Anda di halaman 1dari 10

1.

5 ELEKTRONIK
a. Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik Hasil Pembelajaran Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Mengenal pasti jenis perintang, suis, kapasitor dan transistor. Menyatakan unit asas komponen. Membaca nilai perintang tetap. Membanding beza antara komponen aktif dan komponen pasif.

Perintang Boleh Ubah atau Perintang Boleh Laras Sejenis komponen elektronik yang digunakan untuk mengawal arus dan voltan yang boleh dilaras di antara sifar hingga nilai maksimum. Biasanya digunakan pada radio untuk mengawal suara dan televisyen untuk mengawal suara, warna dan kecerahan. Contohnya meter upaya(potentiometer) yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk mengawal voltan dalam litar. Versi yang lebih kecil dikenali sebagai pre-set.

Pre-set dan Simbol

Meter Upaya dan Simbol

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

Buzer Buzer menghasilkan bunyi apabila disambungkan ke punca bekalan dan digunakan sebagai penggera. Wayar penghubung pada buzer biasanya dalam kod warna hitam (negatif) dan merah (positif). Jika sambungannya salah, ia tidak akan berfungsi. Buzer dan simbol

Komponen Aktif dan Pasif Dalam komponen elektronik terdapat dua katogeri iaitu komponen aktif dan komponen pasif. Komponen aktif diperbuat dari semi-konduktor ( bahan separa pengalir) seperti silikon atau germanium. Komponen ini boleh membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh komponen aktif ialah transistor dan diod. Komponen pasif ialah peranti sokongan yang dapat membantu operasi komponen aktif. Contoh komponen pasif ialah perintang dan kapasitor.

b.

Membaca dan menterjemah lukisan skematik

Hasil Pembelajaran

Membaca bergambar

dan

menterjemah

lukisan

skematik

kepada

lukisan

Menterjemah lukisan skematik atau lukisan bergambar untuk membuat projek

Litar Elektronik Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik seperti yang terdapat pada radio dan televisyen. Litar ini terdiri daripada litar skematik dan litar bergambar. Litar Skematik Litar skematik mengandungi susunan komponen-komponen elektronik dalam bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan untuk membuat pemilihan komponen yang betul

Contoh Litar Skematik

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

Litar Bergambar Litar yang diterjemahkan daripada litar skematik dalam bentuk gambar komponen bagi membantu kerja pemasangan komponen elektronik dengan lebih mudah dan tepat.

Contoh litar bergambar menggunakan bod litar

c.

Penghasilan Projek

i.

Alatan Tangan

Hasil Pembelajaran Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan Menyenggara alatan tangan Set Alat Kepersisan

Set Alat Kepersisan (Precision Screw Driver) Permutar skru jenis ini biasanya dijual dalam set. Kegunaannya adalah khusus untuk menanggal dan mengetatkan skru-skru yang bersaiz kecil.

Alat Penanggal Pateri (Desoldering Tool) Digunakan untuk membuang pateri bagi menanggalkan komponen elektronik daripada papan litar..

Peletak Alat Pemateri (Soldering Holder) Digunakan untuk alat pemateri apabila tidak digunakan sewaktu kerja pematerian dilakukan.

Pemegang Papan Litar (Soldering Aid) Digunakan untuk mengapit papan litar dengan kemas sewaktu kerja pematerian dilakukan. Papan litar perlu dipegang supaya tidak bergerak untuk menghasilkan pematerian yang sempurna

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

ii.

Memateri

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti kelengkapan dan bahan pematerian Mengenal pasti komposisi bahan pateri Memateri dengan tepat, kemas, kukuh dan selamat

Kelengkapan dan bahan pematerian

Alat pemateri elektrik digunakan untuk membuat pematerian kaki komponen, tamatan komponen dan wayar pada bod litar dengan kemas dan kukuh. Kadar kuasa alat pamateri elektrik yang biasa digunakan ialah 15 watt atau 25 watt. Dawai pateri yang biasa digunakan untuk kerja elektronik ialah jenis campuran timah dan plumbum. Komposisi campuran ialah 60/40 yang bermaksud 60 % timah dan 40 % plumbum. Semasa memateri pastikan : Alat pemateri cukup panas dan bitnya bersih Bod litar dan kaki komponen juga mesti bersih dan bebas daripada lapisan oksida * Perhatian: Fluks ( bahan lakur ) boleh digunakan untuk membersihkan atau mengasingkan lapisan oksida daripada permukaan bod litar atau kaki komponen.

iii.

Membuat projek

Hasil Pembelajaran

Membentuk kaki komponen Memasang komponen seperti pada lukisan skematik atau lukisan bergambar

Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik atau bergambar

Memateri kaki atau tamatan komponen Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan kemas Menguji projek yang telah siap dan membuat kerja pembaikan jika perlu

Betul

Salah

Contoh membentuk kaki komponen elektronik

Menguji kefungsian projek yang telah siap dan membuat pembaikan

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

( trouble shooting ) jika perlu.

Garis panduan untuk mengenal pasti masalah projek yang tidak berfungsi sepenuhnya adalah seperti berikut : Pastikan tiada komponen yang tertinggal dengan merujuk litar skematik atau bergambar yang disediakan Pastikan bateri dalam keadaan baik atau berkuasa Perhatikan sambungan bateri- penyambung bateri disambungkan dengan betul pada punca positif atau punca negatif bateri. Jika menggunakan suis, periksa sambungan pada tamatan ( buat bypassing ) Memeriksa sambungan pematerian antara bod dan komponen Pastikan tiada pateri yang melimpah antara balapan Memastikan tiada berlaku litar pintas antara kaki- kaki komponen Memeriksa keterusan balapan tiada balapan yang terputus Pastikan komponen yang mempunyai kekutuban dipasang dengan betul Jika menggunakan komponen seperti transistor, semak kedudukan pemasangan kaki c, b, e berpandukan litar skematik Jika menggunakan IC, pastikan ia dimasukkan ke dalam soket IC mengikut nombor pin yang betul Periksa nilai perintang dan kapasitor mengikut litar skematik atau bergambar

Contoh Satu Litar Skematik Projek Kawalan Lampu / Motor Menggunakan Sensor

Latihan 1. Komponen elektronik yang boleh dilaras kepada nilai yang dikehendaki seperti mengawal suara, warna dan kecerahan. A transistor B kapasitor elektrolitik C perintang boleh laras D perintang tetap

Nota khb/khairi/smksg5u/2010

2. Komponen yang mempunyai tiga tamatan dan digunakan untuk mengawal voltan dalam litar Kenyataan di atas adalah merujuk kepada. A kapasitor B meter upaya C reostat D transistor

3. Apakah alatan yang digunakan untuk membuang timah pateri bagi menanggalkan kaki komponen elektronik daripada papan litar? A Alat penanggal pateri B Playar muncung tirus C Alat pemateri D Penjalur wayar

4. Komponen elektronik yang boleh memproses isyarat elektrik ialah A kapasitor B perintang C reostat D transistor

5. Apakah komponen elektronik yang boleh menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi ? A buzer B transistor C kapasitor D perintang

6. Apakah alat yang digunakan untuk meletakkan alat pemateri sewaktu sedang dipanaskan ? A Alat penanggal pateri B Pemegang alat pemateri C Pemegang papan litar D Set alat persisian

Anda mungkin juga menyukai