Sistem ekonomi separa sara diri biasanya terdapat di Kedah dan Perlis. Sistem
ini mengkendaki hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain terutamanya di
negeri pulau pinang sebelum tahun 1909. Di kedah, semua tanah dimiliki oleh
sultan. Rakyat dibenar dibenarkan mengerjakan tanah dan dibenarkan bergerak
bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka. Pada ketika ini, tanah boleh
dijual beli.selain itu,hamper semua barang dikenakan cukai.contohnya garam,ikan
kering,candu dan bahan-bahan tekstil. 10% daripada harga dagangan eksport pula
seperti rotan,getah, perca dan bahan-bahan hutan juga dikenakan cukai.pembesar
yang membawa barang dagangan untuk diniagakan dan melalui kawasan pembesar
lain akan membayar akan membayar cukai sebagai tanda penghormatan kepada
pembesar berkenaan.
Dari segi ekonomi pertanian pula, masyarakat melayu tradisional ini mula
menjalankan kegiatan menanam padi. Terdapat 2 jenis pada iaitu padi huma dan
padi sawah. Petani- petani ini menanam padi sawah seperti di kedah, Kelantan,
Melaka, negeri Sembilan dan Pahang. Dalam penanaman padi amat memerlukan
banyakair. Oleh yang demikian sistem pengairan diperkenalkan untuk membekalkan
air secara berterusan bagi mengairi kawasan sawah tersebut. Tanaman padi huma
pula, tidak memerlukan banyak air. Padi huma ditanam dikawasan lebih tinggi
seperti di lereng- lereng bukit di kawasan pedalaman. Hasil pengeluaran padi
rendah walaupun ditanam secara meluas. Disebabkan teknologi yang digunakan
tidak mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi tersebut. Selain itu, hasil
pengeluaran yang rendah juga disebabkan eksploitasi oleh golongan pembesar.
Mereka terpaksa menyerahkan sebahagian golongan pembesar.