Anda di halaman 1dari 2

Nama: _____________________________ Tarikh: __________

Men.1______
Latihan 3
Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang
diberikan.

a. seperti tikus jatuh ke beras


b. seperti harimau menyembunyikan kukunya
c. bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
d. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
e. seperti ayam kehilangan ibu
f. seperti pucuk yang layu disiram hujan
g. seperti mentimun dengan durian; menggolek rosak, kena
golek binasa
h. lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
i. takut titik lalu tumpah
j. seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

1. Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang


sakit beroleh penawar.

2. Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat


kerugian besar.

3. Apabila kita menetap di sesebuah negeri (kampung, masyarakat


dll), kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di
tempat tersebut.

4. Orang yang bijaksaa tetapi menyembunyikan pengetahuan dan


kebolehannya.
5. Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri
tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.

6. Bagaimana perbuatan/perkataan, demikianlah balas dan


jawapannya.

7. Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang atau menyerang


orang yang berani dan pintar akan menerima kekalahan juga.

8. Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak


mahu menceritakannya kepada orang lain.

9. Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah belah


akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan
pengharapan.

10. Lain negeri lain adat resam dan lain cara pemerintahannya.

Anda mungkin juga menyukai