Anda di halaman 1dari 23

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN & PANDANGAN SEMESTA

Islam merupakan risalah Ilahi sejak zaman nabi Adam A.S. sehingga nabi Muhammad S.A.W. Islam dari sudut :
bahasa ialah tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera. istilah ialah taat kpd Allah S.W.T. sepenuh hati tanpa ragu serta patuh kepada perintahNya.

Islam bertujuan membawa manusia ke arah kesatuan akidah kepada Allah S.W.T. yang esa tanpa keraguan.

Islam merupakan peraturan hidup yang lengkap dan sempurna bagi membina sistem kehidupan manusia dan isi alam.

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Terkandung dalam al-Quran & Sunnah.

Tidak terbatas kepada bangsa, kaum, warna kulit, tetapi meliputi semua aspek kehidupan manusia dan alam. Beberapa konsep utk memahami pandangan semesta tamadun Islam iaitu;
Konsep keimanan Konsep kekuasaan Konsep kemanusiaan

KONSEP KEIMANAN

Maksud iman dari segi:

bahasa : kepercayan teguh dalam hati tentang kewujudan Allah dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
mengaku dengan hati, berikrar dengan lidah & melakukan dengan anggota segala suruhan Allah & meninggalkan laranganNya.

KONSEP KEKUASAAN

Allah S.W.T. adalah Pencipta, Penguasa & Pemilik mutlak alam ini. Manusia hanya khalifah/pemegang amanah dan tidak mempunyai kuasa mutlak menguruskan alam ini. Manusia mesti mengikut ketetapan hukum-hukum Allah S.W.T.

Manusia akan mendapat kebinasaan dan balasan Allah S.W.T jika melanggar hukum-hukum tersebut.

KONSEP KEMANUSIAAN

Manusia sebagai makhluk mukallaf iaitu makhluk yang diberi tanggungjawab yang diamanahkan. Kedudukan manusia ini adalah tinggi berbanding makhluk lain.

Tanggungjwb manusia adalah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T., sesama manusia; terhadap diri sendiri, masyarakat, negara & hubungan dengan alam semesta.
Ukuran kemuliaan manusia di sisi Tuhan adalah ketakwaan.

KONSEP TAMADUN ISLAM

Berasaskan agama/al-din yang berteraskan:


Akidah (kepercayaan) Syariah (hukum/praktis) Akhlak (moral)

Justeru:

pembinaan tamadun Islam berdasarkan kepada pembangunan fizikal, agama dan menekankan kehalusan budi pekerti/akhlak. Definisi tamadun dari sudut agama Islam berbeza daripada definisi oleh Barat.

Pandangan tamadun menurut sarjana Barat dan Islam:

J.K. Fiebleman: kepandaian masyarakat mengeksploitasi material. Oswald Spengler: Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan membawa kepada kemajuan. Arnold Toynbee: suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran & produktiviti serta mempunyai empat unsur, iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan & seni.

Said Hawa: segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya releven dengan kebudayaan lain. Abu Bakar Hamzah: sesuatu yang lahir & berkembang bersama dengan kehidupan manusia sama bersifat bukan kebendaan atau sebaliknya. Syed Muhammad Naquib al-Attas: sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Beberapa istilah digunakan oleh tokoh-tokoh untuk menjelaskan maksud tamadun Islam:
Ibn Khaldun- umran, hadharah Syeikh Muhammad Abduh & Muhammad Farid Wadjimadaniyyah Jurji Zaydan-tamadun

Abu Hassan Ali al-Nadawi: istilah hadharah & madaniyah lebih menepati konsep tamadun Islam & berpusat kepada wahyu.
Hadharah mengandungi prinsip & nilai asas kehidupan masyarakat. penggunaan al-hadharah al-islamiyyah adalah lebih tepat & khusus sifatnya utk masyarakat Islam Istilah madaniyyah pula lebih menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan danbersifat umum kepada semua manusia.

SUMBER TAMADUN ISLAM

1. 2. 3. 4.

Al-Quran Hadis/Sunnah Ijtihad Tamadun dan budaya lain

ASAS TAMADUN ISLAM


1) Akidah

Bermaksud kepercayaan/keimanan kepada hakikat/nilai-nilai mutlak, tetap & kukuh dalam jiwa orang Islam. Ia merupakan perjanjian antara makhluk dengan Allah S.W.T dan berbeza dengan ideologi ciptaan manusia. Pegangan kukuh terhadap akidah dapat membebaskan manusia tunduk kepada sesuatu yang lain. Dua aspek yang perlu diberi perhatian iaitu kepercayaan & kaedah.

ASPEK KEPERCAYAAN
Merupakan perkara asas yang wajib diyakini setiap Muslim. Keimanan dan kepercayaan adalah berasaskan kepada kebenaran mutlak iaitu:

1) Beriman 2) Beriman 3) Beriman 4) Beriman 5) Beriman 6) Beriman

kepada kepada kepada kepada kepada kepada

Allah S.W.T. Malaikat Rasul Kitab hari Akhirat Qada & Qadar

ASPEK KAEDAH

Merupakan kaedah pelaksanaan akidah itu sendiri.

Terdapat tiga prinsip asas akidah iaitu:

Kesatuan: paksi penyatuan manusia daripada pelbagai keturunan,


kepercayaan dan kesatuan fikiran manusia dalam mencari keredaan Allah S.W.T.

Rasional: penggunaan akal fikiran yang logik & al-Quran


menganjurkan manusia sentiasa menyelidik, memahami kejadian alam sebagai bukti keagungan Allah S.W.T.

Toleransi: Islam menuntut umatnya agar memiliki sifat toleransi


yang berlandaskan prinsip akidah dan syariah.

2.Syariah

Bermaksud undang-undang, aturan dan ketetapan Allah S.W.T. bagi mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, sesama manusia dan alam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. Keistimewaan:

1. Sempurna. 2. Lengkap 3. bersepadu 4. Universal 5. Matlamat untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. 6. Tetap

Tujuan syariah:

1. Memelihara agama 2. Memelihara nyawa 3. Memelihara akal 4. Memelihara kehormatan & keturunan 5. Menjaga harta benda

3.AKHLAK

Berasal dari perkataan Arab, khuluk = budi pekerti, tingkah laku & tabiat.

Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah S.W.T, diri sendiri dan makhluk lain.

Akhlak terbahagi dua iaitu Mahmudah (perbuatan baik) dan


Mazmumah (perbuatan buruk)

Islam menekankan persoalan akhlak kerana:


1) ciri yang membezakan manusia dengan haiwan. 2) ketinggian akhlak berkait rapat dengan ketinggian keimanan. 3) keruntuhan tamadun silam disebabkan oleh kepincangan akhlak. 4) Nabi Muhammad S.A.W. sebagai simbol akhlak terunggul.

KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM

Kelahiran

Bermula di kawasan padang pasir yang kontang. Peranan manusia dalam proses pembinaan tamadun (peranan Rasulullah S.A.W membina masyarakat dan negara Islam)

Perkembangan:
Semasa kewafatan Rasulullah S.A.W (632M), tamadun Islam hanya meliputi sebahagian Semenanjung Tanah Arab sahaja. Kemudian ia tersebar luas dan berjaya mengubah kebudayaan masyarakat bukan Arab sehingga meliputi Afrika Utara & sebahagian Eropah, China & Asia Tenggara.

Kemerosotan:
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai Constantinople (1453M). Kerajaan Turki Uthmaniyyah akhirnya runtuh apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh The Young Turks pimpinan Mustafa Kamal.

PRINSIP TAMADUN ISLAM

i.
ii. iii. iv. v.

pengabadian diri kepada Allah S.W.T asas akidah keluhuran nilai kemanusiaan nilai kesucian dan keharmonian hidup tugas khalifah di bumi Allah S.W.T

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

1. 2. 3.

4.
5. 6. 7. 8.

Bersifat rabbani Sesuai dengan fitrah & akal manusia Tidak membebankan Sempurna & menyeluruh Keseimbangan antara rohani & jasmani Sesuai sepanjang zaman Terbuka & toleransi Kesatuan dalam kepelbagaian

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM


1.
2. 3. 4. 5. 6.

Akidah tauhid Sosial Ekonomi Politik Ilmu pengetahuan Kesenian

JIHAD DALAM ISLAM

Maksud jihad ialah usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala keupayaan untuk menegakkan kebenaran dan memartabatkan Islam.
Jihad meliputi semua aspek kehidupan manusia.