Anda di halaman 1dari 1

Resepi Nasi Lemak Bahan untuk nasi; 3 cawan beras 1 cawan santan 3 cawan air ( anggaran saja kadar

r air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan) 3 hiris halia 1 helai daun pandan 3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam Cara-caranya * Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bahan Untuk Sambal; 6 sudu besar cili giling 3 biji bawang merah ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk 2 biji bawang besar 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng ) sedikit air asam jawa sedikit belacan jika suka sedikit garam, gula dan perasa Cara membuat sambal;

1. 2.

Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.

3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng. Bahan sampingan lain; ikan bilis goreng timun dihiris kacang tanah telur rebus