Anda di halaman 1dari 2

Menurut statistik Ketua Polis Malaysia, lebih 40% daripada kes pembuangan bayi di merata-rata tempat terutamanya tandas

awam adalah terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 22 tahun. Kes tersebut disebabkan mereka tidak mempunyai fikiran matang dan ingin mencari kehiburan. Tambahan pula, mereka tidak memikir tentang akibat yang akan dihadapi. Apabila mereka mengetahui diri sendiri telah mengandung, tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan tidak mengetahui siapa yang ingin dituduh lagi, barulah mereka menyembunyi "hasrat" dan memilih "jalan singkat" iaitu pembuangan anak kandungnya.

Mengikut surat khabar JURNAL, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Penang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai