Anda di halaman 1dari 27

TAJUK 5 : PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

Keikhlasan niat Berilmu Beramal dengan ilmu Menyampaikan apa yang diketahui Bersabar

: ,
Maksudnya: daripada Umar bin al Khattab r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat apa yang dia niatkan. Sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.

WAJIB mengikhlaskan niat dalam segala amalan dan ilmunya kerana Allah SWT Hadith Nabi:

MESTI

berilmu dan mempelajari ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu pengetahuan, seseorang akan mengenali:
Halal dan haram Kewajipan dan tanggungjawab Adab dan keperibadian

MESTI seorang guru itu beramal dengan ilmunya sehingga ia menjadi ikutan yang baik dan zahirnya bertepatan dengan batinnya. MESTI meyakini bahawa dia akan dipersoalkan oleh Allah tentang ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Maksud hadith Nabi: Tidaklah berganjak dua kaki manusia itu (pada hari kiamat) sehingga ditanya tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang ilmunya pada apa yang dilakukan, tentang hartanya dari mana ia perolehi dan apa yang dibelanjakan, tentang jasadnya pada apa yang dihabiskan.

Menghiasi

diri dengan akhlak yang mulia Meyakini bahawa dia akan dipersoalkan Allah tentang ilmu yang dimilikinya. Kesimpulan:

Muslim mestilah bersungguh-sungguh menuntut ilmu Menjadikan tingkahlakunya bertepatan dengan apa yang dipelajarinya Berniat baik dalam menuntut ilmu (mencari keredhaan Allah)

Menyampaikan ilmu adalah amanah Allah


Berwaspada dari menyembunyikan ilmu dan tidak menerangkannya dengan jelas kepada manusia Menggalakkan manusia melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan Melalui ilmu dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah dan dapat membezakan antara yang batil dan yang hak. Jika kesedaran ini wujud dalam setiap diri pendidik, sudah tentu mereka akan berhati-hati dalam merancang kurikulum dan bidang keilmuan.

Proses

pendidikan dipenuhi dengan kepayahan dan kesusahan


tidak sabar, menyebabkan guru menjadi jemu dan tidak aktif Rasulullah merupakan orang yang paling tinggi sabarnya

Jika

Sesungguhnya

1. Amanah
7. Penyayang

2. Benar NILAI-NILAI MURNI SEORANG PENDIDIK

6. Ikhlas

3. Bijaksana

5. Dedikasi

4. Bersyukur

1. AMANAH Bermaksud : percaya , jujur Dalam erti kata lain : sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa atau kedudukan.

2. BENAR Bercakap benar dan menepati janji Menurut Al-Ghazali, Hendaknya guru senantiasa jujur kepada setiap murid. Jangan biarkan murid-murid bertingkah laku buruk. Dan jangan sekali-kali membicarakan keburukan teman guru lainnya di hadapan seorang murid Hindarkan mengajarkan pelajaran yang berada di luar kemampuan berpikir murid.

3. BIJAKSANA
Menggunakan pemikiran yang bijaksana dalam membuat keputusan atau tindakan

Harus cerdik dan terampil dalam menciptakan metode pengajaran


Menurut Al-Ghazali, Hendaknya guru senantiasa jujur kepada setiap murid. Jangan biarkan murid-murid bertingkah laku buruk. Dan jangan sekali-kali membicarakan keburukan teman guru lainnya di hadapan seorang murid Hindarkan mengajarkan pelajaran yang berada di luar kemampuan berpikir murid.

4. BERSYUKUR
Mempunyai perasaan dan perlakuan menghargai pemberian yang diterima Berpuas hati dengan anugerah serta pemberian yang diterima oleh Allah Dalam surah Al-Baqarah : 172

5. DEDIKASI
Sikap rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalanjalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benarbenar berserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-Ankabuut, 29:69)

6. IKHLAS

Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan gajaran
Al-Ghazali juga ada menyebut : Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih penting daripada ibadat belajar.

7. PENYAYANG Terhadap anak murid dan rakan sejawat Kesan : Dapat menjalinkan hubungan yang sihat Al-Ghazali juga ada menyebut : para guru hendaknya memiliki sifat kasih sayang terhadap murid-muridnya, dan memperlakukan mereka dengan lembut laksana mereka memperlakukan anaknya sendiri.

Pujian terhadap murid dan kesalahan yang dilakukannya, Al-Ghazali berujar, Pujilah dan doronglah murid-murid apabila perbuatan mereka patut mendapatkan pujian. Maafkanlah mereka apabila mereka baru melakukan kesalahan satu kali, tetapi manakala ia mengulangi kesalahannya, peringatkanlah ia secara tersendiri. Untuk membetulkan kesalahannya, janganlah mencaci-maki mereka. Serta jauhkanlah mereka dari temantemannya yang jahat, lantaran ini adalah hal amat mendasar bagi pendidikannya.

SIFAT-SIFAT GURU YANG TIDAK BAIK

1. Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar
2. Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan

3. Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu

Guru

Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALLAH

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.

2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. 5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. Melibatkan diri dengan program yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Guru muslim hendaklah : Memastikan penguasaan ilmu takhassus (ilmu Qiraat) secara mantap dan mendalam.
Beriltizam dengan amanah ilmiah. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi kerohanian Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Hendaklah menjalankannya dengan jujur.


Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. Harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumatmaklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang berakhlak dan beragama. Haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

Tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerjakerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
Tidak memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian kepada para pelajarnya. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.