Anda di halaman 1dari 40

PEMARKAHAN

2. ESEI: (a) 3. FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 SESI 2011/2012

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 2

PERANCANGAN AKTIVITI

KUMPULAN UPSI-A20 DISEDIAKAN OLEH NAMA ABDUL RAHMAN B. SHAID @ SHUIB NO. ID D20102043574 NO. TELEFON 019-8527404

NAMA TUTOR E-LEARNING: Puan Fairuz 'Ain Binti Harun TARIKH SERAH: 04 MEI 2012
1|Page

Isi Kandungan

Halaman

1.0

Pendahuluan

2.0

Aktiviti Kreatif Sambutan Maulidurrasul 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Tema Tajuk aktiviti Rasional aktiviti Bilangan murid yang terlibat Durasi aktiviti Peralatan

3 3 4 4 4

3.0

Langkah-langkah perlaksanaan 3.1 3.2 Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat Pertandingan Nasyid

6 6 9

4.0

Unsur-unsur Kreativiti dan nilai murni 4.1 4.2 Pertandingan Sepanduk Pertandingan Nasyid

11 11 16

5.0

Penutup

28

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B

20 31 36

2|Page

1.0

PENDAHULUAN Dalam usaha meningkatkan kreativiti murid, guru seharusnya tahu kaedah-kaedah

untuk memperkembangkan bakat serta pembelajaran murid. Setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah mestilah merangkumi aspek-aspek kreatif dimana aktiviti yang dijalankan itu bermakna, menyeronokkan dan padat dengan nilai-nilai murni bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran murid, sepadan dengan usaha serta tenaga yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan guru. Sehubungan dengan itu, panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran. Berikut adalah perancangan yang telah dilakukan untuk menjayakan aktiviti ini.

2.0

AKTIVITI KREATIF SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2.1 Tema :

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH 2.2 Tajuk aktiviti :

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah , Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu 2012Masehi / 1433Hijriah. 2.3 Rasional aktiviti :

Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak
3|Page

tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam. Justeru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama warga sekolah SK Pasir Kubu ingin menyertai acara Perarakan Maulidurrasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi komuniti murid-murid kearah Cintakan Rasul junjungan mulia.

2.4

Bilangan murid yang terlibat :

Acara ini adalah dikhaskan untuk murid-murid SK Pasir Kubu. Namun guru-guru serta wakil PIBG juga terlibat untuk memeriahkan lagi majlis ini. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid ( SKM ). Oleh itu penglibatan murid adalah tidak ramai iaitu 69 orang jumlah keseluruhan murid sekolah ini dengan 33 orang murid lelaki dan 36 murid perempuan. Aktiviti ini akan dipantau serta dibimbing oleh 14 orang guru termasuk guru besar serta disertai bersama oleh beberapa orang wakil PIBG dengan jangkaan 10 orang. Ini diambil kira atas sebab aktiviti ini dilakukan pada waktu kerja dan bukan pada waktu cuti sekolah.

2.5

Durasi aktiviti :

Aktiviti sambutan MaulidurRasul ini berjalan sepanjang minggu iaitu bermula pada 13 Februari hingga 17 Februari. Aktiviti dari hari Isnin hingga hari khamis dilaksanakan pada waktu perhimpunan pagi bermula pada 7.30 hingga 7.45 pagi. Majlis kemuncak adalah pada hari Jumaat 17 Februari dan dilakukan sepanjang sesi persekolahan. 2.6 Peralatan :

4|Page

Peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada setiap aktiviti yang dijalankan. Dinyatakan di sini adalah peralatan untuk aktiviti tersebut :a) Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat : Kertas lukisan diedarkan untuk setiap murid melukis gambar alam semulajadi berlatarbelakangkan tema MaulidurRasul bertulisan jawi biasa dan khat. Kad Manila diedarkan kepada sekumpulan lima orang murid untuk melukis tulisan khat bertemakan cintakan Rasulullah dengan cara yang kreatif.

i.

ii.

iii.

Kain kosong 2 meter x 6 helai- diedarkan kepada enam kumpulan terdiri dari murid tahun 5 dan tahun 6. Pensil khat diedarkan kepada setiap murid untuk menulis tema MaulidurRasul di kertas lukisan yang disediakan.

iv.

v.

Pen marker satu set pelbagai warna untuk diedarkan kepada setiap kumpulan untuk lukisan / banner di kad manila.

vi.

Poster color / cat PELAKA - pelbagai warna dan diagihkan kepada setiap kumpulan. Oleh kerana warna ini berharga mahal, setiap kumpulan dinasihatkan supaya berkongsi dengan kumpulan lain dengan cara yang berhemah.

vii.

Berus warna- Aktiviti akan dilakukan secara serentak, oleh itu dua dozen berus warna akan disediakan ketika aktiviti dijalankan dan digunakan secara berhemah.
5|Page

viii.

Bekas warna untuk menjimatkan kos, bekas warna dipinjam daripada panitia Pendidikan Seni Visual.

b) Pertandingan Nasyid :Pakaian pakaian bersesuaian mengikut kreativiti ahli kumpulan masingmasing. Berbaju kurung atau berjubah untuk murid perempuan dan baju melayu atau berjubah untuk murid lelaki. ii. Sistem pembesar suara ( PA System )- dipinjam daripada wakil PIBG menggunakan enam mikrofon tanpa wayar. iii. Alat muzik : 1) 2) 3) 4) 5) iv. Perkusi Tamborin Shaker Kompang Yenki

i.

Borang pemarkahan mengikut skema pertandingan peringkat sekolah sahaja. Disediakan dengan kerjasama guru muzik. Set Prop bertema padang pasir dengan kerjasama dari guru-guru SK Pasir Kubu dan kakitangan bukan guru ( KTBM ).

v.

3.0

Langkah-langkah perlaksanaan.: 3.1 Melukis sepanduk dan poster Tulisan Khat

Aktiviti melukis sepanduk dan poster dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahun. Ini adalah berdasarkan kemahiran murid mengikut peringkat umur.

6|Page

Untuk acara melukis sepanduk, murid-murid tahun lima dan enam dikehendaki menyediakan sebuah sepanduk yang bertemakan MaulidurRasul tahun ini PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH . Setiap sepanduk dikehendakki menggunakan tulisan khat untuk tulisan utama dan dibenarkan menggunakan tulisan rumi untuk tulisan kedua. Murid-murid dikehendakki menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencipta sepanduk yang menarik serta mengikut spesifikasi oleh pihak penganjur. Lukisan serta tulisan sepanduk adalah daripada hasil tangan murid-murid sendiri. Guru yang ditugaskan bagi setiap kumpulan hanya memantau serta membantu murid mengikut keperluan sahaja. Aktiviti ini berlangsung pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual atas persetujuan ketua panitia dan pentadbiran sekolah. Setiap kumpulan diberi tempoh selama empat hari dan berakhir pada hari khamis .

Sepanduk akan dipasang pada tiang khas sebelum dibawa berarak pada hari Jumaat 17 Februari 2012 . Setiap sepanduk akan dinilai oleh hakim-hakim yang akan dilantik di kalangan guru sekolah ini. Skema pemarkahan sepanduk akan dinilai meliputi aspek berikut :a) kekemasan, b) keindahan tulisan khat, c) kebersihan hasil kerja d) menepati tema e) kreativiti murid f) kerjasama 5 markah 40 markah 10 markah 20 markah 20 markah 5 markah

Sepanduk yang terbaik akan dinilai berdasarkan skema permarkahan yang telah ditetapkan. Berikut adalah kriteria skema permarkahan yang ditetapkan untuk sepanduk terbaik bagi setiap kumpulan.

a) Kekemasan :

7|Page

Kekemasan dinilai berdasarkan susun atur antara tulisan khat dan hiasan dalam sepanduk tersebut. Susunan yang tidak kemas serta tidak teratur akan menjejaskan markah serta kekuatan seni tersebut.

b) Keindahan tulisan khat : Ini merupakan aspek utama serta markah tertinggi dalam pemarkahan sepanduk. Tulisan khat yang menepati kehendak kurikulum tulisan khat tahun 6 adalah diberi keutamaan. Ini kerana murid-murid tahun 6 telah diajar cara-cara menulis dengan betul tulisan khat dengan betul. Cara penulisan yang betul akan diberi markahpenuh, dan markah bonus dari skema permarkahan untuk bahagian ini akan diberi berdasarkan kecantikan dan keindahan pengolahan tulisan khat tersebut. Muridmurid dikehendakki menggunakan sebaik mungkin kemahiran menulis khat berdasarkan latih tubi penulisan khat yang telah ditunjukkan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran ( P&P ).

c) Kebersihan hasil kerja. : Aspek kebersihan akan dinilai mengikut keprihatinan murid untuk berhati-hati menggunakan warna ke atas sepanduk. Sepanduk yang comot dengan kesan contengan yang tidak diurus dengan baik akan mengurangkan markah sesebuah sepanduk tersebut. Kebersihan hasil kerja juga dinilai berdasarkan kombinasi warna yang sepadan dan konsisten dimana kombinasi warna yang tidak sesuai akan menyebabkan tekanan warna ke atas sepanduk nampak tidak bersih dan comot.

d) Menepati tema : Ini merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan sepanduk ini. Tujuannya adalah supaya murid-murid faham tema yang sesuai atau tepat berdasarkan Sambutan MaulidurRasul tahun ini. Ayat-ayat AlQuran atau perkataan yang ditulis di atas sepanduk serta memenuhi kehendak tema sambutan pada tahun ini akan diberi markah penuh oleh pihak juri. Penggunaan ayat Al Quran atau perkataan yang tidak menepati tema akan menjejaskan markah bahagian ini.

8|Page

e) Kreativiti murid : Bahagian ini adalah pengukuran terhadap peserta bagaimana peserta memanipulasi kemahiran tulisan khat ke atas sepanduk mereka. Hasil kerja yang kreatif dan menarik dinilai berdasarkan keserasian tema sepanduk . Markah tetap akan dipotong sekiranya kreativiti yang diketengahkan tidak sesuai serta mencacatkan keindahan sepanduk peserta. Hiasan-hiasan yang kreatif juga diambil kira selagi ia tidak melanggar norma dan sensitiviti masyarakat.

f) Kerjasama : Aspek ini dinilai dari permulaan penerimaan tugasan sepanduk ini. Ini bermakna hakim bahagian ini akan menilai kerjasama ahli pasukan setiap hari . Ahli pasukan yang pasif dan tidak memberi kerjasama terhadap ahli pasukan masing-masing akan menjejaskan markah. Pemantauan untuk aspek ini akan dilakukan oleh guru yang tidak diketahui oleh murid sebagai hakim.

Dengan skema permarkahan sedemikian diharapkan agar hakim-hakim yang dilantik akan dapat menjalankan tugas dengan telus dan adil serta memenuhi kriteria pemarkahan untuk kepuasan semua pihak. Pemarkahan yang di atur untuk Sambutan MaulidurRasul sekolah ini hanya memenuhi kehendak kesesuaian murid-murid sekolah ini sahaja. Permarkahan ini tidak melibatkan skema permarkahan peringkat luar sekolah seperti peringkat daerah atau peringkat negeri. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Contoh-contoh borang pemarkahan yang akan dinilai oleh hakim yang dilantik mengikut standard pemarkahan Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu boleh dilihat seperti di lampiran A .

3.2

Pertandingan Nasyid

Pertandingan nasyid sekolah ini adalah berlainan dengan pertandingan nasyid untuk mewakili sekolah. Skema pemarkahan pertandingan nasyid adalah mengikut standard
9|Page

keperluan aktiviti Sambutan MaulidurRasul. Sehubungan dengan itu, murid-murid tidak terikat dengan skema pemarkahan nasyid sebenar. Peserta bagi pertandingan nasyid dikehendaki mempunyai wakil setiap kelas bagi satu-satu kumpulan. Setiap kumpulan mesti wujud murid tahun 1 hingga tahun 6. Pengecualian akan diberikan jika kekurangan murid bagi kelas tersebut. Peserta tidak dibenarkan bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Jumlah kumpulan yang bertanding adalah tidak terhad. Tema bagi nasyid pada kali ini hendaklah bertepatan dengan tema MaulidurRasul . Jika tidak bertepatan dengan tema, cukup sekadar nasyid yang bertemakan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Lagu untuk nyanyian nasyid boleh diciplak daripada mana-mana kumpulan nasyid terkenal. Lagu ciptaan sendiri adalah dialu-alukan serta markah bonus akan diberi. Pakaian adalah bebas tetapi hendaklah bersesuaian dengan tuntutan Islam. Pertandingan nasyid akan diadakan pada 17 Februari 2012 ( jumaat ) iaitu pada hari kemuncak sambutan MaulidurRasul. Setiap kumpulan nasyid bebas menggunakan peralatan muzik ataupun minus one. Nyanyian secara Acapela juga dibenarkan. Markah bonus akan diberi sekiranya menggunakan alatan muzik yang disediakan. Pertandingan nasyid juga akan diadili oleh hakim yang dilantik. Oleh kerana ia adalah mengikut standard Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu, penilaian untuk pemarkahan hanyalah di bahagikan kepada tiga aspek sahaja iaitu :i) ii) iii) Suara Lagu Persembahan 50 markah 30 markah 20 markah

Pemarkahan persembahan nasyid akan dinilai oleh dua orang hakim bagi setiap bahagian. Berikut adalah criteria-kriteria bagi pemarkahan untuk persembahan nasyid bagi setiap kumpulan.

Pemarkahan Nasyid

10 | P a g e

a) Suara : Untuk penghakiman kategori ini, kualiti ton suara diambil kira dimana kesesuaian ton suara dan lagu hendaklah seimbang. Begitu juga dengan ketetapan melodi dengan lagu yang disampaikan. Selain dari itu aspek sebutan yang jelas diambil kira sama ada sebutan bahasa melayu atau bahasa arab. Suara ahli kumpulan terutamanya suara solo hendaklah dinamik serta bertenaga setiap kali mengalunkan nada lagu dan berkesinambungan dengan melodi yang dinyanyikan.

b) Lagu : Pemarkahan bahagian lagu hanya untuk tiga aspek sahaja yang akan dinilai iaitu kepelbagaian bentuk, kesesuaian rentak dan gubahan harmoni. Lagu yang sesuai dengan nyanyian setiap kumpulan hendaklah bertepatan dengan aspek-aspek tersebut. Setiap ahli kumpulan dikehendaki menyanyi dua buah lagu dan lagu-lagu tersebut bertepatan dengan tema sambutan ntahun ini.

c) Persembahan : Gaya dan penampilan setiap ahli kumpulan akan dititik beratkan. Walaupun pakaian adalah bebas, pemarkahan untuk penampilan peserta akan diambil kira dan disesuaikan dengan gaya persembahan. Untuk memartabatkan lagi persembahan nasyid ini, etika setiap ahli kumpulan dititik beratkan memandangkan ia adalah majlis agama. Solekan yang keterlaluan oleh ahli kumpulan contohnya akan menjejaskan markah mereka. Begitu juga dengan pakaian yang tidak sopan mungkin akan menyebabkan kumpulan tersebut akan disingkir secara automatik. Ekspresi muka juga penting untuk menunjukkan kesungguhan seiring dengan tempo persembahan . Keberkesanan persembahan sehingga berjaya menarik minat audien merupakan satu bonus bagi kumpulan tersebut.

Untuk lebih jelas lagi, berikut adalah contoh-contoh borang pemarkahan untuk Pertandingan nasyid sempena MaulidurRasul supaya ia Nampak jelas dan difahami.

11 | P a g e

5.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI MURNI 4.1 Pertandingan Sepanduk.

Seni khat adalah tergolong di dalam kategori seni halus. Tulisan khat juga memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya. Dari sudut pandangan kreativiti, dapat kita ambil daripada pandangan Lowenfeld ( 1975) di mana beliau percaya bahawa setiap kanak kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kita lihat pula tokoh lain tentang takrif kreativiti. June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea yang baru. Maka, jika kita kaitkan dengan penghasilan sepanduk dan poster tulisan khat, pelajar cuba mengolahkan sesuatu hasil kerja melalui kreativiti mereka masing masing. Walaupun mereka cuba meniru sesuatu keadaan atau gambaran namun melalui kreativiti mereka, mereka mengolah dan menghasilkan sesuatu hasil yang baru dan mengikut firasat dan pandangan mereka. Saya juga tertarik dengan pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memetik bahawa sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. Tedapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Jika kita kaitkan ketiga tiga proses di atas dengan penghasilan penulisan seni khat maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk sepanduk dan poster mereka. Apabila sesuatu tema telah pun di tetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka seterusnya melakukan pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian. Seterusnya, menggunakan bahan serta teknik yang betul. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar menggunakan bahan seperti pensil khat, berus
12 | P a g e

warna, cat PELAKA, kain kosong, atau kad manila, manakala teknik pula ialah seperti teknik penulisan khat Nasakh, teknik mewarna khat menggunakan berus cat dengan aplikasi motor halus supaya nampak bersih dan kemas mengikut tema permakahan yang ditetapkan.. Dalam aktiviti mencipta sepanduk ini, murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai pelbagai karekteristik yang berbeza. Terdapat murid yang lemah dan ada murid yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Dengan gabungan pelbagai karekter murid dalam satu kumpulan, mereka dapat mengembangkan bakat mereka mengikut kreativiti masing-masing. Ini adalah berdasarkan teori Multiple Creative Talent yang diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau menjelaskan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru meranngsang pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat, iaitu:i. Kreativiti bersifat ekspresif - berlaku secara bebas . Guru membimbingkanak-kanak meluahkan idea untuk menghasilkan karya mengikut kemampuan kanak-kanak. ii. Kreativiti bersifat penghasilan kecekapan menghasilkan sesuatu. Guru membimbing kanak-kanak untuk menambah baik kemahiran sedia ada. iii. Kreativiti bersifat Inovatif modifikasi sesuatu andaian asas secara alternatif. Guru membimbing kanak-kanak membuat modifikasi konsep asas kepada idea baru yang lebih bermakna. iv. Kreativiti bersifat inventif keupayaan mencipta sesuatu benda atau objek melalui proses penerokaan. Guru memberikan pujian dan galakan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak putus asa. v. Kreativiti bersifat emergen merupakan bentuk kreativiti yang tertinggi. Keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak. Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru dapat melihat aspek aspek penting yang perlu diambil kira dan diketengahkan.
13 | P a g e

Untuk lebih jelas lagi, aktiviti melukis sepanduk dan poster menggunakan tulisan khat merupakan aktiviti kreatif yang dapat membantu perkembangan murid dari segi psikomotor ( fizikal ), kognitif, afektif dan persepsi :a) Psikomotor : Melalui aktiviti ini , murid-murid dapat melatih serta meningkatkan lagi kemahiran motor halus mereka dengan menghasilkan seni khat yang halus. Teknik penulisan khat memerlukan kemahiran motor halus yang amat tinggi. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi kecekapan koordinasi jari tangan dengan lebih efisyen. Koordinasi mata-tangan, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan akan terhasil daripada aktiviti seni khat ini. b) Kognitif : Aspek kognitif dapat diperhatikan menerusi pengamatan murid dalam tulisan seni khat. Murid dapat menjelaskan perbezaan antara tulisan biasa dengan tulisan khat. Ia berdasarkan pengalaman murid belajar tulisan khat dan diaplikasikan dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung murid telah dilatih untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berdasarkan pengalaman mereka.

c)

Afektif : Berdasarkan kriteria yang diterapkan borang permakahan, banyak unsur-

unsur afektif dapat dikesan selepas aktiviti ini dijalankan. Antaranya murid akan lebih berhati-hati ketika melaksanakan aktiviti. Dengan aktiviti kumpulan murid akan lebih yakin dengan ahli kumpulan mereka dengan wujudnya kerjasama yang erat. Disamping itu, murid akan lebih bersikap positif dengan keyakinan yang tinggi untuk langkah seterusnya. d) Persepsi : Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya persepsi murid. Ini dapat membantu murid memberi tanggapan yang jelas . Dengan
14 | P a g e

cara ini, murid dapat berkarya dengan lebih baik berdasarkan asas yang telah diberikan oleh guru. Secara tidak langsung aktiviti ini boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni yang telah diketengahkan kepada mereka.

4.1.1 Nilai-nilai murni dalam aktiviti sepanduk dan poster khat : Terdapat beberapa nilai murni yang dapat diketengahkan dalam aktiviti ini . Antaranya ialah:i. Memupuk Semangat Kerjasama :

Aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasama antara rakan. Ini berdasarkan daripada pembinaan kumpulan dalam aktiviti tersebut. Aktiviti seperti ini juga menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. Disamping itu, dengan kerjasama dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara murid. ii. Berdikari :

Dalam aktiviti ini , murid dilarang sama sekali meminta bantuan daripada guru mereka untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi. Secara tidak langsung mereka telah diterapkan dengan nilai berdikari dimana usaha mereka adalah daripada kesungguhan mereka sendiri. Ini akan membuang rasa kebergantungan yang tinggi terhadap guru. Keyakinan diri dapat dipupuk dengan lebih baik lagi. iii. Kerajinan :

Aktiviti yang menyeronokkan biasanya akan menarik minat murid untuk terus menikmati keseronokkan itu. Walaubagaimanapun, keseronokkan itu haruslah ada batasnya. Aktiviti yang diberi ini adalah aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, muridmurid akan timbul rasa tanggungjawab untuk merealisasikan impian mereka. Oleh itu,
15 | P a g e

akan timbul secara sendirinya kerajinan demi memenuhi hasrat mereka. Nilai kerajinan ini mungkin kurang menyerlah sebelum ini. Tetapi dengan melaksanakan aktiviti ini, kerajinan akan membantu murid meyelesaikan tugasan mereka.

4.2

Pertandingan Nasyid :

Nasyid merupakan salah satu cabang seni muzik. Manakala muzik pula adalah sebahagian daripada kreativiti dan estetika, terutamanya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu yang mudah diingati oleh kanak-kanak. Nasyid didefinisikan sebagai salah satu kesenian Islam dalam seni suara. Biasanya ia merupakan nyanyian yang bercorak dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang sejenisnya. Biasanya nasyid dinyanyikan secara acappela dengan hanya diiringi gendang. Metode ini muncul kerana banyak ulama Islam melarang penggunaan alat muzik kecuali alat muzik perkusi ( percussion ). Zaman kian berubah. Nasyid juga sama mengalami perubahan . Nasyid masakini telah berubah dari segi cara penyampaiannya, rentak muzik, malah tema juga berubah mengikut selera pendengar. Nasyid masakini banyak berbentuk nasihat, kasih sayang, ketuhanan dan yang pentingnya, penyampai nasyid juga mestilah mempunyai kriteria yang telah ditetapkan. Apa yang pasti, nasyid merupakan salah satu cabang kreatif yang dapat kita manipulasi untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanakkanak.
16 | P a g e

Dari sudut kreativiti pula , muzik merupakan antara salah satu medium perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Sebagai contoh, kita dapat dengar majoriti kanak-kanak dapat meniru sekurang-kurang dua patah perkataan dari lirik lagu kegemaran mereka kerana berserta dengan iramanya sekali. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nasyid. Ini memberi peluang kepada mereka untuk terlibat sama dalam aktiviti ini disamping dapat memberi pengalaman mendengar, mengeksploitasi visual dan memanipulasi bahan seni kepada kanak-kanak.

4.2.1

Teori berkaitan muzik

Todd dan Heffermen ( 1997 ) membahagikan pengalaman muzik bayi dan kanakkanak mengikut peringkat seperti berikut.:

Bayi dan kanak-kanak 0-1 bulan Pengalaman muzikal Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila mendengar bunyi muzik. 1-4 bulan Menoleh kepala dan mata bergerak mengikut bunyi muzik. Menerima bunyi dan nyanyian tenang. 4-8 bulan 8-12 bulan Tertarik dengan bunyi pukulan gendang. Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi yang lain dapat meningkatkan pengalaman muzik bayi. 12-18 bulan Membuat eksperimen dengan memukul pelbagai alatan muzik dengan cara yang berbeza.

17 | P a g e

18-24 bulan

Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa. Mendengar radio dan membuat pergerakan mengiringi muzik.

2 tahun

Menikmati lagu dan belajar lagu-lagu yang mudah dalam masa yang singkat.

3 tahun

Suka melompat-lompat semasa muzik dimainkan. Boleh mendengar arahan dan menunggu giliran semasa aktiviti muzik.

4 tahun

Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik dijalankan. Dapat mencipta lagu berdasarkan alatan muzik.

5-6 tahun

Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alat perkusi. Mengekspresi muzik dan pergerakan mengikut pola irama dan melodi lagu.

7-8 tahun

Membaca dan menulis simbol muzik. Menikmati pengalaman dalam muzik dan boleh membaca perkataan dalam lirik lagu,

9-11 tahun

Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik lagu berdasarkan kreativiti masing-masing. Menikmati muzik dalam bentuk kumpulan. Memahami elemen-elemen muzik seperti ton, harmoni dan melodi lagu. Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan pergerakan.

Berdasarkan teori tersebut, Todd dan Heffermen percaya perkembangan kanak-kanak terhadap muzik adalah mengikut peringkat-peringkat yang telah dinyatakan. Muzik telah memberi tindak balas kepada kanak-kanak sejak dari bayi lagi sehingga ke peringkat kanakkanak berumur 11 tahun. Ada juga teori yang berpendapat muzik mampu mempengaruhi bayi yang masih berada dalam kandungan ibunya lagi. Tetapi teori ini masih lagi disangkal walaupun telah dibuat kajian oleh beberapa ahli psikologi moden.

18 | P a g e

4.2.2

Teori-Teori Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly

Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman danZoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di Negara mereka masing-masing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-ideayang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri,maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.

Teori Dalcroze

Emile Jaques Dalcroze (1865-1950) telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnyacekap darisegi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telahmendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak danimprovisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatifseharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

19 | P a g e

Emile Jaques Dalcroze

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa:

i.

Tubuh

badan

pelajar

dianggap

sebagai

peralatan

muzik

dalam

menginterpretasikan bunyi ii. ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik.

Kandungan kurikulum pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat,

membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak,kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak.

Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak
20 | P a g e

tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan.

Dua ciri yang penting ialah: i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi. ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi atau pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya kanak-kanak belajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik.

Teori Kaedah Orff

Carl Orff ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan pendekatan pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan
21 | P a g e

muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan diubahsuai khusus untuk mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini.

Carl Orff

Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar atau mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu:

22 | P a g e

i.)Penjelajahan Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba.

contohnya,bergerak seperti seekor binatang.

ii.)Peniruan Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.

iii).Improvisasi Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

iv.)Penciptaan Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi,pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

Kaedah Teori Kodaly

Zoltan Kodaly ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan budaya sesuatu
23 | P a g e

masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal.

Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu:

i.Konsep solfej dari Itali dan Dalcroze.

ii.Suku kata rentak Cheve dari Perancis

iii. Nyanyian tangan Curven dari England.

Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu: i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang. ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan pengalamannya, Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari tahap prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu, Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak mula belajar membaca.

24 | P a g e

Zoltan Kodaly

25 | P a g e

Berdasarkan dari teori-teori daripada ahli fikir-ahli fikir Barat itu, nyatalah bahawa muzik dapat memperkembangkan kreativiti kanak-kanak untuk menyertai pertandingan nasyid . Berikut adalah kesan perkembangan murid dari aspek psikomotor, kognitif , afektif dan persepsi murid dalam acara ini:

a) Psikomotor : Perkembangan motor kasar dan halus murid bertambah serta dapat diperhalusi lagi dalam kemahiran bermain muzik. Murid juga dapat mengawal pergerakan suara serta otot-otot muka dengan lebih efisyen lagi. Ini kerana muzik melibatkan banyak pergerakan walaupun dalam bentuk nyanyian. Pergerakan-pergerakan kreatif ketika bernasyid dapat di cipta dengan baik . Aktiviti ini juga dapat menggalakkan pergerakan secara bebas dan kreatif. Murid-murid juga dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan, peka terhadap bunyibunyian serta postur badan yang ideal.

b) Kognitif : Dengan penglibatan dalam aktiviti ini, murid dapat membina minda yang kreatif, iaitu menggunakan potensi diri mereka didalam penguasaan not-not lagu, melodi dan juga tempo. Bukan itu sahaja setiap alat muzik cara pengendaliannya agak berbeza, disini unsur kemahiran berfikir digunakan seoptimumnya dalam membuat perbandingan cara-cara bermain alat muzik, membezakan bunyi diantara perkusi serta menjana kreativiti dalam penyampain lagu nasyid tersebut, kemahirankemahiran ini dapat membantu mereka membina keyakian dan ketrampilan diri.

26 | P a g e

c) Afektif : Murid akan rasa seronok jika disebut sahaja pertandingan nasyid. Ini akan memberi gambaran yang jelas dengan penglibatan dalam aktiviti ini dapat memberi satu kepuasan serta . Disamping itu, mereka akan menganggap aktiviti ini mencabar serta memerlukan kesungguhan yang tinggi untuk melaksanakannya. Setiap kali diumumkan aktiviti ini akan dilaksanakan, mereka akan berasa teruja untuk menyertainya.

4.2.3 Nilai-nilai murni Melalui aktiviti yang dijalankan ini, beberapa nilai murni dapat diterapkan seperti :

i.

Kesederhanaan Menjadi pelajar yang termasuk dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berpakaian, perwatakan serta besederhana dalam aspek melakukan aktiviti dan rehat. Bagi pertuturan , mafhum daripada sabda Rasulullah Bercakaplah menurut tingkatkecerdasan pendengar. Sementara sederhana dalam melakukan aktiviti dan rehat bermaksud setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut kemampuan dan melakukanya demi setiakawan.

ii.

Rendah Hati (Tawaduk) Untuk lebih Berjaya dan kehadapan, sifata rendah hati dikalangan pelajar dapat dipupuk. Sifat sedia mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri pelajar kerana sesungguhnya mereka akan mudah diterima dan disenangi oleh rakan dan guru-guru.

iii.

Berbudi Bahasa Sentiasa amalkan sifat berbudi bahasa dengan sesiapa jua sekalipun tanpa mengira status kaum dan agama. Setiap tutur kata dijaga , tingkah laku tertib
27 | P a g e

dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan warga sekolah mahupun masyarakat sekeliling.

iv.

Hormat menghormati Setiap perbezaan yang ada dikalangan rakan-raakan tidak kira aras pengetahuan, latar belakang keluarga mahupun jawatan yang disandang disekolah haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara fator kerukunan danmewujudkan suasana sekolah bebas buli. Hormati siapa sahaja yang mereka temui dan hargai jasa siapa sahaja yang telah membantu mereka dengan cara saling bertegur sapa dan menghargai anatara satu sama lain.

5.0

PENUTUP

Dalam setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan sebenarnay secara tidak langsung guru member ruang kepada murid meluahkan kemahiran masing-masing sama ada secara sengaja ataupun tanpa disedari. Didalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah kreativiti memainkan peranan yang penting kerana ianya mampu menggilap kebolehan berfikir dan bertindak murid. Pengalaman yang bermula dengan penerokaan dan dilanjutkan dengan percubaan akan meyakinkan murid untuk berinteraksi mengikut daya kemampuan masingmasing.

28 | P a g e

Justeru pemikiran murid boleh ditingkatkan bukan sahaja melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal tetapi melalui aktiviti tidak formal juga telah berlaku pembelajaran. Ianya melibatkan kemahiran berfikir secara seoadu dan seimbang. Selain daripada itu sahsiah murid dapat dipertingkatkan dalam membina jti diri di kalangan

pelajar. Pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan kerana murid faham akan tujuahn sesuatu kegiatan itu.

Kemahiran yang diterapkan amat berguna kepada murid kerana memberi ruang kepada mereka menerokai dunia disekeliling mereka, merasai pengalamn baru serta mencungkil potensi diri masing-masing sama ada secara sedar mahupun tidak. Ekspresi murid akan terhasil dengan memperkenalkan elemen seni kreatif.

Kegiatan ini menggabungklan asas dalam melaksanakan seni kreatif di sekolah. Setiap kegiatan memerlukan gabung daya kreativiti guru dan murid. Kesediaan, kebolehan dan kosentrasi pemerhatian murid selalunya cepat berubah. Justeru pengajaran yang tiada kepelbagaian akan mengundang kebosanan dikalangan murid-murid.

Ia bukan sahaja memberikan keseronokkan tetapi mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar agar selari dengan perkembanagan intelek dan rohani bersesuai dengan Falsafah Pendidkan kebangsaan di samping itu juga tidak meninggalkan nilai ketimuran.

29 | P a g e

RUJUKAN

Pusat Pendidikan Luar UPSI, KAE 3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan warisan Malaysia, Hari-Hari Perayaan Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan warisan Malaysia, 2006.

Kementerian Pendidkan Malaysia, Buku Sumber Guru (Pendidikan Seni KBSR), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998

Kementerian Pendidkan Malaysia, Jurnal Pendidikan (Penerapan Nilai Murni Merentas Kurikulum), Kuala Lumpur;Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, 1991

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2005

Raja Baharudin Raja Husain, Kursus Amali PMR Pendidikan Seni, Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd, 1999 . Open University Malaysia, HBAE 1203 Perkembangan Seni Lukisan Kanak-kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2007

30 | P a g e

Lampiran A :

a) Borang Kekemasan :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK

KEKEMASAN ( 5 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Susun atur 2) Kesesuaian hiasan

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

31 | P a g e

b) Borang Keindahan Tulisan Khat :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK

KEINDAHAN TULISAN KHAT ( 40 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Menepati kaedah penulisan khat. 2) Pengolahan seni khat menarik 3) Kesepaduan teknik hiasan dan yang

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

32 | P a g e

c) Borang Kebersihan hasil kerja :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK

KEBERSIHAN HASIL KERJA ( 10 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Keprihatinan penggunanan warna. 2) Tidak comot 3) Penggunaan warna sesuai 4) Sepanduk yang bersih yang

Tandatangan Hakim .. ( ) (

Tandatangan Ketua Hakim . )

33 | P a g e

d) Borang Menepati Tema :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK

MENEPATI TEMA ( 20 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Tema sesuai

yang

2) Penggunaan ayat Alquran

yang sesuai 3) Slogan moto atau yang

menepati tema.

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

34 | P a g e

e) Borang Kreativiti murid :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK

KREATIVITI MURID ( 20 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1)Keserasian kreativiti tema 2)Hasil kerja yang kreatif. dengan

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

35 | P a g e

f) Borang Kerjasama :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN SEPANDUK KERJASAMA ( 5 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Kolaborasi antara peserta. 2) Persefahaman antara pasukan ahli

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

36 | P a g e

Lampiran B : a) Borang Pemarkahan Suara :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN NASYID SUARA ( 50 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Kualiti Ton ( 10 markah ) 2) Ketetapan melodi ( 10 markah ) 3) Sebutan ( 10 markah ) 4) Dinamik ( 10 markah ) 5) Kesinambungan ( 10 markah )

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

37 | P a g e

b) Borang Pemarkahan Lagu :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN NASYID LAGU ( 30 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Kepelbagaian bentuk ( 10 markah ) 2) Kesesuaian rentak ( 10 markah ) 3) Gubahan harmoni ( 10 markah )

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

38 | P a g e

c) Borang Pemarkahan Persembahan :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2012 M / 1433 H PERTANDINGAN NASYID PERSEMBAHAN ( 20 MARKAH )

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMOTONGAN MARKAH

JUMLAH MARKAH

CATATAN

1) Gaya Penampilan ( 5 markah ) 2) Etika ( 5 markah ) 3) Ekspresi tempo ( 5 markah ) 4) Keberkesanan Persembahan ( 5 markah )

dan

dan

Tandatangan Hakim .. ( )

Tandatangan Ketua Hakim . ( )

39 | P a g e

40 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai