Anda di halaman 1dari 2

Sward L.

K (2005)
Mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsur, abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkait akan diperoleh daripada pemerhatian ke atas sesebuah gambar atau visual.

Soalan:
Bincangkan pendapat tersebut dalam bentuk esei pendek sebanyak 500 patah perkataan (minimum)

Pemikiran visual ialah satu proses pemahaman mesej yang disampaikan oleh visual atau grafik yang individu lihat, sedangkan literasi visual merupakan satu proses pembelajaran yang mengenai visual, kepentingan, mesej yang terkandung serta cara-cara menghasilkannya. Pemikiran visual hanya melihat proses yang berlaku dalam minda dan tidak semestinya diluahkan melalui sesuatu yang boleh dilihat, dibaca atau didengar, sedangkan literasi visual memberi fokus pada pembelajaran formal yang membimbing pelajar untuk memahami sesuatu visual, mesej serta kaedah untuk menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan dan juga menterjemahkan pemikiran visual kepada mesej yang boleh difahami. Pemikiran visual merupakan tafsiran sesuatu visual berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang tidak formal mahupun formal, sedangkan literasi visual membantu individu menterjemah sesuatu visual berdasarkan pengajaran yang diberikan serta proses menghasilkannya kepada bentuk yang boleh difahami umum.

Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Seseorang akan membuat tafsiran masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Mesej-mesej yang disampaikan oleh visual tersebut akan cuba ditafsirkan oleh mereka dan lazimnya mesej-mesej yang disampaikan tidak sama dengan apa yang mereka fahami. Pemikiran visual membenarkan kita untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Pengajar mampu meningkatkan daya kreativiti pelajar dengan memupuk pemikiran visual dengan menggalakkan dan membiasakan pelajar dengan paparan-paparan grafikal yang bersesuaian. sebagai contoh, sebelum pelajar memulakan sesuatu projek perisian komputer, pengajar akan menunjukkan contoh-contoh projek yang berjaya kepada para pelajar. Pengajar akan membuat demontrasi bagaimana menggunakan setiap satu contoh-contoh projek tersebut secara rambang. Melalui demontrasi contoh-contoh projek ini akan membantu pelajar untuk menyiapkn projek masing-masing. Pelajar secara tidak sedar diajak untuk mengembangkan kreativiti yang ada di samping pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki. Pelajar akan memikirkan cara-cara yang sesuai untuk membangunkan projek tersebut, antara muka, membayangkan interaksi dan tindakan pengguna, reka bentuk dan sebagainya. Semua ini berlaku secara aktif dalam pemikiran setiap pelajar. Sebelum menghasilkan sesuatu mesej (dalam konteks literasi visual), seseorang perlu menjalani proses pemahaman mengenai mesej yang terkandung dalam visual tersebut. Kemudian berdasarkan pemahaman tersebut, individu tersebut barulah dapat menterjemahkan visual yang didapati kepada bentuk yang mudah difahami umum. Pemikiran visual membantu individu untuk melihat sesuatu visual dari pelbagai perspektif dan disokong dengan pengalaman serta pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu mesej atau ilmu.

Pemikiran visual membanu pelajar untuk memahami konteks sebenar permasalahan tugsan yang diberikan. Pelajar akan menterjemah apakah yang dimaksudkan kempen, konsep sayangi sungai, mengapa perlu sayangi sungai, perkaitan dengan pencemaran, langkahlangkah menjaga sungai dan sebagainya. Pelajar akan melalui proses pemahaman situasi dan penyelesaian. Semua ini bergantung kepada pengetahuan yang pelajar miliki. Pencarian dalam semua literasi menggunakan kaedah yang hampir sama dalam memperoleh bahanbahan yang diperlukan. Mereka menggunakan teknologi yang hampir sama untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Pelajar akan menyelidik dan menganalisa bahanbahan yang mereka perolehi untuk mendapatkan maklumat, mesej dan sebagainya. Pelajar akan menyampaikan mesej kempen dalam bentuk paparan visual seperti poster, gambar atau lukisan. Visual yang dihasilkan perlulah dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua. Pelajar akan menyampaikan mesej kempen dalam bentuk paparan media seperti media cetak (buletin, akhbar) dan media elektronik (iklan, klip video kempen). Dalam aspek literasi multimedia pula, Pelajar akan menyampaikan mesej kempen dalam bentuk paparan beranimasi yang menggabungkan teks, video, bunyi, grafik dan animasi seperti kiosk, montaj, persembahan multimedia dan sebagainya yang mana mudah difahami oleh semua Terakhir sekali ialah literasi Maklumat, pelajar akan menyampaikan mesej kempen dalam bentuk olahan maklumat yang boleh menjadi rujukan orang ramai dalam mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai kempen tersebut seperti jurnal, catatan, laporan penemuan dan sebagainya. (574 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai