Anda di halaman 1dari 2

Doa Ziarah Hari Raya






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





/



/







Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas
junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian
keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha
tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan
Syawal.
Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami
dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan tahun-tahun
seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini dan seluruh ahli keluarganya dan
panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal
dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan rahmatMu wahai Tuhan yang
sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke
atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan
pentadbir seluruh alam.