Anda di halaman 1dari 3

Masalah Hiperaktif (ADHD) Perilaku hiperaktif atau ADHD ini dapat dilihat melalui personaliti, perkembangan fizikal dan

emosi kanak-kanak tersebut. Sama ada normal ataupun tidak, perilaku kanak-kanak normal bergantung pada perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka. Jika perilakunya tidak sesuai dengan usia mereka, mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak hiperaktif. Kadang-kala perilaku kanak-kanak ini tidak dapat dilihat dirumah. Namun di pusat-pusat perubatan, doktor dapat mengesan gejala dan tanda-tanda perilaku hiperaktif tersebut. Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala perilaku kanak-kanak hiperaktif :

Perasaan kegelisahan terus menerus Sentiasa belari dan memanjat sana-sini Terlalu banyak bercakap Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama Suka mengangu orang lain Tidak suka mengikut barisan atau menunggu. Selalu memotong barisan. Sentisa kehilangan barang-barang seperti pensil, pemadam dan sebagainya Tidak menumpukan perhatian Seorang yang pelupa. Sentiasa nampak tidak terurus (selekeh) Selalu mengikut gerak hati untuk melalukan sesuatu

Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan perilaku hiperaktif dan masalah kurang memberi tumpuan serentak. Ini dipangil ADHD, namun sesetengah ada yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif namun mempuyai masalah untuk kurang memberi tumpuan dan mengambil perhatian. Malasah ini disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD). Faktor-Faktor Perilaku Hiperaktif Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti. Menurut kajian perubatan kami, rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi penyebab masalah perilaku hiperaktif ini kepada anak anda. Keputusan ujian kami menunjukkan kanak-kanak hiperaktif ini mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. Untuk lebih jelas, di bawah ini adalah senarai faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif :

Faktor keturunan Kecederaan otak semasa dalam kandungan

Kembar, Jika salah seorang dari pasangannya adalah ADHD 80-90 peratus daripada kajian perubatan kami menunjukkan bahawa pasanganya yang lain juga akan mendapat hal yang sama. Masalah kesulitan dalam pembelajaran juga boleh membuatkan seseorang kanakkanak berkelakuan ADHD atau hiperaktif kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami sesuatu yang dipelajari. Keadaan persekitran. Seperti terdedah kepada asap rokok dan pencemeran udara boleh menyebabkan risiko hiperaktif.

Pengurusan Emosi Perilaku Hiperaktif Kanak-kanak hiperaktif biasanya melalukan sesuatu tampa memikirkan tentang orang yang berada disekitar mereka. Mereka suka bermain berseorangan dan melalukan pekara yang mereka mahu lakukan (hanya mengikut gerak hati mereka). Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menetapkan atau mengawal tingkah laku hiperaktif atau ADHD :

Jangan meninggalkan mereka sendirian untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda atau seusia mereka. Hal ini untuk mencegah mereka dari menyakiti atau mencedekakan kanak-kanak lain. Jauhkan meraka dari benda-benda yang merbahaya. Untuk mengelakkan dari dia mencederakan dirinya sendiri ataupun orang lain Mereka harus ditegur dan dididik dengan cara yang betul dan supaya mereka menilai apakah yang mereka lakukan. Jangan bercakap dengan cara yang kasar di depan mereka kerana mereka selalunya akan mengikut apa yang kita lakukan. Mereka harus diberikan perhatian yang lebih dan mengajar mereka tentang apa yang dan tidak harus dari usia mereka muda untuk memudahkan mereka membezakan apa yang harus dan apa yang tidak. Jangan merendah-rendahkan diri mereka di depan orang. Hal ini akan menyebabkan mereka terasa tidak di sayangi dan akan memburukkan keadaannya.

Diet Perilaku Hiperaktif Diet ataupun pemakanan yang betol pelu di jaga oleh setiap ibubapa atau penjaga kanakkanak hiperaktif atau ADHD ini. Kerana pemakanan yang betol memainkan peranan yang penting untuk kanak-kanak hiperaktif, mereka perlu dielakkan dari mengambil makanan yang manis. Di bawah adalah senarah makanan yang perlu dielakkan bagi kanak-kanak hiperakitf atau ADHD :

Coklat Gula-gula Susu Aiskrim Mentega Yogurt Tomato Jeruk Pisang Anggur Merah

Epal koko dll

Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mempunyai gluten. Ini akan mengurangkan perilaku hiperaktif kanak-kanak tersebut. Di bawah adalah senarai makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak hiperaktif (ADHD) :

Nasi Ubi Jagung ( bukan jagung manis ) Ubi kayu Pati jagung Mee Gandum Toti Spaghetti Kek Kurang gula Biskut dll

Kanak-kanak hiperaktif (ADHD) juga perlu mengambi makanan yang mengandungi protein tampa kasien. Makanan tersebut adalah :

Daging Telur Kerang Tauhu Tempe Kacang dll

Senarai diatas adalah diantara senarai-senarai pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif (ADHD).

Anda mungkin juga menyukai