Anda di halaman 1dari 5

Falsafah Pendidikan Guru Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut

akan menentukan arah haluan asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat Pendidikan Guru Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai

kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu: 1. Ketuhanan: peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 2. Kemasyarakatan: penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. 3. Kendiri: penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu: 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahanbahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancang. Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah 5.2 di halaman. Model Konseptual Pendidikan Guru adalah menjadi asas penggubalan Standard Guru Malaysia (SGM). Rajah 1: Model konseptual pendidikan guru

Analisis Elemen Falsafah Pendidikan Guru 1. Perwatakan yang mulia

Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat. 2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik

Guru hendaklah mempunyai kemahiran profesional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya. 3. Berkomitmen menegakkan aspirasi Negara

Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara. 4. Mengekalkan warisan kebudayaan

Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka. 5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu

Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin muridmuridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka

akan

kepentingan

mematuhi

peraturan-peraturan.

Guru

juga

hendaklah

menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum. Peranan Guru Sebagai Pendidik 1. Guru melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan mata pelajaran khasnya KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2. Mengamalkan P&P dengan hasrat FPK khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3. Menyemai dan memupuk amalan nilai murni dan etika keguruan kepada murid selaras dengan tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 4. Menggunakan ilmu dan kemahiran untuk mendidik serta nilai keguruan bagi merangsang perkembangan murid. Implikasi Falsafah Pendidikan Guru Pada dasarnya, Falsafah Pendidikan Guru telah memberikan implikasi yang besar kepada golongan pendidik itu sendiri khususnya. Nilai keguruan harus diamalkan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap profesion keguruan. Ini bermakna guru hendaklah berpekerti mulia. Implikasi Falsafah Pendidikan Guru ialah melahirkan pendidik yang berpandangan progresif dan saintifik. Pendidik hendaklah berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi serta berusaha supaya tidak ketinggalan dari segi profesionalisme. Secara tidak langsung, seorang guru yang inovatif, kreatif dan kritis dapat dilahirkan dalam dunia pendidikan ini. Selain itu, implikasi Falsafah Pendidikan Guru ialah pendidik yang bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dilahirkan. Hal ini demikian kerana pendidik dapat menghayati aspirasi negara yang dihasratkan serta berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.

Kita sedia maklum bahawa pendidikan merupakan medium utama pembangunan negara. Walaupun pendidik harus berkembang mengikut peredaran semasa, mereka juga tetap akan menyanjung warisan kebudayaan negara. Pendidik hendaklah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik dengan memupuk sifat bangga terhadap budaya dalam kalangan murid. Pendidikan juga hendaklah menyemaikan sifat patriotisme dan cintakan negara.