Anda di halaman 1dari 8

Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej.

Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respons yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh memperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (e) Guru tidak perlu terlalu ghairah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak; (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya inisiatif murid sendiri. KEMAHIRAN MENDENGAR Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasikan apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. PROSES MENDENGAR Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

a) Mendengar deretan bunyi bahasa Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal. b) Memahami bunyi tersebut Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubung kaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berulang kali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar. c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap unjuran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh memahami malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya. d) Bertindak terhadap bunyi Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis: a) Mendengar secara intensif Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah: i) Mendengar arahan Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya. ii) Menjawab soalan kefahaman Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk

fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya. iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih muridmurid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengetepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tertentu dalam seminggu dan sebagainya. Membuat ringkasan Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

iv)

Menyelesaikan masalah Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersamasama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanya diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami maksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu boleh bertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif. Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boleh membawa perhatian muridmurid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta kesalahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid. b) Mendengar Secara Ekstensif Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.

v)

Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik. Bentuk Kemahiran Mendengar Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah: a) Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. b) Mendengar Secara Bertelau-telau mendengar secara bertelau-telau berlaku di kalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu. c) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap katakata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya. d) Mendengar Secara Membuak-buak Hal ini berlaku di kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menyebut-nyebut kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kalangan pelajar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah. e) Mendengar Dengan Beremosi Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut. f) Mendengar Secara Berhati-hati Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan itu adalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul. g) Mendengar Secara kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.

h) Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. i) Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.

Kemahiran bertutur merupakan kebolehan manusia mengeluarkan buah fikiran, menyampaikan pendapat, meluahkan perasaan dan kehendak hati dengan menggunakan lambang-lambang bunyi serta intonasi yang sesuai dengan maksud ujaran serta penggunaan kosa kata yang sesuai. Individu juga dapat menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan. Tujuan manusia bertutur ialah: Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat Memberi penerangan dan alasan Menunjukkan arah Tujuan manusia bertutur: Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Membina soalan untuk mencari maklumat Bertemu ramah Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan situasi pendengar. Bertutur secara bertatasusila. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah: Aspek sebutan Menyebut perkataan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu iaitu sebutan baku. 2. Aspek tekanan Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan biasanya dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 3. Mora (panjang-pendek) Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 4. Jeda (persendian) Unsur ini juga disebut sebagai persendian. Jeda digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebentar dalam sesebuah ayat yang diucapkan. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza apabila digunakan. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 5. Intonasi Intonasi ialah bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la juga disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang

dituturkan. la boleh menaik, menurun, mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 6. Nada Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 7. Tatabahasa

Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Walaupun lumrahnya dalam bahasa pertuturan tidak mementingkan aspek tatabahasa, tetapi untuk memperoleh kebolehan bertutur yang baik dan berkesan, maka aspek ini haruslah ditekankan. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 8. Kelancaran

Kelancaran bermaksud kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Individu tidak menghadapi masalah dan tiada gangguan semasa sesuatu perbualan berlangsung. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 9.Kefasihan Kefasihan bererti kebolehan bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi individu juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat dengan jelas dan tepat. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN l0. Laras bahasa Kebolehan menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya supaya dapat membentuk berkomunikasi yang berkesan. PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR Peringkat awal 1. 2. 3. 4. Melafazkan pengucapan secara bertatasusila Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi

Peringkat awal Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.

Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan siri gambar atau gambar-gambar bersiri Mendekripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya. Peringkat pertengahan Membaca iklan dan peraturan-peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Memberi komen secara mudah Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju Mendekripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog Bertanya untuk mendapatkan maklumat Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan Peringkat maju Memberitahu arah atau hala tuju sesuatu tempat Memberi ceramah atau syarahan (yang disediakan)

Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan Mendeklamasikan puisi Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, dan novel AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1. 2. 3. 4. Kemahiran Mengecam dan Mengenal Bunyi Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan. Kemahiran Membuat Inferens Aktiviti: Menerangkan sebab musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas?

Kemahiran Menganalisis Maklumat Aktiviti: Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus 5. 6. 7. 8. Membuat rumusan Aktiviti: Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis Membuat penilaian Aktiviti: Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan.