Anda di halaman 1dari 2

Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal tetapi juga dari sudut spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai sebuah bangsa yang bermaruah.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan negeri Sabah pada 31 Ogos 1963 dari jajahan jepun dan kuasa koloni Brtish, Sabah kemudiannya mengambil keputusan untuk bergabung dengan persekutuan tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk sebuah Negara yang berdaulat. Justeru, pada 16 September 1963, lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Setelah 50 tahun berlalu, kini Sabah telah jauh membangun dan berjalan seiring dengan negerinegeri lain di seluruh Malaysia. Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa, akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Kegemilangan ini seharusnya menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus menjadi bangsa yang maju dan moden. Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar erti kemerdekaan dapat dinikmati sepenuhnya. Adalah Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan pastinya hanya akan dikenali pada nama. Tanamkanlah semangat nasionalisme dan patriotisme agar kemerdekaan ini akan menjadi milik kita untuk selamalamanya.

Nakagabas mantad pinorinta do Songkosuaian om nosiliu pogun Di otoronong

Bagi saya, merdeka itu bermakna kita tidak lagi dijajah oleh jati diri yang lemah, di mana, kita bebas memilih hala tuju yang betul, tahu berdiri di atas kaki sendiri serta keluar dari belenggu kemiskinan dan kepompong kejahilan.