Anda di halaman 1dari 2

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sekiranya aku tak

khuatir akan memberatkan umatku, sungguh akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat. HR. Al-Bukhari no.887 & Muslim no.252 Dalam riwayat Ahmad, Setiap kali wudhu. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dlm Al-Irwa` no.70 Dari Aisyah radhiallahu anha dari Nabi sallallahu alaihi wasallam beliau bersabda: Bersiwak boleh membersihkan mulut & merupakan keridhaan Allah. HR. An-Nasai no.5 & dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Al-Irwa` no. 66) Dari Huzaifah radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apabila bangun di malam hari, maka beliau menggosok mulutnya dgn siwak. HR. Al-Bukhari no. 356 & Muslim no. 255 Dari Syuraih bin Hani` dia berkata: Saya bertanya kepada Aisyah: Apa yang Nabi sallallahu alaihi wasallam lakukan pertama kali apabila masuk ke rumahnya? Dia menjawab, Dengan bersiwak. HR. Muslim no.253 Penjelasan ringkas: Bersiwak atau menggosok gigi adalah semua amalan guna menyucikan & membersihkan mulut. Dia merupakan bahagian dari agama sampai-sampai Nabi sallallahu alaihi wasallam menggolongkannya ke dlm salah satu dari sunnahsunnah fitrah. Kerananya beliau hampir saja mewajibkan bersiwak kepada umatnya yang menunjukkan betapa kuatnya anjuran untuk bersiwak secara umum, bila & dimana saja.

Dan lebih ditekankan lagi pada waktu-waktu yang disebutkan dlm nash akan kesunnahannya, seperti: 1. Setiap kali mahu solat, baik solat wajib maupun solat sunnah 2. Setiap kali berwudhu, baik berwudhu utk mengangkat hadas maupun hanya sekadar untuk memperbaharui wudhu. 3. Jika terbangun di malam hari, baik dia mahu solat tahajjud mahupun tidak. 4. Setiap kali masuk ke dalam rumah. 5. Setiap kali bau mulutnya berubah.

Anda mungkin juga menyukai