Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Guru bahasa Melayu perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa Melayu itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan. Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Dalam objektif mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah juga mensasarkan agar pelajar dapat: i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. menggunakan bahasa baku meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera; dan x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan.

Model ASSURE Model ASSURE merupakan ringkasan atau neumonik daripada beberapa perkataan iaitu: Analyze Learners (Analisa pelajar) State Objectives (Nyatakan objektif) Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media) Utilize media and Materials (Menggunakan media) Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar) Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan)4

Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambilkira media dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik darjah. Sungguhpun begitu, apakah rasionalnya model ASSURE ini? Rasional Ciri-ciri Model ASSURE dalam Pembangunan Courseware Menganalisis Pelajar (Analyze Learners) Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Menyatakan objektif (State Objectives) Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada courseware5

yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson (1996) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu courseware amat perlu bagi memastikan keberkesanan courseware yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka pembangunan courseware seperti Flash Protractor yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru. Memilih kaedah dan media Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai courseware yang sesuai dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri model ASSURE. Media atau courseware yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan aktiviti gunung berapi kepada pelajar geografi tingkatan 4. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Adakah ciri ini sesuai diaplikasikan untuk membangunkan courseware? Tegasnya, walaupun pelbagai media boleh digunakan, saya berpendapat guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar. Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran geografi bagi sub topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan.6

Menggunakan media Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Berdasrkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, 60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambikira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan waktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu. Tindak balas pelajar Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini? Ringkasnya, pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara hands-on seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar. Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasankawasan perlombongan pada peta Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsankawasan perlombongan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. Courseware yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan courseware yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. 7

Justeru itu, courseware yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menilai dan menyemak semula bahan Penilaian courseware boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan courseware secara men yeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan courseware pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan courseware pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.8

Penutup Tidak dapat dinafikan, dalam usaha penggunaan teori konstruktivisme dalam proses P & P, terdapat beberapa cabaran serta masalah yang perlu dikawal dan ditangani untuk memastikan teori ini dapat diimplementasi dengan berkesan. Disebabkan teori konstruktivisme menggalakkan para pelajar untuk membina pengetahuan sendiri berdasarkan idea-idea sendiri, kemungkinannya jawapan yang diperoleh oleh para pelajar tidak begitu konstruktif seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai tahap pemikiran serta cara pemikiran yang berlainan. Meskinpun para pelajar akan melatih daya pemikiran mereka, akan menjadi suatu masalah untuk menjadikan sebuah kelas konstruktivis efektif dalam melengkapi mereka dengan ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, setiap guru masing-masing mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah disediakan. Kelas konstruktivis lebih menekankan penerokaan yang lebih bebas oleh para pelajar dalam sesuatu bidang. Masalah yang mungkin timbul daripada kebebasan ini adalah bahawa para pelajar akan mengemukakan pelbagai persoalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran. Akibatnya, sukatan pelajaran yang patut diajar tidak dapat dihabiskan dan para pelajar mungkin mencapai keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan awam. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan [17] seperti kebolehan para pendidik, kedudukan kewangan keluarga para pelajar yang masing-masingnya berlainan (ini menyediakan persekitaran yang mungkin kondusif ataupun sebaliknya bagi para pelajar yang berlainan status ekonomi), sikap ibu bapa yang berlainan dan kurangnya sumber maklumat bagi sesetengah kumpulan pelajar. Akan tetapi, haruslah disedari bahawa cabaran-cabaran tersebut bukanlah mustahil untuk diatasi. Dengan adanya kerjasama yang utuh antara guru-guru dengan ibu bapa serta subsidi oleh pihak kerajaan, pendidikan yang mempunyai unsur konstruktivis dapat mencapai matlamatnya dengan para pelajar. Tambahannya, teori-teori pembelajaran yang lain juga dapat digabungkan dengan teori konstruktivisme untuk membentuk pendidikan yang lebih terkawal dan boleh diajar mengikut sukatan pelajaran. Kesimpulannya, memandangkan penggunaan teori konstruktivisme mendatangkan kesan yang amat positif terhadap pembelajaran para pelajar, teori tersebut perlulah dipraktikkan di manamana yang sesuai dalam proses P & P seharian untuk memberi pendidikan yang lebih efektif, selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk melahirkan generasi masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Rujukan Adelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak (2006). The Instructional Design Evaluation of a Courseware of a Malaysian Virtual University. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705_ Adelina_ UM_ edited [1]-final.pdf Akbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdf Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali., Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning Goal Programming Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and Students Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/ 8165/1/8165.pdf Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf. Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari http://www .ascilite .org. au /ajet /ajet12 /nicholson.html Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall. Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi. Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/ penggunaan-teknologi-instruksoinal.html

Langkah 1 : Analisis pelajar Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.