Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Gerko Bola Tampar

Pada 7 dan 8 Oktober yang lalu, kami ahli Gerko Bola Tampar yang terdiri daripada pelajar kelas Matematik, Pemulihan dan Pendidikan Khas telah

menganjurkan satu perlawanan bola tampar yang bertempat di gelanggang Bola Tampar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Penganjuran kali ini mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 dan pelajar PPISMP semester 3. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 6:30 petang selama dua hari berturut-turut. Penganjuran perlawanan bola tampar kali ini merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu En... Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua gerko kami, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran, bahagian penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian keselamatan(pertolongan cemas). Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi GERKO bola tampar setiap minggu, pada hari Khamis 7.45 pagi hingga 9.45 pagi. Dengan menganjurkan perlawanan ini, kami juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut, kami telah berjaya

mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Tampar.

Antara permasaalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko bola tampar ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan Pertandingan Inovasi peringkat institute dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola baling. Namun begitu itu bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang sesuai dan mampu dihadiri oleh semua peserta. Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi gerko sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan tentang peraturan bola tampar semasa mengadili perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola tampar ini dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini kerana permainan bola tampar ini merupakan salah satu permainan yang dapat menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar Matematik namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai