Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Dari semua yang telah diterangkan diatas maka bolehlah disimpulkan bahawa guru perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang apa yang ingin disampaikan. Segala kelemahan dan kekuatan harus diambilkira baik pada tajuk yang ingin disampai begitu juga pada murid dan guru sendiri. Pengetahuan yang cukup perlulah ada bagi memastikan perancangan P&P dibuat dengan begitu teliti dan terperinci agar objektif tercapai. Bagi memastikan objektif tercapai, P&P juga perlu berjalan dengan mengikut kepada perancangan yang telah dibuat. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D). Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.