Anda di halaman 1dari 7

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

MINGGU 3 MASALAH : Menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik dan menarik minat pelajar untuk belajar. TARIKH : 28hb Julai 2013 hingga 1hb ogos 2013

1. Masalah/Peristiwa

Minggu ini, saya telah menghadapi masalah dalam menghasilkan bahan-bahan alat bantu mengajar (ABM) bagi mata pelajaran Matematik. Ini dibuktikan apabila pengajaran yang ingin saya sampaikan tidak dapat diperoleh atau kurang difahami murid. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi saya mencapai kesemua objektif yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah saya sediakan.

2. Analisis

Masalah ini berlaku kerana saya kurang membina ABM sebelum ini atau kurang mendalami tentang cara-cara dan ciri-ciri ABM yang perlu saya lakukan bagi dapat memahamkan lagi murid dan dapat menarik minat murid untuk terus memberikan perhatian terhadap pelajaran yang ingin saya sampaikan. Saya juga kurang memahami tahap murid yang sebenar bagi mengatasi masalah murid dalam pelajaran dengan penggunaan ABM. Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 )merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: memberi rangsangan dan minat murid-muird. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: menjimatkan masa dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan

Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian. a) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahanbahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya. b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

c)

Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai. d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna. e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada muridmurid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guruguru. a) Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri. b) Kos Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai. c) Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya. d) Ketepatan Maklumat Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain. e) Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu. g) Jangka Masa Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

h) Strategi Pengajaran Pembelajaran Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang. i) Bentuk dan Fungsi

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui non-verbal means tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku. j) Ketepatan

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. k) Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasisituasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

(lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik. l) Kemahiran Bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna. m) Standardisasi dan Simplikasi Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya. n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsurunsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

ABDUL FATTAH BIN MAT NANG

[MINGGU 3]

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya sepatutnya membaca buku atau melayari internet mengenai ciri-ciri ABM yang baik dan juga cara-cara penyediaan bahan ABM yang fleksible dan sesuai dengan tahap murid bagi mengatasi masalah pelajaran murid serta dapat menjadi satu bahan pengantara antara guru dengan murid. b) Untuk mengatasi masalah ABM ini juga saya perlulah menghasilkan bahan ABM yang fokus tajuk yang diajar pada hari tersebut dan memberi penekanan pada saiz dan warna yang merupakan faktor yang penting untuk murid pemulihan yang mengalami masalah pengamatan. c) Bagi mengatasi masalah objektif pengajaran dan pembelajaran yang tidak dapat dicapai, saya mestilah memberikan penerangan dan langkah yang dirancang mestilah saling berhubungkait supaya murid terus dapat menghubungkaitkan dari langkah ke langkah yang lain dalam pengajaran saya. Saya juga akan menggunakan ABM dari bahan maujud yang dapat menambahkan lagi penerangan tentang pengajaran pada hari tersebut kepada murid yang menggunakan kesemua deria mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah di atas dalam masa seminggu dari tarikh kejadian untuk memastikan kelancaran dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh praktikum ini.

Anda mungkin juga menyukai