Anda di halaman 1dari 2

INDAH 4A MANAGEMENT CORPORATION

PTG/WP.20/1/536 ASSALAMUALAIKUM SEMUA PENGHUNI INDAH APARTMENT 4A Tuan/puan nampaknya Apartment 4A tidak seindah nama ,tuan/puan boleh lihat sampah ,rumput telah panjang kenapa?????? Kerana tukang sapu telah berhenti kerja kerana tiada duit untuk membayar mereka .nampaknya tuan/puan seronok dalam keadaan kotor begini kawasan kita . Tuan/puan bulan hadapan mungkin guard juga akan diberhentikan kerana tiada wang untuk bayar gaji mereka maka kita semua bersedialah dengan pencuri /pecah rumah dan mcm2 lagi .apa nak buat tuan/puan seronok tidak aman .Mungkin juga lampu tangga akan dipadam kerana tiada wang untuk membayarnya . Bersedialah kita semua .Hutang tuan/puan hampir rm80 ribu lebih macam mana kita nak settle masalah ini . Kalau loji tersumbat kita semua akan berada dalam keadaan busuk dan lalat .

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya. Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi. Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Pada hari kiamat orang-orang yang sombong akan digiring dan dikumpulkan seperti semut kecil, di dalam bentuk manusia, kehinaan akan meliputi mereka dari berbagai sisi. Mereka akan digiring menuju sebuah penjara di dalam Jahannam yang namanya Bulas. Api neraka yang sangat panas akan membakar mereka. Mereka akan diberi minuman dari perasan penduduk neraka ( nanah dan keringat penduduk neraka), yaitu thinatul khabal. [Hadits Hasan. Riwayat Bukhari di dalam al-Adabul Mufrad, no. 557; Tirmidzi, no. 2492; Ahmad, 2/179; dan Nuaim bin Hammad di

Plzzzzzzzzzzzzzzz pihak perbadanan merayu tuan/puan

dalam Zawaid Az-Zuhd, no. 151]

Kepada semua pemilik petak iaitu pemilik rumah atau penyewa anda diminta menjelaskan tunggakan maintenance dan bayaran cukai tanah dan insurans bangunan untuk tahun 2013 Penyewa hubungi pemilik dengan kadar segera SEKADAR RENUNGAN .
Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

1. Abaikan notis ini sekiranya anda telah membuat bayaran. 2. sekiranya anda tidak menjelaskan bayaran insurans dan tunggakkan maintenance Pihak Pengurusan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB keatas kemalangan seperti kebakaran atau kerosakan bangunan kediaman anda. KAMI PIHAK PERBADANAN BERSEDIA UNTUK MELETAK JAWATAN BILA-BILA MASA .KAMI HARAP ADA PIHAK YANG TAMPIL BERANI MENGAWAL KAWASAN APARTMENT INDAH 4A YANG SUDAH TIDAK INDAH LAGI .MASING MASING PENTINGKAN DIRI SENDIRI .TIADA PERPADUAN ,KESEPAKATAN ROSAKLAH KITA SEMUA

.KAMI SANGAT KECEWA ,SEDIH DENGAN PENDUDUK INDAH 4A YANG TIDAK SEINDAH NAMA SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN