Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AGUNG MSSC BANDAR KALI KE-44 TAHUN 2011 1. Tarikh 2. Masa 3. Tempat : : : 10 November 2011 2.

00 petang Dewan SK Seri Binjai

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 1.2 1.3 Ucapan alu aluan dari pengerusi MSSC Bandar , Pn.Hj Rohana bt Ahmad , Guru Besar SK Parit Bilal . Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan ucapan tahniah kepada semua yang hadir . Pengerusi memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan semasa beliau memegang jawatan sebagai pengerusi MSSC Bandar . Tindakan : Semua yang hadir dan Pengerusi MSSC Bandar

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 2.2 Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu . Dicadangkan oleh Tn. Hj Lokman b. Yunos ( GB SK Parit Lapis ) dan disokong oleh Tn. Hj Selamat b. Sulaiman ( GB SK Bandar ) Tindakan : Semua yang hadir 3. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2011 3.1 3.2 3.3 Pengerusi membentangkan laporan tahunan 2011 . Pengerusi meminta semua ahli merujuk muka surat 12 55 Buku Mesyuarat Agung 2011 . Dicadangkan oleh En. Aziz b. Saman ( SK Parit Lapis ) dan disokong oleh En. Khalid b. Daud (GB SK Bindu ) Tindakan : Semua yang hadir

4. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KIRA-KIRA 4.1 Pengerusi mewakili Bendahari , En. Ho Weng Tack ( GB SJKC Ai Chun 1 ) membentangkan penyata kira-kira berakhir Oktober 2011 dan meminta semua ahli merujuk Buku Mesyuarat Agung 2011 muka surat 56 . En. Daud ( SK Minyak Beku ) telah memberi teguran atas kesilapan menandatangani bagi pihak En.Nasarudin bin Mufti dalam Laporan Pertandingan dan Laporan Kewangan .

4.2

4.3 4.4

RM 0.20 diambil dari murid melalui tabung MSSC untuk disalurkan ke tabung MKZ . Cik Teo Ling Ling ( SJKC Chen Siu 1 ) mencadangkan agar penyata kewangan berakhir Oktober 2011 disahkan dan ianya disokong oleh Cik ( SJKC Chong Hwa ) Tindakan : Pengerusi dan Bendahari MSSC Bandar

5. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2012 5.1 5.2 5.3 5.4 Pengerusi membentangkan anggaran perbelanjaan bagi tahun 2012 dengan merujuk helaian Peruntukan bagi tahun 2012 . En.Mohd Kamal b. Abdullah mencadangkan agar perbelanjaan untuk bola jaring di tambah dari RM425 ke RM 500 untuk tahun 2012 . En.Jamal b. Assalam juga memohon perbelanjaan untuk hoki pada tahun 2012 sebanyak RM1200 berbanding pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM1000 sahaja . Dicadangkan oleh En.Jamal b Assalam ( SK Minyak Beku ) dan disokong oleh En.Mohd Kamal b Abdullah ( SK Bandar ) Tindakan : AJK Tertinggi MSSC dan semua yang hadir 6. PERLANTIKAN PENGERUSI PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PERMAINAN TAHUN 2012 . 6.1 6.2 6.3 6.4 Pengerusi meminta semua ahli merujuk Buku Laporan muka surat 7 10 . Ada pembetulan nama dan no telefon di muka 7 . Perbincangan mengenai perlantikan pengerusi pengerusi jawatankuasa pertandingan MSSC Bandar telah diterima sebulat suara oleh semua yang hadir. pengelola

Dicadangkan oleh Tn.Hj Lokman bin Yunos ( GB SK Parit Lapis ) dan disokong oleh En.Zainudin bin Abu Bakar ( SK Parit Lapis ) . Tindakan : Semua yang hadir

7. USUL USUL 7.1 En.Zaaba b. Dullah ( SK Monfort ) memohon agar setiap murid yang mewakili MSSC Bandar diberikan T-Shirt MSSC Bandar . Walau bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh AJK Tertinggi kerana faktor kewangan . En.M.Nasiruddin b. Johari ( SK Bindu ) mencadangkan agar pihak MSSC Bandar membeli 2 atau 3 set jersi untuk pemain yang mewakili MSSC Bandar di peringat daerah khususnya . Tindakan : Semua yang hadir

7.2

8. HAL HAL LAIN 8.1 8.2 8.3 8.4 En.Aziz b. Seman ( SK Parit Lapis ) mencadangkan agar buku laporan diletakkan isi kandungan bagi memudahkan semua ahli merujuk muka surat . En.Aziz b. Seman juga mencadangkan pemberian cenderahati untuk wakil wakil sekolah yang hadir semasa mesyuarat MSSC Bandar . En. Zaaba b. Dullah ( Sk Monfort ) mencadangkan agar pemilihan olahragawan dan olahragawati diperhalusi dan diberi penekanan dalam bidang yang diwakili . En.Khalid b. Daud ( SK Bindu ) menerangkan bahawa pemilihan olahragawan dan olahragawati adalah sulit dan pemilihan berdasarkan pencapaian tertinggi . Tindakan : Semua yang hadir 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana memberi sokongan dan komitmen pada semua pucuk pimpinan MSSC Bandar . Pengerusi MSSC Bandar 2011 ( SK Parit Bilal ) menyerahkan tugas kepada pengerusi yang baru iaitu SJKC Ai Chun 1 . Tindakan : Pengerusi MSSC Bandar dan semua yang hadir

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang .

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

. ( NASARUDIN BIN MUFTI ) Setiausaha , MSSC Bandar

( ROHANA BT AHMAD ) Pengerusi , MSSC Bandar

Anda mungkin juga menyukai