Anda di halaman 1dari 26

CARTA BEBAN TUGAS UNIT KESELAMATAN SEDIADA,

BAHAGIAN OPERASI KAWALSELIA LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENGURUS
OPERASI/KAWALSELIA

 Penguatkusaan ISPS (PASO/DAO)  Pengeluaran Kompaun


 Penguatkusaan DG  Pendaftaran Kompaun
 Penguatkuasaan Safety  Semakan Kompaun
 Penguatkuasaan Marine  Kutipan Kompaun
 Pendakwaan
 Penguatkuasaan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan
 Dokumentasi
 Penguatkuasaan Akta Pelabuhan  Pendaftaran Kes
 Penguatkuasaan Undang2 Kecil LPKtn  Penyampai Saman
 Penguatkuasaan ISO 2000  Tadbir Am/Surat menyurat Keselamatan
 Penguatkuasaan Kawalan Keselamatan Bangunan LPKtn  Rekod Keselamatan
 Pemeriksaan Keselamatan Bangunan  ISPS/DG/ISO
 Latihan / Drill / Exercise  Pengeluaran Pas tahunan Pelabuhan Kuantan/Kemaman
 Kursus Kesedaran Keselamatan  Lain-lain urusan Operasi

PEN. PEGAWAI
KESELAMATAN KP 32
CADANGAN CARTA BEBAN TUGAS UNIT KESELAMATAN,
BAHAGIAN OPERASI KAWALSELIA LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENGURUS
OPERASI/KAWALSELIA

PEGAWAI
KESELAMATAN KP41

PEN. PEGAWAI
KESELAMATAN KP 32

UNIT OPERASI UNIT KOMPAUN /


KESELAMATAN TADBIR

 Penguatkusaan ISPS (PASO)  Pengeluaran Kompaun


 Penguatkusaan DG  Pendaftaran Kompaun
 Penguatkuasaan Safety  Semakan Kompaun
 Penguatkuasaan Marine  Kutipan Kompaun
 Pendakwaan
 Penguatkuasaan Kawasan Larangan dan Tempat
 Dokumentasi
Larangan  Pendaftaran Kes
 Penguatkuasaan Akta Pelabuhan  Penyampai Saman
 Penguatkuasaan Undang2 Kecil LPKtn  Tadbir Am/Surat menyurat Keselamatan
 Penguatkuasaan ISO 2000  Rekod Keselamatan
 Penguatkuasaan Kawalan Keselamatan Bangunan  ISPS/DG/ISO
LPKtn  Pengeluaran Pas tahunan Pelabuhan Kuantan/Kemaman
 Pemeriksaan Keselamatan Bangunan  Lain-lain urusan Operasi
 Latihan / Drill / Exercise
CARTA ORGANISASI PERJAWATAN UNIT KESELAMATAN/BOMBA SEDIADA,
BAHAGIAN OPERASI KAWALSELIA LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENGURUS
OPERASI/KAWALSELIA

PEGAWAI BOMBA KB 41

PEN.PEG KESELAMATAN/KP PEN.PEG BOMBA/KB 32


32
CARTA ORGANISASI PERJAWATAN UNIT KESELAMATAN,
BAHAGIAN OPERASI KAWALSELIA LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENGURUS
OPERASI/KAWALSELIA

PEGAWAI KESELAMATAN
KP 41

KETUA UNIT OPERASI


PEN.PEG KESELAMATAN/KP
32

PEM.KESELAMATAN PEM.KESELAMATAN
KANAN / KP 27 KANAN / KP 27

PEM.KESELAMAT PEM.KESELAMATA PEM.KESELAMATA PEM.KESELAMAT PEM.KESELAMAT PEM.KESELAMAT


AN KP 17 N KP 17 N KP 17 AN KP 17 AN KP 17 AN KP 17

Jawatan Sediaada

Cadangan Jawatan Baru (Tetap)

Cadangan Jawatan Baru (Kontrak)


KERTAS KERJA PERTIMBANGAN
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

PENGUJUDAN UNIT KESELAMATAN DI


LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
ISI KANDUNGAN

1. Justifikasi Permohonan Jawatan Baru


1.1 Pegawai Keselamatan KP 41
1.2 Pembantu Keselamatan Kanan KP 22 – Tetap
1.3 Pembantu Keselamatan KP 17/ KP11 –
Kontrak/Sambilan

2. Justifikasi Tugas Jawatan Baru


2.1 Pegawai Keselamatan KP 41
2.2 Pembantu Keselamatan Kanan KP 22 – Tetap
2.3 Pembantu Keselamatan KP 17– Kontrak/Sambilan

3 Implikasi Kewangan Jabatan.


Y.Bhg Tan Sri Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan
Y.Bhg Dato Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan
Ahli-ali Lembaga Pengarah, Lembaga Pelabuhan Kuantan.

PENDAHULUAN
Pasukan Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan diujudkan di bawah
Sek Akta Pelabuhan 1963, bermula sejak penubuhan Lembaga
Pelabuhan Kuantan pada tahun 1984.
Pada awal penubuhan Pasukan Keselamatan Lembaga Pelabuhan
Kuantan, Sejumlah 84 orang kakitangan telah dilantik mengisi
perjawatan di dalam Unit Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan
dengan dibekalkan kuasa-kuasa Polis Bantuan mengikut akta Polis.
Selepas Penswastaan Pelabuhan Kuantan pada tahun 1994, Unit
Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan telah dipindahkan ke
Syarikat dengan hanya mengekalkan satu (1) perjawatan sahaja di
Lembaga Pelabuhan Kuantan. Perjawatan Yang masih dikekalkan di
Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah di peringkat Pegawai Penyelia
keselamatan bagi Gred KP 32.

Dengan penambahan dan keperluan tugas kawalan keselamatan di


Pelabuhan Kuantan dan Lembaga Pelabuhan Kuantan Khususnya,
perjawatan yang ada adalah tidak mencukupi bagi menjalankan tugas-
tugas pengurusan dan penyeliaan di Pelabuhan Kuantan.

Maka dengan ini dikemukankan yertas cadangan bagi membuat


penambahan kakitangan bagi unit keselamatan untuk memenuhi
fungís tugas pengawalan keselamatan dan penyeliaan keselamatan di
Pelabuhan Kuantan.

1 PENGENALAN.

1.1 FUNGSI DAN BIDANGKUASA KAWALSELIA KESELAMATAN


LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

Fungsi, kuasa dan tanggungjawab Pihak berkuasa keselamatan


Pelabuhan adalah termaktub didalam Akta Lembaga-lembaga
Pelabuhan 1963 (Akta 488). Tugas pihak berkuasa Pelabuhan adalah
tertumpu kepada Mengawalselia pengguna-pengguna Pelabuhan
yang mengguna kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan
oleh pihak berkuasa Pelabuhan selain dari memastikan semua kapal
yang melayari Kawasan perairannya mematuhi kehendak-kehendak
Akta 488.
Selain daripada Akta 488 dan akta penswastaan 422 pihak berkuasa
Pelabuhan, ianya juga hendaklah memastikan pengendali-
pengendali berlesen ini mematuhi terma-terma dan syarat-syarat
yang ditetapkan didalam lessen masing-masing dan perjanjian
penswastaan/konsesi, pajakan dan sebagainya.

2 KUASA DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 KUASA DAN TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN DIBAWAH


AKTA 488

2.1.1 Sek 13A Kuasa Penubuhan Pasukan KeselamatanDi

Akta 488 sek 13 A memberikuasa kepada Lembaga dengan


kelulusan Menteri boleh menubuhkan pasukan Keselamatan
untuk menjaga Keselamatan Pelabuhan meliputi Kawasan yang
telah diwartakan sebagai Kawasan Pelabuhan (darat dan
perairan)

2.1.2 Sek 13 A (3) Kuasa Menankap Tanpa Waran

Akta 488 sek 13A (3) juga memberi kuasa kepada pasukan
Keselamatan untuk menangkap tanpa waran sesiapa sahaja yang
berada didalam Kawasan Pelabuhan tanpa kebenaran

2.1.3 Sek 29 Kuasa membuat Undang-undang Kecil.


Akta 488 sek 29 memberikan kuasa bagi Mengadakan undang-
undang kecil Pelabuhan untuk Mengawalselia tugas-tugas
Keselamatan Pelabuhan samada di Kawasan darat dan perairan.

2.1.4 Sek 41 A Kuasa Merampas untuk penyiasatan dan


Pendakwaan

Sek 41 A memperuntukan kuasa untuk melakukan penyiasatan


dan Pendakwaan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan
berkaitan Akta 488

2.1.5 Sek 46 Pelantikan sebagai Pegawai Pendakwa oleh


Pengerusi

Pengerusi boleh Melantik mana-mana pekerja sebagai Pegawai


Pendakwa bagi kes-kes Pelabuhan untuk mendakwa di
mahkamah majestret.

2.1.6 Sek 46 A Pelantikan Pegawai Pelaksana Kompaun


Akta Pelabuhan

Kuasa dibawah Akta 488 membolehkan Pengurus Besar


mengeluarkan Kompaun bagi mengawal aktiviti-aktiviti yang
dijalankan didalam Pelabuhan.

2.2 KUASA DAN TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN DIBAWAH


AKTA 422 (Akta Pelabuhan (Pengswastaan) 1990)

Akta 422 juga memberikuasa kepada Pengurus Besar untuk


mengawalselia Keselamatan bagi menjamin perjalanan Operasi
Pelabuhan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian buruk dan
mengawal kerharmonian komuniti didalam Pelabuhan. Antara
Kuasa-kuasa yang dibekalkan dibawah Akta 422 adalah seperti
dabawah:

Sek 8 - Menjalankan Kawalselia Aktiviti-aktiviti Pelabuhan


Sek 18 – Kuasa Menjalankan Pendakwaan
Sek 22 – Kuasa-kuasa Khas Keselamatan (Darurat, Mogok,
Kepentingan Keselamatan)

2.3 UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN


KUANTAN 1980

Disamping Itu bagi mengawal perjalanan Operasi Pelabuhan agar


lebih cekap, Efisian dan selamat, Kuasa-kuasa juga diberikan
kepada Pengurus Besar bagi mengawal Keselamatan Pelabuhan di
bawah Undang-undang Kecil Lembaga Pelabuhan Kuantan 1980.
Diantara Kuasa-kuasa yang dibekalkan bagi mengawal
Keselamatan Pelabuhan adalah sepertimana peruntukan yang
dibawah untuk dilaksananakan oleh Pegawai Keselamatan.

Sek 34 – Kawalan Senjatapi


Sek 91 – Kawalan Pematuhan Arahan Pihak Berkuasa Pelabuhan
Sek 93 – Kecemasan dan Kemalangan
Sek 102 – Kawalan Pencemaran Pelabuhan
Sek 109 – Kawalan Harta Pelabuhan dari Kerosakan
Sek 113 – Kawalan Pintu Masuk dan Keluar
Sek 115 – Kawalan Jalan dan Kenderaan
Sek 122 – Kawalan Lalulintas dan Parking
Sek 126 – Kawalan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol

3 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1952


Selain daripada kuasa yang dibekalkan oleh Akta 488 dan Akta
422 Pelabuhan Kuantan juga telah digazetkan sebagai Kawasan
larangan dan tempat larangan Peringkat Saatu yang mana
pemakaian Akta tersebut berjalan di Pelabuhan Kuantan. Kuasa-
kuasa diberikan kepada Pegawai Keselamatan untuk
menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukan untuk mengawal
Kawasan dan tempat larangan sepertimana yang di syaratkan
oleh kerajaan dari sebarang pencerobohan dan aktiviti-aktiviti
yang boleh menjejaskankan ekonomi Negara.

3.1 PERATURAN MENGKOMPAUN KESALAHAN PELABUHAN


KUANTAN 1984

Bagi menjalankan kuasa-kuasa yang dibekalkan oleh Akta 488


dan Akta 422 dan Undang-undang Kecil Lembaga Pelabuhan
Kuantan, menteri telah meluluskan Peraturan mengkompaun
kesalahan Pelabuhan Kuantan 1984 untuk dijadikan satu
makanisma kawalan kepada aktiviti-aktiviti didalam Kawasan
Pelabuhan Kuantan

Kuasa yang dibekalkan kepada Pengurus Besar telah


diperturunkan kepada Pegawai Keselamatan bagi mengawal
Pengeluaran, urusan pembayaran dan Pendakwaan kesalahan-
kesalahan di Pelabuhan Kuantan.

3.2 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (Pin. 2007)

Pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 pin. 2007 telah


menurunkan kuasa kepada Pegawai Keselamatan Lembaga
Pelabuhan (MTSO - Marine Transport Security Officer) untuk
Mengawalselia Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Kawasan-
kawasan yang di uruskan oleh Operator termasuk Perairan ,
Kawasan Operasi Pelabuhan dan keselamatan kapal yang
berlabuh di Pelabuhan dan mengawal Kawasan-kawasan yang
diluar Kawasan kawalan Operator Pelabuhan sepertimana kuasa
yang disenaraikan didalam MSO 1952 (Pin 2007) Section baru
Part V, 249A, 249B, 249C, 249D, 249E, 249F, 249G, 249H, 249I,
249J,249K, 249L, 249M, 249N, 249O, 249P, 249Q, 249R, 249S,
249T, 249U, 249V, 249W, 249X, 249Y, 249Z, 249AA and 249BB

4 Justifikasi Permohonan Jawatan Baru

4.1 Unit Keselamatan Operasi Kawalselia

Unit Keselamatan Bahagian Operasi/Kawalselia Lembaga


Pelabuhan Kuantan diketua oleh Seorang Penolong Pengurus
Operasi KB 41 (BOMBA), dan dipecahkan kepada 2 Penolong
Pegawai iaitu Penolong Pegawai BOMBA KB 32 dan Penolong
Pegawai Keselamatan KP 32 (Kepolisan). (rujuk carta organisasi
unit sediada)

Justifikasi bagi cadangan ini adalah bagi memantapkan perjalanan


Bahagian Operasi dan Kawalselia Lembaga Pelabuhan Kuantan di
unit Keselamatan, adalah dicadangkan Unit Keselamatan di
agihkan kepada 2 unit iaitu Unit Bomba dan Unit Keselamatan
(Kepolisan) yang di ketuai oleh Pegawai dari Skim 41 bagi
memudahkan sistem penyampaian dan pengawasan daripada
Pengurusan dan menyelaras sistem penyampaian dan
pengawasan kepada Operator Pelabuhan.
Bersesuaian dengan dengan kuasa-kuasa Akta 488, 422, Akta
Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, Ordinan Perkapalan
Saudagar 1952 Pin 2007 Nyata tugas dan bebanan bagi
memelihara Keselamatan di Pelabuhan yg merupakan pintu masuk
dari laut menjadi keutamaan Negara.

Oleh itu bagi menjalankan tugas-tugas tersebut pada masa


sekarang Lembaga Pelabuhan Kuantan hanya mempunyai seorang
Penolong Pegawai Keselamatan KP 32 untuk menjalankan semua
tanggungjawab Kawalan Keselamatan dibawah kuasa-kuasa yang
diberikan oleh akta disamping menjalankan tugas menjaga harta
dan Jabatan.

Selain dari itu Unit Keselamatan juga akan


dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kuasa-kuasa yang
diberikan kepada Unit Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan
Terhadap Akta-akta, undang-undang Malaysia bagi maksud
pencegahan dan kawalan di Pelabuhan Kuantan seperti berikut
dengan kuasa Polis dan hak-hak siasatan kepada kes-kes jenayah
oleh Akta Polis dan dan Arahan Ketua Polis Negara.

• mengaplikasikan idea, konsep aspek keselamatan dalam


menjalankan tugas,
• melaksanakan bidang tugas jawatannya selaras dengan
peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
• menjalankan tugas-tugas pengurusan kepada kakitangan di
bawah kawalannnya.
• Memantau setiap PFSO menjalankan drill mengikut kehendak
ISPS Code
• Mengadakan soalselidik maklumbalas pelanggan
• Memantau dan memastikan tindakan sewajarnya dibuat dalam
tempoh 24 jam dari masa laporan 24 jam dibuat oleh pihak
operator
• Mengurus dan menganalisa aspek Keselamatan
• Prinsip-prinsip Keselamatan
• Langkah Pencegahan
• Pelanggaran Keselamatan (Breach of security)
- Sabotaj
- Pengintipan
- Penyuluhan
• Pendidikan Keselamatan.
• Pengurusan Keselamatan Jabatan.
• Jenayah dan Jenis Jenayah
• Ancaman Keselamatan Negara – Narkotik
• Pengurusan Trafik
• Pengurusan Keselamatan Fizikal/ Dokumen/ Peribadi
• Teknik-Teknik Penyiasatan dan Penyediaan Laporan
• Analisa Risiko (Risk Analysis)
• Aspek Keselamatan
• Organisasi Keselamatan
• Cara-cara kawalan statik, rondaan dan lalu-lintas.
• Peraturan dan cara-cara pemeriksaan keselamatan bangunan
/kenderaan/pelanggan.
• Pelaksanaan Arahan Keselamatan Kerajaan.
- Perintah Tetap Keselamatan
- Arahan Keselamatan
- Keselamatan Fizikal
- Pagar
- Lampu
- CCTV
- Pintu keluar masuk
- Keselamatan Peribadi
- Tapisan Keselamatan
• Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah –
• Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)
- Darihal memberi bantuan dan maklumat (sek 11-14)
- Darihal menangkap (sek 15-23)
- Darihal Saman dan waran tangkap (sek 34,38,47, 54,57-65)
- Tindakan Polis Mencegah Kesalahan (sek 103 – 106)
- Maklumat dan kuasa menyiasat (Sek 107-109)
• Kanun Keseksaan (Penal Code)
- Ceroboh ( sek 441,442, 445, 454, 503 dan 511)
- Hak mempertahankan diri (sek 96 – 106 )
- Darihal subahat dan pakat jahat jenayah (sek 107-109,110-
16 dan 120A)
- Darihal kesalahan Terhadap Harta ( sek
379,382,390,392,410 dan 415)
- Darihal kesalahan Terhadap Tubuh Badan ( sek 319, 324,
340, 359, 360 dan 368 )
• Akta Polis 1967
- Polis Bantuan
- Kuasa-kuasa Polis Bantuan
- Kawalan Senjata Api dan Balai
• Undang-undang Am (General Laws)
• Akta Senjata 1960
o Sek. 2,3,4,5 – 9 dan 32
• Ordinan Kesalahan –Kesalahan Kecil 1955
o Sek. 4-9, 10-15,20ª,21,22,21,27-29,30,31
• Akta Bahan Letupan 1958
o Sek. 12,19,20,23 dan 25
• Ordinan Mencegah Jenayah 1959
o Sek. 2,18, & 19
• Operasi Keselamatan Pelabuhan
• Kod Keselamatan Pelabuhan (ISPS)
• Keselamatan Perairan Dan Pelabuhan.
• Arahan Tetap Sasaran Penting.
• Keselamatan Pintu Keluar Masuk Pelabuhan (Daratan/Perairan).

Maka kertas kerja ini dikemukakan untuk memantapkan sistem


penyampaian dan Kawalan Keselamatan di Pelabuhan Kuantan .

4.2 Keperluan Perjawatan


4.2.1 Pegawai Keselamatan KP 41 – Satu
4.2.2 Pembantu Keselamatan Kanan KP 22 ( dua) –
Tetap
4.2.3 Pembantu Keselamatan KP 17 / KP 11 (Enam) –
Kontrak / Sambilan

4.3 Justifikasi Tugas Jawatan Baru

4.3.1 Pegawai Keselamatan KP 41


Pegawai Keselamatan Gred KP 41 adalah merupakan ketua unit bagi
Unit Keselamatan (Kepolisan) di Lembaga Pelabuhan Kuantan yang
akan ditugaskan mengawal dan melaksanakan semua kuasa-kuasa
yang terkandung didalam Akta 488, Akta 422, Akta Kawasan
Larangan dan Tempat Larangan, MSO 1952 (Pin 2007) dan lain-lain
akta yang terpakai.
Merangka tugas bagi Unit Keselamatan, bertanggungjawab
Terhadap kawalan Keselamatan Bangunan, Keselamatan Operasi
Pelabuhan di Kawasan Demised Area termasuk perairan dan
Keselamatan kapal yang berurusan di Pelabuhan Kuantan.

Berupaya mengenalpasti idea, konsep keselamatan dalam


menjalankan tugas.Mampu membuat keputusan dalam bidang yang
berkaitan dengan tugas.Boleh memberi khidmat nasihat dan boleh
menyebarkan pengetahuannya kepada orang lain.

4.3.2 Pembantu Keselamatan Kanan KP 22 – Tetap


Pembantu Keselamatan Gred KP 22 – bertanggungjawab untuk
menyelia dan menjalankan tugas-tugas Pengurusan pentadbiran
kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan. Bidang tugas
akan ditentukan oleh Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai
Keselamatan.

Pembantu Keselamatan Gred KP 22 adalah bertanggungjawab


sebagai Pembantu Keselamatan untuk menjalankan kerja-kerja
Pemeriksaan Keselamatan, Pematuhan Keselamatan oleh Operator
dan Pengguna-pengguna Pelabuhan.

Bertanggungjawab sebagai Pen. Pegawai Penyiasat yang akan


dibekalkan latihan untuk menyiasat kes-kes jenayah yang telah di
serahkan oleh PDRM untuk Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

4.3.3 Pembantu Keselamatan KP 17 (6 Perjawatan)–


Kontrak / Sambilan.
Pembantu Keselamatan Gred KP 17 / KP 11 akan ditugaskan sebagai
Pengawal Keselamatan di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan.
Tugas akan dilaksanakan 24 jam sehari dan tertumpu kepada aspek
kawalan Keselamatan Pejabat dan lain-lain tugas Keselamatan yang
akan diarahkan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Unit.

5 SENARAI TUGAS UNIT KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN


KUANTAN

5.1 Unit Operasi Keselamatan

• Penguatkusaan ISPS (PASO/DAO)


o Pemeriksaan Keselamatan Kapal
o Pemeriksaan Kawalan Masuk
o Pemeriksaan Keselamatan Kargo
• Penguatkusaan Keselamatan DG
• Penguatkuasaan Keselamatan Safety
• Penguatkuasaan Keselamatan Marine
• Penguatkuasaan Keselamatan Kawasan Larangan dan Tempat
Larangan
• Penguatkuasaan Akta Pelabuhan
• Penguatkuasaan Undang2 Kecil LPKtn
• Penguatkuasaan ISO 2000
• Penguatkuasaan Kawalan Keselamatan Bangunan LPKtn
• Pemeriksaan Keselamatan Bangunan
• Latihan / Drill / Exercise Security/Safety
• Kawalan Rekod Operasi ISO/ISPS
• Operasi Keselamatan Pelabuhan
• Kod Keselamatan Pelabuhan (ISPS)
• Keselamatan Perairan Dan Pelabuhan.
• Arahan Tetap Sasaran Penting.
• Keselamatan Pintu Keluar Masuk Pelabuhan (Daratan/Perairan).
• Langkah Pencegahan
• Pelanggaran Keselamatan (Breach of security)
- Sabotaj
- Pengintipan
- Penyuluhan
• Pendidikan Keselamatan.
• Pengurusan Keselamatan Jabatan.
• Jenayah dan Jenis Jenayah
• Ancaman Keselamatan Negara – Narkotik
• Pengurusan Trafik
• Pengurusan Keselamatan Fizikal/ Dokumen/ Peribadi
• Teknik-Teknik Penyiasatan dan Penyediaan Laporan
• Analisa Risiko (Risk Analysis)
• Aspek Keselamatan
• Organisasi Keselamatan
• Cara-cara kawalan statik, rondaan dan lalu-lintas.
• Peraturan dan cara-cara pemeriksaan keselamatan bangunan
/kenderaan/pelanggan.
• Pelaksanaan Arahan Keselamatan Kerajaan.
- Perintah Tetap Keselamatan
- Arahan Keselamatan
- Keselamatan Fizikal
- Pagar
- Lampu
- CCTV
- Pintu keluar masuk
- Keselamatan Peribadi
- Tapisan Keselamatan
• Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah –
• Lain-lain tugas Operasi

5.2 Unit Kompaun / Tadbir

• ISPS/DG/ISO
o Pendaftaran PENS
o Dokumentasi PENS
• Penyediaan Dokumentasi Pengeluaran Kompaun
• Penyediaan Dokumentasi Pendaftaran Kompaun (Port Syscom)
• Penyediaan Dokumentasi Semakan Kompaun (Port Syscom)
• Penyediaan Dokumentasi Kutipan Kompaun (Port Syscom)
• Dokumentasi
o Peyediaan Kertas Pertuduhan
o Pendaftaran saman
• Penyediaan Dokumentasi Kertas Pendakwaan
• Penyediaan Dokumentasi Kertas Pendaftaran Kes
• Penyediaan Dokumentasi Kertas Penyampai Saman
• Urus Tadbir Am/Surat menyurat Keselamatan
• Urus Rekod Rekod Keselamatan
• Penyediaan dan Pengurusan Pengeluaran Pas tahunan Pelabuhan
Kuantan/Kemaman
• Lain-lain tugas Operasi

6. Implikasi Kewangan Jabatan


Dengan pengujudan jawatan baru, Jabatan akan mengalami
pertambahan Perbelanjaan mengurus untuk pembayaran
emplumen kepada kakitangan baru. Walaubagaimanapun
perbelanjaan bagi menyediakan khidmat kawalan Keselamatan
di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan dapat dijimatkan
dengan adanya kakitangan Keselamatan sendiri.

Kesan bagi jangkamasa panjang adalah lebih praktik


memandangkan tugas kawalan yang diswastakan tidak pernah
menepati kehendak dan tahap yang memuaskan sepanjang
tugas kawalan Keselamatan di Bangunan Perdagangan Lembaga
Pelabuhan Kuantan di Swastakan.

6.1 Perbelanjaan Emolumen Perjawatan Baru.


6.1.1 Pegawai Keselamatan KP 41
6.1.1.1 P1T1 -
6.1.2 Pembantu Keselamatan KP 22
6.1.3 Pembantu Keselamatan KP 17
6.2 Tanggungan Perbelanjaan Semasa Unit Keselamatan
6.2.1 Emolumen Pen. Pegawai Keselamatan KP 32
6.2.2 Kontrak Kawalan Keselamatan Bangunan
Perdagangan.

Adalah diharapkan permohonan bagi mengujudkan pasukan


Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan di pertimbangkan oleh
Tan Sri Pengerusi, Dato Pengurus Besar dan semua ahli Lembaga
Pengarah.
Disediakan Oleh

Abd.Rahman bin Yahaya


Penolong Pegawai Keselamatan Kanan
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
Disokong.

Capt Muhamad bin A.Rahman


Pengurus Operasi/Kawalselia
Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai