Anda di halaman 1dari 42

1

1.0. Kemahiran Saintifik

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains (KPS)

Kemahiran Manipulatif (KMS)

Kemahiran Proses Sains Asas

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

1.1. Kemahiran Proses Sains Asas

Mengelas

Memerhati

Berkomunikasi

Kemahiran Membuat Inferens Proses Sains Asas Meramal

Mengukur dan Menggunakan Nombor

Menggunkan perhubungan ruang dan masa

1.1.1. Memerhati

Guna deria penglihatan, pendengaran,rasa,bau dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena

Tidak melibatkan interpretasi @ tafsiran berdasarkan pengalaman

Hasil pemerhatian merupakan Boleh dibantu dengan penggunaan alat pengukuran MEMERHATI fakta sains yang boleh digunakan untuk melakukan KPS asas Jenis Pemerhatian yang lain.

Pemerhatian Kualitatif

Pemerhatian Kuantitatif

Pemerhatian Perubahan

Penggunaan organ deria yang tidak melibatkan pemerhatian dalam bentuk jumlah atau ukuran. # warna merah. # berbentuk sfera

Melibatkan jumlah atau ukuran secara perbandingan anggaran atau menggunakan alat pengukur. # Panjang 1.5 cm # 2 kali lebih panjang

Pemerhatian ke atas sesuatu fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia melibatkan pemerhatian kualitatif dan kuantitatif. # warna air bertukar merah #saiz gula-gula semakin kecil

1.1.2. Mengelas

Boleh mengumpul Proses mengumpul objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan objek-objek dalam pelbagai cara Penyusunan dibuat berdasarkan logik dan bermakna

Mengelas
Pembahagian dimulakan dengan ciri yang lebih umum dan diikuti dengan ciri yang lebih spesifik Jenis Boleh menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek-objek

Sistem Siri Objek disusun mengikut sifat tertentu. Contoh :Pelajar disusun mengikut ketinggian.

Sistem Binari

Sistem Multilevel

Suatu set objek dibahagi kepada dua subset berasaskan sama ada objek-objek mempunyai @ tidak sifat-sifat tertentu.

Mmembentuk beberapa peringkat Pengelasan Binari Kepada satu set objek dan dilaksanakan kepada subset seterusnya

1.1.3. Mengukur dan Menggunakan Nombor Proses membuat pemerhatian secara kuantitatif menggunakan alat piawai sebagai unit rujukan Alat Piawai Pembaris, Pita Pengukur, Silinder Penyukat Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan Mengukur dan Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena Membanding masa, jarak,luas dan isispadu dengan unit yang berlainan Mencatat unit dengan Menggunakan skala dan menerangkan nisbah Pengukuran betul Menentukan kejituan ukuran tertentu Memilih dan menggunakan unit yang piawai Mencatat bacaan dengan tepat Mengira dengan mudah Menggunakan alat dengan betul Menggunakan Nombor Membanding objek-objek menggunakan nombor Boleh mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor

Masa

Isipadu

Panjang

Jisim

Jarak

Tinggi

Suhu

Lebar

1.1.4. Membuat Inferens

Membuat Inferens

Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa berdasarkan sebab-sebab atau alasan tertentu dan membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus dan apa yang telah diketahui dari pengalaman yang lampau.

Kesimpulan yang dibuat munasabah tetapi tidak semestinya betul

Untuk menguji kebenaran inferens,eksperimen perlu dijalankan

Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah

Membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian

Mengenal had-had inferens

Menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan

Menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

1.1.5. Meramal

Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu @ berdasarkan databersama pengetahuan sains @ inferens

Menggunakan bukti yang lepas @ ketika itu untuk menyatakan Apa yang mungkin berlaku

Mengesahkan satu kenyataan Mengenai apa yang berlaku @ ditemui berdasarkan bukti @ pengalaman yang lepas

Membezakan ramalan daripada meneka Menentukan hasil Petunjuk Meramal yang mungkin daripada sesuatu Secara eksplisit menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat unjuran Berwaspada dalam Mengekstrapolasi dan menyisipkan sebagai alat membuat ramalan Yakin dengan kejituan ramalan membuat anggapan bagi sesuatu corak yang melampaui bukti yang didapati tindakan

1.1.6.Berkomunikasi

Menyampaikan idea atau infomasi kepada orang lain secara lisan atau bertulis

Proses menerima,menyebar dan berkongsi infomasi dan idea.

Berkomunikasi

1.Bercakap,mendengar @ menulis untuk menjelaskan idea @ makna kepada rakan. 2.Merekod maklumat daripada kajian. 3.Melakar dan membuat nota. 4.Menggunakan dan menerangkan makna simbol. 5.Menggunkankan carta,graf,peta, jadual,rajah,model,gambarajah untuk menyampaikan maklumat. 6.Menyoal dengan jelas. 7.Menggunakan bahan rujukan. 8.Menulis laporan eksperimen supaya orang lain boleh mengulangi eksperimen berkenaan.

Langkah-langkah berkomunikasi

Merekod infomasi daripada pelbagai sumber

Menterjemah infomasi kepada bentuk lain seperti carta,graf,jadual.

Menyebar dan menyampaikan Infomasi melalui pelbagai bentuk dan cara

1.1.7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Perhububungan Ruang dan Masa

Kebolehan untuk menjelaskan arah, susunan dalam ruang, gerakan dan laju,simetri dan kadar perubahan.

Menjelaskan perubahan dalam parameter terhadap masa. Ia melibatkan bentuk dan gerakan terhadap masa

Kenapa Perlu Menguasai 1.Menyedari tentang perubahan berlaku ada hubungan deangan masa. 2.Membantu menyusun peristiwa dalam urutan yang sesuai.

Telah Menguasai Kemahiran ini Apabila Boleh 1.Memperihalkan kedudukan lokasi dengan masa. 2.Memperihalkan perubahan arah terhadap masa. 3.Memperihalkan bentuk terhadap masa. 4.Memperihalkan perubahan saiz terhadap masa. 5.Menyusun peristiwa secara kronologi. 6.Menentukan perubahan dengan menggunakan kadar perubahan. 7.Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang. 8.Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat dari kedudukan yang berlainan. 9.Menerangkan perubahan di antara masa dan jarak objek yang bergerak.

10

11

1.2.Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Mendefinisi Mentafsir Maklumat Secara Operasi

Mengawal Pembolehubah

Membuat Hipotesisi

Mengeksperimen

12

1.2.1.Mentafsir Maklumat

Mentafsir Maklumat

Proses memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa @ pola daripada data yang dikumpul

Kepentingan Mentafsir Data

Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual,graf dan gambarajah.

Data yang dikumpul boleh berbentuk Kualitatif @ Kuantitatif Melihat hubungan antara pembolehubah yang terlibat.

Jenis-jenis Data

Membuat rumusan Gambar Jadual Carta

Graf

Gambarajah

Histogram

13

1.2.2 .Mendefinisi Secara Operasi

Mendefinisi Secara Operasi

Proses member definisi tentang sesuatu konsep atau pembolehubah dengan menyatakan apa yang boleh dilakukan atau diperhatikan.

Huraian prosedur untuk mengukur sesuatu pembolehubah. Apa yang diperhatikan dan bagaimana ia diukur. Pengkaji yang berbeza mungkin menggunakan definisi operasi yang berbeza bagi pembolehubah yang sama.

Tujuan Memberikan konsistensi dan ketepatan dalam penyelidikan saintifik

Digunakan untuk mendefinisikan pembolehubah @ Fenomena yang tidak dapat diukur secara langsung.

14

1.2.3. Mengawal Pembolehubah

Pembolehubah Faktor-faktor,keadaan dan perhubungan yang boleh Mengubah @ diubah dalam satu peristiwa atau sistem

Mengawal Pembolehubah Mengenal pasti semua pembolehubah yang terdiri daripada aspek yang boleh mempengaruhi hasil sesuatu eksperimen. dan menjalankan eksperimen dengan memanipulasikan hanya satu pembolehubah dan menetapkan pembolehubah yang lain sebagai malar.

yang lain sebagai konstan. Jenis-jenis Pembolehubah

Pembolehubah Dimanipulasi Faktor atau keadaan yang diubah untuk menguji kesannya ke atas eksperimen.

Pembolehubah Bergerak balas Hasil eksperimen yang bergerak balas @ bertindak terhadap satu faktor .

Pembolehubah Dimalarkan Pembolehubah yang dikawal atau ditetapkan dalam eksperimen

15

1.2.4. Membentuk dan Menguji Hipotesis

Kenyataan umum yang difikirkan benar tentang hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas Perlu dibuktikan benar dengan menjalankan eksperimen.

Hipotesis

Langkah menguji kesahihan Hipotesis 1.Mengenalpasti pembolehubah. 2.Merancang aktiviti @ eksperimen yang akan dijalankan. 3.Menguji hipotesis. 4.Mengenalpasti maklumat @ data. 5.Membuat kesimpulan mengenai hipotesis.

16

1.2.5. Mengeksperimen

Dirancang dan dijalankan untuk menguji hipotesis

Kesimpulan dibuat berdasarkan hipotesis yang dibuat

Mengeksperimen

Proses pengumpulan dan pentafsiran data dilakukan.

Bahan dan radas yang sesuai digunakan dan cara penyusunan radas dirancang.

Langkah-Langkah Menjalankan Eksperimen

Mengenalpasti masalah

Membuat hipotesis Merancang eksperimen

Melakukan eksperimen

Mengumpul data Menganalisis data Mentafsir data Membuat kesimpulan

Membuat laporan

17

18

2.0. Kemahiran Manipulatif

Kemahiran psikomotor boleh Mengawal @ Kebolehan menggunakan sesuatu dengan mahir melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan projek.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Psikomotor Membolehkan pelajar menguasai:

Jenis dan unit pengukuran

Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat

Penggunaan dan pengendalian alatan sains

Pembersihkan peralatan sains dengan betul

Pengendalian spesimen dengan cara yang betul dan cermat

Penyimpanan alatan sains dan bahan dengan betul dan selamat

19

2.1. Jenis dan Unit Pengukuran

Pengukuran Masa

Pengukuran Panjang

Jenis dan Unit pengukuran

Pengukuran Isipadu

Pengukuran Suhu

Pengukuran Arus Eletrik / Voltan

Pengukuran Jisim

20

2.1.1. Pengukuran Panjang

Pengukuran Panjang

Pembaris Ukuran terkecil 0.1 cm.

Pita Pengukur

Angkup Vernier dan Micrometer Screw Gauge Ukur panjang objek, Diameter luar objek berbentuk sfera @ silinder, Diameter dalam paip, Kedalaman lubang

21

2.1.2. Mengukur Masa

Mengukur Masa

Masa boleh diukur menggunakan alat seperti jam atau sebarang alat yang mengalami gerakan secara berkala.

Jam Randik Mengukur julat masa yang pendek. Alat yang sensitif dua @ tiga bacaan perlu diambil dan masa purata dirakam.

Jam Randik Analog Mengukur masa dalam julat 0.1 saat

Jam Randik Digital Bacaan lebih tepat. Mengukur masa dalam julat 0.01 saat

22

2.1.3. Mengukur Isipadu

Bikar Senggatan adalah anggaran tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan pengukuran

Kelalang Konikal Senggatan adalah anggaran Tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan pengukuran

Mengukur Isipadu

Isipadu ialah jumlah ruang yang diisi. Diukur dalam unit liter dan mililiter

Silinder bersenggat

Picagari

Pipet,Buret, Flask Volumetrik Pengukuran lebih tepat

23

2.1.4. Mengukur Suhu

Mengukur Suhu

Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu objek

Termometer Raksa

Termometer Klinikal

Merkuri dalam bulb mengembang apabila dipanaskan.

Pengembangan menolak ke atas benang merkuri dalam tiub kapilari.

Bulb diperbuat daripada kaca yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri.

Batang kaca berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh dibaca dengan mudah.

24

2.1.5. Mengukur Jisim

Mengukur Jisim

Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek. Unit jisim ialah kilogram dan gram

Neraca Tuas Jenis-jenis neraca

Neraca Spring

Neraca Digital Neraca Tiga Palang

Neraca Mampatan

Membanding jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak diketahui. Ianya tidak dipengaruhi oleh gravity.

Palang Pertama Mengukur jisim 0-10 gram Beam Akhir Mengukur jisim dalam julat 10 grams

Palang Tengah Mengukur jisim dalam julat 100 gram

25

2.1.6. Mengukur Arus Elektrik / Voltan 2.1.6.1. Ammeter

Ammeter Mengukur jumlah arus elektrik,disambung secara bersiri dengan litar elektrik,alat yang sensitif.

Langkah Berjaga-Jaga Elak kerosakan ammeter

1. Ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus

2. Jika arus diukur adalah lebih besar daripada pesongan maksimun skala. Arus berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya.

3. Bila menggunakan ammeter ,penting dimulakan dengan julat yang tertinggi

4.Sambung ammeter dengan cara yang betul untuk menggelakkan Kerosakkan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah. Terminal positif ammeter disambung dengan terminal positif beteri @ punca kuasa,Begitu juga dengan terminal negatif.

5. Sebelum menggunakan ammeter, pastikan jarum ammeter berada dalam kedudukan sifar. Dengan melaraskan pelaras sifar di bawah jarum.

26

2.1.6.2. Volmeter Voltan ialah tenaga yang Alat menyukat voltan. Unit sukatan volt ( V ) diperlukan untuk mengalirkan satu unit cas dari satu titik ke satu titik lain dalam suatu litar elektrik.

Volmeter

Terminal positif pada voltmeter mesti disambung pada terminal positif bateri

terminal negatif pada voltmeter mesti disambung pada terminal negatif bateri.

Volmeter perlu disambung secara selari kepada dua titik untuk mengetahui voltan antara dua titik itu.

27

2.2. Penggunaan dan Pengendalian Alatan Sains 2.2.1. Mikroskop dan Stereoskop

Mikroskop Cahaya

Stereoskop

Mikroskop ini Alat yang menggunakan kanta dan cahaya untuk membesarkan objek.kanta membiaskan cahaya untuk membuatkan objek nampak lebih dekat. Bahagian Kanta mata Kanta objek Klip pentas Pentas Diafragma Cermin Pelaras kasar Pelaras halus Fungsi Membesarkan imej daripada kanta objek. Memfokuskan dan membesarkan objek. Memegang slaid pada kedudukannya. Menyokong slaid sisip kaca Mengawal kuantiti cahaya yang memasuki kanta. Memantulkan cahaya ke dalam mikriskop. Menyelaraskan ketinggian salur mikroskop untuk fokus kasar. Menyelaraskan ketinggian salur mikroskop dengan lebih perlahan dan tepat. Kondenser Salur badan Lengan Tapak Monolong memfokuskan alur cahaya ke atas specimen. Memegang kanta mata pada jarak yang tetap dari kanta objek Menyokong salur. Menyokong mikroskop. membenarkan penglihatan binocular untuk melihat objek yang lebih besar.

28

2.2.1.1. Langkah-Langkah Penggunaan Mikroskop

Langkah-Langkah Penggunaan Mikroskop

Letakkan mikroskop di tempat yang terang

Halakan mata ke kanta mata mikroskop.

Selaraskan cermin dan diafragma supaya cahaya yang cukup dapat masuk ke dalam mikroskop.

Letakkan slaid di atas pentas dan klipkannya

Turunkan kanta objek sehingga hamper menyentuh specimen tanpa memfokus.

Gunakan kanta objek kuasa rendah dahulu untuk memerhatikan slaid diikuti dengan kanta objek kuasa tinggi jika perlu.

Putarkan pelaras kasar diikuti dengan pelaras halus pada arah lawan jam supaya dapat menaikkan kanta objek untuk memfokuskan. objek

29

2.2.1.2. Langkah-langkah Pengendalian Mikroskop

Gunakan kedua-dua tangan untuk mengalihkan mikroskop dengan satu tangan memegang lengan mikroskop dan satu lengan yang lain menyokong tapaknya

Letakkan mikroskop dengan berhati-hati di atas meja yang stabil dan rata.

Jangan basahkan mana-mana bahagian mikroskop.

Langkah-langkah Pengendalian Mikroskop

Elakkan mikroskop daripada terhantuk di atas permukaan yang keras.

Gunakan sehelai kertas pembersih kaca mata untuk membersihkan kanta-kantanya.

Jangan tonggengkan mikroskop kerana kanta mata akan tertanggal keluar.

Mikroskop mestilah sentiasa dijaga dengan bersih serta kering supaya tubuhnya tidak berkarat dan kanta tidak berkulat.

30

2.2.2 .Penggunaan dan Pengendalian Bahan Kimia 2.2.2.1. Penggunaan Bahan Kimia

Bahan kimia berbentuk cecair disimpan dalam botol reagen. Bahan-bahan kimia disimpan dalam bekas-bekas berlabel di tempat yang selamat. Bahan kimia yang meruap dan beracun disimpan dalam kebuk wasap

Makmal Sains

Bahan kimia yang mudah terbakar dan beracun disimpan di dalam almari @ tempat berasingan yang berkunci

Spatula bersih digunakan untuk mengambil bahan kimia yang berbentuk pepejal

Teknik betul diperlukan untuk memindahkan bahan kimia dari satu bekas ke bekas yang lain.

31

2.2.2.2.2. Langkah-Langkah Menuang Larutan

Menuang larutan dari botol reagen ke tabung uji

1.Baca label pada botol reagen supaya bahan kimia yang betul diambil. 2.Pegang botol reagen dengan tapak tangan kanan. Pastikan label menghadap ke arah anda untuk mengelakkan label dikotori oleh lelehan larutan pada tepi botol semasa menuang larutan . 3.Pegang tabung uji dengan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri. 4.Pegang penutup botol dengan jari kelingking dan tapak tangan kiri. 5.Condongkan tabunu uji perlahan-lahan untuk membolehkan larutan mengalir mengikut bahagian tepi tabung uji. 6.Tutup semula botol reagen dan letakkan di tempat asal.

-Gunakan sebatang rod kaca untuk menuangkan larutan dari botol reagen ke bikar atau dari bikar ke bikar. -Gunakan penitis atau salur kaca untuk mengambil larutan kimia yang berbahaya.

32

2.2.2.3. Pengendalian Bahan Kimia Pengendalian Bahan Kimia Jenis Mengakis Contoh Sifat-Sifat Teknik Pengendalian -Gunakan sarung tangan dan kendali di dalam kebuk wasap. Cecair bromine, semua asid dan alkali pekat Memusnahkan tisu kulit. -Guna salur kaca untuk memindahkan larutan ke dalam bekas. -Elak daripada terkena badan.

-Simpan di dalam minyak Mudah Meletup Natrium, kalium dan litium. Gas hidrogen - Sangat reaktif di air dan udara. -Meletup apabila terbakar di udara. paraffin. -Gunakan kuantiti yang sedikit. -Gunakan forsep @ pisau untuk memindahkannya. -Gunakan penghalang plastik semasa melakukan eksperimen.

-Pastikan tiada sumber Mudah Terbakar Alkohol dan pelarut organik. Fosforus.. -Menghasilkan wap yang mudah terbakar. -Membakar apabila terdedah di udara. api berdekatan. -Simpan di tempat yang sejuk dan pengudaraan yang baik. -Simpan dalam air.

33

Pengendalian Bahan Kimia Jenis Merangsang Contoh Hidrogen sulfida, Gas klorin, Wap asid dan ammonia. Sifat-Sifat Mempunyai bau yang kuat dan sengit.. Teknik Pengendalian -Jalankan eksperimen di dalam kebuk wasap. -Elak gas-gas daripada berkumpul dengan mengadakan pengudaraan yang baik.

Beracun Merkuri, Sianida, Azida

Toksid sekiranya teresap ke dalam badan

-Simpan bekas bahanbahan di almari berkunci. -Jangan merasa sebarang bahan kimia. -lakukan eksperimen di dalam kebuk wasap.

. Radioaktif Hidrogen-3, Karbon-14 Membunuh sel dan menyebabkan barah . -Simpan dalam bekas Plastik atau plumbum yang tidak ditembusi oleh Sinaran radioaktif.

34

2.2.3. Penggunaan dan Pengendalian Alatan Elektrik

Pastikan semua kabel elektrik dalam keadaan baik

Pastikan litar tidak melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul

Jangan sentuh peralatan elektrik yang disambung pada punca dengan tangan yang basah

Jangan gunakan Ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tumpahan ke atas alatan elektrik. bahan-bahan logam @ barangan kemas bila bekerja dengan alatan elektrik

35

2.3. Melukis Rajah dan Alatan Dengan Tepat

Gunakan kertas Berikan tajuk Lukisan anda M E L U K I S R A J A H & A L A T A N D E N G A N T E P A T kosong yang mempunyai banyak ruang

Gunakan pensel yang tajam

Labelkan bahagianbahagian objek

Lukiskan apa yang anda nampak sahaja

Gunakan pembaris melukis garisan. Jangan merintangi garis yang berlabel

Lakar rajah yang besar dan mudah

Jangan melorek @ Mewarnakan rajah.

Lukis menggunakan skala yang betul dan sesuai

36

2.4.Pengendalian Spesimen Dengan Betul dan Berhati-hati

Benda hidup yang dibawa ke bilik darjah perlu dijaga untuk tempoh masa tertentu.

Perlunya habitat khusus dibina di kawasan lapang di luar bilik darjah dan penjagaan yang berkala.

Pengendalian Spesimen Dengan Betul dan Berhati-Hati

Kebersihan dan keselamatan apabila mengendalikan spesimen

Membasuh tangan dengan sabun dan air selepas mengendalikan spesimen.

Penjagaan yang lebih kepada spesimen yang memiliki ciri yang boleh membahayakan pelajar

Peringatan! Dilarang merasa @ memasukkan apa jua ke dalam mulut.

37

2.4.1. Pengendalian Bahan-Bahan Biologi

Semua aktiviti yang melibatkan tangan ke mulut perlu dielakkan.

Serangga dan haiwan kecil harus diletakkan di dalam sangkar atau akuarium

Sebarang tumpahan atau kemalangan perlu direkodkan walaupun tiada kecederaan Pengendalian Bahan Biologi Luka perlu sembuh sepenuhnya sebelum mula bekerja. Penggunaan filem,video,computer sesuai untuk aktiviti pembedahan. Alatan kaca dan slaid mikroskop perlu dibasmi kuman sebelum diguna semula. Kecederaan yang disebabkan oleh haiwan yang dikaji perlu dirawat menggunakan antiseptik dan rawatan selanjut perlu diberi.

38

2.4.2. Pengendalian Tumbuhan

Lakukan pemerhatian di lapangan

Pulangkan semula spesimen di lapangan

Pengendalian Tumbuhan

Jangan buang spesimen ke dalam tong sampah

Jangan kendalikan tumbuhan yang beracun

2.4.3. Pengendalian Haiwan (Serangga) Pengendalian Haiwan / Serangga

Lepaskan serangga selepas aktiviti Perhatikan serangga di dalam piring petri yan tertutup

Balut luka sebelum aktiviti untuk langkah keselamatan

39

2.5. Membersih Alatan Sains dengan Betul

Bersihkan alatan/radas kaca dengan menggunakan bahan cuci, bilas dengan air dan keringkan.

Semasa proses pengeringan alatan kaca dalam keadaan berdiri,digantung atau dibiarkan kering di atas rak atau papan pengering.

Selepas menggunakan alat @ radas,pastikan ianya bersih sebelum disimpan.

40

2.6. Menyimpan Alatan Sains Dan Bahan Dengan Betul Dan Selamat

Alatan yang besar dan bekas kimia yang besar seharusnya disimpan pada rak yang bawah.

Bahan perlu disimpan pada suhu yang sesuai

Jangan letakkan bahan yang bahaya dalam bekas yang tidak stabil.

Racun perlu dikunci di dalam kabinet

Simpan semula bahan kimia yang aktif dalam bekas yang gelap

Asid dan bahan yang mengkakis perlu disimpan di dalam kabinet bukan logam dan berlubang

41

42

Anda mungkin juga menyukai