma, bukanlah suatu yang mustahil lagi.

Kami jua ingin menggalakkan sukarelawan, daripada setiap pelusuk manusia.

Di mana, hospital yang jururawat dan doktornya, penyapu sampah dan pengusaha kantinnya, semuanya melakukan atas dasar ingin mengejar syurga.

Banyak lagi cita-cita kami, sungguh.

Aku Hamasah As-Syabab

Ni baru skop kecil, ni baru picis-picisan.

Masih ada banyak lagi, sekolah, bank dan sebagainya.

***

“Apa kaitan hospital dakwah dan tarbiyyah, dengan pasal penggunaan duit untuk beberapa perkara seperti tempat tinggal semua-semua tu?”

Begini.

Antara sebab ramai golongan yang bekerja, dan yang berkahwin futur dalam gerabak ini adalah, kerna mereka merasa perlu akan duit.

Mereka terasa yang, tanpa kerja, rezeki mereka mati.

Sedangkan, rezeki itu milik Allah.

Jadi, tawaran kami adalah, kami sediakan sebuah kawasan tempat tinggal, yang hanya didiami ikhwah akhawat, agar anda-anda sentiasa berada dalam biah yang soleh,

kami sediakan hospital, yang hanya beberapa langkah daripada rumah, agar anda-anda boleh solat subuh berjemaah, dan kemudiannya ibadah tambahan dan tazkirah, bersama keluarga dan pesakit dan para doktor sekalian,

Aku Hamasah As-Syabab

kami sediakan homeschooling, tempat untuk akhawat yang bergelar ibu sekalian, boleh berkumpul bersama, dan saling mentarbiyyah anak-anak,

kami sediakan kenderaan-kenderaan wakaf, yang boleh digunakan untuk kegunaan jaulah bersama keluarga, mahupun untuk pergi ke daurah bersama ikhwah sekalian,

kami sediakan kedai-kedai makanan, yang diusahakan oleh ikhwah akhawat,

kami sediakan peniaga-peniaga pakaian, yang diterajui ikhwah akhawat,

dan kami akan beri elaun, untuk anda-anda berdakwah dan mentarbiyyah secara bergaya, kepada keluarga dan masyarakat.

Erti kata lain, kami ‘merampas’ segala apa, yang membuatkan anda merasa perlu akan duit, kami ‘menghidang’ kepada anda,

segalanya yang anda perlukan untuk terus hidup.

Persoalannya,

pada tika itu, apakah anda tetap akan culas dalam dakwah dan tarbiyyah?

***

Aku Hamasah As-Syabab

Ini merupakan salah satu hadaf (matlamat) Hamasah As-Syabab, yang kami mendoakan dan usahakan dengan bersungguh-sungguh.

Kami setuju, bahwa sesuatu yang besar seperti ini, memerlukan bukan hanya perancangan yang hebat, tetapi jua pengorbanan yang tiada tandingannya.

Oleh itu, ingin kami meminta doa-doa, dan jua bantuan daripada anda-anda, yang bergelar sahabat-sahabat seagama kami.

Ayuh kita bersama mengejar Syurga yang abadi, ayuh kita bersama menaiki gerabak yang ini.

Kelak di Syurga, kita bakal bertemu, dan berehat selama-lamanya.

Moga Allah redha.

***

afiqsazlan.

bercitakancitacitapenghuniSyurga.

1327.

14052013.

*

Aku membuka mataku, dan menyedari suatu hakikat,

aku belum di SyurgaNya lagi, maka kerjaku belum selesai.

Gaza Tercinta

Alhamdulillah, Allah telah ketemukan saya dengan dua orang ikhwah, yang saya jatuh cinta fillah serta merta.

Salah seorang daripada mereka adalah, wakil Aqsa Syarif Bahagian Penajaan Anak-anak Yatim Palestin, dan seorang lagi pula merupakan pengasas Palestine Mall.

Kami telah berbincang mengenai beberapa perkara, seperti perihal anak-anak yatim Palestin, kerjasama Hamasah As-Syabab bersama Aqsa Syarif dan Palestine Mall, dan sebagainya.

Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=ts

Palestine Mall: http://palestinemall.net/

***

“Apa kata enta cite kat ana pasal projek anak-anak yatim oleh Aqsa Syarif.

Aku Hamasah As-Syabab

InsyaAllah, kita boleh usaha bersama mantapkan lagi projek tu,” saya telah ber- tanya.

“Kami ada buat projek anak angkat. Di website kami, ada profil-profil anak-anak yatim Palestin yang 90% daripada mereka, bapa mereka syahid. Kami sediakan plan infaq sebanyak Rm 170 sebulan selama setahun. Kontrak selama setahun itu bagi memastikan anak-anak yatim itu takdelah tetiba dibiarkan ter- gantung bila pemberi infaq decide untuk berhenti menginfaq.”

“MashaAllah, menarik!”

Ikhwah tersebut tersenyum. Saya terlalu teruja barangkali.

Kemudian, saya bertanya secara serius.

“Sejujurnya, berapa peratus kejayaan projek ni?”

Sambil memandang mata saya, ikhwah yang saya kasihi tersebut menjawab,

“Di Gaza sahaja, ada 35,000 orang anak-anak yatim. Itu tidak termasuk di Westbank. Dan daripada 35,000 orang, kami hanya ada funder untuk 1,000 orang anak-anak yatim. Hanya 1,000 orang.”

Hati saya luruh pada tika itu. Hanya seribu. Hanya seribu.

“Kita ada banyak kerja lagi, abang,” saya berbisik.

***

Aku Hamasah As-Syabab

***

Seperkara yang saya suka mengenai perniagaan adalah, Allah menganugerahkan saya rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tiadalah saya menakrif duit semata-mata sebagai rezeki, sebaliknya lebih kepada segala apa yang membawa saya ke arahNya.

Dan perniagaan bagi saya, adalah wasilah yang amat berharga, dalam mentarbiyyah diri saya.

Terutamanya pabila saya dipermudah, untuk bertemu dengan ikhwah yang pelbagai.

Pagi tadi sedang kami sembang-sembang, pasal isu semasa,

tiba-tiba, kami tiba di satu isu, di mana ikhwah yang merupakan wakil Aqsa Syarif, telah memberi taujihat kepada kami.

Diceritakan mengenai alam ini, langit yang terdapatnya tujuh lapisan, mengenai malaikat yang bilangannya menjangkaui pemikiran.

Dan saya sungguh tertarik, dengan kata-kata mereka, yang benar-benar menyujudkan saya ke bumi.

“Bila kita fikirkan pasal alam ni, pasal ciptaan Allah yang luar biasa, kita akan dapati otak kita sebenarnya ada limitation yang terlalu jelas. Kita tak dapat

Aku Hamasah As-Syabab

bayangkan pun, nak fikir pun tak mampu. Jadi, kalau rasa ilmu tu dah berkepuk, takyahlah. Tak ke mana pun.”

Prang prang!

*double slap*

***

“Kita sekarang ni berada di zaman yang baru. Media mainkan peranan yang besar, masyarakat terbentuk dengan segala apa yang disajikan di televisyen dan internet. Yang kat TV tu, 90% daripadanya boleh buang masuk tong sampah. Rosakkan masyarakat je semuanya.”

Ikhwah yang seorang lagi menyambung,

“Betul betul. Zaman dulu-dulu ada filem pendekar semua-semua tu. Ada nilai yang baik. Tapi sekarang? Mana ada dah. Sebab tu, ana semangat bila tengok enta ada talent dalam video ni. Ana sangat berminat nak tengok Ummah punya media yang lebih hebat daripada Hollywood. Ana mungkin takde bakat dalam videography, tapi insyaAllah ana ada bakat dalam mencari talent-talent.”

Saya tersenyum bahagia melihat dua orang ikhwah, yang sudah bergelar bapa, sedang memberi semangat tanpa henti pada saya, seorang anak muda yang masih hingusan lagi.

***

afiqsazlan.

1559.

11052013.

*

Kerna secebis impian, lahirnya sebuah perjuangan.

