Anda di halaman 1dari 1

Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan

hidup masyarakat di negara ini. Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.

Pendahuluan : Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusatpusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.

Isi-isi penting : Isi 1 : Keluarga perlu membudayakan amalan membaca sama seperti aktiviti tetap yang lain (amalan membaca Quran bagi keluarga Islam), amalan beriadah dan aktiviti menonton TV dijadikan sama penting dan seimbang dengan amalan membaca

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah memiliki habit suka membaca menanamkan sifat meneroka dan mencari maklumat baru dengan membaca membaca sebagai suatu penerokaan minda memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang asyiknya membaca

Isi 3 : Menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap tidak boleh bergantung kepada minat sebelah pihak fikirkan minat dan kecenderungan anak-anak juga (ibu bapa tidak boleh terikat dengan membaca akhbar semata-mata)

Isi 4 : Menghidupkan amalan mentor membaca dalam keluarga ibu membaca kisah penerokaan dan pengembabaraan kepada anak-anak yang masih kecil bapa membaca sumber-sumber berkaitan sejarah, politik dan ekonomi dengan anak-anak yang lebih matang

Isi 5 : Mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku (sekiranya ada) memberi inovasi dan perspektif baru kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku

Kesimpulan : Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.

Anda mungkin juga menyukai