Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM 2013

Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara Yg berusaha Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,pengetua SMK Putra Perdana Yang dihormati, Pn Rogiah Bt Abd Moin, Penolong kanan Akademik, Pn. Zarinah Bt. Md Hassan, Penolong kanan hal ehwal murid, _______________________________, Penolong kanan ko-kurikulum, Pn. Wan Khirani Bt. Wan Muhammad, Penolong Kanan Petang, (SESI PETANG) Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM 2013 peringkat sekolah. Hadirin yg dimuliakan, Program NILAM merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. *PANTUN Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan. Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan.

Ucapan pengetua

Hadirin sekalian, Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha , Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman, ,pengetua SMK Putra Perdana untuk menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM 2013 peringkat sekolah, seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,atas ucapan perasmian itu tadi. *PANTUN Mekar sejambak bunga gubahan, Jatuh sekuntum di atas peti, Membaca itu suruhan Tuhan, Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari.

Gimik Perasmian Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2013 peringkat sekolah, majlis mempersilakan Pn Hajah Rogiah Bt. Abd. Moin untuk menjemput dan mengiringi Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman, bagi menerima kad dan menandatangani kad sebagai simbolik perasmian. Majlis mengucap terima kasih kepada tuan pengetua, Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman dan Pn Rogiah Bt. Abd. Moin

Hadirin sekalian, *PANTUN

Tersenyum manis si dara jelita, Diusik manja si teruna impian. Rajin membaca adalah senjata, Itulah rahsia pelajar cemerlang.

Penyampaian cenderahati kepada pengetua Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Pengetua. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.Rogiah Bt. Abd. Moin, Penolong Kanan Akademik menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Hajah Rogiah atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Persembahan lagu NILAM Para guru dan para pelajar yang dimuliakan, Acara seterusnya ialah marilah kita bersama-sama bangun dan menyanyikan lagu NILAM. *guru dan pelajar diminta berdiri* Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka sempurna sudah majlis pelancaran program NILAM 2013 peringkat sekolah. Kerjasama daripada semua pihak iaitu murid-murid dan guru amat diharapkan bagi menjayakan program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana program, para guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini. *PANTUN Kalau ada sumur di lading, Bolehlah saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi. Sekian, Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.