Badai Bencana

“Cikgu, sekolah ni makin lama makin merosot prestasinya. Akhlak pe- lajar semakin merundum. Penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa sekolah berleluasa. Cikgu tak nak pindah sekolah ke, cikgu? Ada banyak lagi sekolah yang perlukan cikgu, yang cikgu boleh dukung untuk bawa ke peringkat yang baru. Yang cikgu boleh beri lebih banyak manfaat kepada anak-anak muda, insyaAllah.”

Mahmud menghirup kopinya sambil menatap wajah guru yang diken- alinya sejak dia di bangku sekolah rendah. Dia amat rapat dengan beliau. Untuk diajak ngeteh, sudah menjadi perkara rutin setiap kali dia pulang ke kampung halamannya. Seringkali mereka berbincang perihal isu semasa, daripada dunia kepada sekecil-kecil tandas sekolah yang tersumbat dek kasut pelajar yang ter- jatuh ke dalamnya.

Cikgu Mustafa menghembus nafas yang berat, matanya merenung jauh. Seolah-olah memikirkan masa silamnya yang sudah separuh abad lamanya bergelar guru di sekolah itu.

“Cikgu dah bersama sekolah ni sejak hari pertama lagi cikgu bergelar cik- gu, Mahmud. Cikgu membesar bersama sekolah ini. Cikgu telah bersama-sama dalam membangunkan sekolah ini. Cikgu dah menyaksikan bagaimana sekolah

Aku Hamasah As-Syabab

ini daripada hanya 3 orang guru dan 10 orang pelajar, menjadi 200 orang guru dan 3000 orang pelajar. Sekolah ni dah sebati dengan cikgu, sekolah inilah hidup cikgu selama ini.”

Memahami dan menjiwai kata-kata Cikgu Mustafa, Mahmud menyusun ayatnya sebelum dibicarakan. Benar, sekolah ini telah banyak berubah, telah ban- yak membesar. Benar, ia telah banyak memberi manfaat kepada orang ramai. Na- mun begitu, masa dan situasi telah berubah. Keadaan semasa menuntut suatu nafas yang baru. Henjutan yang padu perlu diberi agar sekolah yang nazak ini kembali bernyawa. Tiadalah seperti mayat yang segan hidup, tapi berkubur tiada- lah pula mahu.

“Tapi cikgu, sekarang ni dah lain, cikgu. Penyelewangan dana sekolah menular. Kerosakan akhlak pelajar dan guru-guru berleluasa. Ini bukan lagi seko- lah yang kita kenal dulu, cikgu.”

“Cikgu tau, Mahmud, cikgu tau. Tapi, sekolah ini jualah yang telah mem- bawa ke mana cikgu berada sekarang. Cikgu terlalu sayangkan sekolah ini. Seko- lah inilah perjuangan cikgu. Mana mungkin cikgu mampu meninggalkannya kan, Mahmud?”

Mahmud mengangguk setuju. Ada benarnya. Kesetiaan dan cinta mam- pu menguatkan seseorang itu melawan badai yang datang melanda. Ia mampu membuatkan seseorang itu untuk terus berpegang teguh pada buhul yang selama ini telah membangunkannya.

Cawan kopi yang kosong diletakkan di tengah-tengah meja. Mata Cikgu Mustafa ditatap dengan penuh kasih sayang. Segala memori Mahmud dan Mustafa bercampur-baur, meraikan masing-masing dan mengecamukkan perasaan tuannya tersendiri.

Sekolah ini perlu diselamatkan.

Ini perjuangan kami, cinta kami.

Aku Hamasah As-Syabab

“Cikgu, kita akan kembalikan kegemilangan sekolah ini bersama, insyaAllah.”

“Bagaimana?”

“Kita ubah segala-segalanya. Daripada pengetua, hinggalah kepada pela- jar. Kita hapuskan penyelewengan. Kita hapuskan akhlak yang buruk. Kita bawa masuk pemimpin yang berwibawa. Kita bawa masuk ustaz-ustaz yang faham agama. Kita didik anak murid dengan tarbiyyah Islamiyyah. Sebab, cikgu, yang kita sayangkan adalah sekolah ini. Bukannya pucuk pimpinannya. Hanya Islam yang mampu memimpin. Jadi, kita akan menjadi tentera buat pemimpin yang berwibawa, dan kita akan ganti dan terus mengganti setiap kali mereka terlupa akan tugas mereka.”

“Bolehkah macam tu, Mahmud?”

“Boleh, cikgu. Kerna, mereka itu, hanyalah hamba yang dibayar. Ini ka-

lilah.”

***

afiqsazlan.

islamitukerajaandanumat.

2311.

03052013.

*

Kebenaran itu bukan sifatnya kemenangan, tetapi kebenaran itu sifatnya penegakan.

Ia bersifat mampu ditumbangkan, tetapi ia jua bersifat mampu ditegakkan kembali.

Pabila ditolak, maka jatuhlah ia, kerna ia bersifat jatuh tika tiada pendukung.

Dan untuk ia tertegak senantiasa, perlu didukung ia pada setiap masa.

Hanya itu caranya.

Menang atau kalah esok, penegakan tetap berterusan.

Hinggalah Syurga yang benar, datang menyambuti, kita-kita yang merindui.

As-Sabr

Pernah seketika dahulu, saya telah diajar perihal talak, dan saya pernah bertanya pada ustaz saya, akan kenapa hanya lelaki boleh menjatuhkan talak.

“Sebab, lelaki lebih terkawal emosinya. Dia lebih banyak menggunakan akal untuk membuat keputusan, dan bukannya hati. Jadi, insyaAllah, dia takkan melulu jatuhkan talak tanpa pertimbangan yang wajar.”

“Tapi tapi tapi, perlu faham. Sebab itu, perlunya kamu ni semua ni cari Muslimin yang hebat agamanya. Sebab Muslimin yang hebat agama, insyaAllah sabar dia jauh lebih tinggi daripada Gunung Everest!” ustaz ujar sambil menatap wajah-wajah kawan-kawan sekelasku yang Muslimah.

“Lelaki Muslimin yang hebat agama, insyaAllah boleh bimbing wanita tak kiralah solehah atau kurang solehah. Sebab dia penyabar. Tetapi lelaki yang tak hebat agama, jika diberi yang solehah sekalipun, belum tentu dia mampu ber- sabar. Risiko untuk dijatuhkan talak amatlah tinggi.”

“Apatah lagi jika Allah benarkan Muslimah jatuhkan talak, boleh jadi

Aku Hamasah As-Syabab

ustaz sendiri dah bercerai lima puluh kali gamaknya. Sebab Muslimah lebih ban- yak membuat keputusan dengan hati. Bila marah, insyaAllah akan sentiasa nak putuskan hubungan, baik persahabatan mahupun perkahwinan.”

***

Perkara ini teramatlah benar, insyaAllah, dan ianya bukanlah sesuatu yang hanya boleh diaplikasikan kepada perkahwinan, sebaliknya dalam kehidupan berorganisasi sekalipun.

Dalam memilih pemimpin, digalakkan memilih lelaki yang berkaliber, dan jauh lebih digalakkan untuk memilih lelaki yang bertakwa.

Anda akan dapati, dia akan mampu bertenang, dan sentiasa berfikiran positif, biarpun dunia pada tika itu sedang gelap dan mundur.

Keyakinannya padaNya, bakal menyuluh jalan buat anda-anda kepadaNya, dalam tika kegelapan sedang menyelubung.

Dan anda akan dapati, biarpun badai yang melanda amatlah besar kiranya, dia tetap akan tersenyum, mengharunginya tanpa gentar, dengan luka-luka yang merah.

Tetapi, dia tetap menuju ke arah anda, dan mengasihi anda dengan sepenuh hati.

Inilah, pemimpin yang anda perlu cari.

Baik buat perkahwinan, mahupun organisasi.

Pemimpin yang berwibawa, eh eh.

***

Aku Hamasah As-Syabab

Sejak ustaz saya berkata sebegitu, yakni bahwa lelaki itu seharusnya sabarnya jauh lebih tinggi, dan atas sebab itu dikurniakan talak kepadanya,

saya merasakan diri saya perlu belajar untuk bersabar, kerna jika kelak saya menjatuhkan talak, hanya satu jawapan untuk diri saya,

saya belum cukup sabar lagi.

Kerna saya percaya, zaujah saya semestinya mencintai saya fillah, dan cara beliau meluahkan barangkali berbeza.

But well, men kan from Adam a.s., and women from Hawa, *flips beard*

Peace!

***

Aku Hamasah As-Syabab

Kepada ikhwah sekalian, silalah belajar untuk bersabar, kerna dengan sabar, anda akan menjadi pemimpin yang hebat insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar, untuk menggunakan hati dalam perkara-perkara, yang melibatkan perasaan, barulah zaujah dan anak-anak buat syarikat sayang!

Kepada akhawat sekalian, anda jua perlu belajar untuk bersabar, kerna dengan sabar, anda mampu membahagiakan zauj anda insyaAllah.

Dan anda jua perlu belajar, untuk memilih zauj yang faham agamanya,

Sungguh, faham dan tahu itu berbeza.

Kerna pabila dia faham, yakinlah, anda insyaAllah akan sangat bahagia.

Sudahkah anda memilih pemimpin yang berwibawa? Yang sabarnya jauh lebih tinggi daripada Everest? Yang membuat keputusan dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah? Yang akalnya geliga?

Kerna, pemimpin yang sebegitu, insyaAllah tidak akan menggadaikan nyawa dan harta anda, melainkan pada jalanNya insyaAllah.

Aku Hamasah As-Syabab

Dan dia tidak akan ‘menjatuhkan talak’ pada anda, dan mengkhianati mahupun menipu anda.

Ini kalilah!

***

afiqsazlan.

0652.

30042013.

*

Kerna ia mengalir, laju dalam buluh darahku.

Berhentinya ia seketika, matinya aku tika itu jua.

Jangan dipisahkan aku ya Tuhan, daripada risalahMu yang ini.

Kerna tanpa ia, ku hanyalah hambaMu yang hina.

Si Penakut

Riba’.

Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.

Rasuah.

Yang menerima makin gembira, yang memberi makin derita.

Seleweng.

Yang melaku makin suka, yang dilaku makin merana.

Sampai bila?

***

Menjadi agenda tahunan buat Shah,

Aku Hamasah As-Syabab

Aku Hamasah As-Syabab

untuk ke zoo negara sekurangnya sekali setiap tahun.

Dan setiap kali, dia pastinya hairan melihat gajah-gajah di sana.

Akhirnya dia tiadalah dapat menahan kemusykilannya lagi, lantas dia memanggil pekerja di situ.

“Assalamualaikum, bang. Saya nak tanya sikit, boleh tak?”

Sambil menunjuk pada gajah-gajah yang berada di situ, Shah pun bertanya,

“Tali yang ikat kaki gajah tu kan nipis je. Bukannya besi pun. Kenapa ya dia tak lari sedangkan perkara tu mudah sangat-sangat untuk dia yang besar gedabak tu.”

Pekerja tersebut tergelak mendengar soalan Shah, terhibur barangkali.

“Sebenarnya, tali itu merupakan tali yang sama pada waktu dia kecil dulu. Dia selalu cuba melepaskan diri, dan kakinya senantiasa melecet hingga berdarah-darah. Sudah pasti dia merasa sakit. Setelah sekian lama, dia trauma nak lari. Memori kesakitan dia terbekas sedalam-dalamnya hingga dia takut nak melarikan diri lagi. Hinggalah sekarang, walhal dia ni dah besar yang amat. Semangat kebebasan dia dah mati. Dia lebih rela diikat dan dikurung daripada cedera menuntut kebebasan yang sebenar.”

***

afiqsazlan.

2357.

18042013.

*

Pabila ketakutan melawan kebatilan, mengatasi cinta ke atas kebenaran, si singa tunduk melayu, menjadi kijang yang menanti bahaman.

Kalimah Cintaku

Dahulu, tika saya masih bergelar pelajar sekolah rendah, kami telah diajar untuk bermain sejenis permainan, yang hanya kini barulah saya memahami kehebatannya.

Dalam permainan tersebut, kami perlu melekatkan sehelai kertas dibelakang badan masing-masing, dan kemudiannya kami akan ke setiap rakan sekelas kami, lalu meminta mereka untuk menulis pendapat mereka tentang diri kami ini.

Setelah setiap daripada kami selesai meminta ‘autograf ’, kami akan tanggalkan kertas tersebut, dan membaca komen-komen orang ramai mengenai kami.

Alangkah bahagianya kami, tika mendapat puji-pujian, dan kata-kata dorongan.

Pada tika itu, masing-masing akan mula merasa thiqah (percaya) pada diri sendiri,

Aku Hamasah As-Syabab

kerna selama ini kami terlalu sibuk memandang tinggi orang lain, dan membangkitkan semangat mereka-mereka di sekeliling, hinggakan tiada masa untuk membina hati sendiri yang kian mengecut.

Pada masa itulah, hati-hati kami akan terdetik,

“Rupanya aku ni hensem gak ya,”

“Baru aku tau, selama ni aku ni pemurah.”

“Uwah, tak sangka ada orang sedar aku suka tolong buangkan sampah yang ada kat koridor!”

Hebat bukan?

Permainan ini, bukan sahaja mengajar kita untuk sedar siapa diri kita sebenarnya, tapi jua mengajar kita untuk menyedari kebaikan sahabat kita yang sebenar-be- narnya.

***

Malangnya, kita seringkali alpa.

Bahwa, segala apa yang kita pelajari tika kecil, sebenarnya merupakan bekalan buat tika kita dewasa kelak.

Sekurangnya, itulah yang dikatakan kepada kita, tika kita masih hingusan.

Aku Hamasah As-Syabab

Tapi kita alpa.

Tika usia kita mula menginjak, kita mula menyisihkan bekalan-bekalan sebegini, lantas menjadikan kita insan dewasa yang membosankan.

Kita mula menjadi hamba kepada harta, dan mula lupa apa perasaannya menjadi seseorang yang percaya pada diri, dan mula lupa apa perasaannya untuk melihat kebaikan, pada diri mereka-mereka yang berada di sekeliling kita.

***

Pasangan suami isteri, yang saling mencintai kerna Allah, boleh mempraktikkan kaedah ini.

Luangkanlah masa hanya 10 minit seminggu, ataupun 5 minit sehari, dan saling berterima kasih, atas pemberian pasangan masing-masing,

sebagai contoh, si suami bermula dengan berterima kasih pada zaujah, kerna telah membuatkannya teh yang sedap pada pagi itu, hingga terasa hatinya cair lebur.

dan kemudiannya, si zaujah pula boleh berterima kasih pada si zauj, kerna telah memeluknya dari belakang tika dia membuat teh, hingga dia terasa dikasihi yang amat.

Perkara ini simple tapi efektif, insyaAllah.

Aku Hamasah As-Syabab

Kita akan mendidik hati untuk menghargai dan mencintai, dan kita akan merasa dengan hati bahwa kita ini dihargai dan dicintai.

Kaedah ini jua efektif, dalam sesebuah organisasi.

Di mana,

dalam seminggu, bolehlah diadakan satu sesi perkongsian.

Percayalah, keajaiban akan berlaku dengan izinNya.

Kadangkala, insan yang paling anda tak menyangka, bakal menjadi yang paling menggembirakan anda sepanjang minggu tersebut.

Bukankah biah (persekitaran) itu sangat menggembirakan?

Kan kan kan.

***

“Ish, mana praktikal buat benda budak-budak ni? Kau boleh bayangkan

ke Perdana Menteri buat gitu? Merepek.”

Well,

*flips beard*

Saya belajar banyak perkara, daripada Aishah r.a. dan Rasulullah SAW.

Lihatlah,

Aku Hamasah As-Syabab

Rasulullah SAW membahagiakan beliau, dengan perkara yang kecil-kecil, seperti minum daripada bekas yang sama, seperti tidur dalam selimut yang sama, seperti berlumba lari dengannya.

Dan bagi saya, itu sangatlah mencairkan hati, dan menghidupkan kasih sayang.

Lihatlah pula, akan perihal Aishah r.a.

Beliau sentiasa menyedari, dan menghargai perkara-perkara kecil, yang dibuat oleh zaujnya.

Wahai yang sudah berkahwin, cuba lihat kembali diri anda, bila anda minum daripada cawan, apakah anda pernah terfikir, bahwa pasangan anda sedang minum di tempat yang sama?

Bila pasangan anda tolong angkat anda sedikit, bagi membolehkan anda menikmati sesuatu pertunjukan, apakah anda terasa perkara itu sweet?

Bila pasangan anda pulang ke rumah, dan kemudian melihat anda belum memasak, dia terus memainkan peranan dengan memasak, apakah anda terasa dikasihi?

Kerna,

Aishah r.a. menyedari, dan menghargai sekecil-kecil perkara, yang Baginda lakukan.

Dan kerna itulah, cinta mereka, saya kira, amatlah agung.

Aku Hamasah As-Syabab

Oleh itu, silalah berhenti mengatakan cinta itu buta, kerna buta itu kelak bakal memakan diri anda.

Sila celikkan hati anda, dan mula menghargai pasangan anda, pada setiap nafas, dan setiap detik.

Moga Allah redha.

***

afiqsazlan.

merepekdipetanghari.

1743.

25042013.

*

Belajar untuk berhenti, dan mula merasa dengan hati.

Lihat mereka di sekeliling anda, dengan mata hati.

Dengan izinNya, anda akan mula belajar melihat, cahaya-cahaya kehidupan Syurga yang indah, dalam Dunia yang sementara ini.

Cinta Kami

“Ah, lecehlah. Baik buat je apa yang orang lain buat. Buat apa nak susah- kan diri buat benda pelik-pelik. Ish,” Khalis mendengus kuat.

Adam terdiam seketika, namun terus berusaha memujuk sahabatnya yang itu, kerna dia yakin bahwa inilah jalan yang perlu dilaluinya, bahwa inilah tanggungjawabnya dalam memperjuang Islam.

“Khalis, yakin dengan Allah. Janji Allah tu benar. Allah akan balas segala darah dan peluh yang kita tumpahkan menurut kehendakNya. Allah akan bantu kita, Allah ada bersama kita. Yakinlah.”

“Ah! Kau nak pi tempah kubur sendiri, kau pergi. Takyah nak serabutkan kepala otak aku. Dah dah, aku nak pi buat kerja yang lebih bermanfaat. Tak ma- cam kau, buat kerja bodoh.”

Hari demi hari pun berlalu, Adam terus berusaha dengan gigih, mengejar cita-citanya tanpa henti.

Aku Hamasah As-Syabab

Khalis pula terus dengan egonya, kononnya dia sedang berada di jalan yang betul, dan yang selamat masa depannya, maka dilakukan semuanya sambil lewa, tanpa semangat yang membara.

Enam tahun telah berlalu, Khalis akhirnya berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran yang diidamkannya.

Namun begitu, pada ketika itu, bilangan doktor jauh melebihi kapasiti yang mampu ditampung oleh hospi- tal-hospital.

Khalis menjadi tidak keruan, kerna selama ini dia begitu yakin, bahwa setelah pengajiannya tamat, kerjayanya sebagai doktor sudah berada dalam genggaman.

Setengah tahun lagi berlalu, Khalis kini bekerja sebagai supervisor, bagi sebuah stesen minyak Petronas.

Pada suatu hari, dia mendapat panggilan daripada seorang sahabatnya, yang dulu setempat pengajian dengannya.

“Assalamualaikum, Khalis. Jom!”

“Jom ke mana pulak ni,” Khalis bertanya kehairanan.

“Kita ke Hospital Hamasah As-Syabab. Ni hospital ikhwah ni. Khas un- tuk doktor-doktor yang menerima tarbiyah Islamiyyah. Aku dah tengok hari tu, serius mantap Dakwah dan Tarbiyah kat sana. Jom la, pemilik hospital tu tengah

Aku Hamasah As-Syabab

tajmi’ (himpun) semua doktor-doktor yang graduate dari overseas, terutamanya Manipal dan Ireland.”

“Okay okay, sat sat. Aku siap-siap, nanti kita gerak sama-sama.”

***

“Kenapa

dia

fokus

pada

graduan

overseas?”

Khalis

bertanya

pada

Ridhwan, sambil memandu keretanya dengan cermat.

Khalis sangat gembira, kerna selama ini dia terpaksa mendukung rasa bersalah, kerna tiadalah mampu memenuhi hasrat ibunya, yang ingin melihat dia menjadi seorang doktor buat Ummah.

Dan bakal isterinya jua sedikit kecewa, tetapi disimpan dalam hati tanpa meluahkannya.

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, Khalis bisik halus.

“Entahlah, tapi aku dengar dari Nizar, dia tu dulu sepatutnya fly ke Ire- land. Tapi dia pilih untuk stay di Malaysia sebab dia yakin dia ada tugas lebih besar kat Malaysia. Sedih gak la aku dengar aritu. Si pemilik tu waktu mula-mula dia gerak, memang orang pandang rendah kat dia. Sebab dia gagal dalam periksa semua-semua tu. Tapi dia tetap dengan jalan yang dia pilih.”

“Dia memang serahkan tubuh dan harta dia untuk Dakwah dan Tarbi- yah. Tak silap aku, dia bawak banyak usrah sekaligus. Sebab katanya, dia tak per- lukan doktor-doktor yang lemah untuk kerja kat hospital dia. Dia hanya perlukan segolongan sahaja.”

“Dan dia jugak, selalu fly ke Ireland dengan Manipal. Pergi sana, bagi taujihat semua-semua tu. Dia bina fikrah doktor-doktor sana, dan selalu yakinkan

Aku Hamasah As-Syabab

dorang yang dia akan sambut dorang dengan tangan yang terbuka kelak. Dia se- lalu bagi pesanan kat depa tuk jalankan tugas masing-masing, dan jangan pernah tinggalkan dakwah dan tarbiyah.”

Khalis mengangguk, kagum dengan ikhwah tersebut.

Ah, aku kat Manchester dulu, kenapa la dia tak datang Manchester juga, aku teringin nak jumpa dia.

***

Khalis terdiam.

Dia tercegat di hadapan meja yang serba biasa itu, matanya tertancap pada susuk tubuh yang berada di sebalik meja tersebut.

Enam tahun sudah berlalu, enam tahun sejak peristiwa itu.

Khalis terasa hatinya dirobek, egonya dicincang-cincang.

Allahu Rabbi.

“Adam.”

Adam mengangkat wajahnya daripada timbunan kertas yang sedang dibeleknya, dan terus mengukir senyuman yang ikhlas.

“Assalamualaikum, ya Akhi. Silakan duduk. Sila sila. Eh!,” mulut Adam terlopong seketika, “Khalis.”

Aku Hamasah As-Syabab

Maka dua insan yang pernah berpisah tanpa bicara, kini bertemu kembali tanpa bicara.

Khalis tersenyum kelat, menggaru kepalanya yang tiadalah gatal.

“Err

Adam bangkit daripada kerusinya, dan terus berlari ke arah Khalis, memeluknya erat teresak-esak menangis.

Khalis terkedu,

hairan.

Kenapa menangis pula ni.

“Aku dah lama cari kau, Khalis. Aku rindu sangat dekat kau. Setiap hari aku berdoa agar kau dapat lulus, dapat kejar cita-cita kau. Setiap hari aku berdoa pada Allah agar Allah temukan kita kembali. Aku nak sangat sambut kau pulang, nak kau jadi doktor dekat sini. Aku nak sangat kongsi semua-semua ni dengan kau. Biarlah dulu kau tak sudi sekalipun, tapi aku berdoa sangat-sangat, kau akan sudi kali ini, Khalis.”

Maka berguguranlah tangisan dua ikhwah, yang saling mencintai kerna Allah.

Masing-masing mengejar cita-cita masing-masing, meyakini janji Allah pada jalan yang tersendiri.

Dan sungguh, Allah jualah penaut hati para Mukmin.

Aku Hamasah As-Syabab

Dan kepada Allah jualah, segala cinta yang suci itu kembali.

Cinta kami ini, bukanlah milik Penghuni Dunia, sebaliknya milik Penghuni Syurga.

Dan kerna itu, cinta kami akan kekal selamanya, dengan izin Yang Maha Esa.

***

afiqsazlan.

ikhwahdiabetes.

0822.

24042013.

*

Masakan mimpi itu mampu menjadi realiti, dengan engkau hanya berguling-guling di atas katil.

Dok Pehe

Prap!

Amirul menghempas surat khabar Utusan Malaysia yang sedang diba- canya sambil mendengus kuat. Dahinya berkerut, menayangkan ketidakpuasan hatinya.

“Aku tak fahamlah apa nak jadi dengan dunia ni. Setiap hari ada kes rom- pak, setiap hari ada kes ragut. Tu tak kira lagi selang sehari dua ada kes bunuh la, kes pecah amanah la, rasuah la, tikam belakang, edar dadah semua-semua tu. Macam takde benda baik dah dalam dunia ni. Serabut kepala aku.”

“Hm,” Syamil mendiamkan diri, tidak ingin berbicara dengan sahabatnya yang sedang bergelojak darah mudanya.

“Ah, kau apa tau. Petang-petang minum teh, makan biskut. Tu je kerja kau. Kau tau tak ambil tahu pasal Ummah ni satu kewajipan buat setiap Muslim? Ish.”

Dengan amarah yang membara, Amirul mencapai alat kawalan jauh televisyen lantas ditekan-tekannya. Matanya tertancap kemas pada skrin 24 inci

Aku Hamasah As-Syabab

tersebut, bibirnya terketar-ketar seperti gunung berapi yang bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.

“Arghhhh! Aku dah tak tahan dengan dunia yang penuh noda ni!”

Televisyen ditutup.

Syamil mengacau perlahan tehnya yang panas sambil mencapai iPhone

4snya.

“Nah,” dihulur smartphone bernilai Rm 2,000 itu kepada Amirul.

“Apa dia?”

“Tengoklah dulu. Scroll ke bawah, baca sampai habis.”

Tanpa melengahkan masa, Amirul membaca dengan penuh khusyuk. Matanya terjugil, seolah-olah tidak percaya akan apa yang sedang dilihatnya.

“Sedekah donut bernilai Rm 20,000 kepada 20 buah rumah anak-anak

yatim?”

“Jutawan Islam menginfaq Rm 50,000 kepada pelajar-pelajar Muslim di Kelantan?”

“Syarikat Hamasah As-Syabab menawarkan kursus Da’iegraphy secara percuma kepada para remaja Muslim seluruh Malaysia.”

Dibaca Amirul satu per satu, dengan nada yang tersekat-sekat. Peluh membasahi dahinya. Macam tengah baca berita UFO mai serang Bumi saja, pffft.

Aku tak caya semua ni. Semua ni tipu. Kau mesti nak kenakan aku

kan? Dunia ni mana ada benda baik macam ni. Semua ni cuma lakonan! Mana

“Aku

Aku Hamasah As-Syabab

ada kebaikan yang boleh ditunjuk-tunjuk. Sedekah kenalah sorok-sorok! Ni semua kaki ampu, kaki bodek, kaki nak glemer, huh! Nah, amek balik phone kau ni, sakit mata aku tengok benda ni!”

Syamil menyambut telefon bimbitnya, dan berkata dengan penuh bergaya,

“Dekat Syurga nanti, semuanya yang kau tengok, semuanya baik-baik be- laka. Sebab tu, aku tengah praktis tengok benda baik-baik je, tayang benda baik- baik je. Aku nak jadi Penghuni Syurga.”

“Dan setahu aku, cuma Syaitan je yang suka porak-perandakan manusia ni, suka mengadu bombakan. Dan mereka sangat-sangat nak manusia tak masuk Syurga.”

“Sebab tu, bila kau sedih dan pening tengok Dunia yang makin hancur, aku gembira. Maka, aku pun tunjukkanlah kau Dunia yang indah, tunjukkan kau mereka-mereka yang bercita-citakan Syurga, dan sedang mengamalkan amalan Penghuni Syurga, tapi kau benci mereka juga. Dan kau tak boleh terima wujudnya dunia yang serba indah. Tu yang buat aku hairan, Amirul. Kau ni siapa sebenarn- ya?”

Prang prang!

*double slap*

***

afiqsazlan.

1925.

17042013.

*

Perkara yang paling aku takuti adalah, pabila kepetahan bicaraku mendedahkan kecetekan ilmuku.

La Tahzan

Kepada anda-anda, yang ingin berubah,

yakinlah, jalan ini tiadalah mudah.

dan yakinlah jua, penghujung jalannya, amatlah indah.

Pabila hendak berubah, perlunya berhijrah.

Dan dalam soal berhijrah, perlunya kepada biah (persekitaran) yang soleh.

Usah bersama mereka yang suka menjatuhkan, usah dihiraukan mereka yang kononnya sahabat sejati.

Biarkanlah mereka,

jangan dipeduli.

Aku Hamasah As-Syabab

Kembalilah kepada Allah, kerna Allah jualah Yang Maha Mencukupkan.

Akan diganti mereka-mereka, dengan hamba-hambaNya yang mencintaiNya, dan mencintaimu kernaNya.

Pada tika itu, kenapa perlu bersedih lagi?

***

Saya yakin perkara ini boleh diguna pakai buat semua, kerna sunnatullah itu sentiasa benar.

Rasulullah SAW yang pada mulanya disenangi ramai, dibenci tika berubah dengan datangnya Islam.

Begitu jua dengan para Sahabat, yang berubah pabila mengucap dua kalimah Syahadah.

Kerna sejarah, tiadalah menipu pernah.

***

afiqsazlan.

1753.

16042013.

*

Daku Sayang

Jika apa yang saya buat di dunia ini, membuatkan anda merasakan saya tak menyayangi anda,

maka tidak mengapa, kerna di Akhirat kelak, anda akan tahu, kan siapa yang paling menyayangi anda, kerna Allah semata-mata.

Kadangkala, perkara yang kita tak suka itu baik buat kita, dan perkara yang kita suka itu tidak baik buat kita.

Hanya yang bercinta kerna Allah, yang layak untuk bercinta di SyurgaNya jua kelak.

Cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, cinta pada zaujah, cinta pada sahabat.

Aku Hamasah As-Syabab

Bercinta kerna Allah, kadangkala menuntut pengorbanan di Dunia.

Hinggakan si Penghuni Dunia, merasa dirinya tak dicintai kita-kita.

Tapi usah gusar, cukuplah Allah sebagai saksi.

Kelak, mereka bakal mengetahui jua, kan cinta mana, cinta yang agung.

Moga Allah redha.

***

afiqsazlan.

sedangmerindui.

0840.

14042013.

*

“Wakafa billahi syaheeda.”

“Cukuplah Allah sebagai saksi.”

Penetap hati, tika terasa goyah.

Penenang jiwa, tika terasa lemah.

Penguat azam, tika terasa futur.

Allah itu Maha Mengetahui.

Awan yang Tersingkap

Faqhrul duduk di atas sofa, menghenyakkan punggungnya sepenuh rasa.

“Aik, penatkah?” Aliff bertanya sambil tergelak kecil melihat gelagat sa- habatnya itu.

“Agak la. Dari Zuhur sampai pukul enam tadi aku bersungguh-sungguh rakam video nasyid pertama aku tu.”

Aliff tersenyum memahami kepenatan Faqhrul, memang benar, bila dia dah tetapkan hati untuk buat sesuatu, dia pasti akan kerah segala kudrat yang dia ada, hingga kadangkala makan minum menjadi perkara keberapa entah.

Tapi, solatnya tetap pada awal waktu, malah senantiasa berjemaah di masjid.

Faqhrul pernah berkata,

“Sebelum aku adalah Da’ie, aku adalah Abdullah. Dekatnya aku pada

Aku Hamasah As-Syabab

Allah, menentukan dekatnya orang yang aku seru kepada Allah. Dekatnya aku pada Jahiliyyah, jua menentukan dekatnya mereka kepada Jahiliyyah.”

“Nak tahu sesuatu tak?” Aliff memandang Faqhrul dengan senyuman.

“Apa dia?”

“Pagi tadi, masa aku dengar nasyid Maher Zain, aku dah dengar suara kau yang menyanyi. Sungguh.”

Tergelak perlahan Faqhrul tika mendengar kata-kata Aliff, terhibur hat- inya pabila sahabatnya berusaha memujuknya untuk bersemangat kembali.

“Tinggi betul cita-cita kau. Penat aku nak dongak,” Faqhrul ujar sambil tersengih.

Aliff bangun daripada sofa, menuju perlahan ke arah tingkap di tepi.

Mata Faqhrul mengekori belakang Aliff, menjiwai suasana yang tercipta.

Terasa RahmatNya yang luas. sedang menyelimuti bilik itu dan segala isinya.

Aliff mendongak ke langit, dan berkata dengan penuh rasa,

“Pabila bercita-cita, usahlah mendongak ke arahnya, sebaliknya terbanglah kepadanya.

Biar sama tinggi,

biar sama taraf.

Barulah boleh dipegang, barulah boleh dijadikan alat.

Dan pada tika itu, jadikanlah ia batu loncatan.

Yang bakal membawa kita dan mereka, ke SyurgaNya yang abadi.”

Air mata Faqhrul menitis dalam diam, matanya terharu melihat susuk tubuh Aliff, yang dihadirkan Yang Maha Esa.

Aku Hamasah As-Syabab

Benarlah sungguh, sahabat yang baik, adalah sahabat yang mengingatkan sahabatnya, akan Allah, dan akan mati.

***

afiqsazlan.

akankuterbangtinggibersamadikau.

1822.

12042013.

*

Aku tiadalah ingin menjadi penyokongmu, sekadar di tepi-tepian.

Sebaliknya ku ingin menjadi pendukungmu, yang bermati-matian.

Kan ku jadi tubuh, yang menggerakkan dikau.

Kan ku jadi sayap, menerbangkan engkau tinggi.

Kan ku jadi lautan, yang menampung engkau diri.

Tika susah dan senang, tika gembira dan sedih.

Kan ku bersama dikau, dengan cinta dan kasih.

dengan izin Tuhanku dan dikau, Tuhan Yang Maha Menyayangi, lagi Maha Mengasihi.

Kerna Percaya

Thiqah (percaya) pada diri itu penting.

Kerna dengan thiqah pada dirilah, seorang Mujahid itu mampu berlari ke dalam barisan musuh-musuh, memecah-belah mereka-mereka, dengan tubuhnya yang itu.

Kerna dengan thiqah pada dirilah, seorang Mujaddid itu mampu menanamkan dirinya di dalam tubuh Ummah, melaung-laungkan seruan yang Haqq, dengan tubuhnya yang itu.

Kerna dengan thiqah pada dirilah, seorang Da’ie itu mampu bersengkang mata senantiasa, menyeru tanpa lelah dan senantiasa bersemangat, dengan tubuhnya yang itu.

Kerna dengan thiqah pada dirilah, seorang Rijal itu mampu berdiri teguh menahan badai, membina benteng-benteng yang kukuh menentang taufan,

Aku Hamasah As-Syabab

dengan tubuhnya yang itu.

Kerna dengan thiqah pada dirilah, seorang Rijal itu mampu berdiri teguh menahan badai, membina benteng-benteng yang kukuh menentang taufan, dengan tubuhnya yang itu.

Dan semua-semua ini, perlunya thiqah pada diri.

Percaya akan tubuh yang mampu, dan hati yang berani.

Percaya akan jiwa yang cekal, dan akal yang memahami.

Kerna kita thiqah padaNya, Tuhan Yang Maha Esa.

Janji-janjiNya yang benar, firman-firmanNya yang kekal.

Kerna itu,

kita mampu.

***

afiqsazlan.

wahaipemuda.

0926.

11042013.

*

It’s amazing, how some simple words, can make wonders.

Kak Hidayah

“Hoi! Asal tadi kau pergi bacakan kat si non-muslim ayat al-Quran yang suci tu hah?! Kau sedar tak yang dia tu bukannya muslim? Kau permainkan ayat al-Quran kau tau?!”

Zainab terkedu seketika, mendengar tempelak Syazwana yang teramat kasar itu.

Namun begitu, Zainab bergegas meneguhkan kembali hatinya.

“Permainkan ayat al-Quran, wahai Syazwana?” Zainab bertanya lembut.

“Iya la! Ikut suka kau je kan nak baca kat budak non-muslim tu. Kau tau tak, yang al-Quran tu hanya untuk kita, orang Melayu. Kalau bukan kita yang pertahankannya, siapa lagi hah?”

Zainab tersenyum seketika sebelum bertanya kembali, “Ingat tak kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab?”

“Mestilah ingat, kau fikir apa, aku ni tak belajar agama ke apa? Weh, aku

Aku Hamasah As-Syabab

tahu aku free hair, tapi aku tahulah pasal agama ni. Don’t judge a book by its cover okeng!”

“Alhamdulillah, kau tau tak apa yang Saidina Umar minta pada adiknya bila dia menyesal sebab telah menamparnya?”

Syazwana menjawab sambil menjulingkan matanya kebosanan, “Dia mintak bacakan ayat al-Quran. Apa kenanya dengan kau bacakan ayat al-Quran tuk non-muslim tadi? Kau cuba putar belit fakta kan? Dasar budak tudung labuh, ish.”

“Adiknya bacakan ke tak?”

“Bacakanlah

“Saidina Umar pada masa tu Muslim ke not-yet-to-be Muslim?”

“Errrr

Tapi kau tetap salah! Kau jangan cuba nak tipu aku!”

Yakin mesej yang hendak disampaikan telah sampai, Zainab mula menge- mas barang-barangnya. Sempat ditulis sesuatu pada sehelai kertas sebelum diber- ikan kepada Syazwana sambil tersenyum manis.

*** “Aku boleh berdebat dengan 10 orang ilmuan agama, tetapi aku akan ka- lah berdebat dengan 1 orang yang jahil, kerana yang jahil akan mempertahankan kejahilan mereka yang hanya berpaksi pada akal.”

“Dan insyaAllah, kau lebih tahu, wahai Syazwana. Yang selepas itu, Said- ina Umar al-Khattab menjadi antara yang paling hebat memperjuang Islam dan dijanjikan Syurga tika hidup lagi. Dialah al-Faruq, pemisah yang Haqq dan yang Batil.”

Aku Hamasah As-Syabab

“Jadi, sila jangan terkejut, jika dengan izinNya not-yet-to-be Muslim tadi bakal menjadi lebih hebat daripada engkau, dan lebih terkehadapan di pintu Syurga berbanding kita berdua.”

“Oh, dan seperkara terakhir, saje nak bagi kau fun fact malam-malam buta ni. Menutup aurat tu satu kewajipan. Dan akhirat nanti, Allah akan tanya akan amal-amal kita sebagai hambaNya, dan bukannya sebagai Melayu. Jangan salah sangka, Islam dan al-Quran tak perlukan kita pun. Allah sendiri yang akan jaga. Kita yang perlukan al-Quran, sebab Allah turunkannya sebagai petunjuk.”

“Orang belum Muslim berbondongan mencari Islam, Orang Muslim pula berbondongan menghalangnya. Malah, berbondongan keluar daripadanya. Dan tidak kurang jua yang berbondongan memperlekehnya. Kita kena belajar maksud menjadi hamba. Siapa kita nak mendabik dada dengan pinjaman semata-mata?”

“Assalamualaikum. Moga Allah redha, dan mengurniakan hidayah kepa- da kita semua.”

Prang prang!

*double slap*

Maka berlarianlah Syazwana, mencarik langsir berdekatan, membaluti tubuhnya yang terdedah.

***

afiqsazlan.

0004.

10042013.

*

“No amount of guilt can change the past, and no amount of worrying can change the future.

Go easy on yourself, for the outcome of all affairs, is determined by the decree of Allah.

If something is meant to go elsewhere, it will never come on your way.

But if it is yours by destiny, from you it cannot flee.”

- Umar ibn al Khattab -

***

Not everyone has a past beautifully carved, but everyone has a beautiful future to carve, insyaAllah.

Da’ie Coolio

salam wbt.

akh, pndpt nta tntang daie ‘fleksibel?’

daie pakai jeans, daie main game, daie tgk movie, daie masuk panggung is it really okay sebenarnya?

berdalilkan “nak rai waqi’ mad’u” atau “nak terjun kedalam masyarakat”?

***

Waalaikumussalam.

Pendapat ana, Da’ie perlu berseni dalam berdakwah.

Dan berkenaan tengok movie, masuk panggung, main game semua-semua ni,

bagi ana, Da’ie itu sendiri kena jelas, dan yakin akan methode yang digunakan.

Perlu dilihat kesan jangka masa panjangnya.

Aku Hamasah As-Syabab

Jika Da’ie tu ikut sekali tengok movie, apakah ianya lebih muntij untuk jangka masa panjang?

Jika Da’ie itu main futsal bersama, Apakah ianya paling muntij untuk impak yang lebih besar?

Namun begitu, ana melihat ianya lebih muntij, pabila Da’ie diajak ke panggung, Da’ie itu tidak menolaknya.

Kerna nanti, mereka-mereka itu akan menjauhi diri kita, dan menjadi lebih sukar untuk disentuh hatinya.

Kena berseni dan bergaya.

Sebaliknya, jadilah Qudwah Hasanah.

Seperti, bila kawan ajak tengok movie, bersetujulah untuk menemani.

Ikut mereka, tapi beritahu mereka, yang anda akan ikut bersama,

Aku Hamasah As-Syabab

tapi anda akan pergi ke kedai buku, tunggu mereka selesai, nanti boleh makan bersama insyaAllah.

Bergaya. tidak perlu larut.

Kerna bila larut, amatlah susah untuk menyentuh hati.

Sama jua bila di ajak pergi lepak di kedai mamak tengok bola, silalah ikut, tapi berhadaf dan bergaya.

Makan sama-sama, teman tengok, dan bawalah al-Quran atau buku, baca tika itu.

Kita perlu masuk ke dalam masyarakat, tapi bukan untuk tamayyu’ (larut), tapi untuk tamayyuz (berbeza).

***

afiqsazlan.

a

a

*

Bersama engkau, atau tanpa engkau,

gerabak ini akan terus bergerak, dengan lebih laju dan laju.

Da’ie Femes

Belum mula bekerja, tapi dah mula bagi alasan untuk tidak bekerja.

Tahukah anda, mengejar ketidakfemesan itu jua satu penyelewengan dakwah, sama seperti mengejar kefemesan itu sendiri?

Apatah lagi, pabila engkau mengelak daripada bekerja, dengan alasan kau tak nak jadi femes.

Alahai.

Sungguh, engkau telah meletak darjat engkau di antara Penghuni Bumi, melebih darjat engkau di sisi Allah.

Tajdid niat itu penting.

Allah di hati, Dunia di kaki.

Allah itu matlamat, Dunia itu alat.

***

Yang femes kerna Allah ini, biasanya sebab dia bekerja kerna Allah.

Aku Hamasah As-Syabab

Yang femes kerna kejahilan ini, biasanya sebab dia bekerja kerna selain daripada Allah.

Tugas kita hanya bekerja.

Menjadi masalah, pabila kita memilih untuk tidak bekerja, semata-mata kerna tak nak jadi femes.

Macam kat Akhirat nanti tak femes, semua orang boleh tengok tayangan amal.

***

afiqsazlan.

1246.

28032013.

*

“Orang yg femes kerana kejahilan takkan dibanggakan. Tak ada sesiapa pun yang akan mengaku, “Aku ni keturunan Lahab !””

- Akhi Azyulail -

Wahai Videographer

Situasi di Dunia Perfileman,

“Saya terpaksa, sebab Pengarah yang suruh.”

Apa engkau dah buat, wahai yang bersaksikan kebenaran sekalian?

Allahu Rabbi.

***

Angin yang damai, datang menerpa, membelai diri yang melara, di atas tebing yang tinggi, nun jauh daripada hingar dan bingar kota, jauh di atas kegelapan dan keterangan bandar.

Direnung lama, kota yang hidup, dengan tidurnya Ummah.

Aku Hamasah As-Syabab

Kota yang membesar, dengan tertipunya Ummah.

Sedih, sungguh.

Melihatkan panji-panji yang ditegakkan, dikatakan Islam sedangkan ianya Jahiliyyah semata.

Dan lebih menyedihkan, pabila Ummah yang buta, mengikuti si pemegang panji dengan taksub, malah memperjuangkannya dengan jiwa dan raga.

Alahai.

***

Di manakah panji-panji Islam, kau mungkin bertanya.

Marilah,

biar aku ceritakan pada engkau,

di manakah panji-panji Islam.

Lihat di sana,

di celah-celah jasad Ummah yang gelap itu.

Nampakkah engkau, akan suatu yang bergemerlapan?

Cahayanya menerangi mereka-mereka, yang berada di sekelilingnya?

Aku Hamasah As-Syabab

Itulah dia pemegang panji Islam yang sebenar, yang berkobar-kobar menegakkan panjiNya itu, di tengah-tengah ombak Ummah yang kian mengganas, mengugut untuk melemaskannya dengan kejahilan mereka-mereka itu.

Tapi dia tetap berdiri teguh, memohon kekuatan daripada Pemilik Segala Kekuatan, memohon ketetapan daripada Pemilik Segala Hati.

Dan dia terus berlari, menyinari jasad Ummah dengan cahaya yang dibawanya itu.

Namun, menjadi lumrah, pabila dialihkan cahaya, maka kawasan yang sebelumnya itu, ketiadaan cahaya sudahnya.

Dan mereka kembali buta, tercari-cari sumber cahaya, hinggalah kegelapan, kembali mencengkam mereka-mereka.

Sedih, bukan?

Alahai.

***

Kenapa mereka yang telah disinari, tiadalah pula menjadi pemegang panji, dan menyinarkan Nur Islamiyyah, engkau mungkin bertanya.

Aku Hamasah As-Syabab

Ayuh, rapati saya, kan saya jelaskan, perihal mereka-mereka ini pula.

Mereka-mereka ini, menyukai perihal diterangi, mereka suka pabila ditunjuki jalan yang cerah.

Dan mereka bergembira dengannya, dan mereka bersuka menerimanya.

Pabila mereka diterangi oleh si pemegang panji, mereka amatlah tekun bermandikan cahaya itu, malah beria-ia hendak menyebarkan cahaya itu, untuk dikongsi dengan semua.

Namun, pabila mereka ditinggalkan si pemegang panji itu, dan ditinggalkan pada mereka panji buat diri mereka,

mereka berdolak dalih, menolak panji itu dengan kakinya, sambil memandang ke arah yang lagi satu,

mereka berkata sesama mereka, itu bukanlah tugas mereka, ianya terlalu berat, biarlah si pemegang panji itu sahaja yang berbuat, kerna dia kuat, kerna dia hebat.

mereka mula memujuk diri masing-masing dengan berkata, aku pernah mendapat cahaya, jadi aku kena jaga betul-betul,

aku takleh cemarinya dengan berkongsi, kerna aku belum kuat, aku lemah,

kan manusia itu lemah lumrahnya?

