Anda di halaman 1dari 2

HEADCOUNT BAHASA INGGERIS TAHUN 6

2012

BAHASA INGGERIS TAHUN 6 INFORMASI MAJOR 1. 2. 3. 4. 5. Sekolah Gred B dan terletak di luar Bandar. Keseluruhan 36 orang murid berkesihatan baik kecuali 6 orang rabun mata, Terdapat 1 orang anak yatim dan 6 orang tinggal dengan ibu; dan selebihnya 29 orang tinggal dengan ibubapa. Keseluruhan ibubapa hanya mencapai Kelulusan akademik tertinggi SPM. Hanya 6 orang ibubapa merupakan pegawai kerajaan (3-Guru; 3-Juruukur) dan selebihnya hanya penoreh atau petani sahaja.

ANALISIS SWOT KEKUATAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Guru opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar Bahasa Inggeris. Tahun 6, Sukatan pelajaran dan semua unit di dalam buku teks dihabiskan awal ( Mei / Jun ). Banyak masa untuk ulangkaji dan membuat pemulihan. Kesungguhan murid pada saat akhir. Dapat mencuba banyak set soalan percubaan negeri lain dan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas UPSR sebenar. Murid telah didedahkan kepada format kertas dan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kelas kecemerlangan dan kem-kem diadakan. Komitmen dan kesungguhan guru-guru mengajar. Modul Pembelajaran 3T digunakan semasa ulangkaji.

KELEMAHAN:

1. 2. 3.

4. 5. 6. 7.

Kurang minat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Lemah penggunaan tatabahasa (grammar) dan kurang perbendaharaan kata (vobulary). Kurang tumpuan di dalam kelas, tiada latihan kendiri dan tiada budaya mengulangkaji di rumah, mengharapkan semata-mata pembelajaran di sekolah sahaja. Sikap acuh tidak acuh dan seringkali tidak menyiapkan kerja yang diberikan guru serta sering tidak membawa buku latihan ke sekolah. Alatan kelengkapan untuk belajar tidak mencukupi, murid terpaksa meminjam dengan rakan dan ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dibebani dengan kerja perkeranian. Kehadiran murid-murid yang lemah ke sekolah tidak memuaskan.

HEADCOUNT BAHASA INGGERIS TAHUN 6

2012

PELUANG: 1. Sokongan Kerajaan Negeri Terengganu dengan memberikan peruntukan untuk membuat Kelas Tambahan PPAI 2012. 2. Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan menerbitkan buku PrismA/B membolehkan pihak sekolah gunakan untuk memulihkan murid yang lemah dan megayakan murid yang sudah menguasai konsep topic yang telah diajar. 3. Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Marang yang sentiasa membuat post mortem peringkat daerah selepas setiap OTI memotivasikan sekolah berusaha untuk mencapai peningkatan pada OTI akan dating. 4. PIBG sekolah memainkan peranan yang berkesan dengan memberikan sokongan kewangan untuk sekolah melaksanakan pelbagai program kecemerlangan. 5. Agensi luar seperti MAIDAM dan ahli-ahli politik juga memberi sokongan kewangan kepada sekolah untuk melaksanakan pelbagai program kecemerlangan. 6. Sebilangan ibubapa murid tahun 6 juga memberikan sokongan kewangan dan moral kepada sekolah untuk melaksanakan pelbagai program kecemerlangan.

ANCAMAN:

1. Ibubapa kurang cakna terhadap kepentingan pendidkan kerana mereka sendiri kurang berpelajaran. 2. Pendapatan ibubapa agak lumayan walaupun sebagai penoreh menyebabkan mereka kurang mementingkan pelajaran anak-anak. 3. Di Kg. Batangan kurang terdapat mereka yang berjaya ke peringkat universiti untuk dijadikan teladan atau idola. 4. Kurang kecaknaan dan kemahiran ibubapa menyebabkan e-book dijadikan alat permainan di rumah hingga mengabaikan kerja rumah yang diberikan oleh para guru.

PROGRAM/ PENAMBAHBAIKAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Kelas Tambahan selepas waktu persekolahan rasmi. Kelas dipecahduakan mengikut pencapaian murid. Mentoo mentee. Motivasi Pendedahan format peperiksaan dan perbanyakan latih tubi soalan format UPSR. Pelbagaikan kaedah P & P di dalam kelas, pendekatan yang berkesan mengikut kebolehan murid. Program Kem Bahasa Inggeris akan diadakan lebih kerap lagi. Latih tubi soalan-soalan UPSR yang lepas. Penekanan fakta asas perlu bermula dari Tahun 1 dan berterusan hingga ke Tahun 6. Pendedahan kepada guru berkaitan teknik menanda kertas soalan. Melaksanakan fortnightly test. Galakan Insentif Sebelum dan Selepas UPSR. Hadiah Galakan daripada PIBG.