Anda di halaman 1dari 4

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pengadilan memberi maksud mahkamah yang menjadi tempat pengadilan, di mana suatu

keputusan dapat dicapai setelah mengadili sesuatu, cara mengadili atau menjadi sidang hakim ketika mengadili sesuatu perkara. Manakala moral pula membawa maksud akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesantunan, kesopanan, sopan-santun, ketertiban, adab dan baik perangai. Pengadilan moral mengikut pandangan sejarawan barat, iaitu Advian Old field, pernyataan moral kerana pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahap sama ada baik ataupun buruk. Manakala dari pandangan Qasim Ahmad pula, beliau menyatakan bahawa pengadilan moral merupakan perlakuan-perlakuan yang menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah dan juga kepada seseorang pelaku dalam sejarah tersebut. Pengadilan moral dari sudut pandangan Berneto Cruze, perlakuan menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Sebagai rumusan, definisi pengadilan moral ialah menentukan sesuatu penulisan sejarah itu sahih ataupun tidak sahih dan perlu diuji kesahihannya. Untuk menghasilkan sesuatu penulisan sejarah, penulisnya perlu menceritakan semula peristiwa sejarah dengan mengolah, menjelas dan menyusun semula sejarah tersebut. Dengan demikian, lahirlah pengadilan moral untuk menentukan kesahihan sejarah tersebut. Berdasarkan kepada definisi di atas, unsur pengadilan moral memang tidak dapat dipisahkan dalam diri seseorang sejarawan kerana mereka akan menjatuhkan hukuman moral ke atas kajian dan penyelidikan sejarah. Secara umumnya, pengadilan moral ini terbahagi kepada dua aliran pemikiran progresif. Kedua-dua aliran ini mempunyai pendapat yang berbeza iaitu menyokong dan menentang pengadilan moral dalam sejarah. Pemikiran konservatif terhadap pengadilan moral Pemikiran konservatif ini adalah pemikiran yang menyokong pengadilan moral dilaksanakan sewajarnya kepada golongan ahli sejarah sepertimana yang telah ditegaskan oleh Qasim Ahmad. Perkara ini penting kerana bagi membuktikan kesahihan penulisan sejarah, sumbernya perlulah asli, tulen dan mengandungi fakta yang betul. Selain itu, sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku menjadi pengukur untuk menjatuhkan hukuman moral.

Golongan yang menyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian Old field dan Agnes Heller. Mereka yang menyokong pengadilan moral ini telah mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Pengkajian sejarah perlulah dilaksanakan agar sejarah ini akan menjadi panduan yang berguna kepada generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umum supaya masyarakat dapat membezakan kesan baik dan buruk sesebuah peradaban. Selain itu, pengadilan moral ini juga dapat dijadikan intipati dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik serta sempadan dalam menempuh kehidupan seharian. Manusia akan menggunakan masa lampau sebagai panduan bagi masa hadapan yang lebih bermakna. Justeru, pengadilan moral amat diperlukan untuk penulisan sejarah. Contoh pengadilan moral perlu dilaksanakan adalah peperangan yang berlaku di Vietnam atas dasar pemaksaan penerimaan ideologi yang berbeza daripada masyarakat yang dominan terhadap pengaruh komunis. Golongan yang menyokong pelaksanaan pengadilan moral ke atas penulisan sejarah berpendapat peperangan Vietnam dengan Amerika Syarikat perlu dikaji semula melalui kerjasama kedua-duanya supaya sejarah dapat diterangkan secara jujur. Pengadilan moral juga harus dilaksanakan bagi menerima sesuatu ideologi. Biarlah sesuatu bangsa itu menerima ideologi secara terbuka dan memikirkan mana yang terbaik bagi mereka. Pengadilan moral ini penting kerana proses pengujian kesahihan sejarah ini dilaksanakan untuk mengolah, menjelas, mengisah dan menceritakan semula peristiwa sejarah. Sekiranya aspek-aspek ini diabaikan maka pembaca atau generasi akan datang akan keliru dengan sejarah tersebut. Proses menguji kesahihan sejarah ini juga perlu bagi mengelakkan lahirmya golongan yang memberi bukti palsu untuk mempengaruhi penulisan ahli sejarah. Kesahihan ini perlu dikaji bertujuan untuk mengelakkan sumber yang diketengahkan itu akan ditokok tambah bagi kepentingan pihak tertentu. Pengadilan moral perlu dilaksanakan untuk mengelakkan daripada berlakunya penulisan dan penafsiran tidak berasas atau mengikut kemahuan ahli sejarah sendiri. Pengadilan moral dilakukan untuk mengelakkan penulisan bersifar berat sebelah yang ditulis bertentangan dengan kejadian atau peristiwa yang asal berlaku. Justeru, pengadilan moral perlu ditekankan oleh setiap ahli sejarawan supaya sikap ini tidak terjadi.

Pemikiran progresif terhadap pengadilan moral Pengadilan moral ini juga ditentang oleh beberapa ahli sejarah antaranya Leopold Von Ranke, G.Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert Butterfield. Golongan yang menentang pengadilan moral ini berpendapat pengadilan moral ini tidak bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang diadili. Hal ini kerana, nilai sejarah mungkin mempunyai nilai yang berbeza dari sudut pandangan pemikiran progresif. Ranke pula berpendapat, sejarah haruslah dipaparkan dengan sejarah yang sebenarbenarnya berlaku. Justeru, unsur pengadilan moral haruslah diketepikan kerana sejarah telah dipengaruhi oleh nilai-nilai sejarahnya. Sejarah perlulah ditulis dengan jelas dan tidak perlu diadakan pengadilan moral. Hal ini kerana sesuatu peristiwa sejarah diceritakan dengan jelas. Maka, pembacalah yang akan mengadili baik dan buruk sejarah tersebut. Sehubungan itu, pemikiran progresif iaitu pemikiran yang menentang pengadilan moral akan menimbulkan pelbagai masalah dan kerumitan yang boleh menggugat kewibawaan penulisan sejarah. Seorang penulis sejarah, Thucydided, berpendapat menulis sejarah masa lampau tidak selamat kerana ketiadaan saksi dan penulis sendiri tidak menyaksikannya. Oleh demikian, Thucydided cuba mengelakkan kelemahan-kelemahan dalam karya Herodatus dan memperbaharuinya dengan menggunakan teori yang dipakai dalam sejarah moden bersifat saintifik, menceritakan tentang manusia dan bukan mitos. Secara tidak langsung, ianya membantu menambahkan pengetahuan manusia tentang manusia. Herodatus selayaknya digelar sebagai Bapa Sejarah. Penulisan bagi pemikiran progresif juga berlaku kerana terdapat penulisan atau sumber yang dihasilkan oleh para sejarawan dahulu adalah bersifat mengagungkan sesetengah pihak seperti raja. Walaupun seseorang sejarawan itu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan sejarah yang ditulis, namun, sejarawan tersebut terpaksa akur dengan titah perintah raja. Contohnya sikap Tun Seri Lanang iaitu sejarawan Melayu yang membaiki kandungan sulalatus Salatin berdasarkan perintah sultan walaupun menerima tugas tersebut dengan perasaan yang berat. Oleh demikian, sejarah tersebut dihasilkan dengan mengandungi bermacam-macam unsur yang lebih bercorak sastera sejarah. Berkemungkinan juga sumber tersebut menggunakan

sumber palsu yang ditokok tambah oleh penulis berdasarkan kehendak pemerintah masa itu. Justeru, pengadilan moral perlulah diguna pakai dalam mencari kesahihan sesebuah sejarah. Kesimpulan Pengadilan moral perlu dilaksanakan untuk menentukan sumber yang diuji kebenaran atau kesahihan. Dengan ini, barulah dapat membezakan penulisan sejarah dengan penulisan sastera yang kreatif. Pengadilan moral ini juga membuktikan sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku itu benar atau tidak benar sebagaimana yang berlaku pada karya Sejarah Melayu. Di samping itu, sejarawan juga perlulah memastikan terlebih dahulu latar belakang peristiwa dan saksi bagi sesuatu peristiwa. Oleh itu, sejarawan perlulah membuat kajian atau analisis terperinci untuk memastikan kesahihan sesuatu peristiwa untuk diterima pakai oleh umum.

Anda mungkin juga menyukai