Anda di halaman 1dari 39

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2

TAJUK

i. i. ii. iii. i.

PECAHAN I Rakaman Pengajaran Mikro dan Refleksi PECAHAN II Rakaman pengajaran makro mengikut mata pelajaran opsyen Pelan Pengajaran (Rancangan Pengajaran Harian ) Refleksi pembelajaran bagi sesi makropengajaran PECAHAN III Laporan Kajian Tindakan Himpunan Forum
KUMPULAN GROUP EL A22 ( A121 PJJ )

KUMPULAN GROUP EL A03 ( A122 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH NAMA JALILAH BINTI CHE MANSOR NO. ID D20121061512 NO. TELEFON 013-4079870

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: DR MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB : 28 APRIL 2013

1|Page

BIL

PERKARA

HALAMAN 35 68 9 12 13 29 30 39

1.

Penilaian Pengajaran Mikro

2.

Pelan Pengajaran ( Rancangan Pengajaran Harian )

3.

Refleksi Pembelajaran Pengajaran Makro

4.

Laporan Kajian Tindakan

5.

Himpunan forum perbincangan

6.

Lampiran (CD soft copy tugasan KPD 3026, CD rakaman sesi makropengajaran )

2|Page

SEBELUM RAKAMAN PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO DIJALANKAN.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinannya, saya dapat menghasilkan rakaman pengajaran ini bagi melengkapkan kerja Kursus KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2. Banyak rintangan dan cabaran yang saya hadapi sebelum video ini dapat dirakamkan.

Saya memohon berjuta kemaafan kerana video ini mungkin terdapat kelemahan dari segi kebisingan dan kebingitan suasana sewaktu rakaman ini di buat. Saya mengajar di kelas prasekolah dan semasa rakaman ini dibuat bangunan sekolah masih dalam proses membaik pulih. Dan kelas saya antara kelas yang terlibat. Dan telah hampir dua bulan kami terpaksa berkongsi kelas yang sempit dan dipenuhi barangan. Dalam ruang yang terhad itulah menempatkan murid prasekolah seramai 40 orang.

Memikirkan tarikh menghantar tugasan semakin hampir saya tidak punya pilihan, terpaksa membuat rakaman di dalam suasana kelas yang tidak kondusif. Namun saya agak berpuas hati kerana murid-murid saya gembira.

Kelas kesayangan saya masih dalam proses dibaik pulih.

3|Page

SOALAN i . RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN MAKRO)

Tunjang Kelas Tarikh Masa Bil murid Kandungan

: Bahasa Melayu : Prasekolah Arif : 22 April 2013 : 30 minit : 20 orang : BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra.

Standard Pembelajaran : BM 2.1.7 Menamakan objek dipersekitaran Tema Subtema : Kenderaan : Kenderaan di darat

Bahan : Kad gambar Pengetahuan sedia ada pelajar : Murid pernah melihat kereta dan kenderaan lain. Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat 1. Mengetahui jenis-jenis kederaan Kesepaduan Nilai Kemahiran Langkah : Bahasa Melayu, Fizikal dan Estetika,Sosioemosi dan Moral : Mendengar arahan guru : Menulis, mengira dan mewarna. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid -Guru minta murid - Murid menyanyi lagu menyanyi lagu Bapaku Pulang. -guru bersoal jawab dengan murid. -Apakah kenderaan yang terdapat dalam lagu yang dinyanyikan? -guru dan murid berbual tentang kad gambar kenderaan. Bapaku Pulang. - Murid cuba menjawab soalan guru -murid member respons kepada guru. Bahan/catatan Bahan : Lirik lagu dan Kad gambar kenderaan

Isi Pelajaran

Set induksi (5 minit)

Menyanyi

4|Page

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Kekuatan dalam Pengajaran Mikro.

1. Saya menggunakan teknik nyanyian dan penyoalan dalam set induksi. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari iaitu Kenderaan Di Darat. Saya cuba mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan bertanyakan soalan. 2. Dalam kaedah mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya. 3. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dan saling bekerjasama dalam pembelajaran. Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.

Kelemahan atau penambaikan dalam Pengajaran Mikro.

Setelah kajian dijalankan terhadap mikro pengajaran yang telah saya jalankan, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah 1.Ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid didalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telahditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akanmemudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hinggaakhir pengajaran. 2. Semasa pengajaran saya, ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberap murid yang tergolong dalam golongan lemah di mana mereka pun berminat untuk menjawap soalan tetapi saya tidak melayan mereka kerana asyik melayan murid-murid yang begitu menonjol dalam kelas. 3.Aktiviti nyanyian akan menjadi lebih menarik sekiranya saya menyediakan muzik.

Rumusan

Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya. Penglibatan murid yang aktif menyebabkan pengajaran ini lebih bermakna dan memberansangkan proses pengajaran.

5|Page

Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang sangat penting sebelum pembelajaran dimulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada dan minat murid.

6|Page

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN MAKRO)

Tunjang Kelas Tarikh Masa Bil murid Kandungan

: Sains dan Teknologi : Prasekolah Arif : 22 APRIL 2013 : 30 minit : 20 orang : ST 7.1 Memahami nombor 1-10

Standard Pembelajaran : ST7.1.1Menyebut nombor 1-10 ST7.1.5Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek Tema Subtema Bahan : Kenderaan : Kenderaan di darat : Kad gambar, kad nombor, filem kosong, kertas lukisan, kulit kerang.

Pengetahuan sedia ada pelajar : Murid sudah dapat membilang angka 1-10

Objektif

: Di akhir pengajaran murid dapat

1. Menamakan nombor 5-10 bagi setiap kumpulan objek 2. Memadankan kumpulan objek dengan nombor 5-10 3. Menampal kad berdasarkan nombor yang disebut atau dikehendaki Kesepaduan Nilai Kemahiran : Bahasa Melayu, Fizikal dan Estetika,Sosioemosi dan Moral : Mendengar arahan guru : Menampal kad, mewarna kad

7|Page

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru -Guru minta murid lihat Aktiviti Murid -Murid mendongak ke atas -Murid bilang lampu yang ada di atas syiling -Murid nyatakan bilangan lampu

Bahan/catatan

Bahan : Lampu, kipas, marker pen

Set induksi (5 minit)

Membilang objek

objek di sekeliling mereka -Guru minta murid bilang dan nyatakan objek yang diminta Contoh: Cuba lihat lampu di atas. Cuba bilang berapa lampu di atas syiling. -Mengingati pembelajaran yang lalu guru meminta murid membilang 1-5

-Guru tunjukkan kad nombor kepada murid -Murid nyatakan nilai nombor yang ditunjukkan Langkah 1 (5 minit) Memadankan nombor 5-10 dengan objek oleh guru -Guru minta murid ke depan dan mengambil lego mengikut bilangan yang dikehendaki -Guru minta murid padankan lego tadi pada nombor yang ditunjukkan -Guru minta murid yang lain mengambil filem kosong yang diletakkan di atas meja dengan bilangan yang dikehendaki oleh guru.

-Murid melihat kad nombor -Murid menyatakan nilai nombor yang ditunjukkan oleh guru -Murid bilang lego dengan bilangan yang betul -Murid padankan lego dengan nombor yang betul -Murid yang tidak dipanggil ke depan mengambil filem kosong yang diletakkan di atas meja dengan bilangan yang dikehendaki oleh guru.

Bahan: lego, kad nombor

8|Page

-Guru tunjukkan kad gambar Langkah 2 (5 minit) Memadankan objek dengan nombor 5-10 -Guru minta murid nyatakan bilangan mickey mouse yang terdapat di dalam kad gambar -Guru minta murid nyatakan nilai kad nombor yang ditunjukkan -Guru minta murid padankan kad gambar mickey mouse dengan kad nombor dengan betul -Guru berikan murid kepada 4 kumpulan Menampal stiker gambar Langkah 3 (10 minit) berdasarkan nombor 5-10 -Guru minta murid menampal stiker dan nombor yang dikehendaki dalam kumpulan.

-Murid melihat kad gambar yang ditunjukkan -Murid menyatakan bilangan mickey mouse yang terdapat dalam kad -Murid menyatakan nilai kad nombor yang dilihat -Murid padankan kad gambar mickey mouse dengan kad nombor dengan betul

Bahan :Kad gambar kenderaan, kad nombor Nilai : mendengar arahan, sabar

- Murid tampal kad mengikut bilangan nombor yang dikehendaki dalam kumpulan -

Bahan: kad, gam, MI :Kreativiti dan Estetika, Moral Nilai: Kerjasama

-Guru meminta murid Penutup (5minit) Pengukuhan membilang semula stiker kenderaan yang ditampal. -Guru minta murid menyanyi lagu 123...

-murid membilang stiker kenderaan 5-10 -Murid menyanyi bersama-sama lagu 123....

Bahan : Murid, kulit kerang

9|Page

SOALAN iii. REFLEKSI PEMBELAJARAN MAKRO

Pada 22 April 2013 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk tunjang Sains dan Teknologi bagi Prasekolah. Masa yang diambil untuk pengajaran makro ini ialah selama 30 minit iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal nombor 5-10 dan memadankan objek dengan nombor 5-10. Saya telah menggunakan bahan maujud yang ada di sekeliling murid, kad gambar, kad nombor dan lego sebagai bahan bantu mengajar saya dalam pelaksanaan pengajaran makro ini. Rakaman pengajaran makro saya ini telah dirakam oleh rakan sekerja saya iaitu En. Hasni. Daripada hasil

rakaman yang telah diambil dan maklum balas dari rakan sekerja saya iaitu En. Hasni saya telah mendapati bahawa terdapat kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran makro saya tadi.

Menurut Jay dan Johson (2002), proses membuat fefleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif seperti apabila guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah atau isu dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang. Jadi, di sini saya telah membuat refleksi tentang makro pengajaran yang telah saya jalankan iaitu mengenalpasti masalah yang dihadapi, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dan merangka tindakan penambaikan.

MASALAH YANG DIKENALPASTI Masalah yang dapat saya kenalpasti sepanjang pengajaran makro saya ialah pertama masalah kelas yang kurang kondusif. Murid kurang selesa dengan keadaan kelas yang sempit. Kedua adalah masalah tumpuan murid terhadap pengajaran guru. Terdapat seorang pelajar iaitu Muhammad Khairul Hakim kelihatan tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Hakim kelihatan resah dan gelisah sepanjang pengajaran makro yang dijalankan. Beliau hanya akan memberi tumpuan jika saya menyebut namanya untuk ke hadapan menyelesaikan aktiviti di papan putih. Hakim juga tidak memberi komitmen terhadap aktiviti kumpulan. Selain itu, masih terdapat beberapa orang murid yang masih beluam menguasai kemahiran mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek dengan betul.

10 | P a g e

KEKUATAN Set induksi yang telah saya jalankan dapat menarik minat murid dan merangsang minda murid untuk berfikir. Selain itu, secara tidak langsung set induksi yang dijalankan oleh guru dapat membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif. Secara tidak lansung juga ia dapat memperkenalkan objektif pembelajaran. Dalam set induksi, murid telah didedahkan dengan konsep nombor. Murid dapat menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru. Ini menunjukkan murid sudah dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan.

Pengajaran yang saya gunakan dalam pengajaran makro ini ialah berpusatkan murid. Murid kelihatan cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan melibatkan semua murid. Murid juga diminta memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Contohnya, murid mengambil sendiri filem kosong dan menyusun di hadapan mereka mengikut bilangan yang dikehendaki oleh guru. Ini telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka sendiri bahan dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh guru. Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih afektif tetapi lebih bermakna dan menyeronokkan kerana murid memperolehi jawapan dengan pemerhatian dan sentuhan sendiri.

Apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan betul maka saya akan memberi pujian yang membina. Pujian yang digunakan dapat mendorong murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi. Murid yang lain juga akan lebih bermotivasi untuk menjawab dengan betul agar turut diberi pujian yang sama oleh guru. Selain pujian, guru juga akan meminta murid yang lain memberi tepukan kepada murid yang berjaya menjawab soalan guru dengan betul. Dengan ini, murid akan lebih bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan permbelajaran seterusnya. Kesannya, murid berasa selesa, tidak tertekan dan merangsang pemikiran murid untuk melahirkan idea yang lebih bernas.

Perkembangan konsep-konsep berlaku secara berperingkat iaitu dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Contohnya, murid diminta membilang dahulu bahan yang ada di persekitaran mereka, guru perkenalkan nombor, murid gunakan bahan maujud untuk menunjukkan bilangan dengan nombor yang dinyatakan oleh guru dan murid diberikan aktiviti pengukuhan dengan memadankan bilangan kad dengan nombor yang betul. Ini dapat memberi peluang kepada murid untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru.

11 | P a g e

Guru juga dapat menujukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan pelajaran atau semasa menggambarkan sesuatu situasi. Kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan yang diutarakan oleh Egan (1994) merujuk kepada tingkah laku badan ekspresi wajah dan kualiti suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru akan menggelengkan kepala kepada murid yang berbual dengan rakan ketika guru sedang menerang di hadapan. Secara tidak lansung, disiplin murid dapat dikawal melalui isyarat bukan lisan.

KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapat gangguan-gangguan dan halhal lain yang menyebabkan masa yang lebih lama diambil untuk melakukan sesuatu langkah yang telah dirancang. Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan biarkan ketua dan ahli kumpulan lain yang menyiapkan tugasan. Mereka adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat mereka untuk mengikutinya kerana mereka tidak memahami konsep tersebut.

Dalam aspek kawalan kelas, saya dapati agak tidak terkawal, iaitu ketika saya mengarahkan mereka untuk menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Terdapat beberapa orang murid bermain di tepi pintu dan meja guru sedangkan murid lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh saya. Kaalan kelas adalah penting walaupun hanya beberapa orang murid yang berbuat bising namun ia akan mengganggu rakan lain yang sedang mengikuti pembelajaran.

PENAMBAHBAIKAN Hasil dari kelemahan yang dapat saya kesan dari pengejaran saya tadi, saya telah mengambil beberapa langkah untuk menambahbaik pengajaran saya akan datang.

12 | P a g e

Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi tidak menarik serta objektif pembelajaran tidaka akan tercapai. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku murid adalah disebabkan oleh guru itu sendiri. Maka guru harus sentiasa menambah ilmu dan bersedia untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan mewujudkan semula kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka. Murid yang tidak menunjukkan kerjasama dalam aktiviti kumpulan akan dibentuk dalam satu kumpulan. Aktiviti yang diberikan juga adalah lebih mudah agar murid dapat melaksanakan tugasan tersebut. Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam Carlifornia Standards For The Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar. Oleh itu, saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenalpasti bahan bantu mengajar dalam keadaan baik.

Di samping itu, saya akan menangani masalah yang dihadapi oleh saya berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002). Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Daripada pengalaman menggunakan model Canter model of Assertive Discipline, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan tidak konsisten, arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan dapat membantu murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

13 | P a g e

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN

CELIK IT DAN MAIN SAMBIL BELAJAR MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL NOMBOR 1-10 DAN MEMADANKAN NOMBOR DENGAN OBJEK DI KALANGAN MURID PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH: JALILAH BINTI CHE MANSOR GURU PRASEKOLAH, SK PAYA SALAK, PADANG RENGAS.

14 | P a g e

BIL

KANDUNGAN

1.

Sekapur sirih

2.

Abstrak

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

9.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

10.

Bibliografi

15 | P a g e

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini. Sememangnya, peluang yang diberikan ini banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid prasekolah khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam mengenal nombor.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada suami tercinta Azizul Rahman bin Ismail kerana memahami dan memberikan sokongan moral kepada saya. Buat anak-anak tercinta Ammar Haziq dan Nur Darwisya Amani, terima kasih kerana memahami kekangan masa umi untuk bersama kalian berdua. Buat guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini tidak dapat saya lupakan.

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam mengenal nombor.

Wassalam.

16 | P a g e

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek yang terdapat dalam Tunjang Sains dan Matematik bagi 5 orang murid yang berumur 6 tahun.

Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Mei hingga Julai. Pemerhatian ini khusus untuk melihat tahap penguasaan murid dalam mengenal nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek.

Saya telah menggunakan kaedah celik IT iaitu menggunakan bahan powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya yang mudah dan menyeronokkan. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan pengalaman baru dan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah Main Sambil Belajar iaitu guru mengaplikasikan permainan Musical Chair kepada permainan yang bermakna kepada murid. Setiap aktiviti yang disediakan membolehkan murid berusaha sendiri untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mengenal nombor dan memadankan objek dengan nombor.

Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti mencari hasil tambah dan mencari hasil tolak dalam Tunjang Sais dan Teknologi khususnya untuk murid-murid Prasekolah.

17 | P a g e

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah ditugaskan mengajar murid prasekolah SK Paya Salak sejak tahun 2005. Setiap tahun saya mengalami masalah yang sama iaitu mengenal nombor kepada murid. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi masih terdapat murid yang belum menguasai kemahiran mengenal nombor dengan baik.

Beberapa orang murid prasekolah yang berumur 6 tahun masih tidak dapat mengenal nombor 1-10 walaupun telah mengikuti kelas tadika KEMAS sebelum ke prasekolah. Mereka sentiasa menjadi murid yang bermasalah kepada saya apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak dapat mengenal nombor walaupun nombor 1-10, ini telah menyukarkan saya untuk menjalankan aktiviti yang lain seperti mencari hasil tambah dan hasil tolak.

Dalam pemerhatian saya, murid-murid ini tidak menunjukkan kemajuan dalam mencari hasil tambah dan hasil tolak. Ini disebabkan mereka tidak menguasai kemahiran mengenal nombor dengan baik. Jadi, ini telah menyukarkan mereka untuk mencari hasil tambah dan hasil tolak yang memerlukan mereka mengenal nombor terlebih dahulu.

Saya pernah menggunakan kaedah membilang nombor 1-10 pada setiap pagi. Pada mulanya, saya sangkakan kaedah ini berkesan kerana apabila disuruh membilang mereka dapat membilangnya dengan baik. Tetapi, apabila saya tunjukkan kad nombor dan minta mereka nyatakan nombor tersebut mereka tidak boleh memberi jawapan yang betul. Kesimpulannya, saya dapat rumuskan bahawa mereka hanya menghafal dan belum mengenal nombor. Ini juga menyebabkan mereka kurang berminat dalam mengenal nombor kerana sudah berputus asa.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya sendiri dengan membina bahanbahan pengajaran yang lebih berkesan dan dapat menarik minat murid untuk meneroka konsep nombor ini.

18 | P a g e

3.0 FOKUS KAJIAN / PERNYATAAN MASALAH

Segelintir murid prasekolah sememangnya bermasalah dalam mengenal nombor. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengenal nombor 1-10 dan memadankan objek dengan nombor. Akibat dari masalah ini, murid tidak dapat mencari hasil tambah dan hasil tolak dengan betul. Dengan menggunakan kaedah Main Sambil Belajar dan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian power point dalam mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek.

Setinggi hajat di hati, saya amat berharap agar dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal nombor 1-10 dan menimbulkan minat serta keyakinan murid terhadap pelajaran mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selamat dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif berikut : i. Objektif Umum Mengatasi masalah mengenal nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek. ii. Objektif Khusus Murid dapat mencari hasil tambah Murid dapat mencari hasil tolak Guru dapat menguji keberkesanan perisian power point yang dibina untuk meningkatkan penguasaan dalam mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 5 orang murid Prasekolah SK Paya Salak, Padang Rengas. 6.0 TEMPAT KAJIAN Kajian dilaksanakan di dalam kelas Prasekolah SK Paya Salak, Padang Rengas.

19 | P a g e

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut : Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak menganggu rakan, bermain dan membuat bising semasa sesi pengajaran. Murid juga tidak dapat membilang nombor 1-10 dengan betul.

Dapatan Pentaksiran Kembara Prasekolah Fasa 1 ( 15 Mac 2013 ) Pentaksiran Kembara Prasekolah Fasa 1 ini telah dilaksanakan di seluruh kelas prasekolah negeri Perak. Sepanjang pentaksiran dalam mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek dijalankan, 5 orang murid prasekolah tidak menguasai kemahiran yang diuji. Murid ini terlibat dalam kajian ini. Contoh Soalan Pentaksiran Kembara Fasa 1 ( Lihat Lampiran 1 )

20 | P a g e

7.2 DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 : Skor Pentaksiran Kembara Fasa 1 bagi murid Prasekolah yang terlibat. BIL NAMA MURID 1 2 3 4 5 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E 1 / / / x x 3 x x x x / MENGENAL NOMBOR 5 x / x / / 7 x x x / / 8 / x x x x 9 x x x x x 10 / / / x / JUMLAH BETUL 3 3 2 2 4 Terlibat Kajian Ya / Tidak Ya Ya Ya Ya Ya

Jadual 2 : Skor Pentaksiran Kembara Fasa 1 bagi murid Prasekolah yang terlibat. BIL NAMA MURID 1 1 2 3 4 5 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E / / / x x 3 x x x x / 5 x / x / / MEMADANKAN NOMBOR DENGAN OBJEK 7 x x x / / 8 / x x x x 9 x x x x x 10 / / / x / 3 3 2 2 4 Ya Ya Ya Ya Ya JUMLAH BETUL Terlibat Kajian Ya / Tidak

Keputusan Pentaksiran Kembara Fasa 1 yang telah dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di atas. Didapati 5 orang murid berumur 6 tahun tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian mengenal nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek. Oleh yang demikian, saya telah membina bahanbahan pembelajaran dan latihan secara interaktif dalam bentuk power point. Ia bertujuan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik.

21 | P a g e

8.0 METODOLOGI KAJIAN 8.1 Kaedah Yang Dirancang

Nombor yang diuji ialah 1,3,5,7,8,9 dan 10. Murid mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek dalam perisian power point yang telah saya bina. Kaedah yang kedua ialah kaedah Main Sambil Belajar melalui permainan Musical Chair. 8.2 Pelaksanaan Tindakan Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah : Kaedah Celik IT Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam mengenal nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek, saya telah menggunakan Kaedah Celik IT iaitu muridmurid menggunakan bahan latihan power point yang telah saya bina khas untuk murid-murid prasekolah yang terlibat. Empat aktiviti yang dijalankan iaitu : Aktiviti 1 : Mengenal dan Menyebut Nombor 1-10 Murid menggunakan bahan power point yang telah dibina oleh guru untuk mengenal dan menyebut nombor yang ditunjukkan. Contoh slaid yang digunakan ( Lihat Lampiran 2 ) Refleksi Dari Pelaksanaan Aktiviti 1 Dalam menjalankan aktiviti 1 ini, saya dapati murid dapat mengenal dan menyebut nombor 1-10 yang ditunjukkan. Ini kerana murid menunjukkan minat terhadap slaid yang berwarna warni dan setiap kali mereka klik pada nombor akan bunyi suara yang menyatakan nombor tersebut. Murid juga dapat menggunakannya berulang kali yang membolehkan mereka ingat dan kenal dengan nombor tersebut. Aktiviti 2 : Mengenal Nombor dan Bilangan Objek Murid menggunakan bahan power point yang telah dibina oleh guru untuk mengenal nombor dan bilangan objek. Contoh slaid yang digunakan ( Lihat Lampiran 2 ) Refleksi Dari Pelaksanaan Aktiviti 2 Aktiviti 2 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk meneroka konsep nombor ini. Slaid ini lebih memberikan kefahaman kepada murid kerana nombor diwakili oleh objek. Penggunaan gambar animasi yang bergerak ini lebih memikat hati murid untuk terus meneroka dan belajar dalam slaid ini.

22 | P a g e

Aktiviti 3 : Latihan Interaktif Padanan Nombor Dengan Objek Murid menngunakan bahan power point yang telah dibina oleh guru untuk menguji kefahaman murid dengan latihan interaktif padanan nombor dengan objek. Contoh slaid yang digunakan ( Lihat Lampiran 2 )

Refleksi Dari Aktiviti 3 Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan interaktif power point ini. Latihan ini dapat menguji kefahaman murid tentang apa yang telah mereka pelajari. Aktiviti 4 : Nyanyian Lagu 123.. i.Guru memaparkan senikata / lirik lagu ii.Murid menyebut nombor yang dipaparkan iii.Murid mendengar lagu yang dinyanyikan oleh guru iv.Murid menyanyi secara individu dan beramai-ramai v.Murid menyanyi sambil memegang kad nombor berdasarkan nombor yang disebut. Contoh slaid lirik lagu ( Lihat Lampiran 2 ) 2.Kaedah Main Sambil Belajar Musical Chair i. Guru pasangkan lagu ii.Murid keliling kerusi yang telah disusun dalam bentuk bulatan iii.Apabila muzik berhenti, murid duduk di atas kerusi masing-masing iv.Murid ambil kad nombor yang ada atas kerusi mereka v.Guru tanya seorang demi seorang kad nombor yang mereka dapat vi.Murid nyatakan nombor tersebut vii.Permainan diulangi sehingga nombor 10 diperkenalkan. UJIAN SARINGAN (Tarikh Laksana : 25 April 2013)

Ujian saringan telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti soalan Pentaksiran Kembara Fasa 1.

Murid yang tidak dapat mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek kurang daripada 5 adalah gagal dalam kajian ini.

23 | P a g e

Jadual 3 : Skor Ujian Saringan Murid prasekolah yang terlibat. BIL NAMA MURID 1 2 3 4 5 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E 1 / / / / / 3 / x x x x MENGENAL NOMBOR 5 / / x / / 7 / / / / x 8 x / / / / 9 / / / / / 10 / / / / / JUMLAH BETUL 6 6 5 6 5 Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai CATATAN

Jadual 4 : Skor Ujian Saringan Murid prasekolah yang terlibat. BIL NAMA MURID 1 1 2 3 4 5 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E / / / / / 3 / x x x x 5 / / x / / MEMADANKAN NOMBOR DENGAN OBJEK 7 / / / / x 8 x / / / / 9 / / / / / 10 / / / / / 6 6 5 6 5 Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai JUMLAH BETUL CATATAN

Keputusan ujian saringan yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4 di atas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya mengenal nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek serta melepasi had yang ditetapkan. Penilaian dan refleksi

Berdasarkan Ujian saringan dan analisis yang telah dilaksanakan, saya dapati bahawa Program Celik IT yang saya bina menggunakan program perisian power point khusus untuk murid prasekolah ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran mengenal nombor dan memadankan nombor dengan objek.

Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid prasekolah dalam mengenal nombor dengan mudah. Mereka telah dapat menyebut nombor 1-10 dan memadankan nombor dengan objek dengan baik.

Oleh itu , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran membaca. Saya juga amat

24 | P a g e

berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina lebih banyak lagi bahan-bahan pembelajaran seperti ini.

9.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu Celik IT untuk kemahiran asas mengenal nombor 10 hingga 50, mengenal bentuk, mengenal warna dan lain-lain bahan pembelajaran yang bersesuaian.

Saya akan cuba menambahbaik lagi aktiviti interaktif menggunakan aplikasi power point ini sebaik mungkin....Insyaallah..

25 | P a g e

BIBLIOGRAFI Buku panduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia.2009

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noriati A.Rashid,Boon Fong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,Wan Kamaruddin Wan Hassan, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran,Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar 2009

Modul Pentaksiran Kembara Prasekolah,Jabatan Pelajaran Perak 2011 K.A Razhiyah,Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar,PTS Profesional.2010

Pengolahan

Persembahan,

Microsoft

Powerpoint

2007,

http://www.webmediacenter.com

26 | P a g e

Lampiran 1
* Skala
0 - 4 - Belum Menguasai 5 - 7 - Telah Menguasai

Belum Menguasai Telah Menguasai

KONSEP NOMBOR ST7.3.1 Mengenal dan menyebut nombor 1-10 Menyebut nombor dengan rawak

27 | P a g e

Lampiran 1 * Skala
0 - 3 - Belum Menguasai 4 - 5 - Telah Menguasai
Belum Menguasai Telah Menguasai

KONSEP NOMBOR ST7.1.5 Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul Suaikan angka dengan bilangan objek yang betul.

9 2 I0 6
28 | P a g e

Lampiran 2 Slaid Aktiviti 1 : Mengenal Dan Menyebut Nombor 1-10

Slaid Aktiviti 2 :Mengenal Nombor dan Bilangan Objek

Lampiran 2

29 | P a g e

Slaid Aktiviti 3 : Latihan Interaktif Padanan Nombor Dengan Objek

Slaid Aktiviti 4 : Nyanyian Lagu 123

Saya ada 1 jari 1 jari tap tap tap Tunjuk ke atas, tunjuk ke bawah 1 jari tap tap tap.
Saya ada 2 jari 2 jari tap tap tap Tunjuk ke atas, tunjuk ke bawah 2 jari tap tap tap.

Saya ada 3 jari 3 jari tap tap tap Tunjuk ke atas, tunjuk ke bawah 3 jari tap tap tap. Saya ada 4 jari 4 jari tap tap tap Tunjuk ke atas, tunjuk ke bawah 4 jari tap tap tap.
Saya ada 5 jari 5 jari tap tap tap Tunjuk ke atas, tunjuk ke bawah 5 jari tap tap tap.

30 | P a g e

HIMPUNAN FORUM
Topic : Forum 5 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :5 Views : 29 General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Apr 2013 11:08:54 PM Subject : Re : Forum 5 Assalamualaikum. Kursus ini banyak membantu saya sebagai seorang guru terutama sekali dalam aspek pembahagian masa untuk melaksanakan tugas di sekolah di rumah dan tugasan-tugasan yang diberikan. Selain itu ia juga memupuk sifat sabar dalam diri menghadapi cabaran dalam menyiapkan diri supaya lebih cekap dalam penggunaan penggunaan ICT. Jika sebelum ini saya jarang sekali menggunakan internet untuk mencari bahanbahan, namun setelah bergelar pelajar PJJ saya perlu membiasakan diri mencari rujukan di internet ,perpustakaan dalam menyiapkan tugasan. General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Apr 2013 10:59:33 PM Subject : Re : Forum 5 Assalamualaikum.Saya setuju dengan Pn. Khairiah. Dengan mengikuti kursus ini kita dapat mengingati kembali ilmu-ilmu yang telah lama terperap dalam memori. selain itu melalui kursus ini juga membantu saya memperbaiki kelemahan diri,sama ada yang disedari atau tidak. Amalan komunikasi yang baik dapat dibentuk semasa merancang, bertindak dan merefleksi sesama rakan yang lain seterusnya membentuk budaya kerja yang baik dengan kolaborasi yang sesuai. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang misalnya kajian tindakan kita mampu membentuk pasukan yang baik dan sentiasa mencari idea baru yang bernas dan praktikal. General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Apr 2013 10:41:50 PM Subject : Re : Re : Re : FORUM 5 dengan mengikuti kursus ini banyak perkara baru yang dipelajari. daripada seorang guru yang tidak terlalu mengambil berat tentang ICT, sekarang saya menjadi lebih celik IT. disamping itu juga saya lebih memahami tentang tingkah laku pelajar dan tahu jalan penyelesaiannya. General Forum : Forum 4 Posted On : 02 Apr 2013 04:38:34 AM Subject : Re : Forum 4 Assalamualaikum. Tahniah penjelasan saudara sangat terperinci. Saya ingin menambah sedikit disini.Menurut

Topic : Forum 5 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :10 Views : 48

Topic : FORUM 5 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :5 Views : 20 Topic : Forum 4 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR

31 | P a g e

Replies :4 Views : 23

MCNiff kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, manjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dab bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama. Dengan menjalankan kajian tindakan Guru dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Daripada itu guru dapat memperbaiki kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan supaya lebih mengikut keperluan dan kehendak semasa para pelajar. Ini menjadikan guru tersebut lebih kreatif dan kritis.

Topic : forum 4 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :4 Views : 32 General Forum : Forum 4 Posted On : 02 Apr 2013 04:20:40 AM Subject : forum 4 Assalamualaikum....Melalui pengalaman saya, setelah menjalankan kajian tindakan saya dapati tindakan membolehkan saya mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar saya dalam pembelajaran mereka. Ini kerana dalam kajian yang dibuat saya perlu menyelidik segala punca penyebab masalah yang timbul. Saya perlu menyiasat amalan pengajaran dan pembelajaran dengan erti kata membuat refleksi kendiri dan mengubahsuai dan menguji kaedah-kaedah pengajaran yang dicadangkan pada kajian lepas ke dalam topik pembelajaran yang lain.Dengan cara ini saya dapat memikirkan cara untuk saya mengatasi masalah yang timbul dan cuba untuk memperbaikinya menjadikan pelajar lebih berminat dengan pembelajaran di dalam kelas. Dengan harapan saya dapat meningkatkan kualiti modal insan agar ianya seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social. Menurut Trish(1992) menjelaskan bahawa guru yang berpemikiran reflektif sentiasa melihat kembali apa yang dilakukannya dalam bilik darjah dan sentiasa membantu pelajar untuk menguasai pembelajaran.Pemikiran reflektif guru adalah proses berterusan iatu termasuklah persediaan sebelum,semasa dan selepas mengajar. Kesimpulannya dengan melaksanakan kajian tindakan akan dapat membantu guru membuat penambahbaikkan 32 | P a g e

dalam profesionnya serta mengenal pasti elemen-elemen yang dapat membantunya. Selain itu dapatan dari hasil kajian tersebut dapat dikongsi bersama rakan sekerja yang mungkin menghadapi masalah yang sama. Topic : Forum 4 : Bagaimanakah pengalaman melaksanakan kajian tindakan dapat mambantu anda mengembangkan profesionalisme keguruan. d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :6 Views : 33 General Forum : Forum 4 Posted On : 31 Mar 2013 09:19:57 AM Subject : Re : Re : Forum 4 : Bagaimanakah pengalaman melaksanakan kajian tindakan dapat mambantu anda mengembangkan profesionalisme keguruan. Benar seperti apa yang dibincangkan. Dengan adanya pengalaman kajian tindakan, Guru akan menjadi lebih proaktif dalam mencari penyelesaian masalah. Memperbaiki setiap amalan dalam sistem pendidikan bersesuaian dengan peredaran masa sama ada secara teori mahu pun praktikal. Guru akan dapat mengenalpasti di mana kelemahan dan kekuatannya disamping memperbaiki kaedah pengajaran bagi memastikan pelajar dapat membina pengetahuan dalam setiap pembelajaran di dalam kelas. Selain itu guru akan menjadi lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam mencari kaedah yang sesuai untuk memperbaiki sistem pendidikan Negara.

Topic : Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan. Bincangkan. d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :6 Views : 22 General Forum : Forum 3 Posted On : 31 Mar 2013 09:10:55 AM Subject : Re : Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan. Bincangkan. Sebagai sedikit perkongsian. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988) kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ini bertujuan meningkatkan tahap kerasionalan amalan masyarakat pada masa kini tentnag sesuatu kajian. 4 langkah penting dalam dalam menjalankan kajian tindakan: 1. 2. 3. 4. Topic : forum 3 d061512 JALILAH BT CHE 33 | P a g e General Forum : Forum 3 Posted On : 31 Mar 2013 09:01:35 AM Subject : Re : Re : forum 3 Merancang satu kajian untuk perubahan Melaksanakan rancangan yang dibina Memerhati kesan terhadap pelaksanaan kajian tersebut Membuat refleksi mengenai dapatan yang diperolehi.

MANSOR Replies :6 Views : 25

Benar seperti apa yang dibincangkan. Dengan adanya kajian tindakan, guru akan dapat mengenalpasti dimana kelemahan dan kekuatannya disamping memperbaiki kaedah pengajaran bagi memastikan pelajar dapat membina pengetahuan dalam setiap pembelajaran di dalam kelas. Selain itu guru akan menjadi lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam mencari kaedah yang sesuai untuk memperbaiki sistem pendidikan Negara.

Topic : forum 3 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :6 Views : 25 General Forum : Forum 3 Posted On : 27 Mar 2013 12:47:10 PM Subject : forum 3 Salam 1 Malaysia, Menurut Elliot(1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untik memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi di sekolah. Setiap bentuk kajian tindakan memperlihatkan ciri-ciri am yang hampir sama. Ia merangkumi: i) mengenalpasti masalah - pengganggu meneruskan pengajaran kerana gagal menguasai kemahiran asas (matematik) ii) merancang tindakan - menyediakan langkah-langkah dan tindakan bagi tujuan meningkatkan keberkesanan kajian iii) pelaksanaan tindakan - melaksanakan setiap perancangan dalam keadaan yang sistematik dan terkawal iv) pemerhatian dan analisa data - memungut data berkaitan dan direkodkan sebagai bahan asas kajian v) refleksi ke atas tindakan - sebagai panduan mengesan kebolehpercayaan hasil kajian dan tindakan selain menyediakan asas untuk merancang kajian selanjutnya Sesuatu kajian Tindakan yang dibuat sebenarnya tidak hanya bertumpu kepada masalah pengajaran dan 34 | P a g e

pembelajran di dalam bilik darjah sahaja. Kajian Tindakan juga boleh kita laksanakan bagi membentuk disiplin yang lebih baik bagi sesebuah sekolah. kajian sebegini adalah lebih umum dan boleh dilaksanakan dengan hanya memilih pelajar bermasalah di sekolah. Kajian Tindakan seperti ini juga memerlukan perkara-perkara yang perlu ada sebagaimana yang dibincangkan. Apabila memikirkan kaedah pelaksanaannya, maka termasuklah kaedah pengumpulan data dimana guru/penyelidik hendaklah menentukan kaedah-kaedah yang sesuai. Di antara kaedah-kaedah pengumpulan data yang boleh dilaksanakan adalah secara soal selidik dimana tujuan utama ialah mengenal pasti fakta-fakta yang boleh digunakan untuk menguji hipotesis atau menambah kebolehpercayaaan dan kesahan sesuatu teori , temu bual pungutan data secara lisan dalam pertemuan secara langsung dan sangat berguna terutamanya apabila responden yang ditemu bual tidak tahu membaca dan menulis, pemerhatian dimana kelebihan pemerhatian ialah ianya mengutamakan sensori persepsi iaitu kemahiran mendengar. Topic : forum 1 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :3 Views : 14 General Forum : Forum 1 Posted On : 27 Mar 2013 12:36:42 PM Subject : Re : Re : forum 1 Salam 1 malaysia, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan suatu perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh setiap guru sebelum memulakan pengajaran. RPH itu mestilah berdasarkan sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam penulisan RPH pula mestilah mempunyai elemen seperti kelas, waktu, bilangan murid, mata pelajaran dan topik pelajaran. Penting bagi guru mengetahui kelas dan topik pelajaran yang akan diajarnya kerana guru boleh memilih dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai dengan tahap murid mengikut topik pelajaran. Selain itu juga, guru juga perlu mengetahui tentang pengetahuan sedia ada murid, merujuk kepada tahap pengetahuan kebolehan serta pengalaman yang telah diperolehi oleh murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan. Pengetahuan lepas adalah penting untuk membolehkan guru menentukan objektif pelajaran berdasarkan kebolehan murid. Seterusnya, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid, memilih bahan yang sesuai mengikut 35 | P a g e

kebolehan murid dan hubung kait pengetahuan lepas dengan set induksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Topic : FORUM 1 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :5 Views : 34 General Forum : Forum 1 Posted On : 27 Mar 2013 12:31:12 PM Subject : Re : Re : FORUM 1 salam sejahtera, benar seperti apa yang dikatakan. sekiranya guru yang masuk ke kelas tanpa sebarang perancangan, perjalanan kelas akan terganggu. murid akan membuat bising, timbul masalah disiplin seperti mengganggu rakan, bergaduh, buli dan sebagainya. sebagai seorang guru yang berdedikasi, sebelum memasuki kelas untuk menjalankan pdp, seharusnya guru tersebut mempunyai perancangan yang rapi agar pdp dapat berjalan dengan lancar dan murid dapat menerima ilmu yang akan disampaikan dengan terancang. Topic : Mengapakah refleksi pengajaran penting? Bincangkan d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :2 Views : 19 General Forum : Forum 2 Posted On : 19 Mar 2013 04:08:25 PM Subject : Re : Mengapakah refleksi pengajaran penting? Bincangkan Assalamualaikum cikgu Maheran.. Tahniah pendapat cikgu sangat bernas. Izinkan saya menambah sedikit sebagai perkongsian ilmu bersama. Refleksi dapat membantu guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran serta mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta dapat dijadikan sebagai budaya kerja professional seseorang guru. KEPENTINGAN REFLEKSI - Membuat penilaian kendiri - Berfikir secara analitik, kritis & kreatif - Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah - Mencari alternatif dalam membuat keputusan - Mencari jalan penyelesaian - Mengubah tingkah laku

Topic : Forum 2 : Mengapakah refleksi pengajaran penting? Bincangkan. 36 | P a g e

d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :9 Views : 29

General Forum : Forum 2 Posted On : 19 Mar 2013 03:24:41 PM Subject : Re : Re : Forum 2 : Mengapakah refleksi pengajaran penting? Bincangkan. salam sejahtera.. benar seperti apa yang dinyatakan....tanpa adanya refleksi dibuat selepas aktiviti PdP..guru tidak akan tahu kelemahan dan kekuatan serta tahap pencapaian murid-muridnya. General Forum : Forum 2 Posted On : 19 Mar 2013 02:53:30 PM Subject : forum 2 salam sejahtera semua.. Refleksi pengajaran adalah dibuat selepas tamat sesi pengajaran di dalam kelas. Ianya sangat penting kerana dapat menilai tahap pencapaian pelajar dan guru selepas sesi pembelajaran dan pengajaran. Refleksi pengajaran juga dapat menjadikan seorang guru melakukan penilaian kendiri terhadap dirinya. Seorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga akan dapat berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna seterusnya memperbaiki cara penyampaian sewaktu proses PdP berlangsung Refleksi juga sangat penting bagi menentukan tahap kefahaman pelajar selepas sesuatu proses pengajaran berlangsung. Ini membolehkan guru menyediakan aktivit atau program yang bersesuaian untuk pelajarnya. Guru boleh meperbaiki diri dari segi kontent, pedagogi dan aktiviti yang akan digunakan semasa pengajaran yang lain pula. Semasa menulis refleksi juga, guru dapat menganalisis masalah-masalah yang timbul semasa pdp agar ia menjadi lebih baik.. Penyelesaian ini dapat dijadikan panduan kepada guru supaya pdp menjadi lebih berkesan dan kelemahan murid dapat di kesan dan diberi pengukuhan.

Topic : forum 2 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :4 Views : 25

Topic : Forum 2 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :6 Views : 22 General Forum : Forum 2 Posted On : 15 Mar 2013 12:12:56 AM Subject : Re : Re : Forum 2
assalamualikum cikgu khairiah.. saya ingin menambah sedikit sebagai perkongsian bersama..maklumat ini saya perolehi dari satu blog yang saya lawati.. CONTOH FORMAT MENULIS REFLEKSI P&P 1. Perkara yang boleh saya perbaiki/improvement matters Saya dapati..... Kesannya terhadap P&P saya ialah.... Saya faham sepatutnya...

37 | P a g e

2. Bisikan Hati/Emosi/Perasaan/self talk-dialogical reflection/nyala rasa Saya rasa.... Saya percaya.... Saya yakin... 3. Kefahaman baru/kesedaran/new understanding/new knowledge (transformation) Saya sedar... Saya belajar... Saya terpanggil... 4. Cadangan/suggestion Saya bercadang... Saya mahu... Saya harus... 5. Tindakan akan datang/rancangan memperbaiki keadaan/future action (YANG SAYA BOLEH BUAT) Saya akan lakukan... dengan adanya penulisan refleksi dapatlah guru-guru mengenalpasti kekurangan dan membuat penambahbaikkan dalam p&p.

Guru dapat melihat, mengkaji serta mencari alternatif-alternatif lain yang lebih sesuai dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Topic : forum 1 d061512 JALILAH BT CHE MANSOR Replies :6 Views : 34 General Forum : Forum 1 Posted On : 14 Mar 2013 11:53:54 PM Subject : forum 1 Salam 1 Malaysia. Rancangan Pengajaran Harian adalah merupakan perkara penting kepada seorang guru sebelum menjalankan proses P&P di dalam bilik darjah. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru didalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian ini terdapat beberapa elemen terpenting yang harus diterapkan. Antara elemen-elemen itu ialah Penentuan Objektif Pengajaran pengetahuan sedia ada murid Isi kandungan Pelajaran

38 | P a g e

Strategi P&P Penyebatian Kemahiran Berfikir Penerapan Nilai Penilain Pencapaian Objektif Penutup Ulasan kendiri.

Aktiviti p&p yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran serta berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Dalam penulisan objektif pengajaran guru perlu menentukan hasil pembelajaran (learning outcomes) Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti penguasaan tajuk yang diajar. objektif mesti ditulis menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran. Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan pentaksiran.

39 | P a g e