Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER KE 7 / 2013

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLIUSIF

FAIL T1A1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: 680401106458001 : : : 680401106458 0195278809 maisarahbakin@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SEKSYEN 13, SHAH ALAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT ENAM 45300,SUNGAI BESAR,SELANGOR TEL : 03-32243953. FAX :03-32243953

KERTAS KERJA PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 6

1. PENDAHULUAN Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia ,dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid khususnya murid yang berkeperluan khas seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama seterusnya dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

1.1 PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana.

1.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 1.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa -Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa

-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas. -Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. -Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik. 1.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) -Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. -Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. -Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. -Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

1.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas 3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. 4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model) 5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

1.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. 3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .

4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. 5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik. 9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

1.5 SENARIO TERKINI DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Permasalahan dan isu yang timbul banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yang dilaksanakan .Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan.Maka penerangan yang jelas dan maklumat yang tepat perlu diberi. . Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak

sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan 3

membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Murid-murid berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnyaberhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas . Manakala guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana

bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program

pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam

menjayakan

program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak kanak kurang upaya. Kementeriankementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.

Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring
kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Manakala badan badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung antaranya ialah

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik.

Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 bakal mengupayakan pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat . Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti Nasional dalam kalangan murid.

2.LATAR BELAKANG SEKOLAH Sek. Keb. Parit 6 merupakan sekolah gred A kawasan luar Bandar. Sekolah ini mempunyai potensi dan berkelayakan bagi Penubuhan memandangkan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

terdapat 1 orang murid yangmenghadapi masalah pem,belajaran dan

berkelayakan untuk mengikuti program pendidikan inklusif . Penubuhan Program Pendidikan Inklusif di Sek. Keb. Parit 6 diharapkan dapat mencapai matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan

Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, Penubuhan dan pelaksanaan program kelas inklusif di sek. Keb parit 6 diharapkan dapat menyokong bagi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.

Diharapkan dengan kerjasama pehak pentadbir

program ini dapat ditubuhkan seterusnya

dilaksanakan dengan jayanya demi anak didik dan martabat pendidikan Negara.

3.0.RASIONAL Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana

4. MATLAMAT

Antara

matlamat

Program

Inklusif

ditubuhkan

di

sekolah

ini

ialah:

1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-

sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti

yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka

menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialamidanseterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.

5. OBJEKTIF1.

1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

6. SASARAN Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

7. AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM INKLUSIF Pengerusi : Pn Hjh Zainab bt Bachik (Guru Besar) Naib Pengerusi : Pn Hjh Fawziah bt Dahlan(GPK Pentadbiran) Setiausaha : Pn Siti Maisarah bt Bakin (SU Kurikulum) AJK : :Pn Puziah bt Jamiaan (Guru Bahasa Malaysia Thn 3) : Encik Mazlan bin Sudek (Guru Bahasa Inggeris tahun 3) : Encik Mohd fadzli bin Mustapha (PPM) : Pn Siti Maisarah bt Bakin (Guru Matematik dan Sains Thn 3) : Pn Norazimah bt Misran (Ustazah)

8. KEPERLUAN LOGISTIK DALAM PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 8.1. TENAGA PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN TERLATIH ( Guru Pendamping, Guru Resos, Guru Pemulihan Khas yang mencukupi ) 8.2. KEMUDAHAN DAN PERALATAN (Alat bantu Mengajar yang bersesuaian dan lengkap, Kemudahan ICT dan lain-lain) 8.3. BILIK DARJAH (Bilik darjah yang bersesuaian, kondusif dan selesa untuk pelaksanaan kelas inklusif) 8.4. SOKONGAN SEMUA PEHAK (Sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah, ibubapa dan badan-badan NGO)

9. RUMUSAN Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan Negara khususnya pendidikan inklusif dan mudah untuk mengubah sikap menerima pendidikan inklusif bukannya kanak-kanak berpendidikan khas. Dalam

seterusnya untuk memenuhi keperluan

memastikan kejayaan

kelas inklusif , Pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak

dengan itu program dapat dilaksanakan dengan berkesan. Untuk kelas inklusif yang Berjaya kerjasama guru biasa dan guru pendidikan khas amat penting, Penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dengan program inklusif ini mesti jujur dalam menangani segala masalah , bersedia menghadapi segala rintangan dan halangan, menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai perbagai perbezaan individu Manakala pihak pentadbir berperanan dalam memberi sokongan dan galakkan dalam menjayakan pelaksanaan program ini. Kerjasama daripada ibubapa dan penjaga yang memberi kebenaran dan sokongan , dengan ini program pelaksanaan kelas inklusif dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan.

10

Maka pendidikan inklusif memberi peluang kea rah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di negara kita seterusnya mengangkat martabat Pendidikan

Malaysia di persada dunia. Maka dengan ini pehak pentadbir dapat menimbangkan penubuhan program pendidikan inklusif berdasarkan kertas kerja ini.

Disediakan Pn Siti Maisarah Bakin (Setiausaha Program Pendidikan Inklusif)

Disahkan oleh Pn Hjh Zainab bt Bachik (Guru Besar SK Parit 6)

12

LATAR BELAKANG MURID 1. Latar Belakang Umum Nama:_Muhammad Hanafi B Mohd. Herman Shah Umur: 9 Tahun Kelas: 3 Tarikh Lahir: 26.8.2004

Tempat Lahir: Hospital Tengku Ampuan Jamaah , Sabak Bernam Jantina : Lelaki Tarikh Masuk Sekolah: 7.2.2011 Ugama : Islam Sekolah Lama: -

Alamat Rumah: No.45, Lrg Ros Biru, Parit 6 Kpg Tbk Pulai, 45300 Sg Besar, Sel. Bandar/Luar Bandar: Luar Bandar Nama Bapa/Penjaga: Mohd. Herman Shah b. Osman Pekerjaan Bapa/Penjaga: Pemandu Lori Pendapatan : RM 500.00 Jauh Dari Sekolah : 1 Km.

Latar Belakang Pendidikan Bapa/Penjaga: S/ Menengah (S/Rendah, S/Menengah, Maktab/Universiti) Bil. Anak: Lelaki 2 Perempuan 1 Bil. Ahli Keluarga : 4 Bahasa Ibunda : Melayu (Sulung, Bongsu, Tunggal dsb)

Bil. Anak yang Bersekolah: 3 Tinggal Dengan Siapa: Bapa Kedudukan Dalam Keluarga : Bongsu Bantuan Belajar di rumah: buku latihan Pengenalan Pra sekolah : Ada ( 1 Tahun) 2. Aspek-aspek Fizikal Tinggi: 120 cm Berat: 25 kg

* Pendengaran : Baik * Sistem Saraf : Baik * Kesihatan Umum: Baik

Penglihatan : Baik Pertuturan : Sedikit Pelat Kesihatan Keluarga : Baik

( Keadaan Fizikal atau kecacatan lain)