Anda di halaman 1dari 18

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

1.0 Pendahuluan Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Selain berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad kepada penduduk tempatan seperti cukai pintu, agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undangundang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah. Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957. Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Lama kelamaan, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosiobudaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia. Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau Pinang, diberi peranan merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Hal ini seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini. Majlis-majlis tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negeri-negeri Melayu yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah memperkenalkan pelbagai perundangan.

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

2.0 Peruntukan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi nama Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakilwakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan, pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan. Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

Di Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi penguasa tempatan di Sabah. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang pertama kali dibentuk selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir perjalanan penguasa tempatan di negeri ini. Di Sarawak, penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa Tempatan 1996. Ordinan ini adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini digubal di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain yang mengawal tugas penguasa tempatan ialah Ordinan Bangunan 1994, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 dan juga undang-undang kecil di bawahnya. Sementara itu, penguasa tempatan di bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui Ordinan Perbandaran Kuching 1988 dan juga Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988. Di bawah ordinan ini, tiga penguasa tempatan dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan. MBKS dan Majlis Perbandaran Padawan kemudiannya diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa Tempatan 1996.

Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam diberi tanggungjawab menyelia perjalanan penguasa tempatan di negeri ini. 3.0 Hierarki Kerajaan Tempatan Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-jenis itu ialah: Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

Majlis Bandaran Lembaga Bandaran Majlis Daerah Luar Bandar Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah). Tetapi, Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya. Status ini dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja. Selain yang dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah PBT. Badan-badan ini ditubuhkan samada melalui Akta Parlimen mahupun enakmen dan ordinan negeri. Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun mengikut hierarki seperti berikut: Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence). Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugastugas berikut: Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan 4.0 Bidang Kuasa Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam. Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang
5

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

Di-Pertua. Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri. Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan. Sebagai contoh, bagi daerah Hulu Langat di Selangor yang mempunyai dua buah kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), jawatan Pegawai Daerah dipegang oleh Encik Zainal Abidin Aala, manakala pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan tempatan, masing-masing ialah Dato' Mohammad bin Yacob dan Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman. Dalam kes di Hulu Langat, MPAJ turut mentadbir sebahagian kawasan di daerah Gombak. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kawasan pentadbiran sesebuah kerajaan tempatan tidak ditentukan berdasarkan sempadan daerah sahaja. Contoh terbaik yang lain pula ialah di daerah Petaling, wujud tiga buah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MBSA pada hari ini turut mentadbir sebahagian daripada kawasan yang terletak di dalam daerah Klang di Selangor.

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

5.0 Pilihan raya Kerajaan Tempatan Berikutan pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan sejak tahun 1960-an, pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT, tidak lagi dipilih penduduk di sekitar kawasan PBT itu, sebaliknya oleh kerajaan negeri. Amalan ini telah sekian lama dikritik terutamanya oleh penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati dengan prestasi PBT di kawasan mereka. Antara kritikan-kritikan itu ialah PBT tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya terutamanya merancang pembangunan dengan teratur dan mampan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas, banjir kilat, pencemaran alam sekitar dan juga kadar cukai pintu yang amat membebankan penduduk. Suara-suara yang menyeru kepada penganjuran semula pilihan raya kerajaan tempatan telah dengan lantang cuba diketengahkan oleh pelbagai pihak terutamanya daripada parti-parti pembangkang, pergerakan-pergerakan awam dan juga ahli-ahli akademik selain pendudukpenduduk sendiri. Suara ini adalah amat lantang terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Semenanjung dan juga di Kuching, Sarawak yang menyaksikan urbanisasi yang pesat. Malah, beberapa ahli politik daripada parti pemerintah seperti Datuk Shahrir Samad pernah turut sama menyuarakan isu ini pada tahun 2007. Sejak Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 yang lalu, parti-parti politik dari Pakatan Rakyat telah menyuarakan hasrat mereka untuk menganjurkan pilihan raya tempatan terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Antara hujahhujah mereka untuk membawa semula pilihan raya ini ialah meletakkan tanggungjawab ke atas pegawai tertinggi PBT yang selama ini merupakan kakitangan awam kerajaan negeri yang tidak dilantik oleh penduduk di sekitar PBT itu, selain memilih barisan ahli majlis

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

melalui pengundian yang akan mencerminkan perwakilan secara seimbang di kalangan penduduk di kawasan tersebut. Usaha memperkenalkan semula pilihan raya ini dijangkakan mendapat tentangan daripada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi dengan perlunya mendapat persetujuan parlimen untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula. Sehingga pilihan raya boleh diadakan, kerajaan-kerajaan negeri terutamanya di kalangan Pakatan Rakyat telah melantik ahli-ahli majlis PBT di kalangan tokoh-tokoh dan aktivitisaktivis setempat bagi menyeimbangkan pandangan di kalangan penduduk sekitar yang akan dapat memberikan maklumat berguna bagi pentadbiran sesebuah PBT. 6.0 Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan Pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau 'Pilihan raya kerajaan tempatan' pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting seperti Datuk Bandar , Yang diPertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil. Demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai cukup maklumat. Korupsi yang berleluasa dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Persaingan sesama ahli majlis lebih baik dan masing-masing akan berlumba-lumban meningkatkan prestasi. Kerajaan persekutuan tidaklah terlalu brkuasa berbanding kerajaan negeri sebagaimana hari ini.

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

Pilihan raya ini tidaklah perlu diadakan secara besar-besar, melibatkan wang yang banyak dan masa yang lama. Ahli majlis mestilah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik krana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Peti undi hendaklah diadakan di pejabat daerah,balai penghulu dan penduduk sekitar hendaklah digalakkan keluar mengundi. 7.0 Cadangan Diadakan Semula Pada 1 November 2006, ahli parlimen Seputeh , Teresa Kok Suh Sim pernah mencadangkan di parlimen agar pilihan raya kerajaan tempatan ini diadakan semula. Cadangan ini brikutan Ahli Majlis Perbandaran Klang YB Datuk Zakaria Mat Deros yang membina rumah banglonya di Kampung Idaman tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang pada 2006.Nepotisme berlaku apabila anak dan isteri beliau turut dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang. 7 ekar tanah di Shah Alam diluluskan oleh MPK kepada Persatuan Badminton Selangor sedangkan beliau menjadi pengerusinya. Pelan rumah tidak diluluskan. Ahli Majlis Perbandaran Selayang dikatakan melancong ke Mauritius dan Afrika Selatan untuk mengkaji penggunaan tandas. Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya membina pusat penjaja di tanah kerajaan. Teresa Kok mendakwa orang ramai selalunya terpaksa memberi rasuah kepada pegawai ataupun ahli majlis perbandaran sebagai ganjaran untuk mendapat kelulusan permohonan mereka ataupun mengelakkan masalah. Cukai pintu dibayar oleh rakyat atau penduduk di sesebuah daerah. Malangnya bagaimana kewangan dibelajakan tidak diketahui. Tidak ada mekanisme untuk mengimbang dan menyemak akaun dan bajet kerajaan tempatan. Pemilihan Datuk Bandar dan ahli Majlis perbandaran tidak dipilih oleh rakyat. Ramai pihak terutama pembangkang mencadangkan pilihan raya peringkat majlis daerah ini patut diadakan . Majlis daerah ini dipanggil kerajaan tempatan di bawah Kementerian
9

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kawasan penduduk padat di bandar biasanya terdiri daripada orang Cina. Sementara orang Melayu masih banyak tinggal di kawasan luar bandar. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menambah prestasi perkhidmatan kerajaan tempatan dengan mengadakan semula pilihan raya yang dimansuhkan pada 1960-an ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengadakan pilihan raya ini mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebelah pulau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pilihan raya PBT mula diperkenalkan pada tahun 1956 di Majlis Perbandaran George Town manakala kali terakhir pilihanraya PBT diadakan adalah pada 1963. Perkara 113(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihanraya lain daripada Pilihan Raya Umum. Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Kerajaan negeri berhak memberi kuasa pada SPR untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta SPR mengkaji semula Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri. Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan pilihan raya itu mestilah melalui prosedur perundangan iaitu mestilah dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri
10

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

dan persekutuan. Janji Pakatan Rakyat ialah melantik ahli majlis yang lebih adil ,berlandaskan sistem demokrasi bagi menghapuskan rasuah dan penyelewengan di majlis-majlis perbandaran. Pada 23 Mac 2010, surat penjelasan SPR setebal 11 muka telah dihantar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957. Terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT. Jika diluluskan, pilihan raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Ia mungkin lebih meriah berbanding pilihan raya umum sedia ada. 8.0 Kewajaran Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan peringkat kerajaan di peringkat paling akar umbi dalam sistem pentadbiran negara. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu dan menguatkuasakan undang-undang kecil dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk Bandar bagi bandaraya atau Yang Dipertua Majlis atau Presiden bagi majlis perbandaran dan majlis daerah. Dalam urusan hari ini, kerajaan tempatan dirujuk sebagai pihak berkuasa tempatan atau PBT yang dilantik oleh kerajaan negeri, dan bukannya dipilih melalui pemilihan atau pilihan raya oleh penduduk tempatan. Pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan sejak sebelum Merdeka telah digantung pada 1965 atas alasan konfrontasi Malaysia-Indonesia. Ia tidak dilaksanakan sehingga 1976 di mana Akta Kerajaan Tempatan digubal untuk memansuhkan sama sekali pilihan raya di
11

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

peringkat akar umbi itu. Cadangan untuk mengadakan kembali pilihan raya tempatan mula berkumandang semula selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Para pemimpin kerajaan sendiri sering mendakwa Malaysia sudah membangun dan maju serta menjadi negara perindustrian yang hebat dalam semua bidang. Ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan pengetahuan rakyat sudah semakin meningkat. Keupayaan intelek dan teknikal rakyat untuk bersaing dengan lebih terbuka telah terserlah. Ini bermakna rakyat sudah bersedia untuk berdikari dengan memilih sendiri kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan yang dipilih oleh penduduk tempatan sudah pasti perlu memberi khidmat kepada pengundinya. Di sini tidak akan timbul isu konflik kepentingan di antara keperluan penduduk tempatan dan dasar kerajaan negeri/perksekutuan. Pilihan raya tempatan juga merupakan salah satu dari jalur konsep "ketuanan rakyat" yang menghalang keutamakan kroni dan syarikat besar, sebaliknya ia adalah cara/kaedah kuasa memilih itu dikembalikan kepada rakyat dalam menentukan dasar, pentadbiran, agihan kekayaan dan kutipan cukai yang diinginkan oleh rakyat tempatan itu sendiri. 8.1 Tiada ketelusan, rakyat diperkotak-katikkan Hari ini, kerajaan tempatan atau PBT merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan negeri atau persekutuan. D alam bahasa yang lebih mudah, arahan melaksanakan dasar datangnya dari atas, iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri. Rakyat tempatan tidak ada suara kecuali merayu kepada wakil rakyat masing-masing yang mempunyai kuasa yang amat terhad. Yang menjadi masalah, kebanyakan dasar itu tidak semestinya menepati keperluan penduduk tempatan. Ia adalah hubungan secara sehala - dari atas ke bawah sahaja. Jika ada bantahan dari rakyat tempatan, proses bantahan atas apa jua dasar yang dilaksanakan itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Akhirnya,
12

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

masalah bertukar menjadi krisis. Birokrasi menjadi karenah birokrasi (red tape) dan peluang untuk rasuah, salah guna kuasa dan pilih kasih terkangkang luas. Yang menjadi mangsa adalah rakyat tempatan itu sendiri. Rasa tanggungjawab dan kesetiaan Yang Dipertua Majlis atau Datuk Bandar hanya pada kerajaan negeri atau pusat kerana mereka dilantik oleh bos-bos mereka, dan bukannya dipilih oleh rakyat. Malah, sisi negatif juga akan melibatkan rakyat itu sendiri, di mana masyarakat setempat tidak mengambil peduli terhadap persekitaran kediaman mereka kerana beranggapan itu bukan tanggungjawab mereka, sebaliknya itu adalah kerja Dewan Bandayara, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah. Soal kebersihan, keselamatan dan aktiviti sosial diserahkan seratus peratus kepada PBT. Jika berlaku masalah, masyarakat lebih suka menyalahkan PBT. Ini bermakna sistem yang ada telah melahirkan sikap manusia yang tidak peduli, suka menyalahkan orang lain dan "pemalas". Kita sebagai rakyat bimbang dengan kuasa dan amanah yang diberikan kepada ahli politik atau pegawai kerajaan yang tidak dibatasi dengan budaya ketelusan. Cukai-cukai yang dikutip oleh PBT harus diumum atau dilapur setiap tahun atau lebih baik lagi, setiap enam bulan kepada rakyat yang membayar cukai. Jika tidak menjadi masalah kepada PBT untuk mengutip cukai dua kali setahun, tidak ada sebab pengumuman terperinci tidak boleh dibuat dua kali setahun juga. Kita mahu tahu bagaimana, untuk apa, kepada siapa, ke mana wang itu digunakan. Kita mahu mereka yang memegang amanah itu beramanah. Malah, setiap rancangan pembangunan itu harus dirujuk kepada rakyat sebelum dilaksanakan. Rakyat dan kerajaan tempatan adalah rakan kongsi dalam soal ini. Demografi sesuatu kawasan pastinya berbeza dengan kawasan lain, begitu juga dengan aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat tersebut. Justeru, tahap atau bentuk pembangunan di

13

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

sesuatu kawasan itu harus berbeza mengikut kehendak dan keperluan masyarakat setempat. Jika ini dianggap "leceh", maka itulah sebabnya pilihan raya tempatan perlu diwujudkan semula. Jika tidak, amalan yang sedia ada akan terus menyukarkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 8.2 Manfaat 1. Rakyat boleh memilih dan menentukan sendiri pemimpin kerajaan tempatan yang mereka, malah tidak perlu berdasarkan politik kepartian tetapi kemampuan melaksanakan kerja (walau pun calon-calon dari parti politik tetap berhak bertanding) . 2. Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi kempen pilihan raya, masyarakat dapat memahami proses penbentukan suara dan pemilihan kuasa. Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara. 3. Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Ini akan membantu rakyat bertindak bijak dalam merangka masa depan hidup mereka. 4. Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat. Budaya kroni dan pilih kasih akan beransur hilang. 5. Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

14

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

6. Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus kerana sentiasa terdedah kepada pemantauan masyarakat akar umbi. Ditambah pula dengan kebebasan media, kes rasuah atau pecah amanah akan mengecil, rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin. 8.3 Halangan dan pilihan Tidak dinafikan bahawa untuk mencapai matlamat ini bukanlah satu usaha yang mudah, tetapi yang pasti ia tidaklah terlalu sukar. Apatah lagi pilihan raya kerajaan tempatan pernah diadakan di bumi Malaysia. Malah contoh-contoh kejayaan demokrasi akar umbi di merata dunia membuktikan betapa perlunya diadakan pilihan raya tempatan. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Justeru, setelah memahami kesan dan faedah pelaksanaan pilihan raya tempatan ini, pastinya kefahaman itu ingin diterjemahkan dalam praktis. kemahuan di situ ada jalannya. Buat masa ini, perbahasan tentang isu ini perlu diperbanyakkan lagi, perlu ada kritikan, ada sokongan dan bantahan, perlu juga diberikan alasan dan fakta yang lebih konkrit. Rakyat mahu melihat pro dan kontra terhadap agenda ini. Perlu dilihat dan dikaji dari semua aspek, baik persoalan undang-undang, teknikal atau pun pendekatan. Tidak ada sistem yang bebas dari kelemahan. Namun jika kelemahan itu boleh diminimakan dan kebaikannya Di mana ada

dimaksimakan, akan lahir pilihan jalan tengah yang bakal memuaskan kehendak dan keperluan majoriti

15

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

9.0 Penutup Kewajaran kewujudan pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia adalah bergantung kepada ketua pemimpin sesuatu kawasan itu, ahli jawatan kuasanya beserta penduduk tempatan kawasan itu. Ini kerana, demokrasi sesebuah kerajaan akan menjadi adil jika penduduknya aman dan hormat menghormati antara satu sama lain. Pertelagahan dalam isu pemilihan ketua dan jawatan kuasa tidak membawa kemakmuran dalam kerajaan tersebut. Ada setengah pendapat pilihan raya itu amat penting kerana asas demokrasi yang menegaskan sebagai; a procedure for taking decisions in any group, association or society, whereby all members have an equal right to have a say and to make their opinions count. Satu kelompok atau khalayak yang membentuk masyarakat dalam lingkungan kawasan berkuasa tempatan harus diberi peluang mengelola atau mentadbir sendiri kawasan mereka. Proses serta suasana yang diperjuangkan oleh demokrasi, memberi ruang setiap orang hak untuk bersuara, peluang untuk menyuarakan serta ruang mengambil bahagian menentukan dasar awam untuk kawasan mereka sendiri. Penyediaan prasarana awam ini akan dapat menepati prinsip "one person, one vote, one value", yang memberi gambaran yang lebih luas perlakuan persepsi "all person are of equal worth", setiap orang dibekalkan dengan satu undi dan setiap undi amat berharga. Secara tidak langsung amalan demokrasi mengangkat darjat dan harga diri seseorang. Tiada pihak yang dikesampingkan, semua memilik hak yang sama dan seimbang. Justeru itu, amatlah wajar, hak ini disebarluaskan, sampai ke pembentukan sebuah majlis berkuasa kerajaan tempatan. Hari ini, kuasa ini cuma sekadar di peringkat pihak berkuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ini telah memisahkan, persepsi penglibatan aktif setiap penduduk dalam proses penentuan pembuat dasar awam di peringkat paling kecil. Situasi ini juga,

16

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

menghadkan penglibatan dan penyertaan masyarakat sivil secara aktif dalam penyelesaian masalah bersama di penempatan masing-masing. Tapi ada sesetengah pendapat pula, pilihan raya seumpa itu tidak perlu diadakan di peringkat kerajaan tempatan kerana proses tersebut tidak semestinya menjamin perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjadi lebih baik. Kewujudannya hanya akan mementingkan proses politik di peringkat tempatan. Yang khususnya, Apa yang hendak diberikan tumpuan ialah dari segi perkhidmatan pihak tersebut kepada rakyat mesti diutamakan daripada proses pemilihan politik itu sendiri. Jadi pemilihan dan kempen itulah yang menjadi tumpuan kepada mereka nanti (sedangkan) tidak semesti melalui proses ini menjadikan PBT lebih baik dari segi perkhidmatan kepada rakyat.

17

GMGA2053 Kerajaan Tempatan Bincangkan isu pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia. Wajar atau tidak?

10. Rujukan 1) Norris, M. W., Local Government in Peninsular Malaysia, David Green Printers, Kettering, Northants, 1980. 2) Tennant, P., The Decline of Elective Local Government in West Malaysia, Asian Survey, April 1973. 3) Saravanamuttu, J., The Snuffing Out of Local Democracy in Malaysia, Aliran, 2000. Dicapai: 23 Julai 2008. 4) Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987. 5) http://www.utusan.com.my/utusan

18

Anda mungkin juga menyukai