Anda di halaman 1dari 11

SEJAUHMANAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA HANG JEBAT (HANG KASTURI) MENENTANG KEZALIMAN SULTAN KERANA MEMBUNUH HANG TUAH

TANPA USUL PERIKSA DIANGGAP SEBAGAI MENDERHAKA ATAU MEMPERTAHANKAN PERJANJIAN (WAADAT) DI ANTARA RAJA DAN RAKYAT? BERIKAN PENDAPAT ANDA DENGAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVEN.

O1.

Pengenalan

Penilaian terhadap pengertian derhaka yang dilakukan oleh Hang Jebat diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah iaitu pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah. Pertarungan yang telah terjadi didalam istana sultan telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat bagi membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk menegakkan keadilan.

02.

Konsep Tulah dan Derhaka

Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah, dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi pembalasan terhadap individu yang menderhaka.

Dengan kata lain konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyaraka. Sultan juga dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud. Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia dikaitkan dengan daulat sultan. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan sebagai seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu konsep kerja raja dijunjung , kerja sendiri dikelek . Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan kerjakerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang melemahkan sistem politik Melayu. Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat yang setia. Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata untuk membukti kesetiaannya kepada sultan. Konsep raja ini bermula daripada dua nilai utama iaitu daulat dan derhaka. Berdasarkan sejarah Melayu, konsep ini bermula apabila Demang Lebar Daun yang mewakili golongan rakyat mengadakan perjanjian (waadat) dengan Sang Sapurba (disebut juga Seri Teri Buana) yang mewakili pihak raja. Perjanjian itu menyatakan bahawa rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji untuk member taat setia kepada raja. Manakala, raja pula berjanji untuk menjaga kebajikan, tidak menzalimi dan tidak mencela rakyat. Perjanjian itu jelas menunjukkan wujudnya perasaan taat setia mutlak

rakyat kepada raja di satu pihak dengan kewibawaan mutlak seorang raja di satu pihak yang lain sehingga timbulnya dua konsep daulat dan derhaka1. Perjanjian antara Sang Sapurba dengn Demang Lebar Daun; Maka sembah Demang Lebar Daun. Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jilakau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak. Maka titah Sang Sapurba, Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. Maka sembah Demang Lebar Daun, Janji yang mana itu Tuanku? Maka tita Sang Sapurba, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun. Maka sembah Demang lebar Daun, Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubakan dia, maka cucu patik pun mengubahkanlah. Maka titah Sang Sapurba, Baiklah, kabullah hamba akan wadaat itu.2

Penjelasan terhadap konsep waadat perjanjian itu, raja mempunyai kuasa daulat yang memberi kuasa tertinggi kepada raja untuk mengawal para pembesar dan rakyat. Konsep daulat dikemukakan dengan tujuan untuk member kuasa tertinggi kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat. Daulat bukan sahaja member satu tanggapan undang-undang, malah meliputi tanggapan budaya dan agama. Tanggapan ini ada hubung kaitnya dengan diri raja itu sendiri. Daulat member sultan banyak hak kemudahan serta meletakkan dirinya di tempat mulia.

1 2

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 11 W.G Shellabear (1995), Sejarah Melayu, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Hal. 19-20.

Konsep daulat menyebabkan baginda tidak boleh ditegur atau dicela yang bermakna wujudnya kesetiaan mutlak daripada rakyat kepada raja3. Oleh itu, konsep daulat telah menjadikan kedudukan raja bertambah mulia dan diiringi dengan anggapan bahawa raja mempunyai kuasa luar biasa atau sakti secara turun temurun. Sehubungan itu, derhaka pula merupakan satu tanggapan yang berkiat dengan daulat. SDerhaka dianggap sebagai melanggar atau ingkar kepada perintah rajanya. Maka akibat yang bakal diterimnya ialah dia akan ditimpah tulah raja iaitu dikenakan hokum bunuh.

Konsep daulat dan derhaka menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan istana. Ada pepatah yang mengatakan bawaha adat orang Melayu tidak boleh menderhaka kepada raja. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan menderhaka sebenar-besar jenayah yang dilakukan4. kepada raja

merupakan satu perkara yang dilarang dalam dalam masyarakat melayu dan dianggap

Jelasnya konsep ini merupakan satu peraturan yang diadakan bagi memastikan bahawa raja raja bukan sahaja berperanan sebagai pemerintah, tetapi pula mereka harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bagi kepada raja. Menerusi konsep daulat ini, seseorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat. Jika rakyat menderhaka kepada raja, mereka akan dikenakan hukuman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hukuman secara langsung bermaksud apabila raja sendiri yang mengarahkan orangnya membunu pesalah berkenaan5.

3 4

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 11 Ibid, hlm.12 5 Ibid, hlm.12

03.

Konsep Derhaka Hang Jebat daripada

Perspektf Masyarakat

Fedualisme

Didalam Hikayat Hang Tuah ini ada menceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Pertarungan dua sahabat ini adalah berkaitan dengan penderhakaan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat kepada Sultan Mansur Shah. Pertarungan yang telah terjadi di dalam istana sultan telah mengakibatkan maruah sultan jatuh dan kerana itulah Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah untuk membunuh Hang Jebat bagi menghilangkan malu yang telah diberikan oleh Hang Jebat itu. Dalam hikayat ini dapat kita lihat tentang kedaulatan sultan dan selain itu memaparkan nilai-nilai setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Hang Jebat bagi membela kematian sahabatnya dan juga pendirian Hang Jebat untuk menegakkan keadilan. Daripada petikan itu, dapat dilihat bergitu besar sekali penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat sehingga Sultan Mansur Shah begitu murka. Dalam hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampungkampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah. Penderhakaan Hang Jebat bukan bermotifkan kuasa dan pangkat.

Penderhakaan Hang Jebat adalah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Petikan itu menunjukkan penderhakaan Hang Jebat bermotifkan keadilan yang sewajarnya. Penderhakaan yang mengemparkan kota Melaka pada masa itu sehingga semua panglima, pendekar dan rakyat jelata sehinggakan sultan sendiri tidak mampu untuk mengawal keadaan tersebut. Hang Jebat ibarat memperlekehkan sultan

sehingga istana tempat tinggal sultan ditawan dan dijadikan tempat untuk dia melakukan penderhakaan.

Sultan Mansur Syah telah mengumpul seluruh rakyat Melaka untuk melawan Hang Jebat sekaligus untuk membunuh Hang Jebat tetapi semua itu adalah perbuatan sia-sia sahaja. Di sini ditunjukan tentang kehebatan empunya keris Tamingsari sehingga tiada rakyat bahkan panglima yang handal pun tidak berani mendekati Hang Jebat kerana apa yang pasti kematian akan mengundang kepada rakyat atau panglima yang ingin menentang Hang Jebat. Justeru, waadat ini merupakan tulah yang membawa implikasi kepada rakyat yang menentang dan memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Apa sahaja perintah sultan harus dilaksanakan. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Daripada perspektif konsep waadat ini dan sistem fedualisme yang wujud dalam masyarakat pada masa tersebut ternyata Hang Jebat telah melakukan penderhakaan dan kesalahan yang amat besar terhadap sultan. Kekuasaan raja dalam institusi pemerintaan masyarakat melayu tradisional merupakan satu bentuk kuasa yang unggul dan terpelihara melalui istiadat. Selain itu, unsur kerohanian yang wujud dalam institusi beraja pada ketika itu ialah sistem nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja itu sendiri seperti menganggap raja sebagai wakil Allah serta konsep daulat dan derhaka. Kedua-dua unsure ini mempertahankan kedudukan institusi raja dalam masyarakat Melayu6.

Hal ini juga dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah akan membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala
6

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 12

tiang

rumah

ke

atas.Manakala

bagi

raja

yang

zalim

akan

dibinasakan

negerinya.Keadaan ini menunjukkan bahawa konsep daulat dan derhaka dalam masyarakat melayu bukan perkara remeh tetapi merupakan sesuatu yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh raja dan rakyat. Berdasarkan stigma konsep daulat dan derhaka yang diberikan terhadap

penderhakan rakyat terhadap sultan pada ketika itu, saya berpendapat Hang Jebat tetap bersalah. Keadilan yang dituntut mencerminkan keberanian dan ketegasan

Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan untuk membela Hang Tuah merujuk kepada ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' memperkatakan perjuangan untuk yang menjadi kata-kata hikmat setiap kali menuntut keadilan atau bila hendak

memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Dalam kitab Sejarah Melayu,


masyarakat Melayu menganggap raja atau sultan sebagai Zillu fil-alam:

pada segala hokum bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi s.a.w umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu Zillulllah fil-alam Petikan ini bermaksud raja yang memerinta di dunia disifatkan sebagai bayangan Tuhan di muka bumi. Raja yang menjadi penanung masyarakat Melayu dianggap sebagai wali Allah di dunia dan rakyat dikehendai taat kepada raja sepertimana mereka taat kepada Allah 7 . sebagai Khalifah Allah di dunia ini8. Sesiapa yang membantah perintah raja dianggap seperti melanggar perintah Allah. Raja dianggap sebagai subjek yang sangat mulai dan hamper tiada cacat celah. Walaupun terdapat kekurangan, sama ada dari segi tingkah laku mahupun Perkara yang sama ditekankan dalam

undang-undang Melaka dan Adat Raja-raja Melayu yang meletakkan raja-raja Melaka

kewibawaannya sebagai pemerinta. Mereka tidak boleh dipertikaikan apatah lagi dicelah, Perintah raja menjadi satu yang wajib dilakukan walaupun ada diantaranya yang bercanggah dengan hokum kemanusiaan dan hokum agama9.

W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1975, hlm 141 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 10 99 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, 2006 hlm 10
8

Berdasarkan kenyataan dan pandangan masyarakat terhadap system beraja pada ketika itu, Hang Tuah telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap sultan. Membunuh Hang Jebat sahabat baiknya merupakan satu tuntutan yang harus dilakukan demi mentaati perintah raja. Mentaliti masyarakat zaman fedualisme yang dilatari dengan konsep taat setia kepada raja mencorakkan padangan hidup mereka terhadap setiap tindakan dan situasi. Hang Tuah telah mengekalkan kontrak sosial yang bersifat sepihak iaitu raja perlu dipatuhi. Rakyat tidak boleh menentang. Pendirian ini semacam ada persamaan dengan definisi kontrak sosial yang dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Inggeris bernama Hobbes (1588-1679) iaitu rakyat perlu mengikut perintah raja secara mutlak dan kontrak itu tidak boleh dirungkai sampai bila-bila

04.

Pandangan Saya Terhadap Penderhakaan Hang Jebat, Keadilan Sebagai

Tuntutan Rakyat Masakini. Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak

memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini. Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan. Bagaimanapun,

seseorang perlu melihat tindakan tersebut dalam konteks sezaman. Oleh itu adalah tidak menusahabah bagi seseorang yang hidup di abad ke 21 mempersoalkan nilai moral mereka yang hidup dalam abad ke 15. Selain itu membunuh mereka yang tidak berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman. Walaupun terdapat mereka yang mengagung-agungkan Hang Jebat dan sebaliknya, ianya bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain. Hang Jebat sebenarnya memberikan banyak kiasan tentang integiti politik zaman fedualisem. Hang Tuah kecundang kerana fitnah dan Jebat kecundang kerana melanggar adat. Ini sebahagian daripada hukum hakam politik. Malah ia juga mengingatkan persaudaraan boleh terputus bila-bila masa sahaja apabila berada dalam ideologi yang berbeza. Sikap Sultan Mansyur saya yang bertindak terburu-buru dalam melaksanakan hukuman dan tindakan mencerminkan kelemahan institusi

pentadbirannya sendiri. Hang Tuah mencatatkan Hang Jebat adalah penderhaka. Sebagai orang yang menentang Sultan Mansur Syah dan menodai birokrasi negeri, dia wajar mati. Seluruh keturunannya juga perlu dihapuskan. Sudah tersurat untuk penderhaka, Hang 9

Jebat mati di tangan sahabat karibnya, Hang Tuah, pahlawan Melayu yang mempunyai taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan Melaka (sebenarnya membuta-tuli). Legenda Tuah dan Jebat, Kesultanan Melaka yang penuh hasad dengki dan kepincangan birokrasi ini sudah menjadi milik rakyat dan mereka tahu seluruh perjalanan kisah yang membawa kepada kematian Jebat itu. Polemik antara Jebat dan Tuah tidak pernah menemukan noktahnya hingga ke hari ini. Sarjana-sarjana memperdebatkan kedudukan kedua-duanya dari perspektif wira, penderhaka kesetiaan dan di satu sisi lain ia merupakan keberanian menentang birokrasi yang pincang.Ramai yang melihat Tuah sebagai wira kerana setia yang tidak ada duanya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan. 10 Begitu juga Kassim Ahmad dan Mana Sikana (Tuah-Jebat dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intertekstualiti, 1994) yang meletakkan Jebat sebagai wira yang berani

memperjuangkan kebenaran walaupun terpaksa menderhaka kepada sultan. Namun, masyarakat Melayu telah dididik - sesiapa yang mengkritik birokrasi dan sistem kekuasaan adalah penderhaka. Sebagaimana Jebat, dosanya terhadap sultan dan negeri Melaka terlalu besar, walaupun dia membela kebenaran. Balasan kepada penderhaka dalam mana-mana kerajaan di dunia ialah mati di hujung senjata.Malah, dalam waadat antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dan Sang Sapurba seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu, mana-mana hamba rakyat yang menderhaka dan berbuat nista kepada rajanya, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati, jika tidak ada lagi ruang keampunan. Persoalannya kenapa Jebat dianggap sebagai penderhaka sedangkan dia memperjuangkan kebenaran dan keadilan? Jawapan yang mudah ialah Jebat menentang sebuah sistem yang dibangun oleh suara kekuasaan majoriti. Di sisi lain, Jebat sendiri dilihat oleh pembesar-pembesar Melaka yang berkepentingan dalam sistem tersebut sebagai upaya mencabar kedudukan sultan, sekali gus meletakkan dirinya sebagai penguasa baru.

10

Utusan Malaysia, Arkib 3.7.2008 hlm, 12

10

Biarpun, mengetahui kezaliman sultan dalam sistem tersebut, kebenaran Jebat dan penakutnya Tuah untuk membetulkan kesilapan birokrasi, pembesar-pembesar tetap mengakui Tuah sebagai wira.Akhirnya seperti yang dicatat dalam Sejarah Melayu, seluruh keturunan Jebat dibunuh dan diaibkan. Binatang peliharaannya juga dimusnahkan dan tapak rumahnya dihumbankan ke laut. Namun pada saya, Hang Jebat telah melaksanakan keadilan yang seharusnya dilakukan. 05. Kesimpulan

Sebenarnya, kisah Jebat-Tuah telah diletakkan dalam ruang kognitif masyarakat bahawa Jebat adalah penderhaka. Sesiapa sahaja yang bertentangan dengan kepentingan sistem birokrasi yang majoriti adalah Jebat. Secara filosofis, dalam paradigma Max Weber, birokrasi merupakan organisasi rasional yang mengutamakan mekanisme sosial bagi memaksimumkan keberkesanan untuk mensejahterakan masyarakat. Keberkesanan birokrasi mengarah kepada aspek-aspek pentadbiran dan organisasi. Dalam pandangan ini, birokrasi diertikan sebagai institusi formal yang bertanggungjawab melaksanakan kesejahteraan masyarakat secara fungsional. Sebagai sebuah konsep pemerintahan yang paling penting, birokrasi perlu dikritik kerana ternyata dalam pelaksanaannya banyak menimbulkan masalah kegagalan dan kepincangan ekoran daripada kelemahan para penguasa. Ini kerana (berdasarkan pandangan Weber), birokrasi yang menjadi landasan untuk kepentingan tertentu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, akhirnya menjadi pincang dan tidak bermaya. Oleh itu, tidak wajar masyarakat kita sentiasa meletakkan Tuah yang tidak berani mengkritik sultan sebagai wira, sedang Jebat terus dianggap sebagai penderhaka . Sebelum prapenjajahan dahulu, di negara kita belum ada konsep "raja berperlembagaan". Raja adalah pemerintah yang berkuasa mutlak berdasarkan nilai dan norma feudal. Berdasakan nilai dan norma feudal itu, menderhaka kepada raja memanglah merupakan satu kesalahan besar.Akan tetapi, kini apa yang wujud di negara kita ialah "raja berperlembagaan", yang. kedudukan dan peranannya bukan lagi ditentukan oleh nilai dan norma feudal, tetapi oleh undang-undang "moden".

11