Anda di halaman 1dari 67

KOMPONEN AMALI BAHASA VISUAL PERBANDINGAN

BAHAGIAN B (3102) :-

TEMBIKAR
DISEDIAKAN OLEH :
RAZNIZA BT MOHAMMAD
PENSYARAH PEMBIMBING :
EN ZAKARIAH BIN GHANI
LABU
SAYONG
LABU GELUGOR
SEJARAH LABU SAYONG
• Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke
Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam
zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan
salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan
istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di
Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai
kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang,
parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk
menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada
penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini
pandai membuat labu hingga ke hari ini
• Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang
meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan
rakyat biasa malahan golongan istana turut juga
menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan
dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain
menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda
turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai
bekas air minuman dan untuk bersiram.
LABU SAYONG
TRADISIONAL
LABU SAYONG
DIMENSI BARU/
MODEN
FUNGSI TEMBIKAR
• Labu Sayong bukan sahaja menjadi
tempat untuk menyimpan air, bahkan
turut berfungsi sebagai bahan penting
dalam upacara keagamaan, senibina,
bahan perhiasan dan juga cenderahati.
• Masyarakat Melayu telah menggunakan
labu sebagai bekas untuk menyimpan air
dan juga barangan lain sejak dari
dahulukala lagi.
• Air yang disimpan di dalam labu akan
menyejuk secara semulajadi dan enak
untuk diminum. Adalah dipercayai
kandungan mineral yang unik di dalam
tanah liat yang digunakan untuk
membuat labu, menjadikan air yang
disimpan di dalam labu mempunyai
khasiat untuk melegakan kepanasan
badan, melegakan batuk dan demam.
• Sebelum menggunakan labu untuk
menyimpan air, masukkan air ke dalam
labu, biarkan semalaman dan buang air di
dalamnya pada hari berikutnya. Ini
diulang sebanyak 3 atau 4 kali sebelum
airnya digunakan untuk diminum.
• Petua ini adalah bertujuan untuk
membersihkan labu dan mengurangkan
rasa payau air labu. Elakkan dari
membasuh labu menggunakan sabun,
kerana sabun akan meresap ke dalam
labu dan air didalamnya menjadi kurang
enak.
• Labu juga telah berkembang menjadi
barangan perhiasan, sebagai contoh labu
sayong tradisional yang telah diubahsuai
bentuknya menjadi labu eksklusif.
TEKNIK MEMBUAT LABU
Teknik Picit
Teknik yang biasa digunakan kerana mudah
dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong
kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya
memerlukan kecekapan kedua-dua belah
tangan. Cara membuatnya hanya dengan
mengepal tanah liat dan membentuk lubang
ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik
memicit dilakukan dengan ibu jari.
Teknik Kepingan
Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga
menjadi kepingan dengan menggunakan
penggelek tanah liat. Kepingan tersebut
kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan
yang telah disediakan.
Teknik Tuangan
Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah
liat yang cair yang telah diproses terlebih
dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian
akan dituangkan ke dalam acuan yang
diperbuat daripada Plaster Paris.
Teknik Lingkaran
Teknik yang menggunakan roda pemutar atau
piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan
dipusingkan dalam proses membuat labu
sayong.
MOTIF DAN REKA CORAK

Bunga cakar ayam Bunga cengkih Pucuk rebung

Bunga kedudut
Bunga lawang Bunga pecah empat
Bunga padi Bunga tanjung
ALAT DAN BAHAN
• ALATAN :
2. Ayak
3. Dawai pemotong
4. Pinggan
5. Capah
6. Penepek
7. Penggelek, kayu pengukur, papan gelek
8. Angkup luar
9. Batu luru
10.Pengukir kayu, kayu tera
11. Lelarik
12.Pelarik
13.Span
14.Pengukir besi, pengukir dawai, penepik kayu berukir
1. Tanur
2. Tanah liat
3. Sepuh
4. Tong
5. Rak
6. Dll
GAMBAR ALAT DAN BAHAN
TANUR
PROSES
PEMBUATAN
PEMILIHAN DAN PENYEDIAAN
TANAH
•Tanah liat tulen dipanggil aluminium
silikat, apabila dibakar akan menjadi
warna putih.
•Boleh didapati dikawasan paya, sungai
atau busut
MENYALAI TANAH
•Tanah yang diambil si salai diatas api.
• Tanah diletakkan diatas kepingan logam
dan api dinyalakan dibawahnya.
•Bertujuan untuk mengeringkan tanah
untuk ditumbuk
MENUMBUK DAN MENGAYAK
TANAH

•Tanah yang telah disalai dan


dikeringkan ditumbuk dengan
menggunakan lesung kaki.
•Tanah yang telah ditumbuk
kemudiannya diayak untuk mendapatkan
debu tanah dan bagi mengasingkan
batu-batu kecil.
PENYEDIAAN SLIP

•Serbuk tanah air dan sodium silikat


dicampur untuk menghasilkan slip.
•Slip dihasilkan bertujuan untuk
mencamtumkan bahagian-bahagian
tembikar
•Misalnya dalam proses membuat tembikar
menggunakan teknik lingkaran atau teknik
kepingan.
MENGULI
• Mengaul dan menyebatikan adunan tanah
liat dengan menggunakan tangan.
• Anak-anak batu dibuang semasa menguli.
Gelembung udara dipecahkan dan tanah
liat dipastikan licin dan lembut.
• Bertujuan untuk memampatkan dan
mengemaskan struktur jisim pada tanah
liat.
• Dengan menggunakan dawai pemotong
untuk memastikan tiada ruang udara
MENGGELEK
• Menggunakan tapak tangan untuk
menggulung tanah liat yang akan
digunakan dalam proses membentuk
badan tembikar peringkat demi
peringkat.
MEMBENTUK BADAN
• Dilakukan diatas pinggan,capah atau
meja tempa.
• Teknik picit dan mencubit digunakan
semasa membentuk badan.
MELICIN
• Melicinkan permukaan tembikar dengan
menggunakan kayu pelicin atau pelarik.
• Apabila siap, tembikar dibiarkan
sehingga separuh kering.
MEMBUAT TAPAK
• Disediakan dengan menggelekkan ketulan
tanah liat dengan menggunakan
penggelek dan kayu pengukur, kemudian
dipotong dengan pisau.
• Bentuk tapak mengikut saiz yang
dikehendaki.
MENCANTUM TAPAK
• Tapak dicantumkan ke badan
tembikar. Kerja dilakukan dengan
cermat dalam keadaan tembikar
separuh keras supaya tapak kukuh.
MEMBINA MUNCUNG
• Langkah yang dijalankan sama seperti
membina badan. Setelah tembikar
menjadi separuh kering, kedua-dua
bahagian tembikar ini disambung. Picitan
dilakukan dengan teliti dan rapi supaya
sambungan menjadi kukuh dan untuk
memecahkan liang udara.
MERATAKAN MUNCUNG
• Bahagian muncung diratakan denga
kayu.
• Bentuk muncung dipastikan
seimbang dan tepat.
MEMOTONG HUJUNG
MUNCUNG
• Bahagian hujung muncung yang
berlebihan perlu dipotong supaya
kelihatan kemas.
• Muncung dipastikan sama tebal.
MEMBUAT PANAI
• Hiasan mudah berbentuk jaluran timbul
yang dibuat pada labu untuk memberi
ciri keistimewaannya.
• Tembikar yang telah siap dikeringkan
ditempat yang redup selama beberapa
hari.
MENGILAP
• Labu yang separuh kering digilap dengan
batu sungai supaya licin.
• Proses ini juga disebut proses peluruan
MENGHIAS
• Ragam hias yang sesuai dipilih untuk
mementuk labu.
• Hiasan diukir atau ditekan dengan
cermat dan tepat supaya tidak
menimbulkan punca keretakan.
MENJEMUR LABU
•Labu yang telah siap tidak boleh
didedahkan terus kepada cahaya
matahari bagi mengelakkannya
daripada pecah atau merekah.
•Labu yang telah siap diletakkan di
atas rak dan dibiarkan kering dengan
suhu biasa. sebelum dijemur dikawasan
yang panas.
•Mengambil masa beberapa hari untuk
kering sebelum dibakar.
MEMBAKAR LABU
•Dilakukan agar tembikar menjadi keras, pejal
dan tidak telap air.
•Labu sayong biasanya dibakar dengan teknik
tanur dedah.
•Sekarang labu dibakar dalam tanur moden, yang
menggunakan tenaga elektrik dan gas.
•Keistimewaan penggunaan tanur moden adalah ia
dapat dikawal semasa proses membakar labu
dijalankan.
•Selain itu, ia juga dapat membakar sepuh hingga
suhu yang paling tinggi iaitu 1326 darjah celcius.
Pembakaran tembikar terdiri
daripada beberapa peringkat
tertentu mengikut jenis yang
dikehendaki, antaranya ialah :
Jenis tembikar Suhu (darjah celcius)
Earthenware 900-1150
Stoneware 1200-1300
Porselin 1300
kristal 1300 dan ke atas
Lakaran reka bentuk
TEMBIKAR
CHINA
Sejarah tembikar china
• Pada zaman ini kebanyakan orang menganggap tembikar dibuat
sebagai barangan keperluan harian. Akan tetapi, pada zaman
purba, tembikar China merupakan barangan yang dianggap amat
berharga. Pada zaman purba, seorang raja di Eropah pernah
mendapat 12 buah vas bunga cina dengan memberi 4 pasukan
tentera kepada negara jirannya. Orang barat akan menyebut
tembikar sebagai “China” walhal China banyak lagi mempunyai
ciptaan lain yang lebih menakjubkan dan amat berharga.
• Pada zaman purba, tembikar China berkembang dari
tembikar biru, tembikar putih dan tembikar bewarna. Membuat
tembikar mestilah menggunakan bahan tanah kaolin, batu
orthoclase dan kuarza, dipermukaannya disepuh glis, membakar
tembikar mestilah pada suhu 1200 darjah centigrade. Harga
dengan berbuat demikian, barulah tembikar lebih kukuh,menarik
dan berkilat. Jika adunan dan peraturan membuat tembikar
kurang sesuai misalnya unsur besi terlalu banyak, tembikar akan
menjadi kecoklatan atau hitam dan tidak berguna lagi. Sehingga
Dinasti Han, teknologi pembuatan tembikar semakin maju. Pada
hujung Dinasti Tang, Wudai dan awal Dinasti Song, “Tanur Yue”
di kawasan Shaoxing dan Yuyao di Provinsi Zhejiang China telah
menghasilkan tembikar biru yang licin, warna glis yang halus dan
rata. Tembikar putih yang dikeluarkan di “Tanur Xing” pada
zaman Dinasti Tang warnanya seperti salji.
Ciri-ciri tembikar
china
Mempunyai kepercayaan tertentu

• Kepercayaan timbul kerana maharaja


adalah anak kepada tuhan dan
mempunyai kedudukan yang tertinggi,
dan dengan ini segala peristiwa perlu
dimaklumkan kepadanya.
• Setiap orang mesti taat kepadanya dan
tidak boleh memberontak.
Mempunyai motif hiasan-hiasan
yang simbolis
• Seni reka pada tembkar bukan hiasan semata-mata sebaliknya
mempunyai makna dan falsafah tertentu dalam pandangan
semesta (worldview) masyarakat berkenaan. Contohnya :
• Feng Huang iaitu burung khayalan atau merak lambang kepada
ratu yang menjadi petanda baik, membolehkan mereka lebih yakin
dalam menjalankan tugasan atau kerja harian mereka.
• Long atau naga yang hidup di udara, laut atau daratan adalah
simbol hujan. Simbol naga juga menunjukkan jiwa yang baik dan
lemah lembut seperti air.
• Kuku naga bercabang tiga adalah lambang bagi kegunaan rakyat
biasa, manakala kuku yang bercabang lima dikatakan untuk
keluarga diraja. Ia juga dikaitkan dengan kepercayaan kepada
tian-zi.
• Ada juga motif-motif lain yang tidak lebih sebagai bahan hiasan
semata-mata seperti teratai dan awan disekeliling seni hias
utama.
Mempunyai cap materi atau cap
pembuatnya
• Biasanya diterakan pada bahagian bawah tembikar kecuali
beberapa jenis tembikar hidangan.
• Cap materi atau cap pembuat tembikar mempunyai makna-
makna tertentu
• Tembikar-tembikar swatow biasanya dicirikan oleh teraan
cap pembuatnya dipermukaan atas tembikar.
• Beberapa frasa cap teraan itu pula secara langsung
ditujukan kepada keagungan pemerintahan yang ada.
Contohnya :
• Bermaksud “rasmi”- digunakan pada zaman Dinasti Tang,
Dinasti Sung dan Dinasti Lio.
• Bermaksud “suci” -tanda penghargaan dari Zaman K’ang His
1622-1722
• Bermaksud “kecantikan terulung”- nama sebuah istana dari
zaman Dinasti Sung (960-1279)
• Bermaksud “taman bunga”- merujuk kepada nama sebuah
istana atau balai penghadapan dari Dinasti Sung (960-
1279)
Reka corak

• Tembikar China mempunyai motif yang


tersusun dalam bentuk pelbagai corak.
• Corak digubah secara bergambar
(pictorial) atau yang lebih popular ialah
corak dalam gambar.
• Penggunaan warna biru kobalt parsi yang
berkualiti tinggi dikenali sebagai “ Biru
Muhammad” (hui hui qing) yang
digunakan bagi mewarnakan hiasan
seramik mereka.
Bahan dan alat

• Bahan utama yang digunakan ialah tanah


koalin, batu orthoclase dan kuarza.
• Tembikar yang digunakan sebagai periuk
hanya diperbuat daripada tanah liat.
• Kebanyakkan hasil tembikar disepuh
kerana negara China, teknik sepuh telah
digunakan sejak zaman- berzaman.
• Hasil tembikar di bakar di dalam relau
yang menggunakan bahan api kayu.
Seni seramik banyak
mempengaruhi bentuk dan gaya
seni seramik di tempat-tempat
lain dan begitu juga sebaliknya.
• Permintaan yang meningkat ke atas barangan seramik
China mengakibatkan industri-industri seramik
dibangunkan di tempat-tempat lain termasuklah di Timur
Tengah dan Asia Barat.
• Pada abad ke 16 masihi, reka corak serta penggunaan
ayat suci orang-orang islam iaitu Al-Quran dan puisi
Parsi telah mula dimasukkan ke dalam barangan seramik
mereka.
• Namun demikian kualiti seramik mereka tidak dapat
menandingi apa yang telah dihasilkan oleh China.
• Hal ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran
budaya antara tamadun China dan tamadun lain.
Mempunyai mutu yang tinggi dan
hasil kerja yang halus
• Kunci mengapa tembikar china boleh
berkembang dengan sangat pesat adalah kerana
para pembuat tembikar yang sememangnya amat
mementingkan kesempurnaan dalam setiap
penghasilan.
• Seramik dan porselin China yang ditemui oleh
pengkaji sejarah telah menunjukkan bagaimana
artisan seramik China amat mementingkan
kualiti bahan yang digunakan.
• Jesteru itu, tidak hairanlah tembikar China
mempunyai permintaan yang tinggi dan amat
terkenal.