Anda di halaman 1dari 14

Ok bahan-bahan yang digunakan untuk buat Murtabak Maggi Special ni: @3-4 ekor udang (potong kecik-kecik) @3-4

tangkai cili api (potong kecik-kecik) @Cheddar Cheese/keju parut @Keju Mozarella @1 paket Maggi (perasa kari) @2 biji telur Tips: Kalau guna 1 paket Maggi guna 2 biji telur. Kalau guna 2 paket maggi, sila lah guna 4 biji telur hokkayyy. Kira 1 maggi = 2 biji telur. Tips 2: Sila guna maggi perasa kari, baru lah rasa nya lebih ummmphhh

Mula-mula tumis udang ni, ni nak guna daging cincang ke ayam ke boleh je. Aku tak guna bawang tapi kalau nak guna bawang pon boleh. Tumis udang pakai butter,masuk kan cili api. Angkat dan ketepikan

Celur Maggi sampai kembang. Dah kembang tu, masukkan maggi,2 biji telur dan 1 paket perencah maggi kari dan gaulkan dalam mangkuk

Hiriskan Cheddar Cheese tu, campak kan lah dalam mangkuk tadi. Udang yang dah ditumis tu pon jangan lupa masuk kan jugak ok

Dan gaulkan sehingga sebati Panaskan minyak. Minyak tak payah banyak sangat macam nak goreng ayam. Sikit-sikit je macam nak masak daging burger tu,tapi jangan lah sikit cenonet sangat. Agak-agak lah minyak tu. Pastu goreng maggi ni

Dah goreng maggi tadi sampai garing, boleh lah tabur mozarella cheese atas nya. Pastu aku masukkan dalam microwave jap bagi keju mozarella tu cair. Tak payah nak bakar-bakar sangat. Rentung lak maggi tu karang. Asal bagi cheese tu cair ok jek

Disebabkan aku terlebih rajin sekarang,rasa macam nak buat lah lasagna ni. Aku ingatkan susah nak buat dia,sebab bila tengok kan cam banyak je layer kan. Rupanya senang je.Aku buat satu loyang untuk satu family makan. Ok mari kita usha bahan-bahan nya

@ 1 Labu bawang besar @ 6-7 ulas bawang putih

@ Untuk topping - Mozarella cheese dan Parmesan cheese

@ Instant Lasagna - Celur sikit sampai lembut guna minyak dan garam sikit

Bahan-bahan untuk buat inti daging: @ Bawang besar dan bawang putih tu aku tumbuk. Nak cincang halushalus pon boleh @ 1 mangkuk tomato puree. Tak kesah lah jenama apa Kimball ke,Prego ke @ 1 tin cendawan butang (dicincang) @ 400g daging cincang @ Serbuk black pepper dan oregano

@ Sos cili (2 sudu besar) @ Sedikit garam

Bahan-bahan untuk buat sos putih: @3-4 sudu besar tepung gandum @Buttercup (setengah) @Keju Cheddar (setengah) @Fresh milk (600ml) @Garam secukup rasa

Cara masak daging senang je,macam masak sos spagheti tu. Haa camtu lah. Tumis bawang sampai naik bau,letak daging cincang,tuang tomato puree,garam secukup rasa,serbuk oregano dan black pepper,masuk kan cendawan dan dua besar sos cili. Gaul kan. Dah siap!

Sukat susu 600ml

Cara nak buat sos putih: @Guna api yang sangat kecik @Cairkan butter,masukkan susu 600ml @3-4 sudu besar tepung gandum @setengah keju cheddar @sedikit garam dan gaulkan Gaul kan je eh, jangan sampai dia berketul-ketul pulak

Ok ni part yang paling best, dah macam buat kuih lapis lak aku rasa. Lapisan bawah sekali letak inti daging,lepastu kepingan lasagna,letak inti daging balek dan letak sos putih Ulang 3 kali. Macam ni ah cara dia. kepingan lasagna >> inti daging >> sos putih Tips: bawah sekali letak inti daging supaya dia tak melekat. Jangan letak kepingan lasagna dulu. Nanti nak potong susah, melekat-lekat

Atas sekali taburkan keju mozarella dan parmesan ikut suka hati tekak anda nak letak berapa banyak Then masuk kan dalam oven. @Make sure oven dah panas awal-awal dengan suhu 180 degree celcius ok! @Bakar dalam 30-40 minit @Guna api atas bawah

Agak-agak cheese dekat atas tu dah cair tu,masak dah lah tu. Dan hasilnya

Time ni tak kenal lagi erti penyesalan. Bila dah makan,baru lah nak merempan cheese dah jadi lemak dalam badan pon tidak berguna. Lasagna sudah menjadi bubur lemak. =p

Time ni panas-panas terus potong lasagna

Cheese melimpah ruah ok. Masa makan tak ingat dah tengah diet sebenarnya

Lasagna makan dengan sos lagi sedap!

Lasagna ni buat setahun sekali boleh lah. Setiap minggu nak buat, memang macam tong gas lah badan aku karang. Kos nak buat dalam rm50. Keju tu ah yang mahal. 3 keju lak tu aku guna. Tapi puas hati sebab dapat satu loyang yang sangat banyak. Kalau dekat luar,baru secoet je dah caj doploh hengget kan. Buat sendiri puas hati. Sedap pon

sedap. Lagi sedap dari lasagna Pizza Hut. kihkihkih

Anda mungkin juga menyukai