Anda di halaman 1dari 5

EntriBlog

1. Jambatan Pulau Pinang Tempat Lepakku!!

Tengok gambar atas ni..cantik??? Inilah gamabar Jambatan Penang time malam memang cantik. Sebab tu lah aku salu lepak kat bawah jambatan ni. Kat Bawah jambatan ni macam-macam aktiviti kita boleh buat.. ada yang memancing ikan, pancing anak dara pun ada..hak3., ada yang lepak ngan member-member, ada yang buat hari keluarga, BBQ, n macam-macam lagilah. Termasuklah jadi tempat amik gambar..cam gambar ka atas tu.. xramai orang yang thu cam ne nak gi bawah jambatan ni..gamaknyer la terutama orang luar la kan.. So sape-sape yang mai Penang lau nak Lepak sini pandai-pandai lah cari jalan endiri ea 2. 1st Time naik Kapal Terbang.

Ha3akhirnya berjaya juga aku naik kapal terbang (Air Asia) untuk pertama kalinyanya..he Thanks USM support tiket pergi balik ke Sabah. Perasaan aku mula-mula nak naik memang teruja yang amat sangat la, tapi aku xde la aku nak tunjuk sangat keterujaan tu, coz kena la cover sikit..sebab berkumpulan kan..so buat selamber je la..ha3. (buat cam xkesah je..konon2 dah pernah naek la..)

Masuk je dalam kapal Terbang tujeng3!!! Mak oi!!! Seksi siot pramudara dye..ha3. tapi naek kapal terbang ni rase cam naek bus je rupenye..da la sempit..bus lagi selesa kot..tapi Syukurlah dapat jugak merasa..he. Paling

best masa mula-mula nak naek..agak jakun jugak layang penting kena pandai cover takut ade orang nampakkan.

Secara keseluruhannya, naek kapal terbang ni, biasa je pun rasenye..xde apa nak di gayatkan..he tapi yang xbesnye delay..hu dah sampai lewat.. Perjalanan pergi xde masalah sangat tapi time balik tu..boleh plak kapal terbang abes minyak..da bertambah lewat la pejalanannya.. Isi minyak kat Subang dulu pastu terbang balik..hu yang lawaknya, aku dengar krew Kapal terbang tu duk mengataPasal minyak boleh habis..pui!!! Naseb baek xjatuh..

Kat sini aku ada Pesanan untuk Sape-sape yang tidak pernah naek kapal terbang: KORANG MESTI BERALKON SELAMBER WALAUPUN KORANG TERUJA YANG AMAT SANGAT!!! JANGAN NAMPAK SANGAT YANG KITA NI XPERNAH NAEK KAN.. TERUTAMA LAU ADA KAWAN-KAWAN, T XPASALPASAL DORANG GELAKKAN KITA.. Sekian

3. Jalan-Jalan at KOTA KINABALU Disebabkan aku gi sabah ni atas urusan Seri pAduka Baginda ynag di pertuan Agong, makanya xdapat la nak jalan Seluruh sabah tu.. juz jalan dekat-dekat kota Kinabalu jela

UMS- Ini tempat penginapan aku n Brotherhood segala.. UMS ni kira cantik la..n amat Besar, kat dalam ni ada jugak tempat menarik seperti Akuarium (tak ingat nama), ada pantai..adalanskap yang menarik la

1Borneo- Mall yang sangat besar dan popular kat sini..dejat depan UMS je.. Kalau korang gi akan terkejut sakan la melihat gadis-gadis yang cun melecun, menurut infomer kebanyakkannya gadis-gadis ni orang Kadazan dusun.. Kota Kinabalu- Kat sini la kitorang diberi jalan-jalan. Antara tempat yang menarik seperti Pasar Filipina, Pasar Tamu, Jeti untuk ke Pulau-pulau. (Pulau gaya kot namenye..)

4. Majlis Pentauliahan Diraja Palapes IPTA Kali ke-32 tersemat di ingatan. Majlis penuh istiadat gilang gemilang ini berlangsung pada 06 Julai 2013 di Universiti Malaysia Sabah yang mana telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta jajahan takluknya. Pada Majlis Itu seramai 1400 orang Pegawai Kadet palapes Darat, udara, dan laut telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (Rej.Askar Wataniah, PSSTLDM, dan PSSTUDM) dengan pangkat Leftenan Muda. Untuk makluman semua pegawai kadet telah nerkampung di UMS sejak 24 Jun- 05 Julai lagi, bagi menjalani latihan Perbarisan tamat latihan dan Latihan

pergurniaan Watikah. Selama 2 minggu menjalani latihan tersebut semamangnya sangat mencabar mental dan fizikal pegawai kadet. Ramai yang menyumpah-nyumpah kerana latihan agak berat memenatkan sehingga ada ramai yang tumbang. Hal ini kerana untuk menjayakan sebuah perbarisan yang baik sememngnya memerlukan kerja kuat daripada semua pihak agar perbarisan tersebut menjadi kenangan terindah dan paling dingati dalam sejarah. Beberapa Peristiwa yang xduga berlaku apabila, kehadiran Tuanku Sultan agak lambat menyebabkan ramai anggota yang hendak pengsan..agak kelakar

tetapi apa boleh buat digagahi jugalah..Sesungguhnya penantian itu satu Penyiksaan..he Begitu juga semasa Pengurniaan watikah, dimana lain di suruh lain yang dbuat oleh Pegawai Muda..ha3 Macam-macam.. Yang paling best, baru je auliah dah kena Sound dek Pegawai atasan..kuang3!!! Padan muka Apa lagi hendak dikatakan.. Alhamdulillah Pada 06 julai 2013 semuanya berjalan lancar dan kesemua pegawai kadet berjaya ditauliahkan secara rasmi sebagai Pegawai ATM. Siapa Sangka 3tahun penat lelah dalam Pasukan Palapes akhirnya berbaloi dengan tauliah yang diterima. Sesungguhnya detik tersebut akan kekal dalam diri setiap Penerima Tauliah. Selepas Ini masingmasingskan meneruskan kehidupan masing-masing. Ada yang mahu terus kekal aktif dalam pasukan Simpanan, ada yang mahu menjadi Anggota tetap dan pastinya ada yang akan terus meninggalkan bidang yang sangat mencabar ini untuk mencuba bidang yang lain terutama sebagai kerjaya. Semoga Ilmu yang di titik oleh Jurulatih mampu di aplikasi dalam bidang yang akan diceburi nanti..

Tahniah Pegawai Muda Sekalian!!!