Anda di halaman 1dari 13

Panduan Menjadi Guru Di Rumah.

Teknik Ringkas Untuk Mengajar Anak-Anak Pelajaran Sekolah.

Pendahuluan
Selepas anak-anak anda belajar di sekolah atau tadika, anda perlu sentiasa memantau keadaan mereka di rumah. Di sekolah terdapat ramai pelajar dan anak-anak anda mungkin tidak faham apa yang di pelajari oleh mereka. Anak anda juga mungkin ada sifat pemalu untuk bertanya kepada guru mereka di sekolah. Jadi, adalah penting untuk anda memantau keadaan pelajaran mereka.

Anda tidak perlu ada ijazah untuk menjadi guru pada anak-anak kerana ibu bapa adalah guru sebenar anak-anak. Anda juga tidak perlu menjadi pandai untuk mengajar anak anda kerana apa yang perlu lakukan adalah hanya memantau keadaan mereka bukannya mengajar secara terus. Ini bermakna, anda perlu ambik tahu apa yang anak anda tidak faham dan apa yang anak anda faham.

Jika anda pandai, anda boleh ajar anak anda. Jika anda tidak mampu untuk mengajar, anda boleh mendidik anak anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut seperti memaksa anak anda untuk bertanya pada guru, upah guru tuisyen dan sebagainya.

Di dalam laporan ringkas ini, saya menulis panduan ringkas bagaimana hendak menjadi seorang guru di rumah. Selamat membaca.

Kesabaran itu penting


Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat bengis. Ada di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham sesuatu yang mereka rasa senang.

Apapun, tindakan mereka salah kerana anak-anak adalah suci dan tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan. Kebolehan anak-anak tidak sama dengan kebolehan anda sebagai ibu bapa. Jadi, anda perlu ada sifat sabar ketika mendidik anak-anak anda di rumah. Anak-anak perlukan bantuan dari anda.

Mungkin di sekolah, guru yang mengajar mempunyai sifat garang. Jika anda turut mempunyai sifat garang, ia mungkin akan menyebabkan anak anda berada dalam keadaan yang lebih tertekan. Ini kerana mereka risau kerana akan di marahi oleh anda jika mereka melakukan kesilapan.

Ketika mendidik, anda perlu sentiasa menerapkan perasaan sabar. Objetktif anda menjadi guru di rumah adalah untuk memastikan anak-anak anda tahu apa yang mereka perlu tahu dan faham apa yang mereka belajar di sekolah atau lebih tepat memantau prestasi pelajaran anak-anak anda.

Penyesuaian diri
Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan anak-anak anda. Cara mereka mempelajari sesuatu adalah berbeza dari anda dan orang lain. Anak anda mungkin akan lebih cepat mahir jika sesuatu pelajaran itu di sertakan dengan gambar rajah, peta minda atau lain-lain. Anda perlu peka keadaan anak anda.

Ada juga di kalangan anak anda yang memang secara semulajadi memiliki akal yang bernas. Mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu pelajaran itu. Ada juga di kalangan anak anda yang sangat lambat menerima sesuatu ilmu. Jadi anda perlu pantas dalam menilai kepakaran dan kemahiran yang ada dalam diri anak anda.

Anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan anak anda. Ada anak yang suka bersukan dan beriadah. Ada juga yang tidak suka bersukan tetapi lebih suka menghabiskan masa bermain permainan video dan duduk di rumah. Anda jangan paksa anak anda melakukan sesuatu yang mereka tidak suka. Sesuaikan diri dengan perangai mereka.

Selepas anda faham sepenuhnya pemikiran anak anda. Barulah anda tentukan teknik yang sesuai untuk mendidik anak anda. Sebenarnya, memantau dan mengajar anak belajar di rumah adalah lebih baik dari menghantar mereka ke tuisyen. Ini kerana, kita tidak tahu sama ada anak anda suka atau memperoleh sesuatu jika anda menghantar mereka ke sana.

Memantau anak belajar bermakna belajar bersama dengan mereka. Jika mereka tidak faham sesuatu, anda boleh terangkan kepada mereka jika anda tahu. Jika anda tidak tahu, cuba anda adakan perbincangan dengan anak anda untuk mencari penyelesaian bersama-sama. Anda boleh gunakan internet untuk mencari maklumat. Jika masih tidak jumpa, anda suruh anak anda tanya pada guru di sekolah. Pastikan ada penyelesaiannya.

Empat masalah utama anak yang perlu anda kenal pasti

Ada empat masalah utama yang menganggu anak anda dari menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di dalam pelajaran. Empat masalah tersebut adalah degil, otak yang tidak mampu menerima ilmu dengan cepat, tidak minat pada ilmu tertentu dan ADHD. Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Cuma yang membezakan mereka adalah garisan permulaan.

Ada orang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang cerdas, ada orang yang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang kurang aktif dan perlu melatih otak mereka dengan sendiri untuk mencerdaskan otak mereka. Ada di kalangan anak anda sebenarnya sangat bijak tetapi mereka degil. Mereka degil untuk belajar. Mereka tidak belajar dengan sebetul-betulnya. Mereka tidak membuat latihan, tidak membaca dan sebagainya.

Masalah Degil Untuk menangani masalah anak degil, anda perlu pandai memujuk mereka untuk belajar. Kadangkala, mereka sebenarnya masih tidak matang. Mereka masih suka bermain. Sebenarnya jika anak anda berada di sekolah rendah, biarkan mereka bermain kerana itu adalah cara mereka untuk mengasah bakat mereka. Apabila masuk ke sekolah menengah, barulah anda memujuk mereka untuk belajar demi masa hadapan mereka.

Ketika ini, mereka sudah sedikit matang dan akan mengikut cadangan anda. Sebab itu, adalah penting ketika mereka kecil anda rapat dengan mereka supaya apabila mereka meningkat remaja, mereka akan dengar cakap anda. Ketika kecil, mereka mungkin manja dan suka bermain. Apabila meningkat remaja, mereka sudah matang dan jika anda rapat dengan mereka, mereka akan dengar cadangan dan pendapat anda.

Otak Yang Tidak Mampu Menerima Ilmu Dengan Cepat Masalah kedua yang membelenggu anak anda adalah mereka berada dalam keadaan tidak bersedia untuk belajar iaitu mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu. Untuk selesaikan masalah ini, anda perlu kaji apa kenapa anak anda tidak bersedia. Selalunya, mereka tidak bersedia di sebabkan corak pembelajaran yang agak serius.

Mereka masih kanak-kanak dan fikiran mereka penuh dengan keseronokan. Di sekolah, pembelajaran mungkin agak serius. Ini membuatkan mereka rasa tertekan dan malas hendak belajar. Jadi, mereka bukannya bodoh tetapi mereka cuma berada dalam keadaan yang tidak sesuai dengan mereka. Jangan cepat hukum mereka. Mereka mungkin boleh melakukan yang terbaik jika anda ubah corak pengajaran.

Tidak Minat Pada Ilmu Tertentu Masalah ketiga yang mengganggu prestasi pelajaran anak anda adalah tidak minat pada subjek tertentu. Untuk atasi masalah ini, anda kenal pasti semua pelajaran yang anak anda minat dan anak anda tidak minat. Bagi pelajaran yang anak anda minat, anda asah dia supaya cemerlang dan boleh ke tahap maksimum. Bagi pelajaran yang anak anda tidak minat, anda boleh gunakan cara yang berbeza untuk mengajar mereka. Kadangkala, anak anda bukan tidak minat, cuma mereka tidak nampak potensi pelajaran tersebut.

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) Jika anak anda ada ADHD, anda perlu dapatkan nasihat dari pakar. Anda boleh pergi ke klinik kanak-kanak untuk kaunselling yang lebih tepat.

Aura pembelajaran yang positif.


Positif bermakna bagus. Dalam proses anda mendidik anak anda di rumah, aura positif perlu di terapkan. Tiada peraturan yang menyatakan kita perlu memarahi manusia yang bodoh atau kurang pandai dalam pelajaran. Anda perlu tenang dan sentiasa terapkan aura positif di dalam aktiviti pembelajaran.

Contohnya, jika anak anda berjaya menyelesaikan satu masalah atau memahami sesuatu yang agak sukar atau berjaya ke peringkat seterusnya, anda puji atas kejayaan mereka. Jadi, mereka akan sentiasa bersemangat kerana mereka rasa usaha mereka di hargai.

Bagi anak yang lambat faham atau melakukan kesalahan. Jangan hukum mereka, tetapi beri galakan kepada mereka dengan cerita motivasi atau tenangkan fikiran mereka. Jangan beri tekanan, biar masa yang mematangkan mereka.

Untuk anak yang degil dan malas, anda perlu hukum mereka dengan lembut. Bagi mereka yang degil, jika kita melayan mereka dengan terlalu lembut, mereka akan pijak kepala. Jika kita layan mereka dengan terlalu keras, mereka akan mula memberontak. Jadi perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan mereka adalah tidak mengendahkan mereka.

Jangan berleter atau memarahi mereka tetapi cakap dengan lembut pada mereka bahawa anda tidak suka kalau anak anda degil. Selepas itu, jangan endahkan mereka. Anak tersebut pasti akan mula sedar dan akan mendengar cakap anda. Pujuk mereka yang anda mahu mereka jadi pandai demi masa hadapan. Jangan gelojoh, biar masa yang tentukan segalanya.

Anak adalah segalanya. Kadangkala, anak anda tidak perlu menjadi terlalu pandai tetapi cukuplah mereka tahu bagaimana hendak berdikari nanti. Beri peluang pada otak anak anda untuk berkembang dengan sendirinya. Biarkan masa menentukan semuanya. Sama ada anak anda menjadi doktor, kerani, guru atau apa sahaja, biarlah mereka dengan takdir mereka. Asalkan mereka mampu berdikari dengan sendiri, anda sudah berjaya menjadi ibu bapa kepada mereka.

PRODUK PEMBANGUNAN DIRI AFTL


GeniusXtra GXTRA
GeniusXtra & GXTRA, Produk makanan minda terkini AFTL - Penggunaan Teknologi VNP AFTL dipermudahkan lagi dalam bentuk makanan berasaskan 100% gula sukrosa / glukosa. Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia. Keberkesanan GXTRA Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan. Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur. Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca. Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan. Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel. Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf. Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.

AuraCorrector Sticker
AFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini seperti memori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini. Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTL AuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yang segar atau fresh life energy daripada Sistem Propritori kepunyaan AFTL Technology Sdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal 5% - 10% kepada melebihi 10%.

Aura Nursalama
Aura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulih dan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untuk menarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undangundang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistem bioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupan seharian. Nursalama & Keberkesanannya Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang. Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat. Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis. Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif. Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu. Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.

AFTL STUDENT SYNC dengan Teknologi Lebih Pantas Dari Cahaya direka khas untuk membina hologram diri bagi mengimbangi HATI, AKAL, TUBUH, ROH dan berupaya merubah diri ke arah WARAS FIKIRAN, TENANG HATI DAN SIHAT TUBUH. Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia jika banyak perkara-perkara positif yang tersimpan banyaklah perkara-perkara yang mengembirakan mendatang dalam kehidupan. Malangnya, jika sebaliknya, banyaklah pula perkara-perkara buruk yang mendatang dan memerlukan pemulihan. AFTL STUDENT SYNC direka khas untuk memulihara minda pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam akedemik. Mengimbangi hati & minda dengan cara menapis membuang minda yang tidak sihat . Kesannya, pelajar tajam fikiran, sentiasa tenang hati, sihat, ceria dan cemerlang. Perlu diingat sistem ini bukan penganti kepada proses pembelajaran biasa.

PENGEDAR DIPERLUKAN Hubungi IDEA CYBER ENTERPRISE Web : www.mindagxtra.com Email : mindagxtra@gmail.com Tel : 0196823680

POTENSI PENDAPATAN DENGAN PELAN PENGEDAR PRODUK PEMBANGUNAN DIRI AFTL


PAKEJ PELAN PENGEDAR Sambilan (tak berdaftar)
PENGEDAR Mini Set 1 : KEUNTUNGAN 15% BELIAN 3 PEK (12 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 33.15 sebotol Sabah Sarawak: RM 35.70 sebotol PENGEDAR Mini Set 2 : KEUNTUNGAN 20% BELIAN 5 PEK (20 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 31.20 sebotol Sabah Sarawak: RM 33.60 sebotol

PAKEJ PELAN PENGEDAR (Berdaftar)


PENGEDAR PEARL : KEUNTUNGAN 28% BELIAN 10 PEK (40 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 28.08 sebotol Sabah Sarawak: RM 30.24 sebotol Modal = RM 1123.2 Jualan = RM 1560 Untung = RM 436.80

PENGEDAR BRONZE : KEUNTUNGAN 31% BELIAN 20 PEK (80 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 26.91 sebotol Sabah Sarawak: RM 28.98 sebotol Modal = RM 2152.80 Jualan = RM 3120 Untung = RM 967.20 PENGEDAR SILVER : KEUNTUNGAN 34% BELIAN 40 PEK (160 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 25.74 sebotol Sabah Sarawak: RM 27.72 sebotol Modal = RM 4118.40 Jualan = RM 6240 Untung = RM 2121.60 PENGEDAR GOLD : KEUNTUNGAN 37% BELIAN 80 PEK (320 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 24.57 sebotol Sabah Sarawak: RM 26.46 sebotol Modal = RM 7862.40 Jualan = RM 12480 Untung = RM 4617.60 PENGEDAR PLATINUM : KEUNTUNGAN 40% BELIAN 160 PEK (640 BOTOL) Semenanjung Malaysia: RM 23.40 sebotol Sabah Sarawak: RM 25.20 sebotol Modal = RM 14976 Jualan = RM 24960 Untung = RM 9984.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi :IDEA CYBER ENTERPRISE JB 9566, JALAN BGB 4, TAMAN BATU GAJAH BAKTI, 77300 MERLIMAU, MELAKA Email : mindagxtra@gmail.com Web : www.mindagxtra.com Tel : 0196823680