Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PERLAWANAN SEPAK TAKRAW


KPLI AMBILAN JUN 2009
(MATEMATIK-1E)

PENYELARAS : EN. CHEAH TONG TIAT

AHLI KUMPULAN
YONG FUI LEI
JESSICA EDWARD
ELAINE F. GEORGE
PRISCILLA SHIM SIAU YII
PERSATUAN SEPAK TAKRAW

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA :

PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT IPGM KSAH

TARIKH :

29 OGOS 2009

TEMPAT :

GELANGGANG SEPAK TAKRAW IPGM KSAH

ANJURAN :

PERSATUAN SEPAK TAKRAW IPGM KSAH

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan

kelulusan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim bagi

mengadakan Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH pada

tarikh, 29 OGOS 2009, bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, IPGM

KSAH.

2.0 PENDAHULUAN

Perlawanan Sepak Takraw di antara pensyarah IPGM KSAH dan

guru pelatih ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan di IPGM KSAH

bagi mencungkil bakat terpendam para guru pelatih dalam bidang sukan

di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan

individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan

juga dalam bidang sukan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan

lagi hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru pelatih di bawah

satu acara yang dianjurkan seperti ini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH ini

dijalankan adalah;

a) Mengasah bakat para peserta serta melatih mereka untuk bermain

dengan lebih baik dan seterusnya dapat mewakili institut ke

peringkat yang lebih tinggi.

b) Menggalakkan penglibatan guru pelatih dalam sukan tradisional


Melayu, khasnya sepak takraw.

c) Membina semangat kesukanan antara guru-guru pelatih.

d) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta.

e) Membina guru-guru pelatih yang sihat dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial.

4.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para

peserta tentang pengurusan pertandingan serta memupuk interaksi positif

dalam kalangan warga IPGM KSAH.

5.0 SASARAN

Setiap peringkat pengajian wajib menghantar 3 pasukan, iaitu;

a) KPLI

b) PISMK – OUM

c) PISMP

d) PPISMP

e) TESL

Terbuka kepada kakitangan dan pensyarah IPGM Kampus Sultan Abdul

Halim.

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PERLAWANAN

Tarikh : 29 OGOS 2009

Hari : Sabtu
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw IPGM KSAH

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI

TUGAS

Sila rujuk Lampiran 1.

8.0 ATURCARA PERLAWANAN

Sila rujuk Lampiran 2.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran 3.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT

IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


PENAUNG

PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI

Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Abdul Halim

PENASIHAT

TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD

Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Abdul Halim

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Ahmad Fuad Bin Abdul Salim

Naib Pengerusi : En. Ronnie Balan Denis

Setiausaha : En. Mohd Baihaqi Bin Mohd Adenan

Bendahari : En. Laswan Bin Sonteng

Biro protokol/urusetia : 1. En. Khairil Anuar Bin Baharom

2. En. Anton Anak Pindog

3. En. Cassidy Chua Chin Boon

Biro publisiti : 1. En. Joey Wong

2. En. Aaron Chia

3. En. Severinus Petrus


Biro peralatan : 1. En. David Arumugam

2. En. Jason Chia Chee Lung

3. En. Amil Bin Jonas

Biro hadiah dan cenderahati : 1. En. Hanafi Bin Omar

2. En. Krishnan A/L Gnanasekaran

3. En. Justinus Bin Tanggang

Biro pengadil : 1. En. Berinus Agang

2. En. Lois Bin Kimbin

3. En. George Sipajan

Biro perubatan dan kebajikan : 1. En. Terbius Yipayin

2. En. Daison Anam

3. En. Norshamshi Bin Shamsul

Biro makanan dan minuman : 1. En. Mohd Zulhafiz Bin Kamarudin

2. En. Kamis Bin Jumat

3. Ustaz Khairiq Bin Jamaluddin

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

Setiausaha
• Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.

• Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu atau

badan-badan tertentu.

Bendahari

• Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.

• Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.

Biro protokol/urusetia

• Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebah.

• Menghebahkan keputusan-keputusan kejohanan.

• Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara.

Biro publisiti

• Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di

tempat-tempat strategik.

Biro peralatan

• Mendapatkan senarai alat yang diperlukan.


• Menyediakan alat-alatan yang diperlukan.

• Menghiaskan khemah dzif.

Biro hadiah dan cenderahati

• Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan.

• Menyusun hadiah dan cenderamata.

• Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Biro pengadil

• Merekod semua keputusan pertandingan.

• Menganalisis kedudukan.

Biro perubatan dan kebajikan

• Menyediakan alat kecemasan.

• Menyediakan tempat rawatan.

• Mengawasi keselamatan tetamu kehormat dan para peserta.

Biro makanan dan minuman

• Menentukan menu dan jenis makanan serta minuman untuk jamuan

makan.

• Menguruskan makanan dan minuman.

LAMPIRAN 2
ATURCARA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT

IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

7.00 a.m - Ketibaan para peserta.

7.30 a.m - Taklimat peraturan dan sistem perlawanan oleh Ketua Pengadil

8.00 a.m - Perlawanan pusingan pertama

12.00 p.m - Rehat dan makan tengahari

1.30 p.m - Perlawanan separuh akhir

3.00 p.m - Ketibaan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,

Pn. Hajah Saadiah Binti Bani.

3.10 p.m - Peringkat akhir Perlawanan Sepak Takraw

4.00 p.m - Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan

Kutipan yuran penyertaan dari peserta : RM 10 X 51 = RM 510

Tajaan dari Persatuan Sepak Takraw : RM184

Perbelanjaan

1. Makanan dan Minuman

Ahli Jawatankuasa / Peserta = RM5 x 78 orang = RM390

Air mineral = RM12 x 7 kotak = RM84

3. Hadiah

Perasmi Pertandingan RM30 x 1 orang = RM30

Pingat emas RM10 x 3 orang = RM30

Pingat perak RM10 x 3 orang = RM30

Pingat gangsa RM10 x 3 orang = RM30

3. Kain Rentang

1 helai = RM100

JUMLAH = RM694

10.0 PENUTUP
Di harapkan dengan penganjuran program ini akan dapat

membentuk jati diri para peserta. Semoga pengalaman dan pengajaran yang

diterima dapat memajukan lagi sukan Sepak Takraw ini di samping memberi

kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan

silaturrahim yang telah sedia terjamin.

Disediakan oleh,

________________________

(MOHD. BAIHAQI BIN MOHD. ADENAN)

Setiausaha Persatuan Sepak Takraw

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Disemak oleh,

_______________________

(AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM)

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Disahkan oleh,
_________________________

(TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD)

Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Abdul Halim.

Diluluskan oleh,

_________________________

(PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI)

Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Abdul Halim.


“KEDAH GEMILANG”

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pn. Hajah Saadiah Binti Bani Ruj. Kami : IPSAH/12/03/1

Puan Pengarah, Tarikh : 20 Julai 2009

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

08000 Sungai Petani,

Kedah Darul Aman.

Puan,

Memohon Kebenaran untuk Menganjurkan Perlawanan Sepak Takraw


Peringkat IPGM KSAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Perlawanan Sepak Takraw ini melibatkan para pensyarah IPGM KSAH


dan guru-guru pelatih dari 5 peringkat pengajian iaitu KPLI, PISMK-OUM,
PISMP, PPISMP dan TESL. Perlawanan ini dicadangkan berlangsung pada
tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 29hb Ogos 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Gelanggang Sepak Takraw

Bilangan peserta : 51 orang


3. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan,
penghargaan terhadap permainan tradisional Melayu dan seterusnya
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para peserta perlawanan.

4. Pihak kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan


daripada pihak puan. Segala sokongan dan kerjasama yang pihak puan berikan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………..

(AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM)

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw

IPGM Kampus Sulatan Abdul Halim,

08000 Sungai petani,

Kedah Darul Aman.

Sk.

Fail Persatuan Sepak Takraw

Anda mungkin juga menyukai