Anda di halaman 1dari 4

NAMA : Bahagian A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

. memakan sederhana kebersihan gagal sopan bising ikhlas bersimpati

KELAS :

dedikasi rajin

1. Jangan ____________________ ketika rakan sedang bersembahyang. 2. Jagalah ____________________ diri dengan mandi sekurang-kurangnya dua kalisehari. 3. Pengawas perlu menjalankan tugas dengan penuh ______________________. 4. Orang yang ingin berjaya perlulah _____________________ berusaha. 5. Amalkan sikap ___________________ ketika menyambut sesuatu perayaan. 6. Apabila kita _______________________, janganlah berputus asa. 7. Jangan menumpang kereta orang yang tidak dikenali kerana perbuatan tersebut akan _______________________ diri. 8. Orang yang _____________________ tidak mengharapkkan pujia apabilamenghulurkan bantuan. 9. Apabila bercakap dengan orang dewasa, gunakanlah panggilan yang _________________. 10. Kita perlu ______________________ terhadap rakan yang ditimpa kesusahan

Bahagian B. Garisi jawapan yang betul. 1. Orang yang (berdikari, berani) tidak mengharapkan bantuan orang lain. 2. Alam sekitar perlu dijaga supaya sentiasa (bersih, kotor). 3. Permainan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan ialah (wau, congkak). 4. Pembakaran sampah secara terbuka akan menyebabkan pencemaran (udara, air). 5. Gong ialah alat muzik tradisinal kaum (Melayu, Sikh). 6. Patuhilah peraturan dan undang-undang jalan raya untuk mengelakkan (kebakaran,kemalangan). 7. Warna bendera bagi Negeri Sembilan ialah hitam, kuning dan (putih, merah). 8. Pada bendera negeri Pulau Pinang terdapat gambar pokok (durian, Pinang).

9. (Thosai, Kuih Baulu) merupakan makanan tradsional kaum India. 10. Kita perlu makan makanan yang (manis, berkhasiat) untuk kekal sihat

Bahagian C Bulatkan jawapan yang betul. 1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah? A. Supaya semua orang melawat sekolah kita. B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa. C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita. 2. Kumari terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia lakukan? A. Mendiamkan diri. B. Cepat-cepat bersembunyi. C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf. 3. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga? A. Membantu mereka jika mereka ditimpa kesusahan. B. Berpura-pura tidak mengenali mereka. C. Tidak memperdulikan mereka. 4. Penganut agama ___________ berpuasa pada bulan Ramadhan. A. Buddha B. Hindu C. Islam 5. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah. Tindakan yang akan kamu lakukan ialah A. mendiamkan diri. B. masuk campur. C. melaporkan kepada guru yang bertugas 6. Isma menyanyikan lagu Negaraku dengan baik. Apakah sikap yang ada pada Isma? A. Mengenali dan menghormati identiti negaranya. B. Bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. C. Suka menunjuk-nunjuk.

7. Kita hendaklah memakai _____________ ketika membonceng motosikal.

A. kasut B. pakaian C. topi keledar 8. Jangan __________ sampah ke dalam sungai. ` A. membuang B. membakar C. menyimpan 9. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu mengutipsemua sampah. Apakah tindakan kamu? A. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tasik. B. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong sampah. C. Mengutip sampah dan meninggalkan longgokan sampah di bawah pokok. 10. Sikap ___________ penting dalam sesebuah keluarga. A. kata-mengata B. benci-membenci C.hormat-menghormati 11. Apakah yang akan berlaku apabila adik beradik tidak bertolak ansur? A. Terjadinya pergaduhan. B. Dapat menjimatkan masa. C. Kerja rumah menjadi ringan. 12. Apakah maksud vandalism? A. Perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam. B. Perbuatan membaiki kemudahan awam. C. Perbuatan menjaga kemudahan awam. 13. Lampu jalan berhampiran dengan rumah kamu tumbang. Kamu sepatutnya A. memberitahu ayah agar dia dapat melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. B. mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan lampu tersebut. C. bermain di atas tiang lampu tersebut 14. Xin Yi tinggal seorang diri di rumah. Dia perlu A. membuka pintu rumahnya. B. mengunci pintu rumahnya. C. merapatkan sahaja pintu rumahnya.

15. Bilik tidur perlu dikemas supaya _________ dan ceria.

A. cuci B. kotor C. bersih Bahagian D. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan () pada pernyataan yang salah. 1 2 Salma keluar dari rumah untuk bermain tanpa meminta izin daripada ibu bapanya. Kita hendaklah berdiam diri ketika ternampak perompak ingin memasuki rumah jiran yang kosong. Pada musim perayaan, kita hendaklah sama-sama menjaga keselamatan rumah jiran-jiran yang pulang ke kampong. Sikap bangga diri terhadap kejayaan yang dicapai hendaklah sentiasa diamalkan supaya kita disanjung tinggi. Kita haruslah mengamalkan sikap yang jujur dan ikhlas semasa melakukan sebarang urusan. Ramli hanya menolong gurunya mengangkat buku apabila diminta, dia sentiasa merungut ketika membantu gurunya. Abu berasa tertekan terhadap masalah yang dihadapinya, dan dia melepaskan kemarahannya kepada isterinya. Raju dan Mooly makan dan minum tanpa rasa bersalah di hadapan rakanrakan mereka yang sedang berpuasa. Murid yang bukan beragama Islam perlu menghormati rakan mereka yang sedang berpuasa dengan tidak makan dan minum di hadapan mereka. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu, kita tidak sepatutnya meraikan perayaan kaum lain di Malaysia.

3 4 5

6 7 8

9 10

Bahagian E. Labelkan warna bagi Jalur Gemilang di bawah.

Anda mungkin juga menyukai