Anda di halaman 1dari 15

FRASA NAMA

1.0 PENDAHALUAN

1.1 PENGENALAN Dalam menghuraikan definisi tatabahasa kita tidak dapat lari daripada menyentuh pendapatpendapat ahli-ahli bahasa, khususnya ahli falsafah barat. Kajian yang dibuat oleh pengkaji barat inilah yang dijadikan panduan dan asas yang dipegang oleh pengkaji pengkaji bahasa tempatan seperti Zaba, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan ramai lagi. Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan. Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul ayng tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah. Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis. Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul. Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Dalam membingcangkan tentang frasa nama, lebih mudah jika dikaji dari sudut sudut aliran-aliran yang terdapat dalam tatabahasa. Antara aliran tersebut adalah, aliran tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural, tatabahasa tranformasi genaratif dan akhir sekali tatabahasa fungsional. Setiap aliran tatabahasa ini memberi takfsiran yang berbeza mengenai frasa nama.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN Untuk mengkaji frasa nama.

1.3 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian dalam menyiapkan kertas kerja ini ada dua cara iaitu, dengan kaedah keperpustakaan dan analisis teks. Kaedah keperpustakaan iaitu dengan menyelidik buku-buku di perpustakaan UPM, perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, serta ke Perpustakaan Negara. Dengan analisis teks, saya telah menganalisis beberapa buku, karangan pelbagai pengarang, yang terpenting ialah Tatabahasa Dewan, hasil karangan Nik Safiah Karim [et. al], Asmah Hj. Omar dan banyak lagi.

1.4 BATASAN

Kajian ini dikhususkan kepada frasa nama sahaja.

1.5 DEFINISI KONSEP Dalam nahu tranformasi generatif, frasa didefinisikan sebagai bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata, rangkai kata atau klausa (anak ayat). Menurut Tatabahasa Dewan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Manakala Asmah Hj. Omar pula memdefinisikan frasa sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang-kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.

Nama pula mengikut Kamus Dewan edisi ketiga memberi pengertian sebagai panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertumbuhan, dan lain-lain). Frasa nama pula didefinisikan oleh Liaw Yock Fang bersama Abdullah Hassan sebagai frasa yang boleh menggantikan kata nama di dalam ayat. Manakala Nik Safiah Karim [et. al] yang menyentuh mengenai frasa nama memberi definisi sebagai binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Asmah Hj. Omar pula mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.

2.0 KONSITUEN FRASA NAMA Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN. Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu boleh saling mengganti dengan unsurunsur nama. Misalnya: (i) Bersenam menyihatkan badan. Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut: (ii) Bersenam menyihatkan badan. Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih. Misalnya seperti contoh ayat di bawah: 1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja 2. Merokok kebiasaan ayah saya. Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan. Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna. Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.

3.0 BINAAN FRASA NAMA Binaan FN boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja, ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu. Pertama, jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh FN itu, sementara perkataan-perkataan lain merupakan penerangnya. Jenis kedua ialah jenis yang terdiri dairpada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Di bawah ini akan diterangkan satu persatu konsituen FN yang mengandungi binaan inti + penerang dan inti + inti.

3.1 BINAAN FRASA NAMA: INTI + PENERANG FN jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut: (i) Inti + penerang nama (ii) Inti + penerang bukan nama (i) Inti + Penerang Nama Semua konstituennya terdiri daripada KN, dengan inti dan penerangnya adalah KN. KN yang mengisi unsur penerang boleh merupakan: (a) Penerang nama keturunan (b) Penerang nama jenis (c) Penerang nama penyambut (d) Penereng nama kegunaan (e) Penerang nama kelamin (f) Penerang nama tempat (g) Penerang nama arah (h) Penerang nama anggota badan (i) Penerang nama tenaga penggerak (j) Penerang nama hal atau perkara (k) Penerang nama milik

(l) Penerang nama khas (m) Penerang nama panggilan atau gelaran * Penerang merupakan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti KN.

(a) Inti + penerang nama keturunan Menerangkan aspek salasilah pada inti KN. Misalnya: FRASA NAMA Inti Penerang Nama Keturunan orang keturunan suku bangsa Melayu Jawa Kadazan

(b) Inti + penerang nama jenis. Menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu, contohnya: FRASA NAMA Inti Penerang Nama Jenis harimau pokok pingat bintang sawit gangsa

(c) Inti + penerang nama penyambut. Menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada intinya.

FRASA NAMA Inti (Sebagai Alat Atau Pelaku) Penerang Nama Penyambut penjaga pam pengurus stor air syarikat

(d) Inti + penerang nama kegunaan Menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti.

FRASA NAMA Inti Penerang Nama Kegunaan alat minyak kayu pemadam pelincir pemukul

(e) Inti + penerang nama kelamin. Menerangkan jenis jantina bagi inti. Contohnya: FRASA NAMA Inti Penerang Nama Kelamin ayam orang kaum jantan

lelaki perempuan

(f) Inti + penerang nama tempat Penerang tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Tempat anak penduduk Melayu Johor bandar Pulau Pinang

(g) Inti + penerang nama arah. Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Arah kawasan wilayah angin Barat Selatan Timur

(h) Inti + penerang nama anggota badan. Menerangkan bahagian badan yang berkaitan dengan inti itu. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Anggota Badan

jam sarung sakit tangan kaki jantung

(i) Inti + penerang nama tenaga penggerak. Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak lampu dapur kapal minyak gas api

(j) Inti + penerang nama perihal atau perkara Penerang perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Perihal atau Perkara borang surat garis pendaftaran perjanjian permulaan

(k) Inti + penerang nama milik

Menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Milik rumah bumbung kemajuan saya sekolah Malaysia

(l) Inti + penerang nama khas Merupakan jenis perkataan yang menunjukkan kata nama bagi menerangkan inti. FRASA NAMA Inti Penerang Nama Khas bandar Republik planet Ipoh Indonesia Marikh

(m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran. Merupakan unsur yang merujuk nama jolokan atau penghormatan kepada makhluk atau benda. FRASA NAMA Penerang Nama Panggilan Gelaran Inti Haji Si Ahmad Belang

(ii) Inti + Penerang Bukan Nama Penerang bukan nama, terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas KN, iaitu: (a) penerang penentu (b) penerang KK atau akar KK (c) penerang KA (d) penerang FSN (e) penerang bilangan ordinal (a) Inti + penerang penentu Unsur yang memberi sifat ketentuan kepada KN dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu KN, iaitu: (i) Penentu hadapan (ii) Penentu belakang (i) Penentu Hadapan Unsur-unsur yang hadir di hadapa KN, yang mungkin terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. FRASA NAMA PENENTU HADAPAN Inti Bilangan Penjodoh Bilangan lima sepuluh Kelima-lima orang buah ekor askar bangunan kambing

(ii) Penentu Belakang Merupakan unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu Terdiri daripada kata penentu itu dan ini. FRASA NAMA Inti Penentu Belakang orang rumah itu ini

(b) Inti + penerang kata kerja (akar kata) Umumnya menerangkan kelakuan kepada inti. FRASA NAMA Inti Penerang Kata Kerja kolam wad bilik renang bersalin mandi

(c) Inti + penerang KA. Merupakan unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Penerang Kata Adjektif Inti Penerang Kata Adjektif warna minyak rumah

bulan merah tua wangi haram terang

(d) Inti + penerang FSN Merupakan unsur-unsur yang mengandungi kata sendi dengan diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asli, dan matlamat. FRASA NAMA

Inti Penerang Kata Adjektif Sendi Nama Nama kehidupan kiriman lawatan pada daripada ke masa ini abang Muzium Negara

(e) Inti + penerang bilangan ordinal Ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan. FRASA NAMA Inti Penerang Bilangan Ordinal tempat tingkat anak pertama

kesepuluh kedua

3.2. BINAAN FRASA NAMA: INTI + INTI Jenis ini mempunyai makna penerang, kerana tiada unsur penerang. Ada dua golongan FN dari jenis ini + inti iaitu: (a) Inti + inti denganb makna sama erti. (b) Inti + inti dengan maksud lawan erti.

(a) Inti + Inti Dengan Maksud Sama Erti Merupakan semacam ulangan.

FRASA NAMA Inti Inti tubuh rakan hutan badan taulan rimba

(b) Inti + Inti Dengan Maksud Lawan Erti FRASA NAMA Inti Inti kerusi

lelaki tuan meja perempuan puan

4. SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA Iaitu mengikut hukum D-M 4.1. Peraturan D.M D-M bermaksud diterangkan (unsur inti), dan menerangkan (unsur penerang). FRASA NAMA Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) orang kelapa penulis lelaki sawit buku

4.2. Kekecualian Hukum D-M Kekecualian ini wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali pada nama-nama jawatan. FRASA NAMA Penerang (M) Yang Menerangkan (D) perdana ibu naib menteri pejabat

presiden

4.3. Bilangan dan Penggilan Terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka unsur ini hadir di hadapan FN.

4.4 Penerang Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerangpenerang ini adalah seperti berikut: (i) Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang (ii) Inti + Penerang. ? Ada juga di dalamnya terdapat dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri daripada frasa-frasa. Dalam kewujudan begini, frasa penerang yang menerangkan sifat hadir selepas inti, sementara yang menerangkan millik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud selepasnya. Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu unsur yang ke dua dan unsur yang kedua dan unsur yang pertama merujuk benda yang serupa.

5.0 KESIMPULAN Dengan ini dapatlah dibuat kesimpualan bahawa frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut kedudukan unsur-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti di bawah: Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent Walau bagaimanapun, tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang disenaraikan di atas.

Anda mungkin juga menyukai