Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA TUGASAN : HBHE 2203 SEMESTER : SEPT 2013

Nama: DK FARALINAWATI BT PENGIRAN ALI

No. Matrik: 830312125164001

No. Kad Pengenalan: 830312125164

No. Tel.: 019-8703742

E-Mail: faralina@oum.edu.my

Pusat Pembelajaran: PUSAT PEMBELAJARAN SUNGAI PETANI,KEDAH

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

SOALAN ( a )

SOALAN ( b )

SOALAN ( c )

SOALAN ( d )

PENUTUP

RUJUKAN

PENGENALAN

Menurut Ensiklopedia Bebas, Jerebu merupakan satu kejadian di mana udara atau langit di cemari oleh debu, habuk, asap dan lain-lain zarah. Fenomena ini biasanya terjadi apabila zarah-zarah, debu atau asap berkumpul pada waktu yang kering atau pada musim kemarau. Jerebu yang mana mempunyai partikel-partikel kecil yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar boleh berpunca daripada aktiviti manusia atau secara semulajadi. Partikel-partikel jerebu ini boleh berpunca daripada pembakaran terbuka, asap perindustrian, kebakaran gambut, asap kenderaan dan juga aktiviti pembajakan pertanian. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak, ianya akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya menyebabkan jarak pandangan menjadi kurang. Tahap pencemaran jerebu boleh di ukur melalui Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) dan daripada bacaan tersebut,kita dapat mengetahui kualiti pencemaran udara di kawasan kita. Keadaan jerebu ini sangat membahayakan kepada manusia. Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sukar untuk bernafas, sakit dada, kulit terasa gatal dan pelbagai penyakit lain tetapi keadaan jerebu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Jarak pengelihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak berhati-hati semasa memandu. Baru-baru ini negara kita, Malaysia telah mengalami satu lagi keadaan jerebu yang teruk. Gejala jerebu yang melanda negara kita di dapati berpunca daripada pembakaran terbuka yang tidak terkawal yang berlaku di negara jiran kita iaitu Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Pembakaran yang dilakukan di Indonesia adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian. Namun begitu pembakaran hutan menjadi tidak terkawal akibat daripada cuaca yang panas dan kering. Jerebu yang melanda negara kita sekitar bulan Jun baru-baru ini telah mengakibatkan sesetengah negeri terjejas teruk. Sehingga pada satu tahap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia terpaksa mengistiharkan darurat bagi sesetengah negeri di Malaysia seperti yang berlaku kepada Muar dan Ledang di negeri Johor. Kawasan lain yang terjejas akibat daripada jerebu yang melanda Negara kita sekitar bulan Jun lalu ialah seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Lembah Klang.

Akibat daripada gejala jerebu yang melanda negara kita, ada beberapa sekolah yang terpaksa di tutup kerana keadaan udara yang tidak baik. Ianya boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ianya boleh menyebabkan keadaan kesihatan para pelajar terjejas teruk. Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr.A.Shukri Datuk Md Salleh pencemaran udara tidak boleh di pandang ringan. Beliau mengatakan sekiranya air tercemar, kita masih mempunyai pilihan untuk mencari sumber air yang bersih tetapi sekiranya udara tercemar, kita tetap masih perlu bernafas seperti biasa. Gejala jerebu ini sekiranya berlanjutan untuk jangka masa yang panjang akan memberikan kesan yang buruk kepada manusia terutama sekali kepada golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua, kanak-kanak, perokok, orang yang sentiasa bekerja di luar rumah atau pejabat, golongan yang berpenyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan. Oleh yang demikian, gejala jerebu ini tidak harus di pandang ringan oleh semua pihak kerana ianya boleh mendatangkan masalah yang lebih berat kepada masyarakat. Masalah jerebu ini juga boleh menyebabkan tersekatnya aktiviti harian individu.

SOALAN ( a )

INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )

Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah salah satu cara yang digunakan untuk mengukur atau menilai tahap pemcemaran udara atau jerebu. Pengelasan kuantiti udara mengikut IPU yang telah di tetapkan adalah seperti gambarajah di bawah :

NILAI IPU 0 50

KUALITI UDARA

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200 201 300

Tidak sihat

Sangat tidak sihat

301 - 400 401 500

Berbahaya

Sangat berbahaya

Lebih 501

Kecemasan ( Perintah berkurung dan darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

PUNCA PUNCA JEREBU Jerebu berlaku di sebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripada punca terjadinya jerebu ialah proses perbandaran. Apakah yang dimaksudkan dengan proses perbandaran? Ianya merupakan proses urbanisasi. Peningkatan dan perkembangan sesebuah bandar telah mengakibatkan pertambahan perindustrian. Dengan wujudnya kawasan-kawasan perindustrian yang banyak telah membuka peluang pekerjaan kepada golongan dari dalam dan luar negara. Ini akan menyebabkan pertambahan penduduk secara semulajadi dan secara migrasi. Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan akan menyebabkan pertambahan kenderaan di kawasan tersebut. Pertambahan kenderaan pula akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara daripada asap kenderaan tersebut. Ini akan mengakibatkan berlakunya jerebu. Menurut ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin,2003:102 ) pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif kepada terhadap kehidupan masyarakat moden kini. Jerebu sering kali terjadi di kawasan bandar kerana di kawasan bandar terlalu banyak perindustrian. Asap asap yang di keluarkan daripada kilang memburukkan lagi keadaan udara. Kilang-kilang akan mengeluarkan asap-asap hitam, gas beracun, debu dan sebagainya. Sekiranya perkara ini tidak di bendung dari awal, ianya akan menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia. Manusia akan terdedah dengan penyakit batuk, sesak nafas, gatal hidung, pedih mata dan sebagainya. Penebangan hutan yang tidak terkawal juga merupakan salah satu sebab berlakunya jerebu. Umum telah mengetahui bahawa hutan yang tebal dapat mengurangkan suhu panas dunia. Penebangan hutang yang tidak terkawal akan mengakibatkan suhu dunia meningkat dan boleh menyebabkan jerebu berlaku. Terdapat segelintir pihak atau pembalak yang mengambil jalan mudah dengan menebang hutan secara berleluasa dan sekiranya perkara ini tidak di kawal, dunia akan mengalami suhu panas yang boleh menyebabkan berlakunya jerebu. Negara jiran kita seperti Indonesia akan melakukan penebangan hutan dan membuka hutan untuk tujuan pertanian. Mereka bukan sahaja menebang pokok-pokok tetapi mereka juga melakukan pembakaran secara terbuka yang akhirnya pencemaran udara tersebut akan merebak ke negara jiran yang lain seperti Malaysia dan Singapura. Seperti mana yang telah berlaku pada bulan Jun baru-baru ini. Negara di landa jerebu yang teruk sehingga mengakibatkan perintah darurat terpaksa di isytiharkan di beberapa kawasan di negara kita.

Fenomena El-Nino yang telah melanda negara pada tahun 1997 telah memburukkan lagi keadaan jerebu di negara kita pada masa itu. Fenomena ini membawa kepada cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan yang turun berkurangan dan telah mengakibatkan masalah bekalan air di sesetengah tempat dan penurunan tekanan air. Memburukkan keadaan lagi, dalam tahun yang sama, negara jiran kita, Indonesia telah melakukan pembakaran terbuka yang tidak terkawal. Jerebu yang melanda negara pada masa itu merupakan yang paling teruk dan negeri yang terjejas teruk ialah negeri Sabah. Pembakaran terbuka yang di lakukan di Kalimantan tidak dapat di kawal ekoran cuaca yang panas dan hujan yang berkurangan akibat daripada fenomena El-Nino. Api tidak dapat dikawal dan membakar sebahagian besar kawasan hutan di Kalimantan. Oleh kerana Sabah merupakan negeri yang berdekatan dengan Kalimantan, asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi sebahagian negeri Sabah dan penduduk di negeri tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga. Pembakaran membebaskan gas Karbon Monoksida yang amat berbahaya kepada manusia dan boleh membawa kepada kematian sekiranya di hidu dalam jangka masa yang panjang. Akibat daripada kejadian tersebut seramai 80 orang anggota bomba dari negeri Sabah telah di kerahkan ke negara jiran untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut. Selain daripada negeri Sabah, negara jiran yang lain juga terjejas akibat daripada pembakaran ini iaitu Brunei, Thailand, Singapura dan Filipina. Selain daripada itu, pembakaran bahan api juga merupakan punca berlakunya jerebu. Bahan api seperti arang dan minyak boleh menyebabkan pencemaran udara. Seperti yang di ketahui umum, bahan api merupakan bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan Karbon Monoksida. Dari segi sains, arang mempunyai bahan seperti sulfur. Apabila terbakar, sulfur akan berpadu dengan oksigen dan menghasilkan sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara danmembentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hydrogen dan membentuk asid karbonat.

Soalan ( b ) PAPARAN IPU DARI 6.00.PM HINGGA 11.00.P.M PADA 11.11.2013

NEGERI

KAWASAN

M8ASA 06:00PM

MASA 07:00PM

MASA 08:00PM

MASA 09:00PM

MASA 10:00PM

MASA 11:00PM

Johor Johor Johor Johor Kedah Kedah Kedah Kelantan Kelantan Melaka Melaka Negeri Sembilan Negeri Sembilan Negeri Sembilan Pahang Pahang Pahang Perak Perak Perak Perak Perak Perlis Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Pinang Sabah Sabah

Kota Tinggi Larkin Lama Muar Pasir Gudang Alor Setar Bakar Arang, Sg. Petani Langkawi SMK Tanjung Chat, Kota Bharu Tanah Merah Bandaraya Melaka Bukit Rambai Nilai Port Dickson Seremban Balok Baru, Kuantan Indera Mahkota, Kuantan Jerantut Jalan Tasek, Ipoh Kg. Air Putih, Taiping S K Jalan Pegoh, Ipoh Seri Manjung Tanjung Malim Kangar Perai Seberang Jaya 2, Perai USM Keningau Kota Kinabalu

52* 24* 29* 45* 27* 51* 36* 47* 26* 34* 39* 25* 34c 25c 20* 25* 30c 37* 34c 42* 22* 24* 34* 32c 46* 37* 30* 26*

52* 25* 29* 44* 27* 52* 37* 47* 26* 34* 39* 25* 30c 23* 20* 26* 29* 37* 29* 43* 22* 24* 34* 30* 46* 37* 30* 27*

51* 25* 29* 44* 27* 51* 37* 47* 26* 34* 39* 26* 28* 23* 19* 26* 30* 37* 29* 44* 21* 24* 34* 31* 46* 37* 28* 28*

51* 26* 29* 43* 26* 51* 38* 47* 26* 34* 43* 27* 27* 21* 18* 26* 32* 38* 30* 45* 22* 24* 33* 31* 46* 37* 29* 30*

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Sabah Sabah Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Selangor Selangor Selangor Selangor Selangor Terengganu Terengganu Terengganu Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan

Sandakan Tawau Bintulu ILP Miri Kapit Kuching Limbang Miri Samarahan Sarikei Sibu Sri Aman Banting Kuala Selangor Pelabuhan Kelang Petaling Jaya Shah Alam Kemaman Kuala Terengganu Paka Batu Muda,Kuala Lumpur Cheras,Kuala Lumpur Labuan Putrajaya

35* 31* 52* 16* 24* 24* 23* 21* 30* 37* 34* 38* 30* 23* 41* 46* 28* 34* 52* 19* 33* 32c 33* 23c

37* 31* 51* 15* 24* 24* 23* 21* 30* 37* 34* 37* 30* 23* 42* 47* 27* 34* 52* 19* 33* 27* 33* 17c

38* 31* 51* 15* 24* 24* 23* 21* 30* 37* 35* 35* 28* 24* 42* 47* 27* 37* 51* 20* 32* 28* 33* 16c

39* 31* 52* 14* 23* 25* 23* 21* 31* 37* 35* 35* 28* 24* 44* 47* 27* 38* 51* 19* 32* 28* 33* 14*

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

Petunjuk

Baik

Sederhana

Tidak sihat

Sangat tidak sihat

Berbahaya

Nota

* = Habuk Halus (PM10) a = Sulfur Dioksida (SO2) b = Nitrogen Dioksida (NO2)

c = Ozon (O3) d = Karbon Monoksida (CO) & = Lebih daripada satu pencemar

Anda mungkin juga menyukai