Alahai.

***

Maka, alkisahnya, si pemegang panji Islam yang sebenar, berterusan memperjuang yang Haqq, menyinarkan cahaya yang benar.

Aku Hamasah As-Syabab

Dan si bekas diterangi cahaya yang benar pula, berterusan menyorokkan yang Haqq, menyimpan cahayanya itu buat dirinya yang sendiri.

Dan si pemegang panji yang bertopengkan Islam itu pula, makin haibat pula gerakannya, menyebarkan cahaya yang menipu, dan diperjuangkan mereka yang tertipu.

Dan Ummah yang buta pula, berterusan dibutakan, dan berterusan hidup dalam kegelapan.

***

Angin yang sepoi, kembali meniup.

Aku Hamasah As-Syabab

Panji ditepi diri diambil kembali, digenggam erat, dengan penuh azam.

Masih banyak kerja, masih banyak tugas,

bersama mereka, atau tanpa mereka, bersama aku, tanpa aku,

bersama engkau, atau tanpa engkau,

perjuangan ini akan terus hidup, dan cahaya ini akan terus merebak.

Itulah,

ia.

***

Alhamdulillah, Allah telah ketemukan saya, dengan logam-logam Ummah yang berharga, tetapi hanyalah berada di tepi-tepian, dan sekadar menyaksikan dan berkata-kata.

Dan Alhamdulillah, Allah jua telah ketemukan saya, dengan logam-logam Ummah yang berharga,

Aku Hamasah As-Syabab

yang senantiasa berjuang dengan bersungguh-sungguh, tetapi alangkah ruginya, yang diperjuang itu selain daripada Islam.

Dan Alhamdulillah, Allah jua telah ketemukan saya, dengan logam-logam Ummah yang berharga, tetapi dia lebih suka larut dan dibutakan, dan dibuai kesenangan dunia, dan melupakan perjuangan ke arahNya, kerna ianya terlalu sukar, dan terlalu melelahkan.

Wahai.

***

Dan Alhamdulillah, digerakkan hati olehNya, untuk menulis perihal golongan yang kedua,

yakni logam-logam yang berharga, yang bersaksikan kebenaran, tetapi hanya berada di tepi-tepian,

menyaksikan logam-logam yang lain, bermati-matian berjuang, di tengah-tengah jasad Ummah.

***

“Jom? Kita mula bergerak nak?”

Aku Hamasah As-Syabab

“Alaaa, tapi aku tak ready lagi.”

“Kenapa kau berhenti menulis ya? Tulisan kau sangat bermanfaat.”

“Aku tak nak dikenali manusia, itu bukan dakwah namanya.”

“Kau ada bakat dalam lukisan dakwah ni, apa kata kau gunakannya demi

Islam?”

“Aku tak cukup kuat la, nanti niat aku terpesong. Tu bukan dakwah namanya, sekadar nak jadi femes je tu.”

***

Angel Pakai Gucci, Nasi & Lemak, Hlovate, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, Syabab Musafir Kasih, Raihan, Maher Zain, Kak Wardina Safiyyah, Abang Hilal Asyraf, Tuan Guru Nik Aziz.

Siapakah mereka-mereka ini? Manusia seperti engkau dan aku.

Mereka jua mempunyai hati, seperti dikau dan daku.

Aku Hamasah As-Syabab

Dan mereka jua tersangat dikenali para Penghuni Dunia.

Konklusinya?

***

Usah berdalih lagi, wahai logam-logam Ummah sekalian.

Jangan dijadikan ketidakkuatan engkau sebagai alasan, untuk tidak berjuang dengan tubuh dan jiwa engkau.

Jangan jadikan “nak jaga hati”, sebagai kemalasan engkau untuk bergerak,

Jangan jadikan “femes itu bukan kejaran aku”, sebagai alasan untuk kau bersenang-lenang menyorok kebenaran yang telah Al- lah anugerahkan pada engkau.

Usah.

Cukuplah.

Sampai bila engkau hendak tertipu?

***

Ummah sekarang sedang tenat, wahai logam-logam mahbub.

Dan engkau, sebagai saksi kepada kebenaran,

Aku Hamasah As-Syabab

bertanggungjawab atas mereka-mereka ini jua, wahai logam-logam seagama denganku.

Ramai di sana yang menulis perkara-perkara yang tidak patut ditulis, kerna tiada siapa hendak menjadi Qudwah, dan menyeru mereka kepada penulisan yang bermanfaat.

Maka, di situlah tugas engkau, wahai penulis.

Ramai di sana yang melukis komik-komik yang tidak patut dilukis, kerna tiada siapa hendak menjadi Qudwah, dan menyeru mereka kepada lukisan komik yang bermanfaat.

Maka, di situlah tugas engkau, wahai pelukis.

Ramai di sana yang merakam filem yang tidak patut dirakam, kerna tiada siapa hendak menjadi Qudwah, dan menyeru mereka kepada perfileman yang bermanfaat.

Maka, di situlah tugas engkau, wahai videographer.

Ramai di sana yang menyanyikan lagu-lagu yang tidak patut dinyanyikan, kerna tiada siapa hendak menjadi Qudwah, dan menyeru mereka kepada nyanyian yang bermanfaat.

Maka, di situlah tugas engkau, wahai penyanyi.

Oleh itu, cukup-cukuplah sudah engkau menyorok kebenaran, wahai Akhi seTuhanku, cukuplah-cukuplah sudah engkau menyaksikan di tepi-tepian, wahai Ukhti sea- gamaku,

tiba masanya,

untuk kita bangkit bersama,

dan menyinari jasad Ummah ini, dengan Nur Islamiyyah,

hingga jasad kita rebah ke dalam Bumi, dan kembali pada Yang Esa.

Hwaiting!

***

afiqsazlan.

1236.

28032013.

*

Aku Hamasah As-Syabab

Kan tiba satu hari, kau ditemukan olehNya akan suatu jalan, yang dihujungnya kau melihat terdapatnya janji-janjiNya yang benar.

Namun begitu, engkau melihat jalanNya yang itu, penuh duri dan batu-batu yang tajam lagi menyakitkan.

Dan engkau tersenyum bahagia, mensyukuri nikmat kurniaanNya.

Engkau berlari dengan penuh semangat, meredah duri dan batu-batu yang kian merobek tubuh engkau-engkau, berlumuran darah engkau membasahi bumi yang ditinggalkan.

Tapi engkau tetap tersenyum, kaki engkau berderap di atas bumi, tetapi engkau seolah-olah sedang terbang tinggi, dan tinggi dan tinggi lagi, menuju ke arahNya Yang Maha Kekal.

Dan di penghujung jalan itu,

engkau rebah tersenyum, kerna engkau tahu, inilah tempat rehat engkau yang sebenar.

Aku sudah pulang, wahai Tuhanku, terimalah daku.

Ah.

Dengan Islam

Nak tahu something tak?

Meh dekat sikit.

Islam itu selamat.

Dengan Islam, kau tak kenal erti takut, melainkan kepadaNya semata.

Dengan Islam, kau tak kenal erti lemah, kerna Dia sentiasa ada bersama.

Dengan Islam, kau tak kenal erti tunduk, kepada selain daripadanya.

Dengan Islam, kau tak kenal erti mengalah,

Aku Hamasah As-Syabab

kerna Dia janji untuk tolong engkau.

Dengan Islam, kau tak kenal erti sedih, kerna Dia sentiasa memujuk engkau.

Dengan Islam, kau mengenal erti kebahagiaan, kerna Dia sentiasa merahmati engkau.

Dengan Islam, kau mengenal erti kejayaan, kerna Dia sentiasa mencintai engkau.

Dengan Islam, kau mengenal erti kehidupan, kerna Dia sentiasa membimbing engkau.

Dengan Islam jualah, kau kenal erti cinta, kerna Dia sentiasa mencintai engkau.

Dan paling seronok, dengan Islam, “Lived happily forever after” does exist, after all.

***

afiqsazlan.

0000.

27032013.

*

“Lived happily forever after” does exist, after all.