Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN

Istilah "penglibatan awam" (public participation) secara amnya diertikan sebagai penglibatan atau penyertaan umum (rakyat) di dalam proses penentuan-keputusan (decision-making) di dalam sesebuah kerajaan atau birokrasinya di atas hal-hal yang menglibatkan masyarakat umum. Di dalam ertikata yang lebih mudah ianya bolehlah difahamkan sebagai rakyat atau masyarakat umum diberi peluang untuk meraberi buah fikiran atau pandangan mengenai apa yang disukai atau tidak menerusi perjumpaan-perjumpaan, perbincangan-perbincangan mengenai sesuatu isu atau perkara sebelum sesuatu keputusan dapat dibuat. englibatan awam dari segi penentuan-keputusan di dalam birokrasi kerajaan bukanlah satu perkara baru. Di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi di dalam pemerintahannya saperti !merika, "ritain, dan lain-lain lagi termasuk #alaysia, berbagaibagai kajian dan cara telah diutarakan supaya rakyat umum diberi hak untuk menentukan corak kehidupan mereka, sama ada dari segi rohani maupun jasmani. Konsep Penglibatan Awam $onsep penglibatan awam adalah berhubung rapat dengan konsep demokrasio erkataan demokrasi adalah berasal dari perkataan %reek yang membawa erti sebagai &Demos& iaitu orang ramai dan &$ratein& yang bermakna memerintaho Di dalam konsep demokrasi yang tulen setiap rakyat atau lebih tepat lagi manusia umumnya bebas membentuk cara hidupnya. Di dalam ertikata yang tulen, sesuatu keputusan dikatakan dibuat secara demokrasi sekiranya jawapan untuk soalansoalan seperti "siapa yang membuat keputusan itu'", adalah, "lebih kurang semua orang", sebagai bandingannya dengan keputusan yang dibuat hanya oleh mereka-mereka yang berkelayakan sahaja, seperti di dalam konsep "meritoeracy" ataupun keputusan yang diambil hanya oleh seorang sahaja seperti di dalam konsep "autocracy" atau bagaimana sesuatu keputusan itu dicapaio (awapan untuk soalan ""agaimana keputusan itu diambil'" dianggap berunsur demokratik sekiranya keputusan itu dibuat dengan perbincangan, kritisma dan bertolak ansur.

Anda mungkin juga menyukai