Anda di halaman 1dari 4

APA ITU TENAGA

tenaga ditakrifkan sebagai satu daya atau kemampuan untuk mengoperesikan kerja atau menghasilkan sesuatu JENIS-JENIS TENAGA tenaga eksogenik =ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari. matahari merupakan punca tenaga yang utama bagi keseluruhan bumi. tanpa matahari, planet bumi akan mati

tenaga solar

APA ITU TENAGA SOLAR


Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas. wikipedia

PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI


PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI

Kepentingan kepada sistem bumi:


Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspekaspek seperti yang berikut:
Kepentingan kepada sistem atmosfera. Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, petir dan lain-lain lagi tidak akan berlaku. Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga suria yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai. Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke udara. Semakin tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yang menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan atau suhu di dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi tepu untuk turun sebagai hujan. Begitu juga dengn angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu tau tenaga di antara dua tempat. Mengikut Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup dri tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini maka angin akan berukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya.

Kepentingan kepada sistem geomorfologi. Untuk membolehkan semua proses geomorlogi seperti luluhawa,hakisan,pengangkutan,dan pemendapan berlaku mesti adanya tenaga haba dari sinar suria. Tenaga ini akan bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik. Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini. Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria(haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.

Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi leburpanas dan sejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga haba diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10 dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10 maka kadar tindak balas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda. Dalam proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kimia yang juga berasal daripada tenaga haba suria yang telah mengalami perubahan. Semakin laju pergerakan air sama ada sungai,ombak, atau glasier maka tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi tinggi. Dalam kes hakisan glasier misalnya, kadar hakisan akan berganda pada musim panas kerana pada masa itu kuantiti glasier yang cair adalah banyak. Kecairan glasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba suria yang mencukupi.
Apakah itu Tenaga? Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Sumber Tenaga secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori; Sumber Tenaga Utama Sumber Tenaga Sekunder Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui. 1. Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:

Bahan Api Fosil - Minyak mentah, arang batu dan gas asli adalah contoh sumber tenaga utama yang tidak boleh diperbaharui. Minyak mentah ataupun petroleum adalah sejenis serbatian hidrokarbon cecair yang berwarna gelap dan pekat yang biasanya didapati di bahagian asas kerak bumi. Arang batu adalah pepejal hitam semula jadi dan digunakan sebagai bahan bakar secara meluas. Gas Asli adalah sejenis sebatian hidrokarbon dalam bentuk gas dan terbentuk di lapisan magma bumi. Bahan Api Mineral Uranium semula jadi seperti Uranium-234, Uranium-235 dan Uranium-238. Uranium adalah unsur logam radioaktif yang berwarna kelabu atau keperakan. 2. Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut: Solar Ia adalah sinaran cahaya dan haba dari matahari Angin Ia adalah pergerakan udara Air Pasang Surut Paras air laut yang naik turun akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Biomass Ia adalah sisa-sisa hutan (seperti pokok-pokok mati, cawangan dan tunggul pokok), serpihan kayu dan sisa-sisa pepejal perbandaran.Biomass juga merangkumi pertanian dan sisa haiwan. Geothermal Ia adalah tenaga yang tersimpan di dalam bumi. Contohnya tempat yang mempunyai tenaga geothermal adalah di kolam-kolam air panas. 3. Sumber Tenaga Sekunder

Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telah berubah bentuk daripada sumber tenaga utama melalui proses penukaran tenaga. Sumber tenaga sekunder juga merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalah dalam bentuk yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepada sumber tenaga sekunder adalah penting untuk pengunaan yang lebih mudah dan memberi manfaat kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunder adalah tenaga elektrik dan bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakar hidrogen sebagai sumber tenaga sekunder masih terhad dan penggunaannya dijangka bertambah pada masa hadapan. Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalam roket. Kapal angkasa mengunakan bateri yang berasaskan sel bahan api hidrogen untuk menjalankan sistem komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenaga elektrik dan kegunaannya adalah pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasan dan peralatan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk, ruang serta pemanasan air, lampu dan lain-lain lagi. Thanesh Kumar Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA)