Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Kecerdasan adalah sesuatu yang dirujuk sebagai kebolehan kognitif seseorang


individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri
dalam kehidupan sehari-harian. Sir Francis Galton meyakini bahawa kebolehan intelek
seseorang adalah bersifat penurunan.
Menurut kamus dewan,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998), kecerdasan
bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, memahami dan juga kepandaian, kepintaran serta
kecerdikan. Atan Long 1978 (dalam Sidek Mohd Noah, 1998) menyatakan kecerdasan dapat
ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad, kebolehan untuk
membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.
Kecerdasan secara umum termasuklah kebolehan untuk berfikir secara abtrak. Tingkah laku
seseorang itu pula dijadikan sebagai pertunjuk darjah kecerdasan.
Menurut (David Wechler ,1975, dlm Sidek Mohd Noah 1998), kecerdasan adalah
kebolehan seseorang individu memahami alam persekitarannya, diri dan kepakaran yang ada
padanya yang dapat membantu dalam menghadapi cabaran hidup. Kebolehan tersebut
adalah bersifat sejagat ataupun universal.
Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan
seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang
kritikal terhadap diri sendiri. Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (1844-1924), bersetuju
bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Individu yang bijak datangnya dari keluarga dan
keturunan yang bijak. Mereka juga menyatakan perkembangan darjah kecerdasan (IQ)
manusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah.
Pada tahun 1983, Howard Gardner telah memperkenalkan satu teori berkenaan
kecerdasan iaitu ‘teori kecerdasan pelbagai’. Teori ini mengenalpasti kecerdasan bukan hanya
dari satu sudut tetapi merangkumi hampir kesemua aspek kecerdasan yang ada pada
manusia. Ia berkonsepkan pendidikan yang adil dimana ia menghargai perbezaan yang
terdapat dalam diri seseorang individu itu. Beliau menekankan bahawa kecerdasan tidak
semata-mata diwarisi.
Terdapat sembilan aspek kecerdasan pada manusia yang diperkenalkan oleh Gardner
yang dapat dikembangkan sepanjang hayat. Sesetengah orang mungkin mencapai tahap
yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lainnya,
manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua
kecerdasan ini. Menurut (Armstrong, 1994) hampir semua orang boleh menguasai kesemua

1
kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi sekiranya mendapat galakan, pengkayaan
dan pengajaran yang sesuai.

Jenis-jenis Teori Kecerdasan Pelbagai


Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai tersebut adalah verbal-linguistik, logikal-
matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalist dan
eksistensialisme.
Verbal-linguastik ialah kebolehan seseorang dalammenggunakan bahasa dengan
efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Ia meliputi mendengar, bercakap, menulis,
bercerita, menerangkan, mengingat maklumat serta memahami perkataan.
Logikal-matematik adalah dimana bahagian kiri otak mendominasi kebolehan yang
membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan
dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Jenis yang ketiga iaitu visual-ruang, membolehkan seseorang individu itu untuk berfikir
secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak), untuk membentuk model secara visual.
Individu ini mahir dalam membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan
menterjemah imej secara visual.
Kinestetik adalah kecerdasan keempat yang membolehkan individu menggunakan
sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah. Mereka ini cekap dalam mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Individu
dalam kategori ini cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan
seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Muzik pula mengiktiraf kebolehan seseorang untuk berfikir dalam bentuk muzikal,
mendengar dan mengecam paten,serta kecerdasan mereka dalam membezakan antara bunyi
dan mencipta muzik. Individu ini lebih sensitif dengan bunyi di persekitaran dan mereka ini
gemar menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, selain memahami struktur dan
rentak muzik.
Interpersonal adalah dimana kemampuan seseorang memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain. Mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal dalam menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Individu yang mempunyai kecerdasan jenis ini dapat memberi motivasi kepada
orang lain.

2
Kecerdasan yang ketujuh iaitu intrapersonal pula adalah kebolehan untuk refleksi diri
sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan
dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain serta mereka dapat mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan yang ada.
Naturalis juga dikategorikan sebagai salah satu kecedasan dimana individu ini
pencinta alam ini dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan
mudah. Mereka lebih gemar menghabiskan masa di luar dan mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat di alam sekitar. Individu ini sensitif terhadap alam sekitar dan dapat
menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Kecerdasan kesembilan pula iaitu eksistensialisme. Individu yang mempunyai
kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti mereka cenderung bertanya tentang
asal-usul kejadian manusia, kewujudan, kematian manusaia dan reality yang dhadapi manusia
dalam sesebuah kehidupan. Individu ini mempunyai kelebihan dalam menelaah nilai-nilai yang
berkembang dalam sesebuah masyarakat . Jika seseorang itu ingin mengusai kecerdasan
eksistensialisme ini, individu itu bolehlah memperbayakkan membaca bahan-bahan ilmiah
berbentuk buku falsafah dan menyoal diri tentang pertanyaan yang membolehkan mereka
menelaah sesuatu itu dengan labih mendalam.

Kelebihan-kelebihan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam bidang


psikologi pendidikan.
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini
dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psiologi pendidikan. Teori kecerdasan
pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad
atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata
pelajaran matematik.
Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,
dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam bidang psikologi pendidikan. Antara
kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu
dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini
bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi
yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi
potensi yang ada pada pelajar.

3
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru menunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi
kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal
insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara
pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan
guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.
Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan
sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,
sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang
akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,
kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.
Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan
teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam
mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan
guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan
pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses
yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.
Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi
kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka
sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri
diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu
disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri
mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini
kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan
apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka
pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain
yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberi
perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-
matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar.
Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana
kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan

4
mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk
memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada
pada diri mereka.
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mencungkil bakat
dan kebolehan yang ada pada seseorang itu. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini
menitikberatkan kesemua kecerdasan yang ada maka ia dapat mencungkil bakat terpendam
yang ada pada seseorang yang tidak mungkin dapat dilihat jika tidak diberikan penekanan ke
atasnya.
Antara kebaikan lain yang diperolehi dari kecerdasan pelbagai ini adalah ia dapat
mempelbagaikan cara penilaian. Tanpa kecerdasan pelbagai, penilaian yang dibuat hanya
memfokus pada bidang akademik yang tertentu sahaja, tetapi dengan adanya kecerdasan
pelbagai, kecerdasan pelajar dapat dinilai dari pelbagai sudut yang berbeza. Ini adalah lebih
adil untuk pelajar kerana seseorang pelajar itu tidak dikurniakan dengan kecerdasan yang
sama dengan pelajar yang lain.
Kecerdasan pelbagai ini juga adalah ssangat baik dimana dalam mengaplikasikannya
dengan bidang psikologi pendidikan, ia juga dapat menyokong pembelajaran sepadu yang
menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ia dapat melahirkan insan yang seimbang dari semua segi kerana penekanan
diberikan secara menyeluruh untuk segala aspek kecerdasan yang ada pada diri manusia.
Kecerdasan pelbagai ini memahami segala keperluan yang diperlukan oleh pelajar.
Suasana kolaboratif di sekolah juga dapat diwujudkan kerana setiap aspek penekanan
yang diberi dalam kecerdasan pelbagai ini adalah saling berkait dan dapat dibangunkan
secara serentak untuk kesemuanya sekiranya galakan, pengkayaan dan pengajaran yang
sesuai diberikan kepada setiap pelajar dengan betul.
Teori kecerdasan pelbagai ini juga dapat memberi galakan dalam meningkatkan
inovasi dan penyelidikan-penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya inovasi dan penyelidikan baru ini maka mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah
dapat ditingkatkan lagi dan sekolah akan dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang
bermutu dan berkualiti. Pelajar kan merasa lebih seronok untuk belajar dan membuatkan
mereka merasa lebih kuat untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan sekolah untuk memperkenalkan satu
bentuk sistem pengajaran dan pembelajaran yang sukar dilupakan pelajar. Dengan itu ia
dapat membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Mereka akan lebih mudah faham
akan apa yang dipelajari, merasa seronok dengan apa yang mereka perolehi dan akan lebih
bersemangat untuk belajar.

5
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti
kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh
memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam ertikata
lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal
insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan
modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua
kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai
pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian
disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh
sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan memdapat peluang untuk menonjolkan
kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih
tinggi berbanding rakan lai yang berada dalam kelas yang lebih baik.
Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi
peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka
dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar
mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan
berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpaluang untuk bersam-sama berjuang untuk
mambagunkan diri dan negara.
Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana
ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori
kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa
yang ada dan sesuai dengan diri mereka. Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk
melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana
telah timbul minat untuk menguasainya.
Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem
pembelajaran sedia ada di sekolah.Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat
penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka
sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk

6
mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka
perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk
belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk datangke sekolah kerana beranggapan bahawa
pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai
satu bebanan.
Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan
kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini
malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat
menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu
menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari
dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan
menukar sistem pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik ke dalam bahasa
Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik! Sedangkan terdapat ramai
pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis
asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya negara
pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu
langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan
pelbagai Gardner.
Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil
kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai
oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai
kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematik
dibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yang
sama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disamping
peluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemui
tanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

Penutup
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan
menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita
memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu

7
dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan
mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah
tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu
bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat
dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang
untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding
pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan
kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam
dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya
kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah
besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang
dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

8
ctober