Anda di halaman 1dari 1

2.

0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat, aktiviti air, aktiviti dalaman, dan campuran aktiviti tersebut. Konsep sukan rekreasi adalah bersifat sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini membantu mereka mengeratkan hubungan dengan orang lain. Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat iaitu memahami antara satu sama lain melalui aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Konsep sosialisasi ini juga membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur, bertoleransi dan lain-lain lagi. Dengan ini seseorang murid itu dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari itu dalam kehidupan harian kita. Konsep sukan rekreasi ini juga mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam pembentukan personaliti, pembangunan insan, pembangunan negara, pengamalan gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi, pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.