Anda di halaman 1dari 6

ENAM IBU KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT

Idea daripada seorang rakan dari PLKN

MUHAMMAD r. FARID

SEPATAH DUA KATA DARI PENULIS

Bismillahirrohmanirrohim,

Alhamdulillah kepada Allah S.w.t yang telah memberikan kesempatan kepadaku untuk menulis buku ini untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai, dan yang telah mengurniakan kelebihan-kelebihan kepada manusia. Dan juga nikmat yang besar iaitu akal supaya kita dapat belajar setitik dari ilmuNya yang tak terbayang luasnya dan supaya kita dapat memikirkan tentang kebesaranNya dan yang telah membuatkan kita kagum dengan kehebatan seni ciptaanNya dari yang paling halus hingga yang paling besar. Buku ini ditulis berdasarkan rujukkan kepada suatu ayat yang tercatat di dalam al-quran yang memberi panduan kepada umat manusia bagaimana untuk menjadi seorang mukmin yang Berjaya di dunia dan akhirat. Diakui oleh sekalian umat islam yang beriman bahawa al-quran itu merupakan suatu mukjizat kebesaran yang dianugerahkan Allah kepada rasul jujungan besar nabi MUHAMMAD Rasullallah S.A.W. sebagai panduan dan pegangan kita sewaktu kewafatan baginda Rasullallah S.A.W. dari itu penghayatan setiap ayat yang tercatat di dalam al-quran amatlah bermakna untuk dikupas dan dikongsi bersama. Marilah kita bersama menghayati maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik surah AlMukminun yang terkandung pelbagai rahsia. Sama samalah kita belajar, teguran saudara dan saudari pembaca amatlah dialu-alukan supaya saya dapat memperbaiki penulisan saya. Dari itu saya mengucapkan selamat membaca.

Al-Mu'minun
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi [11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

INDEKS

1. khusyuk dalam sembahyang


-bagaimana untuk khusyuk dalam sembahyang Tempat sembahyang yang betul (masjid dan surau) Mengambil air sembahyang dengan sempurna dan dengan cara yang betul -kelebihan khusyuk dalam sembahyang Tenang jiwa dan akal fikiran +Melatih diri kepada konsentrasi Takut kepada untuk berhadapan dengan Allah S.W.T. bermain dengan konsep iman Sentiasa tumpu perhatian kepada sebutan dan pembacaan takut silap tajwid Faham setiap surah yang dibaca dan mengharapkan supaya Allah mengambil perhatian terhadap diri kita bermain dengan konsep rendah diri (bertapa halusnya dunia yang kita tinggal sekarang) Memandang ke tempat sujud ketika berdiri, hujung kaki waktu ruku, hidung sewaktu sujud, tangan ketika duduk.

2. menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia


-bagaimana untuk mengelakkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia Buat jadual harian Nota peringatan (ditampal di byk sudut) Nota-nota motivasi -kelebihan menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia Tidak membazirkan masa dan tenaga Dapat faedah daripada setiap yang diucap dan dilakukan

3. berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)


-bagaimana untuk membersihkan harta Sedekah (nisbah ganjaran pahala kepada orang yang bersedekah kepada fakir miskin, saudara mara dan pelajar) Zakat Berusaha mendapatkan harta yang halal Berusaha supaya tidak berhutang (bagaimana nabi s.a.w berdoa supaya dijauhi dpd hutang setiap hari) -kebaikkan daripada usaha membersihkan harta Rasa lebih bersemangat kerana mampu untuk memberi Rasa tenang apabila kita dapat membantu orang lain Disayangi masyarakat

4. menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya


-pentingnya harga diri Supaya hidup mulia Supaya terjamin masa depan Supaya bahagia tiada pergaduhan -pergaduhan hanya akan menyebabkan kerugian, ia lansung tidak mendatangkan kesan yang baik dalam diri kita, kita kana kerugian dari segi harta benda dan masa dan jiwa.

5. menjaga amanah dan janjinya


-bagaimana untuk menjadi seorang yang beramanah Sentiasa ingat kesan jangka panjang jika melakukan pecah amanah

Selalu beringat kesan memakan harta yang haram -bagaimana untuk menjadi orang yang sentiasa berpegang kepada janji Cuba untuk mengelak daripada berjanji Jangan suka berjanji dengan ramai orang dalam satu-satu masa Selalu beringat kesan tidak menepati janji (orang xkan percaya) -pentingnya menjaga amanah -pentingnya menjaga janji

6. memelihara sembahyangnya
-bagaimana untuk memelihara solat Terus sembahyang bila sedar sudah masuk waktu solat Berusaha untuk sentiasa dalam keadaan suci/bersih dari hadas -kelebihan solat Dipelihara dari melakukan dosa Punca ketenagan Dapat menghilangkan penyakit Solat dapat mengelakkan diri dari penyakit mati pucuk Solat dapat menenangkan daya fikiran Meningkatkan fungsi badan Punca tenaga dalaman Membuang cas negative Kepekaan terhadap masa Belajar konsisten/istiqamah Belajar disiplin

Anda mungkin juga menyukai